salute to the nature

salute to the nature

Monday, July 12, 2010

Hari isnin, macam biasa rumusan hujung minggu.

Aku dah lupa bila last time aku update blog ni.


Hari sabtu haritu, kerja setengah hari, hari minggu holiday. Sabtu tu, tak buat ape, (ade buat sesuatu kot, tapi aku hilang ingatan. wakaka!) Ahad, adalah hari full loaded dengan makanan. Dari pagi sampai malam asyik maaaaakannnnn aje.


Pagi tu, cadangnya nak buat bihun goreng. Mintak hubby pergi kedai jap beli fishball, fishcake, ayam, udang, sayur semua. End up kami semua pergi, (dengan tak mandi hokey!) naik kereta cari pasar basah kat area berdekatan. Hubby bagi cadangan luar kotak; boleh dia cadangkan kami pergi pasar tani mega shah alam kan~~~~


Nak pi makan Char Kuey Tiow, then boleh beli sayur ikan semua. (aku dalam hati, tak menjadik lah bihun aku nih). Tapi aku setuju je, sebab aku suka gak makan char kuey tiow. haha! Makanya kami pon pergi stadium pagi tu, dengan semua muka tak mandi lagi comot...


Tengah hari pulak, dah tentu tak masak. Sebabnya kawan hubby, Pet ade buat makan-makan. Pukul 1 lebih (lepas tidur se-round -_-) kami siap-siap dan pergi rumah dia. Ala bukan jauh pon, sepelaung je dari rumah kami. Makan nasi lauk ayam masak lomak cili api dan kangkung tumis ikan bilis. Konyang den! char kuey tiow pagi tadi pon lom sempat hadam -_-'


Lepak-ing kat rumah pet sampai petang sket... borak-borak pasal pokok la, pasal cameron highland la, pasal juwita la, pasal taska la, pasal juwita dah gemuk la (huh? gemuks? idokle gemuk ,tapi dah mantoppp lah badan dan perut si kenit tuh! wakakaka!) Makan coklat strawberry... pastu balik.


Sampai rumah tido~~~~bangun tido, edit gambar kahwin, tengok tv..... Malam aku layan ugly betty, episod 1 sampai 13... (ade lagi 2 CD nak khatam. lebih kurang 8 episode lagi! chaiyokkk!!!) Sampai pukul 2 pagi aku layan Ugly Betty. Pukul 2.20, tengok final world cup. Sampai ke sudah terlelap-lelap aku tengok, tetap 0 -0 je result nye... Sampai mata aku dah tak tahan, aku cakap kat hubby nak naik tido. (masa tu baru start masa tambahan sebab 0 - 0)


Dan-dan kan... aku dah naik membuta, baru lah pandai nak gol kan bola...hampeh. Maka terlepas lah aku scene gol bersejarah itew~~~ hampeh tau! Aku bersengkang mata dari petang, aku dah tido baru nak gol kan~~~~ T___T


Anyway, disebabkan itu, aku bangun lambat. Juwita kejut aku dengan membawa cheesedale naik katil, mintak tolong bukak -_-' dia gatah cheese 2 ketul -_-'


Gitu lah cerita aku hujung minggu. Aku masuk office pukul 11 lebih, dah lapa.. nak pi beli makanan sat naa~~~




~ if you guys notice, i tengok Ugly Betty! yeay~~~ jumpa CD full season kat kedai CD kat masalam, terus mintak hubby belanja. yeay! Thanks hubby!

~ Uncle wahed dan Ain saniah telah berkolaborasi lalu memberi aku hadiah pokok-pokok bunga rose. Ada 4 pokok kesemuanya. Semua lain-lain warna, they are all lovely! thanks to both of you!

1 comment:

velasrizal said...

ari senin mmg ssh sket nk bgn tdo besenya

Kenali Sifat Aneh Wanita

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails