Thursday, October 28, 2010

orkid, cupcakes, puting susu, dan shopping baju


Tiada topik khas hari ini. Nak cerita tentang juwita tapi belum sampai seru (mood da hilang). So, here it is.... some crappy entry on thursday.




this is white orchid, i got it from wahed's convocation on 17th. Here they are, at my office table, almost 2 weeks now. Betul la orang kata, bunga yang paling tahan lama, orkid lah. Tengok gerbera merah sebelah tu, minggu lepas lagi dah ku campak ke tong sampah. Sekarang tinggal 2 tangkai orkid ni aje, still standing, malah bunga yang kudup-kudup atas tu mula berkembang pulak.. hahaaa~~ Next time beli bunga, orkid semestinya menjadi pilihan hati :) (oh ya, bunga harum sundal malam pun wajib ada)





Ini pula cupcakes kat SACC Mall. Tak pernah ku tahu ada kedai cupcakes kat situ. last week jalan-jalan kat SACC MAll jumpa pula. hehe~ nampak ada juga menu red velvet cupcake, saiz petite (mini) Rm3.50. rasa macam nak cuba, tapi tuan kedai tak dak pulak. jadi amik gambar aje...




Semalam sangat berpuas hati, sebab mendapat hasil tangkapan di sales metrojaya kat the Curve. Bukanlah sales satu metrojaya, rasanya seksyen ladies je kot. Ada Sommersetbay, Emmanuel, East India (ke british India? sekarang sudah confius)... owh.... sangat membeliakkan biji mata, dan menggugat jiwa raga O__O Sempat aku tangkap 3 lai. Puas ati la noo~~~


Masuk Mom's care nak beli puting botol Juwita (entah nape favourite juwita adalah menggigit puting susu sampai koyak T__T. Ni dah berapa kali dah tuka puting susu~~). Sebab dah janji nak beli baju dia (sebab baju dia banyak dah senteng), jadi telah ku sambar juga... 1 dress, 1 pasang shirt dengan skirt, dan satu helai top yang bergambar princess mermaid.


Seperti dijangka, baju mermaid itu lah yang dia dok menyanyi-nyanyi nak pakai sejak petang semalam. Setelah puas dipujuk, barulah nak simpan dalam almari. Pagi ni, bangun-bangun terus nak mandi, bawak keluar baju mermaid itu... haha~


Oh, best juga keluar semalam... dah lama tak keluar berduaan dengan hubby~ seronok dapat dating.. makan hotdog ikea je. (dating cara budget 2010 hahaha~!)



~budget-budget pon, memasing beli barang tak hengat~~~

~ 1st time beli baju kaler ijau. rupanya saya tak ada shawl hijau!!!!! arghhh~ (purak-purak tensi)

~ spa session ditunda ke bulan hadapan kerana budget telah lari. wakakaka~

~ shopping therapy pon boleh hilang stress dan lenguh di tengkuk lee... macam pergi spa jugak effect nye

~ saya buat spa kat rumah dah 2 malam berturut-turut dah. Mandi dalam bilik air sambil menyalakan 10 batang candles kecik2, bakar perfume oil, guna milk bath bodyshop, dan buka lagu2 mengasyikkan dari henfon. feeling2 sorang2~~~ agak berkesan disitu~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails