salute to the nature

salute to the nature

Thursday, July 15, 2010

breakfast @ hailam kopitiam


Seperti biasa, ini adalah cerita lama. Aku yang belanja hubby dan Juwita makan sini. Sekali sekala, bagi la can aku nak belanja diorang pulak kan.. asyik hubby aku je yang kena bayar. X best la gitu.


Pagi tu, pusing punya pusing, pikir nak sarapan kat mana. Last-last try la Hailam Kopitiam ni, kat seksyen 7 baru. (pusat bandar sec. 7 kah? aku kurang pasti). 1st time datang sini ni, teruja gak la... macam biasa, bila kopitiam tu, konsep dia macam kopitiam la kan.. old town chinese coffee shop puny theme. Nicely done la jugak...


Menu dia satu buku kau. Jenuh membaca menu je. Dari menu asli diorang sejak tahun 1944 sampai lah menu terkini 2010. Ironi nya, aku pilih menu 2010, dan hubby aku pilih menu 1944 tu tanpa kami sedari. haha~ sorang citarasa terkini, sorang lagi citarasa tradisi.


Kat buku menu dia ni ada tulis lah sejarah Hailam Kopitiam ni, sejak penubuhannya dulu, sering menjadi vendor / katering untuk majlis keraian kerabat diraja negeri Sembilan. ( esp. tungku Kudin). Lepas tu, Goh (founder hailam kopitiam) bersama Tungku Kudin buka restoren kat pekan Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Hailam kopitiam ni original Hainan resepi, sebab Goh famili memang original datang dari kepulauan Hainan.


ok. cukup dengan sejarah. Sekarang kita review makanan pulak yek. Aku punya, menu baru, 2010: croissont black pepper chicken chop.




Hubby punya, resepi asli sejak 1944, mee goreng Hailam. Juwita punya fries dan sausages x ada gambar lah hek... semua orang kenal fries kan.. haha~




Harga, overall ok lah. still affordable dan worth the money to try. Tak de la melampau-lampau mahal ke ape. Standard kopitiam la.. hehe...


Air pon aku tak amik gambar. Hubby minum cincau laici, aku air hor mocha. Best la...layan je tekak yang bagai diraja nih...


Sekian dulu review makanan dari saya. Kita ketemu lagi di entry yang lain pula. ^_^


ni gambar budak ni tak nak kalah....


~ Hubby ada sorang customer haritu. Hubby kata gaya dia macam gangster, dan aku pon setuju. Dia gaya macam Bad Boy. Hari ni dia nak datang lagi sekali dan semalam hubby suruh aku yang entertain dia O_O. Sebab teringat-ingat, malam tadi dan-dan aku mimpi dia sokmo T___T

2 comments:

diraja22 said...

best woo.. hainan resepi..

Sherry said...

she so big now :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails