salute to the nature

salute to the nature

Saturday, June 26, 2010

what i want for my 26th birthday (for myself)

Honestly, i never really celebrate my birthday when i was young. Ia macam satu hari yang aku rasa nak cepat berakhir. Tapi, sejak aku ada insan tersayang ni (hubby aku le tu), aku celebrate la jugak.


1st time kena surprise party adalah masa jadi student kat uitm dulu. Uder, Ijan, dan Aza yang buat surprise, dengan bantuan kakak-kakak bilikku. cisss betul! segan pon ade, suka pon ade, terkejut pon ade. Sebabnya, aku x reveal tarikh birthday aku. Tak ramai yang tau birthday aku bila.


Tapi, sejak aku dewasa ni, aku suka Birthday. Sebabnya, bagi aku birthday adalah permulaan bagi sesuatu yang baru, dan pembukaan bagi muka surat berikutnya. Aku decide nak jadi "the new me" dulu pon, masa birthday. Masa tu aku tiup candles sorang2 dalam bilik. (zaman kegelapan)


Kini, tiap-tiap tahun aku nantikan birthday. Masa birthday lah aku tanam azam. Masa birthday lah aku buat wish-lish untuk diri aku. Dan paling best, masa birthday lah aku boleh mintak ape yang aku nak!!! yeay!!!!


Tahun ni, aku tak mintak banyak dari insan tersayang. Aku tak nak candles light dinner (aku kan tengah diet nih! lite-lite snack boleh la), dan aku pon tak mintak lunch kat fancy-fancy restaurant (again, aku tengah diet!)


Surprise party pon aku x harap. Cukup lah last year hubby buat. sedey tau, hubby buat-buat moody satu hari, rupanya tengah-tengah malam dia bawak balik kek.. cisss!!!


So, banyak tak banyak, sikit tak sikit, ini adalah list 'hadiah impian' aku untuk birthday ni... (sekali lagi aku ingatkan, no makan-makan hek!);


1. Sepasang kasut jogging nike

2. CD full series ugly betty season 4

3. nak tengok eclipse kat wayang!!!

4. a bunch of flower/ hand bouquet (calla lilies to be exact, eustoma also can lah, or mix flowers)

5. a day in a spa. ( nak urut-urut, aromaterapi, sauna, jakuzi... oh heaven nya!)

6. a glass of chill green tea (lepas minum confirm terasa kurus! wakakaka!)

and lastly... i want...

7. panjat broga hill dengan hubby, pastu baring2 kat sana, tengok awan.... (macam couple citer up tu) gile kan??


over tak list aku? idok le over bebeno kan.. biasa-biasa je... kalau ikutkan over aku, nak je aku mintak shopping spree makeup and clothing. tak pon aku mintak voucher beli belah bernilai RM1000.. atau aku boleh mintak nak beli barang MAC, Stage, nak shopping kat SASA, nak Charles and keith heels, nak ikea voucher RM1000 jugak... haa... itu baru over kau!!!


heh... aku ni berpada pada la jugak... makeup aku beli sendri la ye.. baru terasa keringat air peluh mengalir nak beli seketul blusher MAC -__-" berpeluh ketiak membayau nye! Alhamdulillah lah job boleh tahan.. kalau x masak makk~~


Kiranya, apa yang aku impikan untuk birthday ni, lain dari kebiasaan permintaan aku hari-harian la.. (adakah maknanya hari-hari aku meminta makeup? oh tidakkk!!) hurm... dapat ke tidak ke ek... hadiah impian aku nih... huhuu... tengok lah....




ade ke tak orang yang sayang aku nie... ade ke...




ade laa.....




sila....




buktikan sayang anda....




hehehe.......




:P


P/S- saya tahu, kasih sayang tidak boleh diukur dengan wang ringgit atau kebendaan -_-' makanya saya pasrah dengan keadaan. Tapi bila kita sayang, kita sanggup beri apa pon kan? kan? kan?

Friday, June 25, 2010

ugly betty season 4


ish... kenapalah Siri Ugly betty season 4 tak keluar-keluar TV. Haritu, masa di bercuti di Kuching saje-saje nak usha dvd dengan blueray kat sana.. murah gile kau!!! Hubby hampir-hampir nak beli semua full season Prison Break. (dia memang peminat gile siri ni. Dia dah download semua dari internet, tapi dengan harga yang ditawarkan, betul-betul hubby terpikat) Hampit-hampit beli, tapi tak jadi. Dia kata, takut tersangkut kat kastam... Aku tanya, "eh, kenapa pula? bukan nya barang illegal? dvd ori kan?" hubby pon kata, "mananye legal... mungkin DVD ori, tapi masuk secara illegal... tak berani saya lah.." haha! Tu pasal dia tak beli.


Aku pulak, usha punya usha ugly betty season 4. Pon murah sesangat. Tapi sebab aku tak sure adakah itu the latest season, makanya aku tak beli juga. Akhirnya cuma beli Juwita punya CD princess barbie and the pauper -_-"


dan sekarang aku menyesal!!!! kesal sangat sebab tak beli haritu. Kini aku mencari-carilah di kedai CD mana-mana yang dapat bagi aku harga murah. Betul aku nak beli kali nih. (jangan suruh aku download ok. Aku tak kuasa buat kerja tu.) dah tanya Wahed, dia ada koleksi ugly betty ke tak (dia yang rajin men donlod segala bapak cerita), tapi dia kata dah tak follow. dah banyak tertinggal. huhuuu...


Jadi sekarang, next on my wish list; Ugly betty season 4! wajib!!!! (oh, of course, dengan kasut jogging nike pon ada dalam wish list jugak... ) gosh, i love b'day!! :) :)


oh, ya. dalam season 4 ni penampilan dia makin better tau! rambut dah lurus sket, outfir dah kurang warna pelangi.. cantik sikit dah! tu yang aku tak sabar nak tengok sampai habis season ni!

Thursday, June 24, 2010

jom makan salad


terasa nak makan salad pulak tengah hari buta ni. Tengah craving anything healthy... expecially salad lah kan. (pagi semalam makan wholemeal egg sandwich, sedap gile la pulak :)




browse punya browse gambar-gambar lama kat laptop, jumpa la ini gambar salad. Dah lama dah ni. Buat salad with tuna n lowfat mayo dressing. Sayur dia aku letak tomato, onion, bell pepper, sprout pon aku letak disamping bahan utama, romaine lettuce. Tapi ingat lagi, buat satu bowl, aku dapat makan daun-daunan aje -_-' tuna dengan mayo dan sprout semua Juwita baham.


Habis kami 2 beranak makan salad ni. Esoknya, time lunch, Juwita mintak lagi.. dia cakap, "buu..buu.. nak alad..." ahaahahaha! maka lunch esoknya pon salad yang serupa jugak...


best bila dapat introduce pada anak makanan yang berkhasiat. Dan, lagi best bila anak suka makanan-makanan berkhasiat dan sihat gini, kan?? kalau boleh nak ditch semua junk food dan candies. ice cream boleh tolerance lagi, sebab at least dia ada susu, susu ada kalsium.. (tapi moderate lah. banyak sangat pon tak elok. tinggi kandungan gula)


bila dari kecil dah ajar less sugar, les salt, less oil, healthy fat kat anak, lama-lama dia biasa makanan gitu, lidah dia dah biasa dengan makanan sihat ni. Senang nak educate dia tentang healthy food later. (dah besar nanti ibu ajar makanan less calory, low carb pulak yek! wakakaka!)


pernah dengar tak, anak Melaka biasanya kecik2 dah disua dengan cili padi, supaya lidah dia jadi lidah Melaka yang tahan pedas???? ha? ha? ada orang tanya kebenarannya kat aku, dan aku tak dapat pastikan kebenarannya. Tapi yang pasti, sejak kecil lagi aku makan pedas-pedas kat rumah ibu pengasuh aku.. dia orang pure Melaka -_-" tak pedas tak melaka la beb... lahabau kau!!!!

Wednesday, June 23, 2010

maintaining weight during breastfeed is soooo much easier!

When i BF my baby, its soo easy for me to losing weight and maintaining it. It's like very effortless to me and i did nothing but my figure keep slim and my weight always 40kgs.


Now it's almost 3 months after Juwita stop BF, and i did not prepare for it! I mean, i do read somewhere, experienced from others mom who struggle on their weight after her baby stop BF, but i did not expect it to happen to me!


honestly, i am not a big eater, but since my baby was born (2++ years back), i never did any serious work-out! I was a work-out freak onces (i stop working out after i found out i was pregnant) Now, believe it or not, i started to google about effective work-out again.


It's not my weight is the problem, but certain area in my body is getting bigger and bigger! ( i know, i know, i suppose to continue my pilates and yoga on that specific area). No offend to Beyonce, i like her too, but seriously... i dun want to have a big bum and hips like her! @_@


gosh! i really need to get up from this chair. I feel fat sitting here and blogging!!! I need to work on my bum and hips!


My birthday is coming soon :) please make me fit on that skinny jeans again....!

Tuesday, June 22, 2010

why they are rich and successful?

something to share to you all about something. Last week, i tertengok satu cerita kat TV, titlenya, Duke. Pernah juga menonton cerita ini beberapa kali, then untuk siri yang last week, host perempuan tu pergi interview one of the successful duke at Singapore. He's young, handsome, rich (of course), and own a very well known and expanding company in Singapore, and yet very down to earth dan humble. (and yes, i don't remember his name, but he own 1 of the biggest and well known club/ pub in Singapore)


The host ladies asked him a typical and expected question (to ask to a rich guy btw). "What makes him become very successful? what make him a person he is right now?"


i thought he will answer like this, " work hard, not give up, always think big, not afraid of failure, not afraid to try something new, blah blah blah..." like typical rich man answered.


but, his answer is this, "any successful man become successful its either because they have inspiration, or because of their desperation. In my case, its desperation. I desperate to be rich because of my life"


i kinda like his answer!

Sunday, June 20, 2010

membesar 1 inci! and my honest confessions about that

aduhai... i'm totally not in a good mood and condition right now. So tonight is the last night for everything, and the beginning for something new.


Guess what, my pinggul and my peha telah membesar 1 inci! @_@ and no, i'm not gonna step into the scales, coz thats just make me heart broken more T__T (x sanggup nak tengok!!)


and ya, i admit that, lately i...

1. just sitting infront of the laptop in my office @_@

2. not work out at all! O_O

3. always forget to do my yoga and pilates becoz always coming home late at night T__T

4. eat nasi ayam almost everyday! (selalu habiskan nasi juwita) -_-"

5. always forget to write down and revise my daily meal diary T__T

6. selalu makan diluar!!!! (bahana dapur dah tak berasap) -_-"



big BOOOOO to me!!!!! padan muka aku kan? (sedih dah marah dan tertekan giler apabila jeans, seluar slack and few other pants feels ketat di peha dan bontot..@_@")


So, tonight is the last of everything i stated above, because tomorrow am gonna start with new me. (ok. cukup dah sedih dan tertekan. terus masuk chapter baru hek!)


waka waka!!!!!!


P/S- perlu segera mendapatkan snicker/ sport shoes untuk jogging dipetang hari. Cepatlah birthday~~~ cepatlah masuk rumah baru~~~

Friday, June 18, 2010

Nadal oh Nadal...


Nadal...oh Nadal...


ouch! saya kenal sapa ini orang. Tidak lah secara personal, tapi bukankah selalu berita tentang dia di muka akhbar bahagian sukan dan berita sukan televisyen? Saya tidak berapa mengikuti tenis (there you goes... bagi yang tak kenal siapa Rafael Nadal, ini adalah klue pertama. dia adalah bintang tenis). Malah tak tengok pon perlawanan tenis di Astro Supersport tu (buat rugi je langgan Sport, HD pulak tuh T__T).


Tapi, adik ku seorang ni rupanya agak mengikuti perkembangan tennis. Malah dia agak menggemari Nadal! Aku agak teruja dengan fakta itu -_-" . OK. Masa kecil dulu, no wonder lah boleh minat, sebab abah selalu bawak kami bertiga (atau mungkin berempat bersama Ain yang masih kecil?) untuk bermain tennis di hujung minggu. Dah jadi macam acara mingguan keluarga pulak main tennis masa tu.



Dan pada masa itu, bila sebut tennis, nama yang keluar adalah Martina Hingis, Monica Seles dan Andre Agassi. (adalah klue seberapa tuanya aku -_-) Lepas tu, zaman kejatuhan monica sebab dia injured. Agassi pon bersara, dan kahwin pulak dengan Steffi Graf, pon pemain tennis juga masa itu. pergh!!! ingat-ingat baliklah... memang aku peminat tennis masa itu!



Then, time goes by.. aku dah lupa macam mana aku boleh lupakan tennis. Walhal, masa kat MRSM dulu pon main gak tennis, dengan Alia, dan cikgu Khalil (wakakaka!) Aku jadi pengutip bola T__T. Aku aktif dalam basketball, volleyball, dan karate lalu aku lupakan tennis...


Jadi, berapa kurun dah aku tak ikut perkembangan tennis nih??? Tiba muka baru, ada Nadal, Roger Federer, Serena, ada Anna Kournikova (anna ni aku kenal sebab dia couple dengan Enrique. So, dia top lah kan..). Anna ni takle hebat beno, kadang2 menang kadang cam hampeh.. cerita sensasi dia je yang banyakk.. lagipon dia pastu buat modelling aje, dah kurang masuk tournament.




Nadal ni, 1st time tengok dia main dengan adik aku....(kat tv of course. takkan life depan mata kot) wah! teruja aku seketika...(jangan tanya aku apa yang aku teruja key...) semua nya aku teruja heh heh heh! Dia ni lain lah dari pemain tennis yang lain. Biasalah pemain tennis agak sasa. Tangok Serena pon, walaupon pompuan, horror siut tengok otot dia. Apatah lagi lelaki kan..




Tapi nadal ni serius besar berbanding pemain tennis yang lain. Orang lain pon berotot gak, ade gak yang kurus leding pon ade... tapi Nadal ni gile punya sasa! Aku tengok dia lawan haritu, macam kesian pon ada dengan lawan dia... tengok fizikal pon dah tau tahap stamina sapa lagi tinggi (tennis ni memang lawan stamina je)...




er.... aku dah lupa cemana main tennis... korang ajar aku balik please.... (baru revise balik cara kiraan mata tennis T_T)

pencapaian peribadi aku hari ini

Hari ini aku telah melawan rasa fhobia dan takut yang selama ini membelenggu diri aku. Sebenarnya, sejak aku mengandung, lepas tu beranak, berpantang, menyusukan Juwita sampai 2 tahun (cuba korang kira berapa lama nya tuh, hampir 3 tahun kan?) aku tak pernah bawa kereta (i mean drive) ke tempat yang lebih jauh dari the curve.


Aku pandai drive ke the curve aje. Itu pon lepas Juwita umur setahun lebih, dah dekat-dekat 2 tahun, baru aku beranikan diri bawak kereta, sebab hubby aku taknak hantar aku pi shopping masa tuh T__T


Antara sebab aku mula phobia dan takut/ kecut perut nak drive adalah kerana dah dekat 3 tahun aku tak pegang stereng. Pastu sejak aku beranak ni, semua benda aku cepat freak out. Kejap-kejap terkejut, kejap-kejap terkejut. Tak tau la kenapa... entah penyakit apa tah yang melanda aku. Nerves system aku cepat sangat bereaksi... -_-"


Kenapa aku tak drive hampir 3 tahun?

1. masa aku preggy, aku risau nak drive bila perut dah bulat. Sebabnya aku kan pendek, makanya seat kereta perlu la ke depankan. Bila kedepankan, perut aku hampir / sedikit menyentuh stereng. Owh... mak risau key..! kang emergency break ke hape, tak ke kehimpit itu perut??? @_@


2. masa dalam pantang, of course lah tak drive, nok~~~ gile ape...


3. habis pantang, still belum dapat confident level untuk drive. Tambahan pula, anak aku ni menetek. Tak bleh la aku drive, kalau aku drive sape nak bagi dia tetek? laki aku? laki aku ade tetek, tapi tetek dia takde susu @_@


4. takde baby car seat dalam kereta. Gile ape nak bawak budak kecik tanpa baby car seat??? Masa tu juwita kecik lagi.. takkan nak letak je kat seat belakang? kang tergolek ke ape, bukan kita boleh buat ape, tengah drive kan... mana nak tengok jalan lagi, mana nak tengok anak lagi @_@


5. Anak aku mula lemak. Dalam kereta dia nak berpangku berdukung dengan ibunya sahaja. Dengan abahnya dia meraung-raung! Cemana la aku boleh drive dengan anak aku meraung-raung kat sebelah. Sungguh! laki aku tak boleh pujuk Juwita langsung! Dia nak ibu ajeeee~~~dapat ibu, dapat tetek, diam lah~~~


6. aku pernah excident langgar tiang telepon tepi jalan O_O sejak tu sampai sekarang aku takut drive kat jalan kampung...


7. Aku yang mula lemak. Bila dah lama tak drive atas sebab-sebab diatas, confident level aku makin drop dan drop. Makin tak berani pegang stereng. tak berani masuk jalan raya.. T__T . Hubby kata, aku manja.. pedulik ape aku... memang aku manja pon.. ! dan aku penakut!!


Macam aku cakap, paling jauh aku pergi the curve lah. Itu pon masa office hour, takde kereta pon kat LDP -_-". Cara pemanduan aku tak payah cakap lah ye... tangan memang menggigil-gigil kau!! Sampai ke the curve, parking, aku shaking satu badan, tangan sejuk gile. I took about 5 minutes to relax sebelum boleh keluar kereta dan shopping. Serius!!!

Then, lama-lama dah biasa pergi the curve. Kacang goreng je pergi situ.. wakakaka!! (ada hati lagi nak berlagak kan)


Tapi hari ini, Hubby aku memberi task yang sukar dari biasa. Aku kena drive dari rumah, pergi seksyen 22 hantar juwita ke taska, pastu drive ke office kat seksyan 6. Sendiri! Sebenarnya hubby aku dah suruh buat ni hari selasa haritu, tapi aku excuse kata nak duduk rumah hari tu, sebab nak kemas rumah T__T haha! pengecut gile kan aku nih??


So, harini aku dah takde excuse dah. Sumpah hubby aku memang takkan terima alasan aku tak berani drive. Walaupon memang betul aku tak berani... hohoo... so, kira harini aku berani mati je la... tawakal tu alallah!!! takbirrrr!!!!!! (over mak~~).


Hubby aku pon buat situasi hari ni memang nampak macam desperado gile, memang aku "terpaksa" jugak jugak drive sendiri, sebab dia takde pilihan lain melainkan "terpaksa" naik moto untuk settle hal dia T__T. Gile kan? Maka, aku pon gagahkan diri keluar rumah, masuk keta..pegang stereng... buat macam biasaaa jee.. macam hari-hari lah aku buat aktiviti tu... heh, padahal.....


hmm... ok lah. Kereta tak kemek, Juwita sampai taska on time, takde terantuk ke ape, aku sampai office, masih hidup, boleh buat blog sekarang... ok lah tu kan??? ahahaha!! takde la menggigil ke ape.. walaupon tengah highway tadi tiba-tiba pandangan aku blur dan tak dapat fokus (tak cukup tidur malam tadi, macam biasalah kena kacau Juwita tengah-tengah malam).


hehe... aku berjaya mengatasi ketakutan dan ke phobiaan aku sendiri. yeay!!!


er.. tapi kalau lain kali hubby suruh drive lagi, aku pikir 100x jugak kot... -_-" haha!

Thursday, June 17, 2010

cabaran: hubby ku suka makan.




Aduss... cabaran nihh! Ada orang suka kan kalau husband jenis suka makan. Bagilah apa pon mesti habis licin dibedal. Husband aku pon orang yang kuat makan. Oh, tapi dia bukan main bedal sahaja ye. Dia ni bercitarasa tinggi. Nak makan sedap-sedapppppp aje... dan dia ni suka jadi pengkritik makanan. Tak kiralah mana dia makan, kat rumah atau kat kedai, mesti dia akan komen sedikit sebanyak pasal makanan tu -_-"


Tapi bagi aku, betul juga. Kalau kita bayar mahal-mahal, mestilah kita nak makan sedap kan. Baru lah terasa nikmatnya tu (walaupon ada yang berpendapat, makan mahal sedap pon jadi taik juga @_@) Aku terasa rugi duit dan masa jika makanan itu mengecewakan...


Mungkin sebab itu, kadang-kadang tu, dah nak habis licin dah satu pinggan, boleh dia komen tak sedap, or masin, or tawar -_-" (tak sedap tapi makan licin~~~)



Cabaran juga bagi aku kerana kalau keluar jalan, hubby aku ni, kejap dah lapa, jalan kejap dah lapa... kalau keluar dating lah, sehari tu, 3 ke 4 kali dia nak melantak... confirm kedaunglah diet akuh T__T Kebanyakan masa, aku kenyang lagi sebab baru lepas makan dengan dia juga tadi, tapi dia dah ngadu lapa balik... adoiii!


Laa ni, anak aku, Juwita si kenit tu, pon sama je dengan abah dia ni. Makan mengalahkan maknya! Ikut abah la tu!!!


Lagi satu perbezaan antara aku dan hubby; hubby aku ni sehari wajib jumpa nasi at least sekali. Aku pulak, x jumpa nasik seminggu pon no hal. Aku tak suka sangat nasik. Husband hantu nasik. huhuuu.. Juwita, hantu nasik ayamm!!! bangun-bangun tido, yang dia mintak, nasi ayam -_-' mane la nak cekau nasi ayam pagi-pagi bute dek oiii~~


Tapi kami ada persamaan. Kami suka try benda baru. Kalau bab makanan, kami suka try restoren-restoren yang belum pernah dicuba. Sekurang-kurangnya mesti cuba sekali. Kalau best, cuba lagi dan lagi dan lagi... kan? hehehehe... Kami ni suka mencari tempat makan yang best, suka variety :) (tapi still, nasik bagi dia wajib)



Apa pon, hubby aku ni memang susah naik badan. Makan lah banyak mana pon, tak gemuk jugak. Kalau lah aku ade metabolisma macam tu, alangkah bahagianya hidup~~~~~~~


cadang asalnya nak review pasal restoren nasi ayam kat kota tinggi nih (dah lupa dah nama kedai), tapi idokle sesedap mana nasi ayamnya untuk direview~~ makanya entry ini bertukar wajah..

Monday, June 14, 2010

cerita makan : sempeneh (ntah ape ke nama nye begitu...)


Balik dari office, jemput Juwita, dia dah gaduh lapaa, lapaa.... bila tanya nak makan apa, takde lain la jawapan dia, mesti nasi ayam -_- hantu nasik ayam betul!




jalan punya jalan, pusing punya pusing, akhirnya masuk restoren ni. Punyalah pelik nama kedai, Sempeneh. Ntah bahasa ape, ke nama tempat ke... entahla... tibai la labuuu.... yang penting kenyang~ lalalaa~~~


ni dia.. nasi ayam untuk si kenit yang diva macam anak raja nih


ni pulak aku punya. lamb chop yang super besarr! nyum nyum...sedap dan menyelerakan!


hubby punya segan nak enterprem, mee goreng aje... hehe..




ape-ape pon, kami semua kenyang malam tu :) selamat makan semua!


Entry makan lagi : secret recipe @curve


makanan kami 2 minggu lepas. Dah jadi darah daging dah pon -_-


jalan-jalan window shopping, lapa. Pikir punya pikir, akhirnya kami mengambil keputusan untuk makan di sini sahaja... (cadangnya nak try menu promotion kat Ikea, tapi terbantut, sebab aku tingin sangat nak makan kek pulak petang tu)


Layan je la kan...


hubby punya, Black pepper chicken grill kot... (idok le aku ingat)


budak kenit ni makan besar. fish with alphabet chips.. licinn!


air aku hijo, hubby, merah. Kerupuk tu compliment. free saje.
Air aku, apple kasturi la macam biasa kan... hubby tembikai je


pecan butterscotch yang yummeh!
aku punya benda nih... sebab 2 menu diatas bersama air tu capai Rm40, so, kek ini adalah free :) :) oh.. tawaran ini hanya untuk pengguna citibank kredit card sahaja ye...


ni dia si kenit...makan banyak! tapi taknak beso

kedaungan. Aku rehat sebentar dari menjadi ibu

last update hari apa ya. Khamis lah rasanya. Hari ini sudah isinin jua. Sungguh kedaungan! Tapi bersebab ye.


Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, Jumaat tu aku ada job makeup. Pagi-pagi lagi dah makeup pengantin. habis makeup terus gerak ke jasin, hantar Juwita umah uwan. Sebelum zohor dah gerak terus ke kota tinggi. Jauh gile kota tinggi!


Duduk sana satu malam. Nanti next entry aku cerita lah. Esoknya, lepas selesai job kat sana, gerak ke bahau, cari hotel untuk bermalam. Itupon akan aku cerita kemudian. (kalau aku ingat dan rajin lah ye) Tengah hari, pergi buat job lagi. Selesai, terus balik jasin, jumpa Juwita.


kesimpulan: Leganya berjalan travel tanpa juwita. hehe... sekali sekala boleh la buat gini...nak release tension. selalu-selalu nampak aku tak bertanggung jawab pulak! wakakka!


p/s- aku tengok orang lain dengan anaknya, aku yang pening. Kejap nak makan telur, kejap nak terkencing, kejap nak air, kejap nak susu, kejap nak tido, kejap nangis....melalak-lalak nak telur -_-" dalam hati aku berkata; "nasib baik aku tinggalkan anak aku -_-" heh!

Thursday, June 10, 2010

dari kesian kini bertukar geram la pulak

Ish... geram pulak aku harini. Bukan la geram apa, tapi hal Juwita ni ha. Tak berubah-ubah lagi perangainya.


1. masih nangis masuk taska

2. mengada-ngada terlebih.


Kalau seminggu boleh aku tahan lagi. Ni dah dekat 2 minggu ni. Apa yang perlu aku lakukan ha??? Aku memang kenal sangat anak aku tuh. Memang mengada-ngada dia lebih sikit dari biasa. Maklum lah, terlebih manja dari kecil (salah aku jugak, manjakan dia sangat kan -_-)


Tadi pagi hantar, nampak dah perangai dia kat dalam taska tu. Nak pakai kasut nak pakai bag ajeee.... tak kawan pulak tu dengan budak-budak lain. Budak-budak lain kerumun dengan teacher, buat aktiviti, dia kat belakang sorang-sorang merengek-rengek "nak abah..nak abah.." teacher dia kata, pujuk apa pon tak jalan. (Aku dah agak dah. aku sendiri tak dapat pujuk dia kalau time dia merajuk tuh). Dah macam kera sumbang pulak hubby aku cakap Juwita nih.


Ish ish ish... tu pon aku memang dah expect. Tapi aku tak jangka lah akan berlarutan sebegitu lama. Anak aku memang tak pandai bergaul. Sebab tu aku masukkan dia ke daycare, supaya dia bersosial. Supaya dia berdikari. Supaya dia tak manja sangat. Tapi sampai sekarang ni, belum ada perubahan sangat lah dengan perangai dia ni. T__T


Cepat la berubah Juwita sayang. Cepat lah cope dengan situasi ini. Ibu takkan ada selalu dengan Juwita. Ibu tak akan akur dengan kemanjaan dan ke-mengada-ngada-an kamu. Ingat tu. Ibu akan bertegas kali ini. Bukan sebab ibu tak sayang kamu, tapi kerana ibu sayang lah, ibu mahu kamu berdikari, bersosial, berkawan dan belajar.


Ibu taknak kamu jadi kera sumbang. Ibu rela tengok kamu melalak sekarang, daripada kamu melalak masa ibu daftar kamu ke tadika atau darjah 1 nanti! O_O. (tapi jangan lah melalak lama-lama sangat. lama-lama orang naik meluat dengan perangai awak tu. Lagi lah orang taknak kawan dengan awak.... tahu?)


p/s- Jumaat ni hantar Juwita duduk rumah uwan sampai ahad. Ibu kena outstation dengan abah. Semoga Juwita belajar sesuatu.


how to handle her separation anxiety well? i'm stating to loose my patience

Wednesday, June 9, 2010

manusia-manusia yang aku jumpai

Manusia ini, walaupon asal keturunannya adalah sama, tapi adalah sangat pelbagai. Tidak ada satu manusia pon yang sama di dunia ini. Kalau ada sama pon secara kebetulan pelanduk dua serupa, tetap akan ada perbezaannya. Sekurang-kurangnya, cap jari mereka pasti berbeda, ia kan?


Tetapi jenis-jenis manusia ini, boleh juga dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Hari ini aku nak cerita tentang jenis-jenis manusia yang aku pernah kenal dan jumpa setakat ini. (ini hanyalah dari sudut pemandangan aku sahaja tau, tak semestinya anda perlu percaya bulat-bulat)


1. manusia yang jenis semua ok.

Ini satu jenis, semua benda ok aje bagi dia. Tak taulah bilanya tak ok, yang baik dah tentu ok, yang kurang baik pon dia cakap ok. Kalau tanya pendapat dia, mesti dia akan jawab, "ntahla, ok je... no komen laa" hehe... agaknya orang begini tidak ada pendirian sendiri. Atau mungkin dia tidak berani untuk membangkang orang lain. Takut orang marah dia kalau dia cakap tak ok. hehe


2. manusia yang jenis semua tak ok

Satu lagi jenis. Semua benda tak ok pada pandangan dia. Tak ada yang elok! semua buruk, semua ada cela, semua ada masalah! Muka dia memang nak telan orang aje. senyum pon payah. Agaknya dia PMS sentiasa. Tapi yang peliknya takkan PMS sampai 30hari sebulan? ish ish ish... Orang begini susah untuk dilayan. Entah apa yang baik bagi dia.. semuanya tak baik


3. manusia yang jenis "seni"

Seni maksud aku "arts" ok. bukan seni =kecil/halus. Orang seni ni susah untuk ditafsir. Mereka tak boleh dipaksa, tak boleh digesa. Confirm mereka akan jawab, "seni tak boleh dipaksa... seni itu indah.. seni itu bla bla bla..." korang akan dengarlah syarahan seni mereka tu. Orang seni juga tak memandang pada materialis, apatah lagi pada wang. Sungguh! Aku kenal beberapa orang seni, mereka seperti tidak ada keinginan untuk kaya. Apa yang penting, apresiasi seni. Hidup seni!!!!! - orang seni juga sangat sensitif tahu. jangan kamu sakitkan hati mereka~~~


4. manusia yang jenis kepoh hal kekayaan orang lain

Ini jenis manusia, aku paling meluat. Didadanya hanya wang, dimatanya wang, dihatinya wang. Perbincangan mereka berkisar kepada wang dan harta sahaja. Bukan harta dia tau, harta orang lain yang dikecohnya. " eh, si polan-polan tu kerja dotdotdot dapat 3k, pergh, kaya siut dia.. yang minah tu, tv kat rumah dia besar kau tahu? jiran pak dolah, beli keta baru!!!! kaya betul dia!" oh, please lah. Singkat sungguh pemikiran orang begini. orang beli tv, kereta, gaji 3k, ingat kaya ke? beli guna kredit card maa... hutang dengan bank. apa yang kaya nya, kayap ade lah!


5. manusia yang jenis suka cakap besar

haa, orang begini sesuai untuk berkawan dengan orang kategori di atas ni. Dia suka menunjuk kat si polan yang kepoh tu. sesuailah mereka berdua ni kan? Manusia ini, kalau beli sofa baru RM5 ratus, dia cerita dia beli RM1500. Siap cerita lagi dia bayar cash!! Pastu sambung bunga-bunga cerita tu, kononnya cashier tu ternganga lah tengok dia keluarkan duit dari poket dia 5 inci tebal...ohh!!!! choiiii! tolonglah...


6. manusia yang jenis janji tinggal janji.

Aku geram dengan orang begini. Mereka suka berjanji, tapi suka mungkiri. Orang begini juga selalu tak menepati waktu. Janji pukul 1 pukul 1.30 baru nak gerak. Hoi! banyak cantik muka korang eh! Ingat-ingatlah wahai manusia (terutama lelaki. Aku perasan banyak lelaki dari wanita yang suka suki berjanji. lepas tu buat-buat lupa sahaja), aku pantang betul bila orang lupa janji. Kalau tak yakin dapat tepati, jangan lah berjanji! Orang tak marah pon kalau kau tak dapat menjanjikan apa-apa. Kerana orang sentiasa menerima kamu seadanya. Tapi bila kamu berjanji, tentulah orang akan tuntut janji kamu itu. Ada faham? (ini bila kita tuntut janji kamu, kamu tuduh kami ni kuat mengungkit pula)


7. manusia yang jenis perasan bagus

Bagi dia, dia sahaja yang betul. Orang lain salah segala. Kalau berdebat, dia sahaja mau menang. Hujah dia sahaja boleh diterima pakai, hujah orang lain masuk bakul sampah. Dia sahaja masuk syurga, orang lain masuk neraka.. (opsss....! ampunnnn~~~~gurau sahaja, jangan saman saya :P) Kadang -kadang meluat kan dengan orang begini. Malas mau dengar apa dia kata, sebab dia mau kita percaya semua yang dikatanya itu betul. Tidak ada yang salah selain yang betul, sebenar-benarnya betul-betul belaka...


8. manusia yang jenis suka menghukum

"Kau salah begitu!" "tak betul kau buat tu!" "kau tak pandai jaga anak!" "salah la cara kau!" "kau masuk neraka!" amboi, sapa kau nak jadi juri awam pulak? Aku tak kenal kau pon, hujung pangkal pon tak tau cerita, masuk tengah-tengah suka hati je nak jatuhkan hukuman. Nak menegur pon ada caranya, kawan. Ayat tu jaga-jagalah. Jangan buat orang sakit hati pulak. Lainlah kalau kau ni mak bapak aku ke, dah lama kenal aku ke... ini entah dari dunia mana, tiba-tiba datang nak kritik orang... huh!


cukup lah 8 dahulu. ada lagi beberapa manusia yang aku jumpai, tapi aku tak kuasa nak tulis di sini. Buat sakit hati sahaja. hehe... (blog ini untuk suka-suka, kan... tak perlulah dicemari dengan benda-benda yang dibenci. ahaks!)

Tuesday, June 8, 2010

minggu sibuk, kami nak outstation dulu

minggu ni adalah super sibuk. Sebab nak pindah rumah, rumah sekarang ni dah jadi macam kapal baru berlabuh. Porak peranda sungguh! Nasib baik Khamis ni tuan rumah dah nak serah kunci, maknanya mana barang yang dah siap masuk kotak semua nak hantar terus ke sana. Hehehe.. tak lama lagi kosong lah rumah yang sekarang nih :) tak sabarnya....!


Oh, Juwita masih merengek ke taska. Tapi dah tak meraung nangis ye. Bila suruh dia walk, dia nak walk ke pintu taska. cuma bila masuk dalam, dia pusing balik... hehehe... kelakar la you ni juwita.. pelik pon ade... (uwan cakap, tak pernah anak-anak uwan, cucu-cicit yang nangis ke sekolah atau taska. ni kes pertama.. huhu..buat malu aje, uwan cakap.) - alaa uwan, dia baru 2 tahun.. bagi la can nak nangis... kalau masuk darjah 1 nangis tu yang x boleh diterima dah...hehe


Jumaat ni pagi-pagi buta dah ada orang nak mekap. pastu, terus shoot ke johor. (naik kelisa la nampaknya. kereta baru tak keluar lagi..). Sabtu, ade job photografi kat johor. habis je, terus shoot ke n9 pulak. Ada satu lagi job kat sane... penat lah ni travelling. Oh... nak tinggalkan juwita kat Jasin ke tak eh... Rasanya nak tinggalkan. Sibuk nanti.. kesian dia kehulu kehilir, bukannya ibu abah boleh bagi attention kat dia pon kan. dua-dua sibuk.. "uwan, tolong jaga juwita 2 hari boleh... "


OK. cukup dulu.


p/s- hubby, bile nak panjat broga hill?

Monday, June 7, 2010

beberapa perkara aku nak buat bila dah duduk rumah baru

poyo tak poyo, aku tak dapat menahan diri aku untuk tidak menulis entry pasal perkara ini. Mungkin kerana telah terlalu excited mahu pindah, jadinya segala dalam kepala otak hanya pindah, pindah, pindah sahaja. Aku dah bayang-bayang dalam kepala apa aku nak buat kat rumah baru nanti. (hehehe... jangan salah anggap, aku ni memang cepat excited dan tak sabar-sabar orangnya. Bukan niat nak menunjuk ke apa ya...sekadar berkongsi minat dan hobi)


Jadinya, aku list down kan perkara-perkara yang dah lamaaaaa sangat dalam kepala aku, apa aku nak buat bila masuk rumah baru nanti (aku terbayangkan pindah rumah sejak aku mula kahwin lagi tau! bayangkan berapa lama dah semua ni tersimpan dalam benak aku.)


1. Tukar tema/ color scheme.

rumah aku sekarang ni, color scheme dia hitam putih. dinding semua putih. Off white, dengan langsir putih, perabot putih. sofa kelabu, dan karpet hitam. Bila masuk rumah baru nanti, aku nak tukar sikit. Still, hitam putih, but with a lil bit splash of green to create a fresh updated look :) :) bukan hijo sampai berpinau tau, tapi just a splash if it sahaja... to add more color. i keep white as a major color as white symbolize clean, tidy and makes room appear larger and lighter. (luas dan terang. thats what i mean)


i prefer something like this. just a bit of green on certain furniture, with green feature wall (wallpaper could be just fine)


see how 'menonjol' and how strong the look is. nicee... isn't it? the green carpet really play part on this


this one also...


some idea from Ikea. I like how they play with white, black and green, and it blend very well, but i prefer green on furniture rather than wall color. (in fact, i'm not really sure if the owner allow us to paint their house with some strong color like green! - but its fine, really. i like white wall more ^_^)


2. tukar perabot

kalau masuk rumah baru, dengan tema baru, mestilah nak tukar perabot baru, kan? Tapi tidaklah semua. sebahagian sahaja, yang dah lapuk lusuh ditelan zaman tu, memang akan di let go lah, untuk memberi ruang kepada yang baru. Mana yang boleh guna pakai lagi, bawak masuk lah nanti. And, of course lah kena ikut budget, ye tak.. hehee


3. tanam pokok bunga

ok. Jangan gelakkan aku. Funny sikit, tapi aku ade rahsia terpendam. Aku sebenarnya minat bercucuk tanam. (ok, sekarang boleh gelak). Masa aku kecik dulu, aku naik basikal ronda satu Kesang (kampung aku le tu), curi batang pokok bunga dan benih yang aku suka, sebab aku nak tanam pokok kat bawah pokok ceri. Pokok ceri tu besar gile, rimbun redup aje. dan sebab banyak burung dok bertenggek atas tu makan buah ceri, bawah pokok tu jadi subur. Jadi aku buat taman bunga bawah tu.



nak tanam bunga seperti gambar2 di atas, boleh?


Ini impian/ khayalan aku masa kecik-kecik okey, aku nak sangat ade taman bunga yang penuh bunga warna warni depan halaman rumah. hehe... gelak la korang~~~ nanti halaman rumah aku dah cantik baru korang ternganga tengok~~!


camni le rupa taman khayalan aku tuh -_-


4. tanaman sayur-sayuran hidrofonik

Haa... ni lagi satu impian gile aku. Masa aku kecik, abah dengan mak aku le ni, ajar kami adik beradik tanam sayur hidrofonik. Memang seronok betul masa tuh! Aku ingat lagi, paling seronok bila 2 situasi,


1: masa benih dah bercambah. Memang suka gile. Terlompat-lompat aku dengan adik aku. lumba sapa punya benih naik dulu.


dan ke-2: masa buah berputik / pokok boleh dituai. Kalau tanam tomato, seronok bile dia mula berbuah. Kalau tanam salad ke, kailan ke, seronok bila tengok dia gemuk besar gebu.


hehee... tak sabar nak harvest :) (belum tanam pon dah excited nak harvest kan...)


5. Buat open house.

Boleh buat open house besar sket. Dulu pernah buat open house kat rumah atas langit aku tu. Punyalah kecik rumah aku, tak muat orang masuk T__T sedih tau~~ Last year tak buat pon, sebab keadaan rumah yang tidak mengizinkan. Tahun ni, insyaallah.... rumah dah selesa, boleh la kot... kalau ade budget~~~ heehee...


ngee... ntah ape-ape je aku ni kan? Tapi aku ni, bila berangan, aku akan pastikan akan menjadi kenyataan, walau apa pon halangan yang menimpa~! cheewah!! Aku dah letak dalam wish-lish updated aku pon benda ni semua. hahaha! so, kena tercapai jugak lah kan tahun nih... :) aminnn~~

Sunday, June 6, 2010

mencari yang positif dalam negatif

Sesungguhnya kita patut BERSYUKUR...

1. Untuk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam , kerana beliau tidur di sisi kita bukan dengan orang lain.

2. Untuk anak/adik perempuan kita yang mengomel apabila mencuci pinggan, kerana itu bermakna dia berada di rumah, bukan dijalanan berpeleseran.

3. Untuk cukai pendapatan yg kita kena bayar, kerana itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. Untuk pakaian kita yang dah tak muat , kerana itu bermakna kita cukup makan .

5. Untuk lantai yang perlu dimop, tingkap yang perlu dilap dan rumah yang perlu dikemas , kerana itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. Untuk bunyi bising jiran-jiran, kerana itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar .

7. Untuk timbunan pakaian yang perlu dicuci/digosok kerana itu bermakna kita adapakaian untuk dipakai.

8. Untuk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja , kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk kerja kuat.

9. Untuk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, kerana itu bermakna kita masih berupaya untuk berjalan.

10. Untuk jam loceng yang berdering pada waktu pagi, kerana itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

AND FINALLY ........

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"Sahabatku,Jika hari ini aku terlalu gembira,Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah.Jika ku bersedih tanpa kata,pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.Jika ku lemah,Sedarkanlah agar aku berubah.Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,Iringlah lenaku dgn kalungan doa..Berjanjilah sahabatku,Ukhwah kita utk selamanya..


(copy and paste directly dari blog matun. thanks matun :) ) ambil pinjam sebab saya suka sama ini artikel...thanks for sharing ya

entry santai dihari ahad. kami nak jual perabot la pulak...

hari ahad aku kali ni tak lah sesantai kebiasaan. Hari ini bermulalah hari minggu pertama kami mem-packing barang masuk kotak. yup, you hear it right. we are packing things up.


We are moving out!!! (excited and definitely overwhelming.)


and...


we are moving in!!!!!!


i can't wait. sangat-sangat sangat teruja okeh. Hampir 5 tahun rasanya duduk di rumah comel ini. Kini tibalah masanya untuk kami berpindah keluar, dan masuk ke rumah yang sedikit besar. (tapi masih comel ya)


Kami akan bermula kehidupan baru kami di Bandar Bukit Raja pada 1hb Julai 2010. Buat masa sekarang, kami sibuk kemas, packing barang masuk kotak, dan dalam proses untuk mengubah semua alamat surat menyurat kami. Streamix, astro, bank-bank, alamat surat menyurat semua nak kena tukar. phew... (mengeluh sebentar..) memang letih berpindah rumah nih. Tapi seronok!


Apa pon, kami masih ada 3 minggu lagi, bermakna ada 3 ahad lagi untuk pack semua barang. 3 ahad ye... hari biasa agak mustahil untuk bekerja. Balik dari office sudah tentu letih, tak jamin lah boleh mengemas~~~ -_-'


Oh, ya.. nasib baik aku teringat. Kami akan buka garage sale sebelum kami pindah keluar. Some of the furniture, and appliances that we would like to let it go (sebab taknak bawak ke rumah baru nanti), we will sell it at very low affordable price lah.


Sesiapa yang mencari second hand sofabed Ikea, peti sejuk LG, mesin basuh semi auto, set dining table kayu Ikea dan beberapa barang lagi yang akan di pastikan kelak, boleh lah menunggu........ dalam minggu ni kami akan publishkan barang-barangnya okeh. Di blog aku, di mudah.my, dan mungkin di beberapa forum lain lagi. Term adalah cash and carry ye. datang rumah aku, tengok barang, bayar, hangkut maik moto ko.. (eh... takkan datang bawak moto kot... bawak la 4 wheel, tak pon pinjam mana-mana pickup)


okeh, nanti eh.. tunggu next entry untuk update.


sekian dulu, rumah bagai kapal baru berlabuh @_@


mak~~~~ penin~~~

Saturday, June 5, 2010

selera johorian pulak: beriani ayam, mee bandung, rojak petis


haritu jalan-jalan ke tesco shah alam. Nak lunch dan nak beli barang sikit (susu dengan diapers). Hubby nak sangat cuba restoren nasi beriani ni. Nama dia JM Beriani. Rasanya dah famous la juga, ramai dah orang cakap-cakap pasal JM beriani ni kan.. So, ape lagi, aku pon ok je la. Aku pon dah lama x makan beriyani (dah lama tak balik johor -_-')


Kami order sepinggan beriani ayam, mee bandung dan rojak petis. Haha! semua menu johorian kan? best best! aku suka!



hubby memang favourite dia mee bandung. Nak-nak kalau pure mee bandung muor (kena dapat kat muor lah ye.. kat tangkak pon boleh jumpa kalau rajin carik port) Kalau tempat lain selain tu, konon je mee bandung, tapi tak rupa pon. Rasa pon jauh panggang dari api haha!



OK lah mee bandung dia. Tapi hubby cakap x dapat lawan muor punye lah.. Beriyani pon ok jugak. Nak kata ape lagi, camtu lah rasa beriyani, ye tak? wakakaka! Rojak petis pon ok. Cukup lah ramuan dia semua. Ada kangkung, tahu, tempe, nanas, sengkuang... ape lagi eh... hehe... cuma kalau kuah petis tu pedaskan lagi, laaaagi aku suker!



burb~~ sekali lagi, alhamdulillah... murah rezeki. kenyang makan tengah hari :) :)


JM beriani di tesco shah alam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails