The Loaf @ Empire Shopping Mall






(entry ini dibuat pada hari Jumaat lepas, tetapi lupa dipublishkan)




i suppose to blog about my wonderful day out at spa yesterday. Tapi, bila tengok list topik nak blog harini, rupanya masih ada benda lain yang tak diblogkan lagi. So, ikut que la ye... review pasal The Loaf @ Empire Shopping Mall ni dulu... then ada lagi 2 topik lain, pastu baru boleh masuk cerita spa aku semalam... huhuhu~


Ini adalah last week punya family day out. Hmm.... Juwita pon ok lah.. dah kurang dah ragamnya. (atau masa tu mood dia baik? tak tau la) Senang la pulak bawak dia jalan... macam dulu-dulu...


Penat jalan, (sebenarnya, datang empire ni sebab nak beli lukisan catan/ abstract painting yang aku ceritakan dulu...tapi, as i expected, memang la dah xde dah lukisan tu. Of course lah telah dibeli orang. dah murah kan... lawa plak tu) Singgah kat Subang Parade, nasib baik ada kedai art Gallery kat sana... terus jumpa yang berkenan. Beli terus. Taknak survey-survey dah. Kang melepas pulak lagi nanti~~


Sebelum ke Subang Parade tu lah, kami singgah jap kat The Loaf ni. Mulanya cadang nak bawak hubby ke Whisk cafe, tapi terasa nak cuba roti the loaf pulak. Singgah terus berkenan. Hubby kata makan je la kat sini. huhu~~~ pucuk dicita ulam mendatang!






Bagi yang tak tahu, The Loaf ni adalah kedai roti kepunyaan mantan perdana mentari kita yang disegani, Tun Dr. Mahathir Mohammad. Dan, roti The Loaf ni memang terkenal dengan keaslian dan kesegaran bahannya, yang semuanya adalah di import khas. Chef-chef nya juga adalah chef yang professional dan expert dalam bidang masing-masing. Jadi, harus lah cuba kan.. (lagipon bau rotinya semerbak satu floor. takkan tak tergeliur kot~~)


Hubby nak makan lasagna, aku pulak order croissant with smoky salmon. Selain tu aku amik benda dalam cup ni. Aku pilih yang strawberry punya (lupa lah nama dia.. ini pon famous kat the loaf nih. Ada macam-macam perisa. seketul RM3.90).


Apa pun, layan gambar lah... nak cerita panjang pon tada guna punya.. baik korang tengok sendiri dan keliur sorang-sorang kat rumah.. wakakaka!


lasagna hubby yang super sedap! rasa homemade :)




aku punya smoky salmon. Serius fresh smoked slamon dia. xdak bau pon. smooth je salmon dia. dan sangat-sangat generous! puas makan salmon!



ni, desert yang aku cakap tuh... rasa macam cheese cake pon ade.. macam moose pon ye... kat bottom dia ada crumbles :)



air apple juice. Freshly squeeze.



ok. itu sahaja... kalau nak sekali sekala tukar selera.... apa salahnya~ (dah berapa kali daaa aku cakap ini ayat serupa~~)


Nak kata mahal, tidak lah mahal bebenau. Nak kata murah, tipu lah aku. So... everage lah harga dia. Still affordable. Kami makan bertiga (termasuk juwita yang enterprem) tak sampai RM50.


~kepingin nak makan kat whisk nih.. bila la~~~~ dah nak puasa nih....

Comments

Sherry said…
wah sedap lagsana I dah cuba nice :D hehe.. tapi mahal.. mkn.. I was there with my family eat.. $100 lebih.. :(

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur