salute to the nature

salute to the nature

Thursday, July 1, 2010

harini aku update blog (revise sket apa cerita aku 3, 4 hari nih)

dah berapa lama hiatus. Hari ini aku mem-promise diri sendiri untuk update blog ini. Dan, kalau sempat akan update blog makeup juga.


Sibuk ya belakangan ini. Dengan makeup job yang last-last minit baru confirm, then dengan pindah rumah, cuci rumah semua... letih!


kami dan rumah lama sudah settle. babai apartment~~!

Sangat bersyukur Juwita telah stabil di Taska (ahaks!) terasa lapang dada nak buat kerja. Kerja pindah memindah pon smooth aje, tanpa gangguan tangan-tangan kecil dan mulut yang becok itu -_- . Semalam adalah hari terakhir kami ke Damansara Damai tu. Cuci-cuci kasi bersih semua sebelum petang tu hubby past over the key and agreement to the new tenant. So, i say good bye to the apartment life! yeeeehauuu!!!!!


kami dan rumah baru adalah heaven!

Terasa sangat nikmat apabila pulang dari kerja, parking kereta, dan pintu rumah adalah di depan mata... ^_^ kalau dulu, dah sampai belum bermakna sampai. Masih kena naik tangga, redah belakang blok, lompat longkang, tunggu lift yang macam harammm tuh, jalan lagi, there... baru nampak pintu rumah T___T nak nangis tau!!!


aku dan misi rumah baru kami

Jadi, misi aku kini adalah...................... mencari curtain dan sarung bantal untuk rumah baru itewww! Dan aku perlu juga mencari pokok bunga (kan aku dah cakap, aku nak bercucuk tanam, bertaman kat depan rumah~~) Jadi kini, sofa, wardrobe dan display rack aku serahkan pada hubby lah untuk membelinya (with my consultant of course. I am the house manager kan???). Oh, ya, baju dah 3 trip basuh, penyidai belum ada nokk... kepam sudahhhh~~~berkepuk dalam baldi


update makeup job aku - aku nak makeup untuk set drama?

makeup job, oh makeup job! ade orang suggest aku try amik job makeup untuk drama.... aku bukan tak berani try.. tapi aku sayangkan masa aku dengan famili lah... sorry! (orang tu kata, kalau drama tu seminggu penggambaran luar kawasan, seminggu lah kau kena berkampung sana... ) oh, tidak!!!! mak tak sanggup!!! takpe la.. biar la aku dengan job anak ikan bilis je.. drama-drama ni aku bagi kat "hadik-hadik" la.. diorang kan suka travel2 jumpa artis nih... -_-"


ada orang wondering aku tak update blog makeup, sebab takde job ke yang? bukan takde job dear, tapi job banyak sangat. dengan personal life lagi yang amat sibuk, tak sempat dear, i nak update... dah la selalu sangat kasi last minit job. Pastu event pon rush-rush aje semua... kadang-kadang tu x sempat i nak amik gambar model2 tu semer tau. Siap aje sorang, terus naik pentas, siap sorang lagi, dah naik pentas lagi... x sempat beramas mesra pon... (rugi! rugi!) So, guys, jangan notti notti key... jangan tuduh i sebarangan tau!!! jahat la you!


hujung bulan budak akaun memang sibuk, kan~~~

hujung bulan kan.. memang la kitorang sibuk. Nak tutup akaun, nak kira untung rugi, nak kejar penghutang, dan paling penting, nak sedia pay slip dan keluar payment/ gaji untuk pekerja!!!! hohoho! aku paling suka tuh. Bulan ni alhamdulillah~~~ masing-masing dapat lebih dari bulan lepas. Itu maknanya company makin maju.. betul tak bosss!!!!!


bulan lepas banyak kali hungout dengan Uder

keluar makan, keluar minum, keluar shopping, keluar~~~~ keluar~~~ keluar~~~ hehehe... Teman tapi mesra aku berjoli tuh. (teman nangis gak. kitorang dua-dua kuat nangis. cembeng!)


OK. Cukup dulu update. Panjang berjela sangat pon bukan orang rajin baca. Pendek sangat pulak, tak dapat la cerita semua. Ini macam seminggu punya update lah nih. Very-very long hiatus la minggu lepas. Start bulan 7 ni dah mula stabil.


relocate Astro adalah semudah ABC

Oh, ya. Orang astro tengah pasang piring kat rumah baru. Aku call sebelum pindah haritu nak relocate address dan location. Tak sampai 24 jam technician dah call aku tanya bila dia boleh datang. So, semalam dia datang ambil piring kat rumah lama, harini dia pi pasang kat rumah baru. yeay! Sebenarnya dia nak terus relocate semalam, tapi aku agak busy.


3 hari aku hidup tanpa TV key! (salah aku, cabel tv tertinggal kat rumah lama haritu -_-) So, hari ni tak sabar nak pulang!! lalala~~~~ nak tengok Astro!!!! (Wei! AXN channel pon dah ade HD tau! rugi la korang x subscribe beyond.. Bola takyah citer la kan, memang semua 63 match clear HD! Siap ada highlight channel untuk semua match!) Satu nikmat hidup yang patut dirasai dan dinikmati!


Sekian update dari saya.


(update blog sambil menunggu boss transfer gaji ke akaun aku) lepas ni nak pi curtain hunting dengan uder. yeah!!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails