salute to the nature

salute to the nature

Thursday, September 30, 2010

bad hair day = big fat day

today is definitely not a good day for me.


1. bangun pagi, mata terasa berat. Juwita dok kejut dari pukul 6++, tapi tak daya nak bangun. Masa tu lah nak air susu, nak air masak, nak tengok tv (dia dah celik.. dah mula la hari nya yang indah.. walhal aku...)


2. Adoi laa... malam tadi tertidur lupa bukak contact lense! mata dah rasa lain macam...*__*


3. Dalam kepayahan, aku bangun jua, demi anakku yang nak makan, minum, tengok tv tu... uuhhh.. susahnya nak turun tangga. terhantuk kepala kat pintu. T__T


4. Lepas buka tv ingatkan dapat lena, tapi dipaksa pulak tengok higglytown hero dengan dia... adoii laaa~~~~*danggg!!!*


5. Sebab dah pukul 7.30, tak da chan nak tido lagi.. maka aku gagahkan diri untuk mandi. Sebab mamai, Tersalah pakai berus gigi, terpakai berus gigi hubby O__O


6. buka wardrobe, termenung kejap... Baju melambak, tapi takde selera nak pakai. Terpandang cermin, O__O terasa gemuk!!! waaaaa~!!!!!


7. Gigih siapkan akaun penutup dan kira untung rugi company. Siap dengan jayanya tepat pukul 12 tengah hari. Keluar lunch.


8. Silap percaturan makan rojak masa lunch. Sekarang pening + loya + mata berat + ngantok + sakit perut + macam-macam lagi perasaan tak best. Dalam keta dah rasa mau rebah


9. Kena siapkan nota grooming class untuk kursus bulan depan, tapi tilam memanggil-manggil ku. Rojak tadi, telah selamat berpindah lokasi dari dalam perut ke lubang tandas. "uweekk! uweekk!"


10. exhausted. ........................tapi gigih tu nak tulis blog..................sekarang mata mencucuk-cucuk. Boss keluar, peluang untuk tidurrrrrrrrr!!!!!!!!



tulis selagi terdaya................chaiyok!


oh.... kalau dulu, aku akan kata "hobin jang hobin!!!!!"


xoxo


*ada orang tanya, aku peknen ke? O__O banyaklaa peknen... aku tengah piyed nih~~~jawapan aku, MUSTAHIL! hua hua hua...



~ penat juga buat nota ni. Sekarang aku mula menghargai lecturer ku dulu, especially Pn. Sham. Lecture dia mmg marveles! sure dia buat research gila2 untuk prepare sebelum masuk kuliah kan...

~ aku nak jadi macam Pn. Sham. Lecture aku mesti lengkap dan padat. research aku mesti power!

~ aku nak jadi macam Dr. Fadzilah kamsah. Lecture aku senang difahami dan tak bosan didengari

~aku nak jadi macam Sharifah Shawati. personaliti aku menawan dan jadi pujaan. Aku nak jadi ikon. (bukan akon yee)

~aku adalah aku. voleyy~~

Wednesday, September 29, 2010

kaftan dan chiffon


Sana sini orang dok gelek dengan kaftan. Nak-nak yang hok chiffon tuh... cantik sungguh! Yela, tengah trend sekarang kan. Berposak la peniaga nak jual. Pembeli pon mula la rambang mata.. berposak jugak lah membeli. hahaha~


Aku, personally, suka kaftan dan chiffon. Satu kombinasi yang menarik. Nampak elegance gitu. kain tu flow je bila jalan. Kaftan tau le, cutting dia loose-loose kat certain part, dan emphasis pada certain part. nak kata macam jubah... erm.. ala-ala kot. tapi jubah / abaya ni memang loose se loose-loose nya. Tapi laa ni, abaya pon, designer dah design yang ada shape le pulok... ish.. apeke jubah namenye kalo ade shape? elok lagi panggey je kaftan. Idok le orang confius....




Kalau cakap kaftan kan senang. Ini abaya moden la, abaya casual la... Hello~~~ kalau dah abaya, abaya la.. boleh je nak ubah suai abaya, tapi kaalu dah rupa macam dress, baik panggil dress je. Hilang dah nama abaya tuh. Kaftan pulak, kalau dulu kaftan mesti kain cotton, mak-mak kita bawak tido malam. Memang seksi tak hengat la.. angkat tangan sikit nampak ketiak dengan segala bulu adaa O__O


Kaftan sekarang, memang stylo. Nth sapa punya idea la buat kaftan dengan kain chiffon. Malatops wa cakap luu! 1st time aku ingat lagi, aku tengok kaftan chiffon ni dalam satu rancangan kat tv, si Rizalman tu tengah promote koleksi terbaru dia; adalah potongan kaftan, menggunakan kain chiffon, dan loose, flowy-flowy... aku terus jatuh cinta!





Sumpah, masa zaman mak dulu-dulu pakai kaftan memalam, aku cukup menyampah dengan baju kaftan (err... orang kita panggil baju kelawar!!!). Design kaftan sekarang memang trendy. Aku rasa, aku patut ade la dalam 2 ke 3 helai kaftan nih... hahaha~~!


Untuk bakal-bakal pengantin pulak... kalau korang masih mencarri-cari baju untuk hari bersejarah anda, aku cadangkan korang pilih chiffon. Kalau nak jahit sendiri, carilah kain chiffon yang bagus sket kualiti, hantar jahit, pastu pi buat beading. wah la weiii!!! serius cantik!! Kalau nak beli siap pon, haa.. cari je la mana-mana butik yang ade jual baju pengantin siap kan... kalau kedai tu up to date, mesti ada chiffon punya!!! beli kosong pon takpe, boleh tambah beading later.


Tudung pulak... memang cantik gila kalau kain chiffon. Gaya shawl lilit-lilit ka... layah/ veil ka... memang cantik. Jangan lupa, tambah beading biar nampak exclusive. pheh... aku terasa macam nak kawin sekali lagi pulak.. (bukan dengan orang lain, dengan laki aku jugak laa)


so.... sebab aku sekarang dah dirasuki oleh kaftan dan chiffon.... (uder? mana uder?????) teringat kat uder sebab dia pernah menyuarakan hasrat membuka butik kaftan. Aku setuju sangat kalau gitu!!! boleh la aku beli dengan diskaun kaw kaw! wakakaka~~~





~ banyak kerja nih! Nota kelas grooming tak siap lagi

~ dah lama tak hang out dengan uder.... rasa nak lepak pakli, pastu jalan-jalan window shopping

~ nak pergi spa. Belikat sakit dah 3 4 hari dah... tumit pon sakit.. owh.. aku semakin tua. ya~ Allah~~

~ nak cari tukang jahit yang bagus di shah alam. Kali ni taknak tersilap lagi

~ Nak cari kaftan chiffon. ada?

~ musim buzy bermula


*gambar-gambar kaftan yang gojes-gojes semua kredit to http://www.my-nobella.com/shopping/index.php

Tuesday, September 28, 2010

girls day out


hari raya haritu, ada satu hari, abah nya kena balik Shah Alam settle kan satu job urgent. So, tinggallah kami 2 beranak kat jasin...


Juwita mulalah, meroyan time malam.. nak abah... nak abah... nak abah ipok (tepuk).. alaaahai.. tak dapek la den nak pujuk.. bior je le dia nangis sampai tertido. (serius!)


Tapi, hari siangnya dia ok. Tak de pulak sebut-sebut abah. Mungkin sebab ada banyak mainan, pastu ada macam-macam aktiviti, dia jadi leka. Aku dengan ain le, arrange macam-macam aktiviti, supaya dia tak bosan, dan supaya aku pon tak bosan + rindu sama kekasih hati... hua hua hua...


Siang tu, kami pergi kedai mama, buat kek sesama (ada aku cerita dalam entry yang lepas-lepas), pastu aku ada gi jalan-jalan ke melaka, nak pujuk dia, aku ada belikan CD princess barbie yang baru, jam tangan barbie lagi.... ish ish ish.... nasib baik murah je CD tu...


Kat kedai, ada Aina dengan Lala, takde lah Juwita tu bosan. Dia leka main je la. Nasib baik malam tu abahnya balik. Patutnya kena tidur berdua lagi satu malam, tapi hubby balik malam tu sebab ada job photog esoknya kat batu pahat. Esoknya, kami ke Muar pulak, makan kenduri. wawawaa... banyaknye makan bulan raya nih!


ni dia muka budak rindu sama abahnya


kek yang kami buat bersama... huduh la gak


jalan-jalan window shopping dengan ain... posing amik gambar sampai kena sound


amik gambar lagi...bosan punya pasal~


cukup le. daaaa....


~ ada job besar mengintai-intai. Harap-harap menjadi

~ open house ahad lalu berjalan dengan lancar. Tetamu ramai diluar jangkaan. Alhamdulillah makanan cukup-cukup. tak lebih, tak kurang.

~ sabtu ni open house rumah kawan pulak. dengor nye menu nasi ayam! ahaks!

Friday, September 24, 2010

masa saya kecil-kecil dulu...

Saya tak pernah bagi tahu sesiapa sebelum ni bahawa semasa saya kecil-kecil dulu....


1. Saya lebih suka berangan dari berkawan. Imaginary friend lagi best dari kawan-kawan kat sekolah. Saya nampak budak-budak ni semua annoying dan gedik lagi tak cukup akal. Sebab tu saya tak banyak kawan. Diorang pulak suka mengumpat saya... ingat saya tak dengar???


2. Saya suka nangis atas katil sebelum tido. Bila ingat-ingat balik, saya tak ingat sebab apa saya menangis.. Tapi hampir setiap malam saya nangis. Pagi esok bangun bengkak mata...


3. Saya memang suka cerita hindustan sejak kecil. Saya pernah ponteng sekolah agama sebab nak tengok cerita hindustan kat tv. Saya berangan Shah Rukh Khan jadi boyfriend saya. haha~ lawak betul...


4. Ada cikgu kat sekolah tak suka saya. Kalau dalam kelas dia buat macam saya tak ada. Pernah angkat tangan dalam kelas dia, dia buat tak nampak. Masa latihan koir sekolah, cikgu tu sesuka hati buang saya dari pasukan walaupon pertandingan adalah esok, #__# Guru koir pon terkejut kenapa tiba-tiba saya dibuang oleh cikgu tu. Sampai sekarang, saya berat nak maafkan cikgu tu. Maafkan saya... saya sangat terasa dengan kejadian itu.


5. Saya mengalami masalah tiap kali cikgu buka tajuk cita-cita. Tiap kali ditanya, saya akan beri jawapan yang berlainan. Hakikatnya saya tak pernah tahu apa saya nak jadi bila besar nanti. Saya tak suka jadi cikgu (sebab ada cikgu tak suka saya), tak suka doktor, engineer, kerja pejabat... semua tu tak ada dalam list saya.


6. Saya gelak dalam hati bila budak dalam kelas cakap bila dah besar dia nak jadi kerani. Bila cikgu tanya kenapa nak jadi kerani, dia kata sebab abah dia kerja kerani. Saya rasa sebenarnya dia pon tak tahu jenis-jenis kerja lain yang ada di malaysia ni. dia nampak kerani je. Ntah apa jadi budak tu sekarang...


7. Saya selalu berangan ada keluarga, suami kacak, ada anak yang comel, rumah besar dengan halaman menghijau yang luas, kereta mewah 2 biji, dan saya sangat cantik (apakah?)...saya tidak bekerja, cuma menjaga anak dirumah. Masa tu umur saya baru 10 tahun. ...........


8. Kawan saya pernah datang rumah, dia kata rumah saya bersepah, dan tuduh mak saya tak pandai kemas rumah. Budak tu tak tahu, dalam taman tu, mak saya je wanita berkerjaya. Mak budak tu beserta jiran-jiran lain semua suri rumah.


9. Sejak kecil saya membayangkan suami saya nanti seorang yang tinggi dan seorang businessman berjaya. Saya mencuba sedayanya membuang imej cermin mata pada suami imaginasi saya.. tapi bayangan suami saya tetap bercermin mata. haha~


10. Saya minat kumpulan SLAM. Semua kaset album slam saya ada, sampai mak saya bagi selaran SLAM tu "Selalu Lambat Akibat Malas" pada saya. Sebab saya pemalas... dan kena lagi.. "patutla gemuk. ko pemalas" Sampai mati saya akan ingat ayat tu.


Saya tak pernah cerita pada sesiapa 10 perkara di atas. (ok, mungkin ada beberapa orang pernah saya ceritakan).


Saja... mengenang saat-saat masa kecil... orang kata zaman kanak-kanak penuh dengan memori indah. Ya.. memang banyak memori indah. Tapi memori yang kelam juga sering menghantui sehingga dewasa.. kan?


Lagi satu, saya mula percaya dengan impian dan mimpi. Kerana masa kecil dulu saya selalu mengelamun, berangan, bermimpi,.. tak sangka ada impian/ angan-angan yang betul-betul dah terjadi. Itulah yang dinamakan "THE POWER OF DREAM"


bye... xoxo


~ sangat bosan hari ini. Sebab tu entry sangat merepak

~ esok sangat buzy. ada 3 muka nak makeup. jauh-jauh plak tu

~ ahad open house rumah aku. Sapa kenal aku meh la datang. Sila email kalau nak alamat

~ Sejak raya ni, aku makan banyak gile. takutnye gemuk!! X__X

~ apa kena tah dengan font entry saya.. dah berubah

Tuesday, September 21, 2010

list movie kesukaan aku

enough cerita pasal raya, enough cerita pasal cake decorating (terasa macam bukan blog aku pulak.. banyak sangat pasal kek kek nih -__-) Sebelum ni pon, sebab saje je nak promo kedai mak aku.. ahaks! saje nak pekerja tu semer pengsan buat kek. wakaka~~~ sekarang ni pon dah tak terlayan, huhuhu..


OK. Aku dah kembali bekerja. Maknanya aku dah mengadap lappy aku ni sepanjang hari (kalau aku tak keluar ikut hubby atau uder la). Ada masa lebih sikit, buat apa lagi kalau bukan browse sana browse sini... masuk youtube, imdb... huh... bosan. Maka aku pon mengambil keputusan nak update blog....


So, hari ni aku nak list kan movie-movie yang aku pernah tengok, dan aku paling suka sepanjang masa (all time favourite lah tu)


1. Inception

Movie paling latest aku tengok, dan paling best, dan paling menusuk jiwa, hati, perasaan, akal fikiran segala! Habis kena racun otak aku dengan cerita ni. Sangat percaya aku dengan karut marut pengarah dan penulis script ni punya kerja. Aku bagi 9 bintang kat movie ni. 1 bintang hilang sebab aku geram dengan gasing kat part ending tuh... stop ke tidak eh... haha~~

dengan pelakon nya semua (leonardo, tom hardy, gordon).... BEST! aku suka semua!! (aku rasa filem ni tercalon banyak award nanti nih..)


2. Children of men

Ini cerita tahun bila tah... tak famous sangat. Tapi review baik gile, dan, bila aku tengok.. perghh!! memang terbaekk! Memang menusuk kalbu betul, especially scene watak perempuan tu beranak, hero tu sambut kelahiran. Lagi satu masa part diorang lari dari askar, pastu baby tu nangis... punya lah miracle nya kelahiran manusia ni, sampai kan tengah-tengah perang, bom sana bom sini, dengar baby tu nangis semua stop! askar tu siap bagi laluan.


(aku tengok cerita ni masa tu tengah mengandungkan Juwita..ahaks! manangis-nangis aku tengok, punye le terharu tak terkata..)


3. the Pursuit of happyness

Lagi satu filem yang membuat aku menangis terharu gile-gile. Ini lah dia... the Pursuit of Happyness. Sapa rasa macam nak putus asa, agak-agak rasa nak inspiration, nak kan satu motivasi, semangat.. tengok lah cerita ni. Base on true story, true people. Watak utama tu wujud, dan itu adalah kisah dia. Aku tengok ni, aku feel gile watak utama tu.. masa dia nangis, aku pon nangis sama. Masa dia speechless, aku pon sama speechless.. masa dia rasa nak jerit, aku pon rasa nak jerit sama.


Kenapa pursuit, kenapa happyness... tu kena tengok... baru paham...
2 thumb ups pada will smith. Menjadi sungguh lakonan dia, sampai aku percaya expresi dia semua!


4. the prestige

woah... filem ni.. pasal magician. Berkenaan "how far one magician can go to perform the ultimate illusion". Lepas tengok movie ni, aku sering tertanya-tanya.. ada kah orang yang sanggup buat till that extent.. Idea dalam cerita ni banyak mengubah pemikiran aku tentang magician/ illusionist... macam buat aku terpikir....... betul ke???.....ada ke....???.... sangat mendalam dia tertinggal dalam jiwa aku.


pelakon pon hebat woo... hugh jackman, christian bale... highly recommended!


5. Slumdog millionaire

haha.. kisah cinta yang bukan cinta semata... aku suka! jalan cerita macam cerita hindustan, watak pon watak hindustan, pelakon hindustan, ada lagu nyanyi-nyanyi jugak macam cerita hindustan (walaupon tak banyak mana), tapi plot strong gila! dan, macam aku cakap, dia bukan semata cinta.. tapi sebenarnya lebih kepada mengejar impian. To catch a dream... a destiny. dalam cerita ni, destiny hero tu, heroin tu lah.. haha~ Apapon, mesej cerita ni kuat.


Menang award kott.... mesti lah best kan.. rugi wei kalau tak tengok!


6. Up

Lagi satu movie pasal mengejar impian. Aku kalau tema cerita impian-impian ni aku memang suka. wakaka... confirm aku nangis tengok. Movie Up ni filem animasi, atau bahasa lainnya, kartun. Mesej sangat kuat dan jelas (bagi aku le. tak tau le kalau orang lain paham lawak jenaka dia je)


Movie ni sentiasa mengingatkan aku pada lagu Miley Cyrus, the Climb. Intipatinya lebih kurang sama lah... "ain't about how fast i get there, ain't about what's waiting on the other side.. It's the climb (that's matter)! fully recommended untuk ditonton seisi keluarga! cerita yang ringan, tapi penuh mesej.


7. the Pianist

huh... filem berat balik. (aku ni memang suka filem berat kah..?) serius berat cerita nih. Tapi best! Cerita pasal lelaki ni.. musician, dia main piano, dia jewish. dan dia hidup masa zaman warsaw, perang dunia II...so, kisahnya adalah bagaimana dia struggle untuk hidup pada zaman itu.


Pengarah filem adalah Roman Polanski. Dia kalau buat filem, memang berat, memang best. haha~


8. Australia

Filem ni, mengambil masa 3 jam. Macam cerita hindustan. Tapi, tidak sedetik pon aku terasa mengantok atau bosan menontonnya. Malah, sejak ditayangkan kat Astro Movie channel, dah beberapa kali dah aku ulang tayang movie nih. Tak bosan! Sebab, walaupon filem ni panjang, timeline dalam cerita ni pon panjang. Maknanya cerita ni tak melewe-lewe... setiap babak tu padat ada isi... (kalau hindustan 3 jam... ada 10 lagu. tiap lagu 5 minit golek-golek gedik-gedik.. dah bazir 50 minit. haha~)


Puas tengok cerita ni. Macam real! Aku macam nak percaya je cerita ni bulat-bulat... pelakon pon, Hugh Jackman, Nicole Kidman...hebat-hebat!


9. Yes man

Cerita lawak, sapa lagi kalau hero lawak jenaka Jim Carey. As usual, filem dia memang buat orang gelak, tapi dalam masa yang sama, penuh makna dan mesej untuk semua. Paling aku suka masa dia pujuk member nak terjun bangunan tu... siap tune gitar nak nyanyi segala! tapi touching! Mesej filem ni menyentap jiwa raga sebenarnya... maknanya, kita gelak-gelak kelakar kat luar, dalam hati kita terkena, terasa akan kebenarannya. Dalam hati kita dapat tangkap point dia tuh..


sesuai ditonton seisi keluarga.


10. the Others

Filem horror yang termasuk dalam senarai. Nicole Kidman gak yang berlakon. Filem ni ada twist, sebab tu aku suka. Dari mula sampai nak habis kita percaya degnan plot tu, rupanya nak ending baru tahu situasi tu sebenarnya the other way round. haha~ suka! suka!


Itu lah dia top 10 movie yang aku suka. Tapi selain tu, filem-filem fiksyen, animasi... ada gak yang aku layan. Macam transformers. Best gile tengok wayang! dapat tengok dalam HD lagi leleh koo!! Lagi satu filem-filem X-men. 1, 2, 3, dan wolverine... pon layan kalau tengok kat wayang. Orang kata berbaloi la bayar 11 hengget untuk kualiti filem sebegitu. Nak-nak tang babak bertarung ke, babak aksi lasak ke.. memang terhenti rasanya pernafasan aku! wakaka~ punyalah consentrate.. dengan sound effect dia lagi... pergh.... !!!


Eh, lagi satu, untuk kategori filem horror, aku suka gak filem "the sixth sense". Pon ada twist gak. haha~


Panjang betul entry aku kali ni. Gambar sebijik pon takde... haha.. terasa nak tengok wayang la plak.. cerita apa yang best eh.....


daa....


xoxo.

Sunday, September 19, 2010

aku buat kek? kah!kah!kah!!!!!..

siapa yang mengenali aku pasti tahu yang mak aku sangat pandai membuat kek. Segala macam jenis kek di pandai buat. Segala macam jenis deco; buttercream ka, fresh cream ka, jeli ka, sugar paste/ fondant ka, air brush ka.. semua dia boleh buat. Orang yang kenal mak aku akan panggil kitorang adik beradik anak tokey kek. Kedai mak aku kat Jasin, Kedai Kek Kesang. (kenapa nama kesang? sebab kitorang duduk kat kesang. Masa nak register, nama mak teh, maznah, kak meh.. semua dah di ambil orang..oh, itu cerita 6 ke 7 tahun dulu.. masa nak register...)


Sekarang, Kedai Kek Kesang dah bertapak dah kat Jasin ni. Rasanya orang jasin sure tahu dah kedai kek ni. Satu-satunya kedai kek melayu isle kat jasin. Kalau dalam melaka pon boleh kita dengan sebelah tangan je, Maknanya, kedai kek mak aku ni wanted jugak la.. especially untuk bakal pengantin dan badan-badan korporat/ kerajaan.



OK. Berbalik pada tajuk... Aku deco kek? (pastu aku gelak di disitu....)
Malu wei nak ngaku aku ni anak tokey kek.. sebab aku fail betul bab membuat, deco ka hape semua tuh! huh, baik aku masuk dalam lubang aje... orang jumpa aku mesti akan expect aku terror gile buat kek. Hakikatnya... aku tak tahu pon!!!! (owh.. aku tahu semua teori dalam membaking dan mendeco.. taknik nya semua aku tau, sebab aku dulu selalu gak monitor kerja pekerja mak aku. Mak aku pon ada ajar aku teknik tu semer... cumanya aku tak pernah buat sendiri A to Z...)


Buat kek atau mendeco ni, orang kata kena ada bakat + practice. Aku rasa aku ada bakat, macam mak aku jugak, tapi aku tak practice. Buat kek ni kena teliti, mendeco apatah lagi... kalau kita teliti, hasil dia akan lebih kemas. Kalau cincai, hasilnya caca merba lah...
Sebenarnya sejak aku dah berkahwin dan ada anak ni, naluri aku nak buat kek ni macam timbul la... tak tau la kenapa.


Kalau dulu, masa mak aku mula-mula bukak kedai dulu (sebelum ada kedai mak aku buat kek kat rumah), aku cukup menyampah dengan membuat deco kek ni semua. Sebab kena main dengan cream... dah la berminyak-minyak, nak basuh dia pon susah... (buttercream susah nak basuh tau. Kena pakai air panas.. sebab dia berminyak-minyak..), pastu dengan peralatan semua besar-besar, penuh sinki... Serius! aku cukup benci masa tu!



Tapi bila dah ada kedai, senang. Dengan peralatan semua pada tempatnya, cara kerja dah sistematik... ada pekerja tukang basuh alatan... yang buat kek, buat kek aje... huh.. senang bangat! aku pon jadi suka buat kek...



Sekarang aku rasa menyesal pulak, sebab, masa lepas SPM dulu, aku tak ambil kesempatan tu untuk belajar semua tentang buat dan deco kek dengan mak aku dan Kak Yang... (sekarang baru terasa kerugian itu yeah... sangat sengal!)



Hari tu kat palong, aku kena deco kek span Fatin. dengan tolls yang limited, sangat mencabar key! Tapi berjaya jugak, walaupon kek itu berupa sangat amatur.. haha~~ (kek tu senang je nak deco, sebab guna fresh cream...deco nya simple je)
Pastu balik Jasin, Juwita mintak kek besday to you... Adoi la.. terus aku ke kedai kek.. mintak Kak Yang spare kan satu kek kecik untuk aku. Sampai sane, terus aku deco-kan..


Dengan Juwita nak juga buat.. "aisha wat.. aisha wat iri..." (dia nak buat sendiri kooo!). tu tak kita dia yang pilih kaler! pheh... habis hancur kek aku... dengan kaler yang caca marba.. dengan corak macam hampeh.. Juwita buat tu! Dia pegang piping, aku pegang tangan dia.. macam jar dia tulis guna pensil la.... haha~~~ lawak..lawak..


ok, bandingkan saja, kek aku dan Juwita buat, dengan kek yang terhasil dari tangan pro...














eh.. eh.. jangan terpedaya.. ni semua kak Yang yang buat...


ha.. bawah ni baru yang aku buat.. kah kah kah!!!!! malu siot nak tunjuk!!!
(nampak tak kaler lain lain tuh? cream kaler pink tu tak cukup, punyalah malas nak bancuh lain.. sambung kaler purple jerk..haha~ Dengan kena pimpin tangan Juwita... alahai....senget benget jadinya)


2 slice koo dia makan!!! dekat 1/4 kek! ekekeke...(malunye tengok kek aku nih!)






kek kek lawa tu semua credits to Kedai Kek Kesang. For enquiry, please call 06-5298687. Menerima tempahan kek untuk perkahwinan, hantaran, tunang, majlis-majlis rasmi dan badan-badan korporat. LO juga diterima.

Saturday, September 18, 2010

cerita raya 2010 lagi. (cerita ke.. gambar je kot..)


last post dah cerita summary pasal raya tahun ni.. jadi kali ni nak paste gambar aje la.. tak apa nak cerita lagi.. semua dah cerita haritu. yang penting, aku masih di jasin. Malam tadi hubby sampai dari Shah Alam, dan pagi tadi, pukul lapan dah gerak ke Batu Pahat pulak... (aku mengambil keputusan untuk tidak ikut.. sebab malas nak handle Juwita lama-lama kat rumah kenduri)


Owh.. tapi rupanya Juwita nak ikut uwan dia.. alaahai.. kalau la aku tau, awal-awal aku siap-siap ikut hubby gi Batu Pahat. Juwita tinggal dengan uwan.. haha~ nyesal!


ok, cukuplah berceloteh. layan gambar saja ya.. :)



Juwita menghayati raya.....






Hubby penuh sederhana...
(sebab dia photographer.. maka gambarnya tidak banyak.. heehee~)






Aku perasan comel....
(photographer depan mata kan.. aku perasan cun le...haha~)








Kami di hari raya...
(tak banyak rupanya gambar kami sekeluarga... kena buat official photoshoot lagi nih! post-raya photog session! wakaka!~)





(cukuplah kan.. yang lain-lain dah post dalam facebook.. hehee)

Wednesday, September 15, 2010

kembali....kembali ke?

Salam semua... Punyalah lama tak update blog. Record nih! Dekat 2 minggu blog ni berkepam. Malam ni, aku bercadang untuk update serba sedikit blog aku. Kebetulan ada masa lapang sikit, Juwita dah tido, kuih raya dah makan, ketupat dah habis, rendang dah licin, beraya dah puas.... So, apa lagi, update blog lah kan~


Tahun ni aku beraya di kampung mertua aka kampung hubby aku kat Palong 1. Seronok sebab meriah, ramai orang, riuh rendah. Budak-budak pon ramai (ada ramai anak buah), jadinya memang happening jadinya, silap-silap boleh jadi pening.. haha~~


Yang seronoknya beraya di sana adalah, bila time ke dapur, ramai je orang. Seronok tau masak ramai-ramai. Sorang buat tu, sorang buat ni... ada je kerja masin-masing (walaupon aku kadang-kadang tak tau nak buat apa, sebab semua kerja dah ada orang buat :P). Masa makan pon beramai-ramai, sampaikan bila semua adik beradik dan keluarga ada, sampai 4 jambar terhidang, dah macam kenduri daa... tapi seronok! orang kata pengalaman berbeza...


Raya Pertama

Raya pertama kami beraya sekitar Palong 1 je. Rumah jiran tetangga. Petang tu, orang datang berkunjung ke rumah kami pulak..


Raya kedua

Hari kedua kami ke Serting. Dapat lah melawat 3 rumah, termasuklah rumah Kak Long di kampung Peladang. Lepas tu, bergegas pulang, sebab orang-orang Serting tu pulak nak datang beraya Palong. haha~ balas membalas kunjungan


Raya ketiga

Raya ketiga, barulah kami balik Jasin. As usual... ada 4 orang. haha~! mama, abah, ain, wahed. Balik aku sekeluarga, tambahlah lagi 3... aku, hubby dan Juwita. Macam tahun lepas juga, Rauf tidak bersama kami beraya. Rauf beraya di Melbourne. (woi, ko janji nak balik awal tahun depan kan? make sure jadik! kalau tak, aku akan sangat marah, hokey~!) Dan kerana itu, kami tidk cukup korum.. makanya kurang lah seronok...tapi masih seronok. Lagipon raya ketiga ni mama buat open house. So seronok lah, ramai orang datang, dari lepas zohor (orang mesjid), sampai lah ke malam buta.. ada je orang datang...


Raya keempat.

tak buat apa. Duduk rumah. haha~ Kami pergi Aeon baru kat melaka nun. Aiyah... menyesal gile tak datang sini masa sebelum raya dulu! Baju lawa-lawa gile! Sebab raya dah lepas kan, dan aku pon ada baju raya 3 pasang, jadi aku tak beli pape lah.. (dalam hati terasa kerugian di situ). Tapi aku tetap beli cosmetic lenses; Geo lens macam biasa. Belikan Juwita mainan. Toy Shop kat situ, aku cakap kau.. .murah gile! Hubby aku pon terkejut...


Singgah Padini, belikan hadiah besday Ain Asniah. Iaitu baju T beserta cardi/sweater. Aku beli untuk diri aku necklace dan selai baju hitam yang loose lagi see through (bak kata wahed, tu baju nak pikat suami...) wakaka! baju tu kena pakai inner la... dan kena pair kan dengan clincher.. baru ngam!


Raya kelima

Malam raya kelima baru lah berkesempatan melawat Mak. Dapat la lepak sana dalam sejam lebih. Dah penuh perut dengan air teh-o, kami pon meminta diri untuk pulang. aku yang cerdik ni, cadangnya taknak bawak handbag. Memang lah aku tak bawak. Natijahnya, duit raya untuk mak pon aku tak bawak. cerdik lah sangat kan~~ Nasib baik la hubby ada, salam kaut je la..


Raya keenam

Aku masih di Jasin. Cadangnya nak balik semalam, tapi ada masalah teknikal. Jadi kami stranded di sini. Ain tu ponteng sekolah harini. esok cuti hari malaysia pulak. Harini ni tak buat apa... membuta je. adoi la~~~


Esok, hubby balik Shah Alam. Ya, kau baca dengan betul. Hubby aku balik Shah Alam esok. Aku tak balik. Juwita tak balik. :( sedih? Ya... aku sedih la woi... kena tinggal... hubby balik sorang-sorang....Silap-silap aku nangis sorang-sorang dalam bilik esok nih... tak de orang nak peluk malam-malam... huuhuuuu~~~~~


Hari Sabtu hubby datang balik.


kenapa?


Sebab, ahad ni kami ke Batu Pahat. Kawan hubby punya wedding kat sana, hubby buat job Photography. Hubby balik Shah Alam ni pon kejap je, sebab nak settle kan satu job urgent kat sana. Kena submit hari Sabtu nih. Lepas settle job tu, hubby balik Jasin terussss. Jumpa aku.. ngee~~~ :):):)


Tapi, kejap-kejap pon...dekat 3 hari jugak kan... kamis, jumaat, sabtu... uwaaaa!!!!!!! nangis ai~~


Oklah. Cukup dulu update raya. Maaf lah tiada gambar raya yang dapat aku paparkan. Aku tersangatlah malas nak transfer gambar tu semua... Mungkin di entry berikutnya aku boleh paparkan gambar-gambar raya sahaja, tanpa perlu mengarang apa-apa. Mungkin, ye.. mungkin.. (tak janji)


daa....


~ Kemas stor, terjumpa barang-barang lama. Sangat mengimbau kenangan! Terasa nak ambil balik semua tu bawak balik rumah. hehe..

~ Jumpa satu butik yang best kat jasin. At least bersemangat jugak lah nak turun jasin... sebab ada butik tu. heh! aku bukan rajin nak drive gi melaka kan...

~ Harap-harap hubby balik esok petang... jangan la pagi.......cepat sangat.............

Sunday, September 5, 2010

update dari kampung

cool kan...


sebab....


1. saya berada di kampung


2. suhu kat kampung memang cold (cooooool)


3. masih boleh online


4. masih mampu update blog


5. seminggu lagi nak raya



ngee~~ memang cool...



(entry yang membosankan. maaf.)

Friday, September 3, 2010

confession of the shopaholic. we are unhappy

Baca tajuk.


Aku pasti, semua orang pernah merasa kecewa, geram, dan hilang mood. Bagaimana caranya anda menyalurkan perasaan itu? I mean, untuk release the tense, or at least to make you forget your current activated feeling (buat sementara waktu)..?


No...no... i tak maksudkan saluran-saluran untuk u all luahkan perasaan. That's not what i mean here. Ok, maybe, ada orang, cara dia nak release kekecewaan adalah dengan berkongsi masalah dengan orang lain. So, di zaman yang serba canggih ini, mereka salurkan di facebook, forum, blog, dan berbagai lagi media internet. (jangan tipu, aku pon pernah melakukannya). As long as you know the limit; what to share and what's not, ok lah kan...Jadi, akal kena still nombor satu, jangan tulis atau post secara emosi atau kurang waras. Nanti membakar diri sendiri. ahaks!


Ada orang, (maksudnya aku) menyalurkan kekecewaan atas sesuatu dengan melakukan aktiviti lain. Macam aku tulis di atas, At least, untuk masa itu, dia lupa seketika kekecewaan yang sedang di alami.


So, ada yang main futsal, ada yang pergi swimming, ada yang pergi berkelah. Owh... sungguh sihat fizikal dan mental orang itu! sangat kagum okey!


Tapi, bagi aku.....Aku maksudkan SHOPPING!!!!!


I notice something lately. Bila i found out yang baju raya i tak elok (dan dan tukar perantara "i" "u" kan..) and there's nothing i can do to fix it (for the time being), i start doing something else that can make me happier! (dengan harapan akan mengembalikan mood raya aku) .... which is shopping la kan...!


i start to window shopping, ushar heels, testing2, then usher gelang, acu-acu kat tangan, tengok baju, dress, makeup.... all the unimportant things (right now, becoz it's not in my shopping list anyway. dalam erti kata lain, aku tak perlukan benda tu semua sebenarnya.)


All i need actually the feeling of satisfaction bila beli tu, rasa happy la untuk beberapa hari, rasa puas, rasa gembira dan rasa seronok! Tapi, bila teringat balik kekecewaan "itu", benda yang kita kecewa tu depan mata, kita rasa unhappy balik. dan.... pusing-pusing balik gitu le... kita try to be happy again, dengan shopping lagi, dengan harapan the happiness of buying what we want can cure the unhappy in our heart.


Hell no!


as you all know the truth... masalah itu tetap di situ, tetap tak solve, tetap mengecewakan kita.


So, thats why i stop shopping (for the time being). Because i notice that:


1. Saya tidak berada dalam situasi yang waras ketika di mall. Saya tak kira duit dalam wallet. (biasanya saya mesti tahu berapa balance dalam wallet saya.


2. My judgement towards products reduce drastically. Saya tak tengok benda tu detail-detail, tak pikir panjang, asal nampak cantik dimata terus nak proceed, walaupon benda tu ada kekurangan, atau tak saiz, atau overprice!


3. Saya tak tengok harga barang. Main angkat sahaja...(macamlah kau ni anak raja, laki kau somebody somebody)


4. Saya rasa duit tidak ada maknanya, buat apa ada duit kalau tak belanja. Hahaha~


5. Saya mula membeli barang yang tidak ada kepentingan buat masa ini. Pendek kata, benda-benda merepek dan tak perlu atau kurang penting.


6. Bila plan nak beli lain, end up beli benda lain. Benda yang dicari nak beli, tak beli pon.



Oleh itu, saya mengishtiharkan bahawa, saya akan menghentikan aktiviti shopping saya sehingga saya stabil atau sehingga masalah baju raya saya selesai. Kalau tak, saya akan mambazir lagi dan lagi dan lagi.


Akan tetapi, masih ada juga benda yang memang nessesary dan perlu dibeli buat masa terdekat ini, (ini memang perlu dibeli, jadi tiada isu, key..)


1. contact lens (kalau tak beli, buta la aku raya nih wei!)

2. ........


itu je.. hehehe... kat facebook aku list down 5 benda. Sebenarnya 4 benda lain tu cuma keinginan, bukan keperluan.


Keinginan untuk aku distract my true feeling. Sebab aku rasa, bestnye kalau dapat benda tu semua. Bestnya kalau ada tu semua raya nanti...Mesti aku happy. Tapi kebenarannya, tetap tak akan happy, sebab baju tak elok! waaa~~~


Sekarang aku dah stop shopping. Cuma berharap sangat kat mama agar dapat dia alter itu baju. Bila dah alter, baru lah happy yang sebenarnya.


ish... cepatlah balik......




~ entry ke-2 hari ini. sangat berkobar!

~ nak beli contact lens je. lain tak nak dah...

~ ops, lupa bekas kuih raya... ini keperluan ke keinginan ek.....



Something i LOVE a lot!

(lagi entry tanpa gambar. Blog Aku puasa gambar gamaknya)


Hari ini mood ada sedikit baik. Malam tadi tidur dengan lena, pagi tadi boleh bangun sahur (dah 2 hari tak bangun sahur.. siann hubby). Bila mood ada baik, teringin nak tulis benda yang seronok-seronok... apa ya.. bosanlah cerita pasal raya. (walaupon mood baik, tapi semangat raya memang dah tak de)


Maka aku terasa nak list down kan benda-benda yang aku sayang lah. (noted: BENDA ya, bukan manusia atau insan). Adik aku, Ain Asniah rajin list down benda ni kat blog dia.. hehe.. kadang-kadang seronok jugak baca, betapa dia sayangkan, poster artis-artis korea nya, bear-bear leper nya... mp3 nya, dan banyak lagilah.


Oleh itu, benda yang aku sayang adalah...


1. Of course lah MakeUp collection aku.

Ini adalah aku sayang sebab mostly aku beli dengan duit aku sendiri. Aku generate income aku dengan makeup orang, untuk beli makeup baru. haha! cerdik tak aku? So, wajib lah aku sayang makeup aku kan, aku beli sendiri, dan aku generate income pon dengan makeup-makeup ni semua. Ada juga makeup yang hubby sponsor. hehe.. awal-awal dulu la.. hubby belanja brush bobbi brown dengan makeup.. sayang sangat brush tuh :) :) :)


2. Handphone aku.

Tak le mahal sangat.. henfon flip sony ericson je.. tapi dia kaler dark pink! (magenta kot..) dan paling penting, hubby belanja tau henpon ni. sayang sangat. Tapi depan dia dah calar dah, sebab Juwita pi buat main macam train kat lantai.. choo~~choo~~ haish.. tidak lah saya marah Juwita, kerana sayang-sayang saya kat henfon, saya sayang Juwita juga. Tapi saya ada sound lah itu budak.. haha!


3. Handbag aku

Current handbag yang aku ada hanya 3. Satu kaler itam (kasual, aku selalu pakai kesana sini, malas nak tukar-tukar), satu lagi kaler grey, silver gitu. Ni special sket, Liz Claiborne satchel. Buat pakai pi event, pakai raya, pi wedding... dan sebagainya. Dan satu lagi, shopping bag. Aku panggil shopping bag sebab aku selalu pakai bawak pi tesco atau shopping mana-mana. Weih, aku kan support "no plastic bag", haruslah aku ada shopping bag kan... kalau tak bagaimana aku nak bawak barang yang aku shopping?


4. Heels dan shoes aku

Aku tak ada banyak high heel. (walaupon aku sebenarnya sangat addicted to heels) Sebabnya, hubby tak suka sangat lah aku membazir beli heel banyak-banyak. Lain lah kalau kerja aku model ka, public figure ka, kerja-kerja yang memerlukan banyak dan berbagai-bagai jenis heel kan. So, overall, aku ada................erm..............berapa yek.................hehe........................... aku ada....................5 je heels. 2 flatforms slippers (selipar jepun tak kira lah ek), dan 1 running shoes. Aku ada satu heel boots. Sangat santik dan hanya dipakai sekali sahaja. (ini lah yang penyebab hubby marah gile. tak habis dia sindir aku dengan boot berkuda ni tau~).


Semua heels ni aku sayang. Tapi sebab tak banyak koleksi heel, jadi tiap satu heel tu dipakai agak kerap, menyebabkan dia cepat lusuh :( Bila dah lusuh, kena lah beli lain kan... huhuhuuu.... (sama je hubby, beli jugak.. hehe..tapi dia tak marah kalau beli dengan alasan heel lama dah lusuh). Running shoes pon hubby belanja, buat jogging hujung minggu.


5. Kamera S90 aku.

Owh, aku sayang sama ini kamera, sebabnya, hubby belanja jugak! Suka sangat! gambar dia cantik, feature dia handy dan user friendly, dan reka bentuknya sangat sexy! enough said~


6. majalah, buku-buku dan semua yang aku beli sendiri, dengan wang sendiri.

Bukanlah kalau orang lain belikan aku tak sayang (cuba baca atas nun, kan mostly hubby yang belikan?), tapi bila kita beli sendiri, sayang dia lain. Sebab kita tau kan, berapa susah nya duit nak keluar untuk beli itu benda. ngee~~ Buku, aku paling sayang buku Martha Stewart Living Cookbook" aku. Majalah, semua majalah Malaysian Women's Weekly. dan banyak lagi benda kat rumah tu, macam cadar, quilt cover, pinggan, cawan, ntah apa-apa lagi tah.. semua aku sayang lah!


hehehe.. pendek kata, semua benda aku sayang. Kalau nak listkan, sampai bila pon tak habis. Owh, entry ini mengingatkan aku bahawa, sebenarnya, tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Bila benda tu adalah my personal belonging, of course aku sangat sayang pada benda itu. Tak perlu lah nak pick up 10 benda paling disayangi.


Sebabnya, kalau benda tu aku tak sayang, mesti aku dah lama buang jauh-jauh dah...


daa...


xoxo



Wednesday, September 1, 2010

kecewa...

Salam,


Bagi sesiapa yang mengikuti blog aku ni, atau dalam facebook aku, apatah lagi yang mengenali aku di luar secara personal, pasti mengetahui bahawa aku sangat-sangat menantikan baju raya ku siap.


Aku telah hantar kain pada 25/6 dan tukang jahit kata boleh ambil 25/7. Pada 30/7 aku datang, tukang jahit kata belum siap, datang minggu depan. Minggu deannya aku datang lagi, pon belum siap juga. Kali ketiga aku datang pon belum siap.


Kali keempat, (tak, aku tak datang dah) aku call kedai dia. Hari tu ahad, so tak berangkat. hari isnin aku call lagi, tanya tukang jahit tu. Katanya lagi 2 minggu. OK. Aku tunggu 2 minggu, walaupon aku dah mula tak sedap hati + tak suka + geram.


Lepas 2 minggu aku tak call tak apa. Kawan aku yang datang kedai dia tanya (dia tempah di tukang jahit yang sama juga). Tukang Jahit kata, kawan aku punya baju, minggu depan siap, tapi aku punya lambat sikit, sebab banyak (aku hantar 4 pasang). Tukang jahit janji aku punya boleh ambil seminggu lepas kawan aku punya.


Pada 27/8 aku call tukang jahit tu dulu sebelum datang. As expected, belum siap juga. Tapi kali ni dia janji datang esok, iaitu pada 28/8. Oleh itu, esoknya aku datang pukul 10.30 pagi. Tukang jahit tu kata, kenapa datang cepat sangat (!@#$%^?????) Dia suruh datang pukul 2 lebih.


Dekat pukul 3 petang aku datang lagi. Kali ni, akhirnya dah siap. Aku ambil, terus bayar, bawak balik. Dalam hati tak sabarnya nak try!


Sampai rumah try depan hubby. Masa tu dah malam (sebab lepas ambil baju kami jalan-jalan dulu) UHH... perasan la longgar sket, tapi sebab malam kan, tak perasan sangat la... hubby pon tengok lebih kurang.


Esoknya, rasa tak sedap hati, rasa nak try sekali lagi, tengok betul-betul. Seperti naluri ku berkata... baju tu semua loose kat aku!!!! semua tau! semua tak fitting kat badan pon! aku rasa macam.... entah la tak tau nak cakap. Kecewa sangat-sangat. Geram pon ada... menyampah, tak tau nak buat apa.. tapi paling banyak aku rasa KECEWA lah....


Kain tu ada yang aku beli kat Serikin, ada yang aku beli online, ada yang mak mentua aku bagi... semua aku suka, semua aku sayang. Aku expect baju tu will turns out beautifully! tapi yang aku dapat hanya kecewa. Satu baju tu, baju kebaya... kan aku pernah cakap, aku teringin sangat nak pakai kebaya raya ni.. sebab dah berapa tahun dah tak pakai kebaya (sebab aku mengandung, pastu breastfeeding plak 2 tahun... tak senang nak pakai kebaya sebelum2 ni)


Aku try adjust, pakai pin. Aku pon pin kan kat tepi kiri kanan... tau tak... aku pin 1.5 inci kiri, 1.5 inci kanan! apakah????? tukang jahit tu buat tak ikut ukuran aku kah????????? Dari hari tu sampai sekarang ni, aku sangat pisss offff lah. Mood raya aku semua dh hancur. macam takde makna je. (walaupon hubby sedang mood raya yang mencanak-canak)


Hari tu, aku nangis tau. aku cuba call mak long yah, tapi nombor tu tak betul. Aku harap2 dia boleh alter... aku terpikir pulak nak call induk... tapi dia jauh la plak dari umah aku... susah la plak. Last-last aku call mak aku. Sebab aku pikir mak aku ada mesin jahit juga. Maybe dia boleh alter....


Sekarang ni aku sedang kecewa sangat-sangat. Selagi belum alter (aku still nak alter jugak. tak terlintas pon nak cari baju ready made lain. Sebab aku sayang baju ni) aku tak kan senang hati. Selagi baju tu tak di alter, tak boleh di pakai... aku TAKKAN senang hati.


uh..... Kecewa... mood tak dak... piss off.... kecewa.... geramm.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails