salute to the nature

salute to the nature

Saturday, July 10, 2010

restoren belanga; selera pantai timur



Jalan-jalan kat Empire Shopping Mall last week, singgah lah makan kat Restoren Belanga ni. dengar-dengar nama nya, macam famous.. so try lah kan.. hehehe...


Hubby makan Laksam. Aku pulak sebab kongsi dengan si kenit tu, jadinya kena makan nasi lah... maka aku mengorder untuk diri aku Nasi kerabu with grilled tenderloin. Ade choice lain kalau taknak daging grill ni. Ada grill fish, atau ayam... tapi aku pilih daging, sebab kalau beli nasi kerabu kat pasaar malam pon, memang aku akan mintak daging salai ni...sedap!




Laksam hubby... sedap wooo! kuah dia cukup pekat, cukup rasa. Nasi kerabu aku pon cukup rasa, sedap gak.. tapi aku lagi prefer kalau nasi kerabu tu dia buat color biru macam original punya nasi kerabu, guna bunga telang... lagi mengancam! Tapi ape pon, rasa dia tak kalah la.. still maintain. Air lada dia sedap betul...





Air.. hubby ambil ginger honey lemon, aku pulak, lemongrass something... (lupa!). tapi memang refreshing, sebab ade serai, pudina, dan daun limau purut yang dihiris.. bersama air soda sprite.


Harga makanan... standard lah kan untuk restoren.. Kira berpatutan dan berbaloi lah untuk environment dan layanan 1st class taraf restoren. (jangan lah expect 5 ke 6 ringgit sepinggan...).
Untuk sekali sekala tukar citarasa, dan suasana, apa salahnya kan? hehe...


Bagus restoren ni, menunya adalah hidangan pantai timur, dan environment serta interior restoren Belanga ini, menampakkan ciri-ciri melayu timur yang telah di susun rapi agar kelihatan exclusive dan mewah. (which is good lah kan) its one way to promote and to highlight our local dish, and to market it internationally. Mereka berjaya membuat hidangan local pantai timur kelihatan mewah dan exclusive. Even foreigner pon aku nampak ade makan kat sini.


2 thumb up to Restoren Belanga. A must try Restaurant for this month!



~lain kali nak ke Empire Shopping Mall lagi. nak cari Cafe Whisk, sebab dengo-dengo nye ade jual Red Velvet (original recipe!) dan macaroon yang super chomelll!

1 comment:

pipi me-ah's world~! said...

macam pernah makan jugak tapi dekat midvalley.. kat situ suasana lagi cozy n homey(kampung).. tak bright n modern cam kat empire.. tapi food mmg best.. i think i have the same bevrage as yours.. yUmm~!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails