salute to the nature

salute to the nature

Friday, October 22, 2010

Birthday bagi kamu

Apa pandangan kamu tentang birthday?


Kalau orang tanya saya, saya akan jawab, Birthday adalah hari lahir, dan saya suka hari lahir saya di ingati. Bukanlah nak suruh orang buat party, doa selamat ke apa, cukuplah dengan ucapan selamat hari lahir dari insan-insan tersayang di pagi hari sebagai pembuka lembaran. Kemudian saya suka tengah hari ku disambut dengan kad ucapan dan sekotak hadiah. Bukanlah hadiah yang mahal atau besar, sebungkus coklat pon sudah memadai, tanda kita dihargai. Petang pula di harumi oleh sejambak bunga yang mekar mewangi. Bukanlah perlu 100 kuntum, cukuplah sekadar ada sebagai tanda kita disayangi dan bertahta di hati.


Banyak kah permintaan aku ini?



Saya pernah berbicara dengan lelaki. Lelaki yang terkenal dengan ego yang tinggi, macho, kacak... dan selayak-layaknya bergelar lelaki. Mereka kurang mengambil berat akan hari lahir ini. Untuk disambut adalah tidak sebegitu penting baginya (dan kerna itu juga, mereka jarang nak menyambut hari lahir insan yang istimewa pada mereka) Sudahnya, insan tersayang kecil hati kerana rasa kurang dihargai dan dilupakan.


Tapi, kadang kala mereka ini sukar nak dijangka. Di suatu ketika, mereka dengan tegas mengatakan,


"ah, birthday bukan apa-apa bagiku. Tak sambut pon tak apa. Selama ni pon aku tak pernah sambut. Keluarga pon tak pernah ajar aku sambut birthday"


Tapi diwaktu ketika yang lain, ketika hati nan halus mereka tiba-tiba meronta-ronta untuk dilepaskan, mereka dengan spontan berkata,


"Eh, yangg.... apa hadiah birthday saya tahun ni? heeeeheee"


mengelirukan bukan????



Bagi saya senang sahaja.


Ular menyusur akar, takkan hilang bisanya.


Takkan hilang walau sekelumit pon kejantanan mu itu wahai lelaki, andainya kamu ada/ pernah mempunyai keinginan untuk diingati, dihargai dan dibelai di hari lahir.


Sesungguhnya itu naluri biasa setiap manusia, wanita mahupon lelaki. Ingin dihargai, diingati, dan dilayan dengan baik di hari istimewa mereka, iaitu di hari lahir.


Kerana saya, saya akan merasa sangat sedih andainya pada hari lahir, saya keseorangan. Dan kerana itu, saya pastikan tidak ada insan-insan tersayang dalam hatiku yang akan keseorangan di hari lahir mereka. common sense bukan? Sebab itu saya suka meraikan hari lahir insan tersayang.


xoxo


ENRTY KHAS>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


~ entry khas kerana birthday hubby lagi 2 hari. Tidak ada rahsia.


~ sekadar ucapan selamat hari lahir yang ke-26 kepada suamiku, Mokhtar Mizi Yaacob. Semoga dimurahkan lagi rezeki, bisness bertambah maju, dan keluarga makin harmoni.


~ Semoga hari lahir mu ini membuka lembaran baru, buku baru, matlamat baru, cita-cita baru dan harapan baru kepada masa depan dirimu, keluargamu, perniagaan mu, dan segala-galanya.


~ Andai saya memberikan blackberry bold2 kepada kamu, ataupon iphone, atau macbook, mahupon lense baru... semua itu tidak dapat menggambarkan betapa sayangnya saya kepada kamu. Cukuplah dengan ucapan, pelukan, dan kucupan ikhlas dan redha dari isterimu ini. (claim kat rumah ye)


~Selamat hari lahir suamiku, ayah kepada anakku. Terima kasih kerana menjaga kami dengan baik sepanjang waktu.


~ we love you soooooo much~! muaxs!!


~ ( saya nak belanja awak makan sedap. Kita berdua sahaja. dating. jom :):):) )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails