aku pantang betul lah...!

Hasrat dihati ingin membuat entry untuk Spa yang aku pergi last week, tapi mood tak ada untuk itu. Sangat tak suka okey! harini 1 ramadhan, aku bangun sahur dengan jayanya (pukul 4 pagi dah bangun). Masak untuk hubby. sahur, niat. cukup semua syarat (insyaallah). Tapi Allah maha mengetahui.... rupanya aku tak berkesempatan untuk merasa nikmat 1 ramadhan. huhuuu~~~ tak apalah. mungkin ada hikmah disebaliknya itu.


Tapi, hal tu tak kena mengena dengan tajuk hari ini. Ni nak cerita pasal benda yang aku paling pantang.... bila aku makan kat luar/ kedai makan.


1. Tengah syok makan, tiba-tiba orang meja sebelah jadi naga.

pergh... memang boleh mendatangkan marah betullah. Aku pantang betul orang yang merokok kat tempat awam, expecially kawasan ramai orang, dan terang-terangan depan mata dia (or maybe tepi, sebab tu tak perasan?) ada budak kecik duduk berdekatan. Bukan orang muda ye, ni orang tua, dah ada anak isteri sendiri dah kot kat rumah nun... tapi masih tak ada kesedaran sivic. Nak tegur, dia orang tua.. lagipon aku takut gak.. kot-kot kena tengking balik.. -_-'


2. Nasi baru nak masuk mulut, tiba-tiba.. "assalamualaikum... kak, saya dari sekolah maahad...." atau " kak... kita bukan nak paksa beli, tapi nak promote saja..."

huh?! Nasi tak sempat masuk mulut lagi... kadang-kadang tengah mengunyah ayam dengan buruknya, dia boleh sapa nak suruh beli minyak angin kan... memang angin betul aku. tak payah pakai minyak angin dia pon dah angin. sory lah kak, adik, abang.. wrong timing lah you all nak jual-jual kat orang tengah makan nih. Sangat tak sesuai hokey!


Ni, satu hal, aku memang tak suka lah tengok budak-budak (tengok gaya, muka, ketinggian macam budak sekolah rendah) berjaja merata-rata. Bukan hari minggu ke apa tau, waktu sekolah! diulangi waktu sekolah! memanglah dia sekolah maahad, tapi takkan tak belajar? apa gila cikgu sekolah hantar anak murid kesana-sini, ke R&R, pusat beli belah, masa sekolah.. untuk kutip derma a.k.a jual minyak angin? apa perasaan mak bapak budak tu ek, kalau terserempak dengan anak dia kat R&R tengah mintak sedekah...? (tak payah jawab pon takpe.. hanya persoalan dibenakku sahaja... sebab kalau aku, aku tak rela. full stop)


Kalau betul pon kelab usahawan muda, nak didik cara cari duit, berdikari bagai... ada banyak lagi kaedah lain. Takkan kelab usahawan muda idea setakat jaja minyak angin, jual kalendar satu-satu merata-rata, minta belas? ayoo...... (dah, malas dah nak pikir benda ni. Sampai bila pon tak habis aku melalut kang)


3. tengah makan, tiba-tiba ada pemandangan tidak enak

ni aku pernah ni... Makan kat kedai makan sekian-sekian (tak perlu lah disebut namanya), lepas tu, aku jengah la kat luar kedai jap, terpandang lah bahagian tepi belakang kedai.... alamak! sekali indonesian staff dia tengah agih-agihkan bihun masuk bekas. And.. guess what... dia pakai bare hand amcam tu je kaut bihun tu dari basen besar ke bekas-bekas yang lebih kecil... ouhh~~~~@__@ mana perginya senduk? atau paling tidak pon, sarung tangan plastik? pakai tangan gitu je kaut? pastu siap jilat-jilat plak jari tu lepas kaut itu bihun.. adoila... sumpah! aku tak makan lagi kat kedai tu... (tapi kedai tu tiap pagi ramai gile orang singgah sarapan. dia bukak pagi je pon...) mungkin penangan jilatan air tangan pekerja indonesian tu lah tu. Bikin bihun jadi bertambah sedap @__@


4. bila makan kat kedai buffet (banyak menu/lauk), orang kiri kanan, depan belakang ambil sampai tak muat pinggan, macam tak makan seminggu. End up membazir.

Ini satu bangsa manusia yang aku tak pernah paham. Suka bersahabat dengan itu syaitan. Kan membazir itu amalan syaitan? Nak ambil pon, walaupun suka bangat menu itu, atau sebab lapar gila ke, perlu ke ambil sampai menggunung pinggan? ukur perut badan sendiri lah kawan. Mana mungkin kau dapat habiskan makanan itu semua. Akhirnya ke tong sampah jua.


Lagi satu, sebab diorang ni tak paham konsep buffet agaknya. Ala... tak habis punya lah makanan tu.. takut benar lah orang lain habiskan lauk kesukaan dia. Nama pon buffet kan. Ambil sikit-sikit, nak lagi, pi tambah lagi. Nak rasa menu lain plak, pi ambil lagi.. itulah namanya buffet....Banyak kot menu dia.. kalau ye pon nak rasa semua, tak boleh ambil sejamah dua je ker?


ha... itulah 4 benda aku paling pantang time makan kat luar. Memang bikin hati gua panas sahaja... cheh~~~ (bulan ramadhan ni..kenapa aku cerita pasal makan dan hati bengang? sangat tak sesuai~~)


selamat berpuasa kawan-kawan :)



~ bila baju raya aku nak siap?

~ bila nak shopping raya?

~ bila kereta nak keluar?

~ banyaknya persoalan minggu ini.....

Comments

diraja22 said…
sama2 lah kita mengimarahkan bulan ramadhan dengan amalan..

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....