salute to the nature

salute to the nature

Monday, October 4, 2010

makan nasi arab @ de arab's food


Nasi arab memang sedap. Serius sedap. sapa belum makan boleh la cuba makan sekarang. Nasi arab, atau juga dipanggil briyani arab, memang terkenal dengan rasanya yang marvelous! Aku ingat lagi, mak aku, bila balik dari tanah suci, tak kira lah lepas menunaikan umrah ke, haji ke, mesti dia akan cerita pasal nasi arab ni.


Masa mama pergi umrah dengan Rauf pon, dia dok cari makan nasi arab kat sana. Pergh.. aku cakap, dengar raop cerita je memang dah kelioq. Masa tu, mana la nak cari nasi arab kat sini, nak-nak area jasin... alaahai... asam pedas banyak la.. wakakaka~


Pastu, kebetulan, masa aku tengah terngidam-ngidam nasi arab, aku pi ikut uder buat show kat MIB (Malaysian Institute of bakery. Runway show nya malam, jadi makanan berbuka puasa di provide, waaah... nasi arab you!!! the marvelous nasi arab! paling sedap aku pernah rasa. Dengo nye diorang order kat the castle. owh.. sedap..sedap..


Pastu, aku ajak hubby aku try pulak. Bukan kat Castle la... tapi kat de arabs cafe, berdekatan dengan rumah aku je. Sekali rasa, terus hubby aku terpikat. Bukan apa tau, nasi arab ni, nasi dia je dah rasa. Tu tak tambah kambing ka, ayam ka lagi... nasi semata jee... ko boleh gatah gitu je. Aku yang bukan peminat nasi ni pon, terpaksa akui jugak, memang nasi arab sangat sedap!


Nasi arab ni, aku cakap kat korang, kalau sekali korang dah rasa nasi arab, korang tak pandang dah nasi beriyani biasa-biasa ni. briyani gam ka, briyani dum ka..briyani batu pahat ka...tak celen dah dengan nasi arab. (kalau ikut original resepi, ada letak safron tau. no wonder mahal. safron tu rempah paling mahal di dunia!)

the kambings. ini kalau original punya, di amasak dalam tembikar clay, masak lama-lama sampai empuk dalam api yang kecil/ bara.


the drinks...barbicans. air karbonat arab.


Tapi aku tak cakap aku tak makan dah briyani batu pahat. Tu pon sedap gak.. gaya batu pahat la kan... yang ni gaya arab... pergh...


Lepas makan ketiak baru pak arab. wakakaka!!!!!


Apa aku kesah? yang penting sedap~~~


nih, footage juwita bertemu dengan nasi arab...
(oh ya, nasi ni di hidang bersama salad kubis, potongan cili hijau, potongan bawang merah, sup, dan kuah yang sedap! :):) )



1. ape ke benda la ibu bagi nih... ade ke patut suruh makan nasi je.. mana ayam?


2. cube je la...pergh... boleh tahan la... bak sesudu lagi



3. sesudu lagi.. dan lagi.. dan lagi....





4. makan sampai licin.... terbongkang kekenyangan~ kerbau tak masuk kandang~~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails