salute to the nature

salute to the nature

Sunday, May 30, 2010

selingan lagi : juwita dah nak masuk taska

Entry ni selingan jap (bile la aku nak habiskan citer trip ke kuching tuh... dah bosan. tapi kena habiskan jugak. sebab dia macam journal kan. lain2 kali nak baca, nak recall balik memori senang).


Esok, iaitu hari isnin, Juwita akan start masuk taska. Taska pilihan kami, tentulah yang aku gembar-gemburkan dalam facebook sebelum ni, Taska Anak-anak Kita kat seksyen 22 shah alam. Bila mengingatkan kembali masa mencari taska ni... pergh... bukan senang beb. (tapi sekarang, aku rasa cari rumah lagi susah T__T nak nangis!)


mula-mula aku masuk forum-forum ibu, parenting... segala lah! aku browse, search kat internet taska area shah alam. Kenapa shah alam? sebab aku dan hubby dah start kerja shah alam. Jadi aku rasa amat mudah sekali jika taska dekat dengan tempat kerja. senang nak lari kalau ade apa-apa hal..


Bila baca forum ibu-ibu ni satu hal. sangat informative! dari nama-nama taska yang well known, yang dicadangkan oleh ahli forum lain, dan tak tinggal juga nama-nama taska yan pernah buat taik (er... maknanya yang ade problem dengan forumner2 lah sebelum ni.) Sampai lah ke laman kementerian kebajikan dan kanak-kanak. Tengok senarai taska yang berdaftar di selangor. Kawan-kawan boleh check link ini ye (taska berdaftar)


Percaya atau tidak, hanya 50 sahaja taska yang berdaftar di selangor. Kecilkan lagi scope, cari shah alam... ade 4 atau 5 taska sahaja!!!! adoi!!! sangat pening kepala woo ini macam.. tu yang jumpa taska anak-anak kita tu. Nasib baik masih ada kekosongan, sebab ade budak nak keluar/ pindah (parent dia nak pindah penang).


er, ade orang tanya, susah ke nak cari taska? aku tengok melambak je taska, especially kat shah alam... "taska banyak kak oi, tapi yang berdaftar sangat kurang!"


er, perlu ke cari yang berdaftar? kalau tempat tu nampak hebat, ramai orang hantar, dekat dengan tempat kerja cukup lah. bukan buat ape pon, hantar anak je kan... sama je... "tak sama kak.. bila berdaftar, ade rules yang taska tu kena ikut. kebajikan anak lebih terjaga, sebab taska itu lebih berkualiti. Bab "berkualiti" nanti kita terangkan di bawah ye... "

sumber adalah direct dari mytaska.com

berikut adalah kriteria-kriteria TASKA yang berkualiti:-

1. had bilangan kanak-kanak yang diambil seharusnya mengambil kira nisbah ruang yang sedia ada. keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi. Ruang di dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak boleh diambil kira.

2. nisbah pengasuh dan kanak-kanak menepati syarat berikut:-

a. 1 orang pengasuh untuk 5 orang kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah

b. 1 orang pengasuh untuk 10 orang kanak-kanak yang berumur 3 – 4 tahun ke bawah

c. 1 orang pengasuh untuk 4 orang kanak-kanak kurang upaya yang berumur 4 tahun ke bawah

3. pengasuh hendaklah berusia 18 tahun ke atas dan telah mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

4. TASKA hendaklah mempunyai menu dan aktiviti harian yang sesuai bagi setiap peringkat umur kanak-kanak. Jadual menu dan jadual aktiviti harian ini hendaklah dipamerkan di premis TASKA yang mudah dilihat.

5. mempunyai perabot dan peralatan yang sesuai, selamat dan dijaga dengan baik.

6. menyelenggara rekod-rekod setiap kanak-kanak di TASKA dengan baik dan teratur.

7. mempunyai program tahunan dan aktiviti penglibatan ibubapa.

8. premis TASKA mematuhi syarat-syarat Majlis Tempatan, peraturan kesihatan dari Jabatan Kesihatan dan peraturan keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat.

9. setiap TASKA mesti mempunyai alat pemadam api, kotak pertolongan cemas dan satu susun skim bagi mengosongkan premis sekiranya berlaku kebakaran. latihan kebakaran perlu dibuat sekurang-kurannya 3 bulan sekali.

10. menyediakan kemudahan berpatutan kepada kanak-kanak seperti satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak.


yang aku highlight tu adalah antara yang aku pertimbangkan dalam memilih taska. Bila taska tu berdaftar, secara tak langsung mereka memang ikut rules dan syarat-syarat ini. Bila tak berdaftar tu lah yang kita tak tahu tu... mana tau, ratio budak melebihi kuota bilangan pekerja ke (nanti anak terabai, terpijak, terhimpit ke, terbiar minum susu sorang-sorang ke... ha... tak ke bahaya tu?), atau bila tak berdaftar ni mereka biasanya ambil pekerja asing (aku bukan racist ke ape, tapi korang sudi ke anak korang balik rumah speaking indon? kalau bahasa asing pon, aku prefer dia speaking english je lah...)


itu sahaja seba sedikit untuk petang ahad ini. tengah sakit kaki lah.. jalan-jalan kat 1 Utama. Nak masak grilled mussel jap.. minum petang hubby (boleh je hubby aku ni...taste orang berada siut je).

3 comments:

Sherry said...

Shah Alam what kindy? hehe.. nice la. .near work

Miss Q said...

dear, good info. ahkak mencari taska utk anak sekitar sek18 (sebab duduk situ). sedih tgk taska2 nya.

"sy sorg yg jaga budak2 ni kak.."

seram betol!

dan harga mahal. tp tgk macam x ceria aje. x mcm putrajaya. kalo anta less than 10 ari; RM20/day. kalo 11 ari anta pd bulan tuh terus kira harga sebulan

mmg camtu ek? putrajaya x pun... =(

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

jemput join ga saya berkenaan kindergarden

http://kokoadik.blogspot.com/2011/01/kids-kindergarden-by-siapa-saya-sayalah.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails