salute to the nature

salute to the nature

Monday, July 26, 2010

menulis sesuatu yang positif dan menyebarkan cinta... cheewah!

Aku adalah seorang yang menulis mengikut naluri ku. Aku menulis apa yang aku suka; hobi aku, minat aku, apa yang menarik perhatian aku, dan kadang kala (atau mungkin kebanyakan masa) aku menulis tentang review sesuatu barang atau produk (biasanya makeup) atau restoren; sebab itulah yang aku suka.


Kadang kala, aku suka merayau-rayau di blog -blog lain yang menulis tentang kehidupan. Isi kandungan blognya lebih serius dan membincangkan isu semasa, pemikiran mereka tentang sesuatu isu atau topik, malah ada juga yang menyampaikan motivasi dalam penulisan mereka. Aku kadang kala terfikir, dari mana mereka mendapat idea untuk menulis tentang itu setiap hari. Mungkin mereka rajin membaca buku dan mentelaah buku-buku ilmiah, jadinya mereka senang menulis tentang itu.


Aku sangat appreciate hasil penulisan (atau taip-an?) blogger-blogger seperti ini. Mereka studi, buat research, dan menyampaikan kepada umum perkara tersebut dalam pemahaman dan bahasa mereka sendiri (beserta fakta dan hujah bernas, of course). mereka adalah orang yang rajin.


Tapi, ada juga blogger yang tak begitu rajin dan tidak pula begitu pandai. Mereka mahu menunjuk pandai sahaja, kononnya blognya ilmiah sangat lah... tapi rupanya isi blog dia semua hasil copy dan paste sahaja. huh! Aku sangat menyampah orang begini lah. Konon mengaku itu hasil penulisan dia.. owh.. sangat2 ilmiah, ayat power gile, bahasa bunga-bunga.. rupanya copy paste dari penulisan ternama... patutla aku macam pernah baca je ayat tu di tempat lain.... ingatkan dejavu tadi.. hahaha! Memalukan sungguh ornag seperti ini. (copy paste tak salah, quote kan sahaja lah. lepastu creditkan kepada penulis asal. tak payah la nak claim itu penulisan awak... orang cerdik pandai boleh trace lah itu awak cilok dari mana..)


Berbalik kepada penulisan blog aku... aku sedaya upayanya cuba untuk mengelak elemen emosi dalam penulisan aku. Bermakna, Blog aku tidak menggambarkan emosi dan perasaan aku ketika itu (jika berperasaan pon, hanya perasaan gembira dan suka sahaja). Ia hanya satu journal yang sentiasa potitif dan penuh dengan senyuman. Itu yang aku sedang cuba lakukan sekarang. Ia, dulu emosi aku sering mempengaruhi penulisan aku. Dan bila aku baca semula entry2 berikut dalam keadaan aman tenteram, aku merasakan ia adalah sesuatu yang tidak wajar dan cacat! adalah memalukan bagi aku membacanya walaupon aku sendiri yang menulisnya dahulu!


Bukan untuk menunjuk bahawa kita adalah sempurna, keluarga kita sempurna, segalanya sempurna di mata kita, tapi menulis sesuatu yang negatif adalah membawa aura negatif kepada pembaca. Aku tidak mahu itu berlaku. Aku mahu membawa senyuman dan kegembiraan kepada pembaca blog aku. I wanna spead some Love to the world.


That's the main reason why i wanna start blogging few years back. Tapi semakin banyak menulis, semakin aku lupa tujuan utama ini. Baru kini aku tersedar semua. Rupanya aku nak sebarkan bahawa hidup ini indah.


Menjadi Un-employ mom-to-be adalah indah

Menjadi stay At Home Mom adalah indah

Mendapat seorang anak perempuan adalah indah

Mempunyai suami adalah indah

Mempunyai suami penyayang adalah indah

Masak untuk famili adalah indah

Makan diluar adalah indah

Dapat shopping adalah indah

Kerja lebih masa adalah indah

Gaji masuk adalah indah

Birthday adalah indah

Birthday kali kedua anak adalah paling indah

Menanti birthday suami adalah indah

Beli makeup adalah indah

Dapat beli handbag baru dengan hasil duit sendiri adalah indah

Dapat apa yang dihajati adalah indah

Pengalaman mengejar impian adalah indah

Suka duka pahit getir bersama suami adalah sesuatu yang indah

Sakit jiwa melayan tantrum dan cranky juwita sampai tak tahan nak emo adalah pengalaman menjaga anak yang indah

Juwita sakit demam, sakit mata, sakit itu ini pon satu pengalaman dan pengajaran yang indah

Aku kena denggi dan kena bertukar tukar hospital adalah satu pengalaman ngeri yang indah untuk dikenang

Aku berjaya menanam rose dan kini nak masuk batch kedua berbunga adalah indah

Kami pindah rumah adalah satu step up yang indah untuk kami

....

...

...

...

...

...

...

...

see....


banyak lagi yang aku boleh senaraikan, tapi cukuplah takat sini. Sebab, aku rasa korang dah dapat tangkap apa maksud aku.


pengalaman itu, tak kisah baik atau buruk, bila dikenang dan dibaca semula pasti indah, ditambah pula dengan penulisannya yang digarap secara positif dan indah. Bukan hanya menunjuk yang baik-baik sahaja semata nak tunjuk kat dunia kononya kita keluarga sempurna. tidak sama sekali!


Sesuatu yang buruk juga, bila dijadikan pengajaran pasti menjadi satu pengalaman yang indah untuk masa hadapan. Jadi aku menulis blog, kerana aku mahu berkongsi betapa indahnya kehidupan, walaupon ia tak selalunya sempurna, malah sering ada cacat selanya.



~cela itu lah yang membuatkan kita unik! Nobody born perfect, nobody born genius


xoxo

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails