Posts

Showing posts from October, 2010

orkid, cupcakes, puting susu, dan shopping baju

Image
Tiada topik khas hari ini. Nak cerita tentang juwita tapi belum sampai seru (mood da hilang). So, here it is.... some crappy entry on thursday.



this is white orchid, i got it from wahed's convocation on 17th. Here they are, at my office table, almost 2 weeks now. Betul la orang kata, bunga yang paling tahan lama, orkid lah. Tengok gerbera merah sebelah tu, minggu lepas lagi dah ku campak ke tong sampah. Sekarang tinggal 2 tangkai orkid ni aje, still standing, malah bunga yang kudup-kudup atas tu mula berkembang pulak.. hahaaa~~ Next time beli bunga, orkid semestinya menjadi pilihan hati :) (oh ya, bunga harum sundal malam pun wajib ada)




Ini pula cupcakes kat SACC Mall. Tak pernah ku tahu ada kedai cupcakes kat situ. last week jalan-jalan kat SACC MAll jumpa pula. hehe~ nampak ada juga menu red velvet cupcake, saiz petite (mini) Rm3.50. rasa macam nak cuba, tapi tuan kedai tak dak pulak. jadi amik gambar aje...



Semalam sangat berpuas hati, sebab mendapat hasil tangkapan di sales metr…

Nasi tumpang. Pernah dengar???

Image
Korang pernah dengar tak Nasi Tumpang? Aku pon, sebelum ni pertama kali dengar, masa 1st time makan kat Belanga. Tapi masa tu tak terasa pulak nak cuba. Haritu, kali kedua makan kat Belanga, terasa nak cuba lah benda ni... Nasi Tumpang ni.

Bentuknya macam kon, dan dalamnya adalah nasi lembik yang dipadatkan (tapi tak le padat sampai jadi nasi impit. dia still lembik), pastu ada layer-layer sambal kerisik, ikan tongkol, dan sambal. Sedap! walaupon kecil (dari luar nampak macam besar) tapi quite satisfying. Dia balut dengan daun pisang btw...so wangiii je nasi nya tu.

Adakah ini menu pantai timur? Aku agak lah.. sebab Belanga ni kan restoren yang menyajikan menu pantai timur, jadi aku syak nasi tumpang ni menu pantai timur la... hehehe~~~ awat tak pernah dengo sebelum nih??

Apa pon, cerita tak guna. Meh tengok cemana rupanya nasi tumpang iteww~~







cuba lah rasa sekali kalau belum pernah. gerenti angkat ibu jari keatas punya~! hahaha~

Nampak tak layer2 lauk dalam nasi tu? sedap! ikan tongkol p…

list perkara nak dibuat hujung minggu ini

Hujung minggu ini FYI, famili aku balik kampung. Balik kampung means, balik kedua belah pihak, balik palong dan balik jasin. yippppyyyy~~!!! Bila balik kampung juga bermakna berehat. Berehat bermakna tidur, makan, dan lepak-ing. Sumpah! tak buat benda lain. Tapi kali ni ada benda nak settle sambil balik kampung (selain makan dan tidur seperti dinyatakan)

1. Nak ambil video deco kek di Kedai Kek kesang lagi. Aku dah janji kan... kali ni cari teknik lain pulak. Eh, bagus ape video ni, ada juga orang yang dapat inspirasi dari hasil tangan Kak Yang tu tau~

2. Nak jumpa rakan perniagaan. Bincang bisness, strategi pemasaran, module, silibus, sain agreement. Insyaallah~ (doakan lah kawan-kawan semoga menjadi)

3. Nak pergi kenduri rakan lama, budak X-mrsm. huhu~ ini wajib! (nampaknya kena bawa baju kurung)

Itu je kot. hahaha~ propa je lebih, tapi tak de pe benda pon. wahahaha~!

Oh, ya, sebelum balik kampung, ada jugak list yang aku kena selesaikan:-

1. Siapkan presentation personal grooming class

2…

gile lah, sampai tajuk pon lupa tulis

(2 kali aku adit entry nih, sebab lupa tulis tajuk, dah publish, edit lagi, sebab lupa letak label...adoilaa)


buat pertama kali, aku buntu melihat screen laptop ni. Tak ada idea nak blog pasal apa. Badan pulak lenguh-lenguh, satu badan sakit-sakit. Nak sangat ke spa. Kali ni nak cuba serenity spa kat seksyen 13 shah alam. Cadangnya nak girl outing dengan cik Noural Huda, dia dah lama menyatakan keinginan ke spa, sejak sebelum bulan puasa dulu lagi O__O (punyalah lama).

Aku, kali terakhir ke spa adalah sebelum bulan ramadhan haritu. Masa tu ke Cendana Spa. Kali ni, aku nak cuba Serenity Spa pulak. Nak cuba balinese style pulak. hehehe~~~ Cik Noural Huda ni, katenye nak ke spa, tapi bile nye tah....(lama gile dah tak hang out dengan dia nih. Pak Li Kopitiam pon dah merindui kita. ahaks!) Tapi betullll, lenguh ni satu badan~

Oh, hujung minggu ni balik kampung. Alang-alang tu, ada meeting degnan satu company. Ada job best. Insyaallah, kalau ada rezeki jalan lah projek tu.

Since, nak hujung bu…

November wish-list

Well, budget untuk November belum dapat lagi, tapi wish-list dah bergulung-gulung dah ni.. hahaha~ every month. memang la aku macam ni, sebelum masuk bulan baru, aku mesti dah ada list benda atau apa benda nak buat, atau lebih tepat, nak spent kat mana duit bulan depan? hehe~ kadang tu macam mengarut je... sebab ada orang penah cakap kat aku, duit belum ada dalam tangan lagi, dah pikir nak beli itu ini, nak pergi sana sini...

alaa.. tak salah nak plan, at least dapat tahu roughly berapa kita nak spent bulan depan kan? So, tak le overspent atau tibe-tibe tak cukup budget. Noted ye, usually i will make sure yang ada jugak duit lebih so that i can bring forward ke next next month. So, tak de lah poket kosong by end of the month. Ada nye.. insyaallah~~~ (kalau tak de emergency things happen la)

So,untuk November, ada beberapa benda penting aku nak kena spent.

1. New range skin care.
Sebab muka aku pon dah berubah kondisi (sebab dah tua kot.. haha), so kena tukar range skin care. It's eit…

Birthday bagi kamu

Apa pandangan kamu tentang birthday?

Kalau orang tanya saya, saya akan jawab, Birthday adalah hari lahir, dan saya suka hari lahir saya di ingati. Bukanlah nak suruh orang buat party, doa selamat ke apa, cukuplah dengan ucapan selamat hari lahir dari insan-insan tersayang di pagi hari sebagai pembuka lembaran. Kemudian saya suka tengah hari ku disambut dengan kad ucapan dan sekotak hadiah. Bukanlah hadiah yang mahal atau besar, sebungkus coklat pon sudah memadai, tanda kita dihargai. Petang pula di harumi oleh sejambak bunga yang mekar mewangi. Bukanlah perlu 100 kuntum, cukuplah sekadar ada sebagai tanda kita disayangi dan bertahta di hati.

Banyak kah permintaan aku ini?


Saya pernah berbicara dengan lelaki. Lelaki yang terkenal dengan ego yang tinggi, macho, kacak... dan selayak-layaknya bergelar lelaki. Mereka kurang mengambil berat akan hari lahir ini. Untuk disambut adalah tidak sebegitu penting baginya (dan kerna itu juga, mereka jarang nak menyambut hari lahir insan yang istimewa …

lagi 2 bulan 9 hari je

sekejapan je nak bulan october kan, October ni pon tinggal 9 hari saja, lepas tu nak masuk November pulak. Pejam celik dah December je nanti. Dah nak hujung tahun, nak masuk tahun baru. Kena buat post mortem achievement tahun ini, mana yang tercapai, mana yang kelaut. Lepas tu kena buat target baru, untuk tahun depan pulak.

Itu pasal target, pasal belanjawan jangan dilupakan. Kalau budget malaysia 2011 dah ada, budget keluarga pon metilah kena ada juga. Berapa peruntukan untuk holiday, berapa kali nak holiday tahun depan, jauh ka dekat, dalam negara ka luar negara ka... budget untuk raya tahun depan lagi, budget pendidikan anak...birthday anak.. uish.. banyaaakkkkkk benda nak kena pikir.

Pasal benda-benda lain pon kena pikir jugak. Nak menambah ahli keluarga ke, nak menambah pendapatan ke, nak menambah apa-apa lagi tah yang patut... haha~ tak kisahlah apa nak ditambah, apa nak dikurang, yang penting, ukur baju dibadan sendiri. Kalau agak-agak tak muat, pandai-pandailah adjust... nak alt…

4 days more

4 days more to my beloved hubby's birthday ^__^




extremely excited!




can't wait~!

the thin line between dieting and malnutrition

Image
When it comes to diet, most people misunderstanding the word "Diet" it self. Diet is the sum of food consumed by a person, while Dietary habits are the habitual decisions an individual or culture makes when choosing what foods to eat.

see, it has nothing to do with the word "slim" or "loose weight"!. For our culture, the word "diet" is use to describe people who's conscious about what they eat, or refer to people who's trying to loose weight. Even some people understand diet as not consume anything except water! (which is embarrassing!)

"eh, ko dah kurus sikit la, ko diet ehhh..."
"ala, si minah tu, memang ar kurus, dia diet... kita ni makan je apa depan mata"
" nak kurus? kena la diet..."
"tak makan ke?" " aku dietla..."
alaahai... orang kita....

pemahaman tentang diet pon tak pass lagi, makna diet pon tak tahu... camna nak berdiet?

dalam bahasa melayu, Diet adalah pemakanan. Untuk rakan-raka…

Ya, sebagai seorang ibu, banyak lagi saya perlu belajar

"kamu buat salah, sebab itu saya marah. Tapi saya masih sayang kamu"

Pernah tak kalian terasa marah benar dengan anak sehinggakan rasa kecil hati dengan si anak, atau lebih teruk, merajuk pula dengan si anak? Aku akui, aku pernah rasa kecil hati dan marah benar sama Juwita sehingga aku merajuk sama dia. Tapi tak lama, biasanya tak sampai sejam aku dah panggil dia semula. Seikhlasnya, aku tak pernah simpan perasaan kecil hati atau marah pada juwita lama-lama.

Ini kerana, walau marah mana pon, Juwita tetap pengarang jantung hatiku..(echeewah). sama juga pada hubby, kadang-kala aku kecil hati dengan hubby, tapi tak perlulah simpan lama-lama. Maafkan saja. Sebab bila aku merajuk lama, aku yang rasa kesunyian. ahaks~

Berbalik pada isu anak, ibu tak patut kecil hati pada anak. kadang-kala isu kecil pon nak kecil hati... kesianlah pada anak tu... syurga dia kan dibawah tapak kaki kita. Ibu janganlah cepat sangat tersinggung hati. Kalau anak buat salah, tegur sahaja terus terang, lepa…

masyaa~allah~~~ cantiknya~

Image
owh.... ingat tak 3 minggu lepas ke bila tah, aku gi window shopping kat SACC mall, nak cari tudung. (aku beli tudung kat anggerik avenue tu jugak)... sebab memang cadang datang nak survey dan beli dalam budget (RM150 je aku bawak), so sangat menyakitkan jiwa jugak lah... sebab yang aku berkenan semua RM200 dan keatas ye kawan-kawan...

Kesimpulan yang aku dapat,
1. kalau nak buat retail therapy, jangan mengengade nak letak budget. bawak je sekelepuk duit. tak pon bawak je la kredit card tuh. (jangan ambil nasihat aku selaku shopaholic ni ye kawan-kawan. saya tak tanggung akibatnya)

2. Kalau nak buat retail therapy, pakai je la selipar jepang. tak perlu nak ukur mall dengan 5 inci heels ko.... (sakit kaki aku uwaaa~~!!)

Tapi, itu bukan topik untuk hari ini. Sebenarnya aku nak tunjuk kan "catch of the day" aku pada hari tersebut. Bukan aku yang tangkap la.. (aku tangkap gambar je..) untuk korang laa.. kot-kot ada yang sedang mencari baju untuk dinner ke, event ke, majlis ape-ape…

Berkenalan dengan Pavlova

Image
Pavlova. pernahkah anda mendengar perkataan ini? Tau tak Pavlova tu ape? Kalau nak tau, Pavlova ni sejenis makanan, lebih tepat lagi Dessert. Kalau dengar namanya, korang agak-agak makanan negara mana ni? haha...

pavlova ni, walaupon namanya macam middle eastern, sebenarnya asal originaliti dari australia atau new zealand... kat bawah ni serba sedikit tentang pavlova yang aku google dari internet.

Pavlova (Pav) is a meringue cake that has a light and delicate crisp crust and a soft sweet marshmallow center. This lovely dessert is typically served with softly whipped cream and fresh fruit. There is a long standing debate about whether New Zealand or Australia invented this dessert, which has yet to be resolved. What we do know is that the name, Pavlova, was chosen in honor of the Russian ballerina, Anna Pavlova, who toured both New Zealand and Australia in 1926.
Read more:http://www.joyofbaking.com/Pavlova.html#ixzz12fwlTzp1

so, basiccaly, its a meringue cake. Ok, now dah tau, memang dia…

kek oh kek

saya suka makan kek. Tapi, tak bermakna saya makan kek setiap hari. Purata saya makan kek adalah 1 bulan sekali sahaja.. itu pon mungkin kadang kala tak makan kek 2 bulan.. Walaupon saya bukan pemakan kek tegar, saya tetap adalah meminat kek. Betul!!! Suka tak bermakna kena makan hari-hari kan... (kalau makan hari-hari, confirm aku obese)

tetapi, tak semua kek saya suka makan. Saya boleh list kan 5 kek saya tak suka, dan 5 kek saya suka gile.

kek yang saya tak suka makan

1. kek butter.
Orang panggil kek biasa, kek orang tua.... sebab orang tua biasanya suka makan kek ni. hehehe...

2. kek marble
macam kek butter je cuma dia bercorak marble. Ada orang panggil butter marble. Sebenarnya kek yang sama, cuma dibuat bercorak.. tapi penat nak gaduh dengan makcik sorang tu.. dia dok la kata kek marble lain, butter lain.. lantak kamu la makcik~~

3. cupcake kenduri
cupcake yang murah orang dok bagi kalau kenduri tu... adunan dia lebih kurang dengan kek span je.. sebab tu hasil dia jadi macam kek span..…

ringan-ringan hari khamis

Hari ini aku bercadang menulis entry secara list down sahaja. Tidak ada elaborasi panjang lebar untuk hari ini.


1. Aku terlupa bawa laptop pagi tadi. Semalam aku bawa pulang laptop kerana enggan berebut TV Plasma dengan Juwita untuk kesekian kali lagi.


2. Aku menaip blog menggunakan keypad dari komputer hubby. urghh~ aku benci keypad. Saat menulis ini pon, sudah hampir 100 kali typo. Salah tekan atau tidak tertekan. Aku rindukan Lenovo ku.


3. Kerana tidak ada laptop, aku termenung dalam office sambil menggaru kepala yang gatal. Aku tak biasa layari internet dengan menggunakan komputer orang lain. Tak tahu nak masuk website apa kerana tak ingat URL. (dalam laptop aku tanda bookmark page kesukaanku)


4. Lebih parah, ada website yang memerlukan password, gagal untukku masuki, kerana tak ingat passwordnya. (biasa aku suruh Lenovo saja yang ingatkan)


5. Akhirnya aku layan youtube sahaja.


6. Sepatutnya nak blog tentang pavlova, dan tentang jenis-jenis kek. Tiba-tiba nak cerita pasal kek.... tak an…

barangan make-up imitation = PALSU

tahukah anda maksud imitation? Imitation maksudnya PALSU, saya ulangi PALSU. Tahukah anda membezakan barangan make-up original dan palsu? sebenarnya mudah sahaja. Bagi yang baru tahu, atau nak tahu, meh sini saya cerita...

1. Make-up PALSU biasanya berselindung dengan penerangan kononnya "adalah buatan dubai" "untuk negara dunia ketiga". "lagi elok dari china". "sengaja dibuat murah untuk negara dunia ketiga yang miskin".
pembetulan, tak wujud semua tu. Yang ada hanyalah barangan PALSU, cetak rompak, Salah guna jenama, dan mereka guna perkatan IMITATION. Sebenarnya lebih tepat dipanggil FAKE. Korang senang hati ke nak letak makeup FAKE kat muka????

2. Make-up PALSU adalah JAUH LEBIH MURAH dari original. Kalau MAC original berharga RM95 untuk 1 ketul mineralize blusher, MAC PALSU jual mungkin belasan atau tak lebih RM20 pon.
MAC tak pernah keluarkan range makeup untuk negara dunia ke-3 lah, atau range lebih murah ke hape.. semua tu dusta. Begitu juga…

Luncheon @ Serai

Image
Ahad lepas, seperti kebiasaan adalah hari bersiar-siar bersama keluarga. Sebab fikir-fikir taknak pergi jauh-jauh kali ni, kami pergi ke Empire je. Lepas window shopping keliling, pastu tengok benda baru kat Empire... ada "the longest (ke the tallest tah) slide in shopping mall". Benda ni sponsored by Lex. Nak explain pon susah, kalau nak tau, pergi la check sendiri kat Empire. Tak tau la kena bayar ke free ke.. atau kena register ke.. untuk buat satu slide ke bawah.

Basiccaly, benda ni dari tingkat 5 terus ke ground floor. So, agak tinggi... dan nampak sangat futuristik. Bukan macam slide kat taman permainan atau kat genting tu..

Ok. Jumpa Dance Space. new opening kat Empire, so, sempena tu, dan anniversary diorang ke 100 ke ape tah.. diaorang bukak new registration untuk beberapa kelas untuk cawangan baru di Empire, termasuklah kelas baby ballet. Untuk kanak-kanak 2 setengah tahun hingga 4 tahun. hehehe.. macam menarik, aku pon masuk la pi tanya itu ini..

Terus register u…

my heart shape hard boiled eggs

Image
i was excited to try out a heart shape hard boiled egg from anna the red blog. Miu from plus size kitten was responsible for this madness!!! She share the link of anna the red on facebook, and i read the blog... and i was crazy about bento after then! well, ok.. maybe i'm not so crazy as anna the red. I'm not making a bento, but the heart shape hard boiled egg is a must try!

Seriously.. it looks easy, and cute, and adorable... and i think i can do it at home without needing to buy anything on the store! (that's the most important things. i have everything i need to make a love eggs). yeah.. not forget to mention, Miu also try it out, exactly the same technique.. you can check on her blog too

Last night i try it out. BUT, i'm not using the same technique. That because, i have a Heart Shape mould in my kitchen (the one that i normally use to mould the rice for Juwita). So, i'm not using a box, copstick and whatever on the list, just a heart shape mould, a base made f…

aduhai... ralatnya rasa............

semalam...(sampai lah laa ni) terasa ralat sangat. Aku gi terapi minda semalam (shopping/ window shopping). I tell you, shopping = terapi minda, Window shopping = sakit jiwa. ahahaha~!

Aku memang nak survey-survey beberapa barang dan kalau under budget aku memang plan nak sambar. Dalam masa yang sama, aku nak cari tailor yang bagus sket. Mahal pon mahal la, janji bagus dan boleh buat baju yang aku inginkan...

Dok window shopping semalam.. tengok accessories, macam berkenan. Ah, nanti la dulu. baik cari baju. Dah cari-cari baju.. alaa.. bukan budget la pulak. Pastu pikir-pikir, aku ade lagi baju yang baru pakai sekali dua. So, proceed dengan baju sedia ada je. Macam mana nak update dan uptrend kan balik baju tu kasi new look saja. So... pikir-pikir lagi.

Masuk kedai Tudung Anggerik Avenue. Masya~allah~~~ cantikkk nyeeeeeeeee~!!! aduhai.. sungguh terpesona + tergugat keimanan ku ini. Nak beli ke tak..nak beli ke tak... dok pikir gitu je... ok. Keluar dulu, survey lagi. Kot-kot ada jenis la…