salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, June 2, 2010

surirumah terdesak. terdesak ker???


Wakakaka! (eh, teringat kump b-boy wakaka dalam showdown pulak.. ) surirumah terdesak eh... hehe, aku maksudkan cerita desperate housewifes lah. tajuk nan hadoo jahh (baru lepas baca blog azwan ali, jadi otak telah tercemar. wakakaka!)


Sejak dari season 1 lagi aku ikut cerita desperate housewifes nih. dari season 1 sampai lah sekarang nih, season 6 kat 8tv, semua aku ikut. Yang bestnye, cerita ni berkembang, wataknya berkembang, jalan ceritanya pon makin menarik dari hari ke hari. Setiap episod akan start dengan satu persoalan dan habis dengan satu conclusion. Dan setiap penghujung episod akan menagih kita untuk melihat episod seterusnya. Hebatkan penulis skrip cerita nih?


Paling aku suka, perkembangan watak cerita ni, kena dengan aku. Current dengan situasi aku. Jadinya dia meresap jauh lagi dalam hati , otak , jantung aku.. pergh... emo plak kan~~


antara watak aku paling suka adalah lynette scavo. Masa mula-mula siri ni dulu x de aku minat sangat dengan dia. Biasa-biasa je... aku suka lagi dengan watak bree van de camp, sebab sikap dia yang perfectionist, "pengemas" dan cerewet dia tu lebih kurang macam aku. Tapi lama-lama, aku makin suka kat lynette.


Sebab nye, aku pon grown up maa... frankly speaking, sejak aku sendiri dah bergelar ibu, watak lynette lebih menonjol pada pandangan mata hati aku. Watak dia ni alife, dan real. Maksud aku real kat sini, real di dunia luar. Realiti mommies kat luar. Watak tu wujud. wujud dalam kebanyakan ibu-ibu diluar.


masa season2 awal, aku nampak lynette ni penuh bermasalah aje. dengan deppression dia, tekanan, emosi.. dah macam orang nak gile aku tengok. Masa tu aku pikir, nape la lynette tu macam tu. Cuba jangan tengking-tengking anak, cuba cool down sikit, cuba jangan cepat melenting. Tapi bila aku sendiri dah ada anak....


aku paham macam mana letih. aku paham macam mana depression tu. Aku paham the feeling of being neglected. Aku paham betapa deppress nya sebagai stay home mom, bergelumang dengan anak dan baju kotor..... (still, even aku cerita sekarang, mesti ada yang akan pikir, ah, ape yang susah sangat jadi stay home mom. lagi senang, tak payah kerja. lepak je kat rumah) :) kalau kau stay home mom, baru kau akan paham ape maksud aku...


Lynette ni sejak tu aku sangat respect dia. Dia antara watak yang sangat strong. Watak ibu dia sangat strong. Bagaimana dia handle family, husband, anak-anak... realistik! bukan sengaja dicipta untuk nampak dia "the perfect mom" tidak sama sekali! Watak dia real sebab dia ibu yang tak perfect, dia ada cela, dia x sempurna, dia tak boleh kontrol emosi, dia banyak kelemahan. Dan dalam masa yang sama,dia kuat. (phew~~~~ aku tulis ni sambil hati membara-bara)


dalam season 6 ni, aku paling suka scene dia dalam episode 11. Kalau kat 8tv, malam tadi lah cerita tu. Kalau dah donlod, leh tengok banyak kali le... hehehheee~~~


dah, malas nak elaborate lebih2. Korang tengok je sendiri petikan scene dia kat bawah ni, baru korang tau ape maksud aku...

sikit je pulak yang kat you tube tuh.. tak habis scene tu, nak tengok full tengok kat link bawah ni. dia x bagi embed pulak...



ni petikan pendek je... x paham pon kalau tengok yang ni...

1 comment:

princeduyong said...

dah tak brape minat...semua dah makin tua...berkedut...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails