masa saya kecil-kecil dulu...

Saya tak pernah bagi tahu sesiapa sebelum ni bahawa semasa saya kecil-kecil dulu....


1. Saya lebih suka berangan dari berkawan. Imaginary friend lagi best dari kawan-kawan kat sekolah. Saya nampak budak-budak ni semua annoying dan gedik lagi tak cukup akal. Sebab tu saya tak banyak kawan. Diorang pulak suka mengumpat saya... ingat saya tak dengar???


2. Saya suka nangis atas katil sebelum tido. Bila ingat-ingat balik, saya tak ingat sebab apa saya menangis.. Tapi hampir setiap malam saya nangis. Pagi esok bangun bengkak mata...


3. Saya memang suka cerita hindustan sejak kecil. Saya pernah ponteng sekolah agama sebab nak tengok cerita hindustan kat tv. Saya berangan Shah Rukh Khan jadi boyfriend saya. haha~ lawak betul...


4. Ada cikgu kat sekolah tak suka saya. Kalau dalam kelas dia buat macam saya tak ada. Pernah angkat tangan dalam kelas dia, dia buat tak nampak. Masa latihan koir sekolah, cikgu tu sesuka hati buang saya dari pasukan walaupon pertandingan adalah esok, #__# Guru koir pon terkejut kenapa tiba-tiba saya dibuang oleh cikgu tu. Sampai sekarang, saya berat nak maafkan cikgu tu. Maafkan saya... saya sangat terasa dengan kejadian itu.


5. Saya mengalami masalah tiap kali cikgu buka tajuk cita-cita. Tiap kali ditanya, saya akan beri jawapan yang berlainan. Hakikatnya saya tak pernah tahu apa saya nak jadi bila besar nanti. Saya tak suka jadi cikgu (sebab ada cikgu tak suka saya), tak suka doktor, engineer, kerja pejabat... semua tu tak ada dalam list saya.


6. Saya gelak dalam hati bila budak dalam kelas cakap bila dah besar dia nak jadi kerani. Bila cikgu tanya kenapa nak jadi kerani, dia kata sebab abah dia kerja kerani. Saya rasa sebenarnya dia pon tak tahu jenis-jenis kerja lain yang ada di malaysia ni. dia nampak kerani je. Ntah apa jadi budak tu sekarang...


7. Saya selalu berangan ada keluarga, suami kacak, ada anak yang comel, rumah besar dengan halaman menghijau yang luas, kereta mewah 2 biji, dan saya sangat cantik (apakah?)...saya tidak bekerja, cuma menjaga anak dirumah. Masa tu umur saya baru 10 tahun. ...........


8. Kawan saya pernah datang rumah, dia kata rumah saya bersepah, dan tuduh mak saya tak pandai kemas rumah. Budak tu tak tahu, dalam taman tu, mak saya je wanita berkerjaya. Mak budak tu beserta jiran-jiran lain semua suri rumah.


9. Sejak kecil saya membayangkan suami saya nanti seorang yang tinggi dan seorang businessman berjaya. Saya mencuba sedayanya membuang imej cermin mata pada suami imaginasi saya.. tapi bayangan suami saya tetap bercermin mata. haha~


10. Saya minat kumpulan SLAM. Semua kaset album slam saya ada, sampai mak saya bagi selaran SLAM tu "Selalu Lambat Akibat Malas" pada saya. Sebab saya pemalas... dan kena lagi.. "patutla gemuk. ko pemalas" Sampai mati saya akan ingat ayat tu.


Saya tak pernah cerita pada sesiapa 10 perkara di atas. (ok, mungkin ada beberapa orang pernah saya ceritakan).


Saja... mengenang saat-saat masa kecil... orang kata zaman kanak-kanak penuh dengan memori indah. Ya.. memang banyak memori indah. Tapi memori yang kelam juga sering menghantui sehingga dewasa.. kan?


Lagi satu, saya mula percaya dengan impian dan mimpi. Kerana masa kecil dulu saya selalu mengelamun, berangan, bermimpi,.. tak sangka ada impian/ angan-angan yang betul-betul dah terjadi. Itulah yang dinamakan "THE POWER OF DREAM"


bye... xoxo


~ sangat bosan hari ini. Sebab tu entry sangat merepak

~ esok sangat buzy. ada 3 muka nak makeup. jauh-jauh plak tu

~ ahad open house rumah aku. Sapa kenal aku meh la datang. Sila email kalau nak alamat

~ Sejak raya ni, aku makan banyak gile. takutnye gemuk!! X__X

~ apa kena tah dengan font entry saya.. dah berubah

Comments

AinSaniah said…
aku sokong statement 1,2,4,5

sebab aku pon macam tu =.="

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

masak-masak hari ahad: lasagna & apple caramel tartlet with mascapone cheese

Ketam mengajar anak berjalan