Saturday, August 14, 2010

Jadual menu sahur dan berbuka

hari ni pejam celik pejam celik dah hari ke empat kita berpuasa. Sejak bulan puasa ni, berasap la balik dapur aku. hehehee~~ bukan masak apa pon, sahur je. Buka puasa menu tunjuk je lah. Maklumlah.. buzy.. wakakaka~ (alasan tak boleh blah)


So, sehari sebelum ramadhan menjelma, aku dengan hubby dah terjah itu tesco, kasi stock up barang dalam peti ais. Cukup lah untuk 1 minggu. Minggu depan beli lagi.


Oh, lagi satu perkara. Biasanya kita ni orang perempuan ni, mula la pening kepala.. nak sahur apa, nak buka puasa apa hari tu.. yang masak, lagi lah pening memikirkan menu. Menu tunjuk pon pening kepala nak beli apa.. Kalau nak ikut tekak masing-masing, huh... jawabnya penuhlah meja dengan makanan masa berbuka. @_@ end up tak habis, membazir~~ -__-'


Famili aku, kitorang sempoi je. Tak de la berselera besar sangat. Kami buat meal plan, atau jadual makan sepanjang bulan puasa ni. Aku buat jadual, apa makan sahur, apa makan buka tiap-tiap hari sepanjang ramadhan. Haha~~ senang. tak payah pening-pening kepala pikir nak makan apa tiap-tiap hari.


Nak beli barang groceries pon senang, tengok je menu minggu tu apa, terus straight beli barang basah yang berkaitan. Buka puasa pulak, bila dah ada menu, masuk je pasar ramadhan terus straight ke booth yang berkenaan. Tak de la menerawang merewang, bazir masa jalan sana sini.. end up samada tak dapat buat keputusan nak beli apa, atau terlebih beli sampai melebih-lebih.


So far, oklah. Cuma ada hari yang masa kami tight sangat, atau ada changing plan, x sempat singgah pasar ramadhan, kena la kita adjust menu tu. Orang kata, improvise to fit the plan.


Oklah, kalau korang sebelum ni rasa pening kepala je dok pikiaq nak makan apa, nak masak apa, apa kata korang cuba tips ni. Cuba buat jadual manu untuk bulan ni. Mudah, jimat masa, tenaga, tak payah pening-pening.


Jadual menu ni, hubby aku lah suruh buat. Sebab dia nampak mak aku ada jadual menu kat cabinet dapur dia. So, why not? kitorang pon buat lah jugak... haha~


Yang penting, makan jangan ikut nafsu. Kalau kena cara buka puasa, baca bismillah, baca doa, makan kurma, air mineral... tambah 1 biji karipap pon dah cukup kenyang dah :):):) serius! Lagipon, korang pon tau, i'm not a rice eater, maknanya buka puasa aku prefer something lighter. Something sweet, indulging and satisfying. Cukup. Tak payah sampai bloated makan.


Kalau menu buka haritu benda ringan-ringan, biasanya aku masak makan malam. Lauk makan malam tu bawak ke sahur pagi esoknya. Tapi kalau menu hari tu buka puasa nasi, tak payah masak malam nanti. So, sahur pagi esok aku bangun pukul 4, masak la.. hehe~~~ (dah pernah kantoi x bangun 1 hari -___-) Walaupon aku tak makan sangat masa sahur, aku masak juga, sebab hubby aku makan. Juwita pon makan gak nasi kalau dia bangun.


ok. cukup dah cerita pasal minggu pertama puasa ni. OK je.. tak de la rasa letih ke apa. Gastrik pon tak rasa sangat. Cuma, lepas sahur je, confirm aku akan ke tandas 2 ke 3 kali gak la.. haha~~~ perut terkejut maa... kena kerja keras pagi buta.


apa pon, rasanya masih belum terlewat untuk ku ucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca blog ini :):):)


xoxo


~ maaf atas kurang update diminggu ini. Sangat sibuk dan sering ikut hubby kerja outside. Jadi tidak berkesempatan untuk online sekerap biasa.

~ hati sedang runsing, baju raya belum siap dijahit -__-

~ Menanti berita baik minggu hadapan. Semoga semuanya suksess. Aminn~



1 comment:

diraja22 said...

patut laj ramping2 semuanya berjadual..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails