salute to the nature

salute to the nature

Thursday, June 17, 2010

cabaran: hubby ku suka makan.




Aduss... cabaran nihh! Ada orang suka kan kalau husband jenis suka makan. Bagilah apa pon mesti habis licin dibedal. Husband aku pon orang yang kuat makan. Oh, tapi dia bukan main bedal sahaja ye. Dia ni bercitarasa tinggi. Nak makan sedap-sedapppppp aje... dan dia ni suka jadi pengkritik makanan. Tak kiralah mana dia makan, kat rumah atau kat kedai, mesti dia akan komen sedikit sebanyak pasal makanan tu -_-"


Tapi bagi aku, betul juga. Kalau kita bayar mahal-mahal, mestilah kita nak makan sedap kan. Baru lah terasa nikmatnya tu (walaupon ada yang berpendapat, makan mahal sedap pon jadi taik juga @_@) Aku terasa rugi duit dan masa jika makanan itu mengecewakan...


Mungkin sebab itu, kadang-kadang tu, dah nak habis licin dah satu pinggan, boleh dia komen tak sedap, or masin, or tawar -_-" (tak sedap tapi makan licin~~~)



Cabaran juga bagi aku kerana kalau keluar jalan, hubby aku ni, kejap dah lapa, jalan kejap dah lapa... kalau keluar dating lah, sehari tu, 3 ke 4 kali dia nak melantak... confirm kedaunglah diet akuh T__T Kebanyakan masa, aku kenyang lagi sebab baru lepas makan dengan dia juga tadi, tapi dia dah ngadu lapa balik... adoiii!


Laa ni, anak aku, Juwita si kenit tu, pon sama je dengan abah dia ni. Makan mengalahkan maknya! Ikut abah la tu!!!


Lagi satu perbezaan antara aku dan hubby; hubby aku ni sehari wajib jumpa nasi at least sekali. Aku pulak, x jumpa nasik seminggu pon no hal. Aku tak suka sangat nasik. Husband hantu nasik. huhuuu.. Juwita, hantu nasik ayamm!!! bangun-bangun tido, yang dia mintak, nasi ayam -_-' mane la nak cekau nasi ayam pagi-pagi bute dek oiii~~


Tapi kami ada persamaan. Kami suka try benda baru. Kalau bab makanan, kami suka try restoren-restoren yang belum pernah dicuba. Sekurang-kurangnya mesti cuba sekali. Kalau best, cuba lagi dan lagi dan lagi... kan? hehehehe... Kami ni suka mencari tempat makan yang best, suka variety :) (tapi still, nasik bagi dia wajib)



Apa pon, hubby aku ni memang susah naik badan. Makan lah banyak mana pon, tak gemuk jugak. Kalau lah aku ade metabolisma macam tu, alangkah bahagianya hidup~~~~~~~


cadang asalnya nak review pasal restoren nasi ayam kat kota tinggi nih (dah lupa dah nama kedai), tapi idokle sesedap mana nasi ayamnya untuk direview~~ makanya entry ini bertukar wajah..

1 comment:

hudhud said...

perangai hubby u lbh kurang sama je dgn bf I. cerewet bab makanan ! annoying jgk, tp dh syg, terima je la. hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails