barangan make-up imitation = PALSU

tahukah anda maksud imitation? Imitation maksudnya PALSU, saya ulangi PALSU. Tahukah anda membezakan barangan make-up original dan palsu? sebenarnya mudah sahaja. Bagi yang baru tahu, atau nak tahu, meh sini saya cerita...


1. Make-up PALSU biasanya berselindung dengan penerangan kononnya "adalah buatan dubai" "untuk negara dunia ketiga". "lagi elok dari china". "sengaja dibuat murah untuk negara dunia ketiga yang miskin".

pembetulan, tak wujud semua tu. Yang ada hanyalah barangan PALSU, cetak rompak, Salah guna jenama, dan mereka guna perkatan IMITATION. Sebenarnya lebih tepat dipanggil FAKE. Korang senang hati ke nak letak makeup FAKE kat muka????


2. Make-up PALSU adalah JAUH LEBIH MURAH dari original. Kalau MAC original berharga RM95 untuk 1 ketul mineralize blusher, MAC PALSU jual mungkin belasan atau tak lebih RM20 pon.

MAC tak pernah keluarkan range makeup untuk negara dunia ke-3 lah, atau range lebih murah ke hape.. semua tu dusta. Begitu juga dengan brand lain seperti estee lauder, dior, dan sebagainya.


3. Make-up PALSU biasanya dijual di pasar malam, flea market, night market, car boot sale malah sekarang ada online blogshop yang jual barangan palsu ini.

MAC dan lain-lain tidak pernah memberi hak jualan sesuka hati kepada mana-mana individu. Mereka hanya menjual di kaunter atau retail outlet mereka yang tersenarai sahaja. Korang boleh pi cari kat counter dalam jusco/ metrojaya/ parkson, atau pi cari outlet mereka di shoppping mall.


4. Make-up PALSU boleh dilihat dari pakaging. Original product dan palsu berbeza sedikit pakaging, dan boleh dikenalpasti jika anda melihat dengan teliti.

Jangan anda terpedaya.


Saya, sebagai seorang pengguna, dan juga sebagai makeup artist melarang keras penggunaan barangan make-up palsu ini. Saya tidak akan membeli, memakai, malah tidak menggunakan barangan palsu kepada pelanggan saya.


Anda juga tidak patut menyokong penjualan makeup palsu ini. Ia membunuh industri, malah ia adalah tidak jujur. Kandungan dalam barangan palsu juga adalah diragui, dan tidak dapat disahkan keselamatannya. Penggunaan yang kerap mungkin akan merosakkan kulit anda sendiri. Ingat, produk palsu tidak menjalani ujian chemical.


Malangnya, ramai penjual MELAYU dan ber agama ISLAM yang menjual dan membeli parangan palsu ini.... fikir-fikirkan lah.


nasihat saya, hentikan penjualan barangan palsu, dan hentikan membeli barangan palsu. Anda mampu mengubahnya.


Kalau tak mampu pakai MAC, pakai lah maybeline. Elianto pon bagus. Tak salah pakai jenama murah, yang penting dia original, dan lepas ujian chemical dan sebagainya. Barulah confident nak pakai kat muka...


Lagipon, bukan orang tak boleh trace barangan tu palsu ke tak... lagi vouge kalau bukak purse keluar revlon, daripada tunjuk keluar compact MAC palsu (konon nak tunjuk pakai MAC le). Alaaahaii...... buat malu je....



~Sekadar khidmat masyarakat. Jangan ambil hati. Buang yang keruh ambil yang jernih.

~ Menulis tanpa keterpaksaan. Bosan dengan orang yang asyik tag barangan makeup palsu di facebook.

~ carilah rezeki yang halal.

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....