confession of the young mom : i am no perfect mom

hari ini aku online dari rumah, guna laptop Juwita. (Lega rasa, harini juwita kurang cranky dan tak mengada-ngada. Nangis pon kurang... tak de kot.. baik la dia harini) Juwita sedang tidur ni.


Aku telah beristikamah, berfikir, dan meneliti diri aku, keadaan, dan situasi aku selama ni.. dan aku setuju dengan satu pendapat, AKU MANJAKAN SANGAT JUWITA.


Ya, aku setuju dengna kenyataan itu. Kalau semalam atau minggu lepas ada orang cakap kat aku macam tu, sure aku melenting. Tapi semalaman aku fikir...... setelah fikir-fikir sedalam-dalamnya... aku rasa ada benarnya. Memang aku manjakan dia sangat, sebab dalam fikiran aku, dia tak cukup kasih sayang. (apakah?)


Uder pernah cakap kat aku, (aku ubah sikit la ayat dia),

Seorang ibu sentiasa rasa anaknya masih kecil, kerana dia takut anaknya besar dan tidak memerlukan dia lagi.

Seorang ayah sentiasa rasa anaknya sudah semakin besar, maka tidak boleh dimanjakan dan diberi muka lagi, kerana dia khuatir anaknya akan rosak kerana kemanjaannya nanti....


oleh itu, aku telah berjanji dengan diri aku sendiri... (wahai mommy2 sekalian, jom join aku sekali!)

1. aku berjanji tak akan tengking dia lagi. aku akan suarakan marah aku dengan kaedah lain. (tegas dengan tekanan suara, buka dengan nada)

2. tidak marah Juwita dalam keadan emosi/ ketika marah menguasai diri. Aku akan tegur dengan cara yang betul secara waras.

3. Tidak membawa stress atau tekanan hal lain ke dalam rumah/ kepada Juwita.

4. Aku berjanji akan spent 1 jam berkualiti setiap hari untuk Juwita. Maksud aku, memang masa untuk dia. Tak ada sambil2 lipat baju atau tengok tv, kecuali kalau tengok cartoon dengan dialah

5. Aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk kawal temper aku. Aku akan cuba untuk jadi lebih penyabar, tak cepat melenting, dan tak cepat naik marah.

6. Aku berjanji akan lebih bertegas dengan Juwita. Bila aku kata NO, it's mean really NO. (susah... ya.. aku tahu, ini yang paling susah. untuk kata NO pada permintaan anak. tapi aku akan cuba) Aku kena tegas!


Kalau anda baca perjanjian diri aku seperti diatas, anda akan dapati selama ini aku adalah ibu yang teruk! I am a bad mom. aku temper, aku cepat marah, aku kadang-kadang marah Juwita tak tentu pasal, aku tak spent masa dengan dia, aku lebihkan kerja office dan kerja rumah. :( ...........

dan aku sangat menyesal!


Bila ada orang sound aku direct kat muka, kata aku ni terlalu manjakan anak, aku rosakkan anak aku, aku tersentak! Sebab selama ni aku tak rasa macam tu. Aku rasa sebagai mak, aku perlu beri apa yang anak aku perlukan. Mungkin kerana telah terlalu biasa begitu, aku tak sedar bila masakah aku telah terlebih manjakan dia.


Mungkin ini adalah satu step up untuk aku. Aku, seorang ibu muda, yang masih belajar untuk menjadi ibu yang lebih baik.


kita tak boleh jadi orang lain, tapi kita boleh jadi lebih baik


but, no! i am no perfect. sebelum ni i try hard to be a perfect mom. but hell no! i cannot be! because i am just a regular person....


Ini nekad saya. Ingatkan saya bila saya terlupa. Kita as a mom kan selalu ingat mengingati? kan? kawan-kawan.... tolong saya ya!

Comments

maisyah said…
Salam..
Hai...
Jadi ibu banyak sabar..boleh tegur anak tetapi kalau boleh elak pukul atau hukum anak depan orang..dia akan jadi kecil hati..merajuk..dan paling ditakuti menjadi pedendam..
Pujukan dan pujian perlu diberikan selalu..agar anak rasa dihargai..
Ibu sabar ya..memang banyak dugaan...
Nora said…
Bravo! You are heading the right direction, girl. InsyaAllah you will succeed in becoming a better and wonderful mother to your children (including the future ones).

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.