Outing dalam bangunan dengan Juwita



Last 2 weeks punya kisah. Settle semua kerja, kami ke mana lagi kalau bukan Ikano. Bawa juwita jalan-jalan, hangout, main-main, spent masa dengan dia... sebab senin sampai jumaat kan dia kat taska. Mana la ada masa nak spent dengan dia masa weekdays.


Bayangkan, dari Isnin sampai Jumaat, pukul 9 dah hantar taska, jemput pukul 6++ petang. Kadang tu sampai pukul 7 baru jemput. Pastu dia dengan tantrum dia, cranky dia, mengada-ngada dia dalam kereta tu... bawak gi makan... sampai rumah dalam pukul 8++ (dekat pukul 9 kadang kala) dia dah tidur. O_O Kadang-kadang dia bangun la jugak tengah malam mintak susu, tapi ade je masa dia straight je tidur sampai 7 pagi esok. haa.... esoknya, kembali la rutin berikut seperti biasa sampai la hari Jumaat.



Boleh kira dengan jari kan masa dengan Juwita. Jadinya, Sabtu ahad la masa aku depan mata dia sepanjang masa. So, sabtu 2 minggu lepas bawak dia main kat Ikano ni. Punyalah suka sampai taknak keluar! Padahal ibunya ni dah tak larat dah.. nak terkencing satu hal, pastu dah petang, rasa nak balik rumah dah.. rindu kat ruang tamu aku.. hahaha!



Pujuk punya pujuk tak jalan, last-last dia mintak baloon. Aku pon kata lah, ok, ibu belikan baloon, tapi kita balik eh.. abah dah tunggu kat keta tu... angguk dia... Maka aku belikanlah baloon love.


huhu... satu aku gemar kalau playground indoor ni, sebab dia indoor kan, bersih. Buka selipar. dan dia ada letak rubber kat lantai tu, aku tak risau kalau anak jatuh ke apa.. tak le sakit sampai luka berdarah-darah kan... Kalau playground kat taman tu, aku risau la. Dengan budak macam-macam umur, yang lasak ganas-ganas tak payah cakap la kan, main langgar je anak orang lain. pastu kalau jatuh confirm jatuh kat tanah. Adoiii la... dapat aku membayangkan betapa sakitnya lutut anak aku nanti. (sebab Juwita pernah jatuh berdarah lutut. kesian aku tengok)


Pastu, playground kat taman ni, mostly besi kan. Tak banyak yang plastik. Yalah, outdoor, mana tahan kalau guna plastik.. kalau indoor tu, guna plastik, siap dengan airbag keliling buat pagar.. yakin la sikit.


Kalau aku ada anak boys nanti maybe aku tak risau dia main kat taman (kalau aku nampak dia lasak), tapi ini Juwita ha... dia lagak gaya seperti tuan puteri... mana bisa dia berlarian dengan itu boys2 semua dia taman. Asyik kena tolak jatuh tersungkur ajee..... adoilaa.... tak reti dia nak berlasak. terlalu sopan.


Bukan nak kata yang itu baik, yang lagi satu itu buruk. Tidak sama sekali. Ikut keselesaan masing-masing lah kan. Lain orang lain pandangan. Lain ibu, lain anak, lain perangai, lain cara... kan?


juwita tengok tag kat tangan...

makcik uder... saya pon pandai naik kuda la.... hihihi


Anyway, total damage hari itu adalah

playground = RM8

Baloon untuk memujuk = RM5



sekian dari saya.


xoxo

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

Bermalam di Concorde Hotel Kuala Lumpur