day 4: sewa kereta, jong's crocodile farm, semenggoh wildlife centre, pasar satok, seafood atas carpark


nak habiskan cerita kuching ni cepat-cepat sebab dah bosan, dan ade banyak benda lain nak blogkan tapi terpaksa hold kerana kisah kuching ni tak selesai-selesai dari dulu (patutnya benda ni dah selesai 2 minggu lepas lagi, 6 hari je dah abiss... tapi aku yang malas... itulah akibatya -_-")


dipendekkan cerita, hari ke-4 ni, kami sewa kereta. Plan asalnya nak naik shutter, tapi tak tau nak amik kat mana. Next plan, nak amik teksi, tapi dia charge RM200 ke berapa tah... O_O untuk pergi balik semenggoh. Nasib baik, tanya car rental agent kat lobi tune hotel tu, terus sewa kenari sebijik. Baru RM140 sehari. Puas hati.

kereta kenari sewa


Jong's Crocodile farm


sebabkan tunggu kereta sewa lambat sampai (sebab kami pon baru pagi tu nak sewa kan, so, kereta dapat lambat sikit), kami cadang ke Jong's crocodile farm ni dulu memandangkan waktu makan pagi orang utan dah lepas. Right timing lah.


Masa kitorang sampai, beli tiket, then tak lama tu nak start dah show crocodile. haha! show ni bukan show masukkan kepala dalam mulut boya tau.... Pekerja tu gantung makanan buaya (kami suspect is adalah organ dalaman binatang. maybe bab*), then ade trail, bawak makanan tergantung tu ke tengah, tunggu boya tu lombat untuk baham makanan tu.




serius seram kau! bunyi mulut boya tu katup kuat giler, macam bergema-gema pulak. Tinggi betul boya tu lompat. Aku dapat imagine lah cemana dia nak baham budak yang duduk tepi sungai.. haa... horror!


yang aku perasan, boya ni, dia senyap aje. Lama tau, dia tengok je mangsa dia tu... dia perati pelan2 dia makin dekat, makin dekat... masa dia perati tu, badan dia dalam air, nampak mata dengn muncung je sikit kat luar. Pastu, dah cukup aim, terus dia terkam! terus baham! pergh... horror... horror...


kat farm ni, takde la boya je, ade binatang-binatang lain lagi lah. Tapi boya dia memang banyak giler! berapa ekar tah dia cakap ladang dia ni. haha! ladang boya! dia ternak untuk pasaran sekali kot; ni aku agak je tau! pencinta alam sekitar dan haiwan, jangan saman aku tau!

monyet pon ade kat sini, bear, burung, rabbit... macam zoo pulak

ini adalah tengkorak bujang senang yang telah membaham budak. besar wooo! bandingkan dengan orang kat belakang tuh


Semenggoh wildlife centre



Main event hari ni sebenarnya. So, dari jong, terus drive ke sini. Suppose to take about 20 minute je dari jong's farm tadi, tapi kitorang sesat sampai dekat sejam, then dah masuk jalan yang berliku-liku, kiri kanan hutan belantara, depan adalah gunung ganang O_O aku dah takut. Tapi, driver, aku tak paham kenapa driver dengan co-pilot boleh nak jalan terus lagi. haha! kalau aku dah lama patah balik. serius! sapa nak lalu jalan kiri kanan gunung ganang??? huuhuu~~~

sesat...


pusing-pusing jalan, patah balik 2, 3 kali... rupanya benda alah semenggoh wildlife tu kami dah lalu 3, 4 kali dah.. nape lah tak nampak selama ni... itulah risiko kalau drive sendiri di negeri orang.. haha!


So, kat sini, tujuan utama nak tengok orang utan, Nasib baik, dapat la tengok Richie. Kami dapat :) richie adalah king of the jungle lah... besar gile dia nih! Dia ketua semua orang utan kat sini lah. masa dia keluar, pengunjung semua kena ikut arahan.

ini bukan orang utan... T__T


Jangan bising, jangan makan, jangan amik gambar guna flash, jangan berdiri depan richie, jangan sergah2, budak2 kena jaga elok2, jangan bagi budak2 lari2 buat bising semer. Bahaya woo, richie ni elok je, tapi kita jangan ganggu, jangan bagi dia rasa threatening. Kalau dia rasa keamanan dia tergugat, dia akan gugat keamanan kita. haa...sekali dia mengamuk, dia boleh bunuh manusia woo....

ni la richie


Lepas tengok richie keluar, kami masuk dalam sikit, tengok orang utan yang lain pulak. Yang lain-lain ni tak sebesar richie. Diorang ni makan tembikai.



Pasar Satok


Dari semenggoh, kami drive balik hotel. Rehat sat. Penat woo jalan tengah hari. panas terik! dah la sesat barat... lunch pon entah ke mana tadi. Petang, kami keluar, drive ke pasar satok.


tak jalan semua lorong lah... sebab hubby aku pon bukan suka sangat jalan kat tempat sempit-sempit, haru biru ramai orang ni. Nak-nak bawak juwita pulak.. leceh woo... so, kami jalan mana yang nampak dan terasa nak lalu je lah...

cencalok sarawak

buah keranji dalam perahu


mama beli kek lapis, dengan buah tempatan. Buah ape tah nama dia.. rasanya macam rambai, tapi kulit dia lain.. Aku beli kain batik 2 helai. cantik! suka :) :) Hubby beli fridge magnet, buat kenangan. Tu je kot.... tak ingat lah.. oh, hubby beli belt sekali, sebab haritu dia lupa bawak belt (bayangkan 3 hari sebelum ni dia pakai seluar londeh O_O hehehe...)


*aku kempunan tak dapat tengok ulat sagu hidup-hidup. Tak jumpa wei kat pasar satok! korang dah tak makan ini benda ker ha?


seafood @ carpark

straight dari satok, kami ke topspot seafood. Seafood ni senang je nak cari. Kat bandar kuching tu, ade satu bangunan parking color hijau biru-biru macam tu, haa... tingkat atas sekali tu lah makan seafood! best giler melantak sini! semua sampai bloated! wakakaka! Kami habis dekat RM180 gak la... sib baik tak amik lobster. kalau tak lagi lah kot...


konsep kat atas ni, dia ada banyak kedai. korang pilihlah kedai mana yang korang berkenan eh... yang penting, make sure kedai yang korang pilih tu seafood dia fresh (semua fresh kot..) dan kedai muslim yang menyediakan makanan halal. pastikan halal ye! jangan tengok muka!!!! orang sarawak ni, semua muka chinese... haha! susah gak kan... kena tanya lah... rajin lah sikit mulut tu. "bang... halal tak... kedai muslim ke?"


Ada orang pikir, "alah.. seafood kot, mestilah halal. bukannye ade bab*..." eh, korang ni, abis tu kalau dia masak ketam letak arak cemana?. atau nak kasi sedap kuah tu, dia letak broth dari bab* ???? sendiri mau pikir la ye... tapi aku tak paksa pon... kalau korang yakin halalan toiyibah nye, makan je lah...perut sendiri, buku sendiri, kubur pon sendiri... ye tak? heh heh heh


Ini antara menu kami malam tu

1 pinggan umai
1 ekor pari (kecil) bakar
2 ekor ketam black pepper (besar!)
3 ekor udang galah sweet sour (besar gak!)
mentarang (ape tah nama sana sebut) masak halia 1 pinggan
sup gamat 1 bowl (besar!)
kerapu 3 rasa (besar)
midin belacan (wajib nih! haha)

sup gamat

mentarang ke ape namanya...

itu je yang aku ingat... hilang ingatan aku sebab makan banyak sangat.


balik tu terus terbongkang. kekenyangan. Juwita tidur sepanjang ini berlaku. Maka dia tidak makan apa-apa malam itu.

kami melenjan! juwita tido tak sedar apa-apa...


Esoknya, gaduh lapa... huh!


hari ke - 5 bakal menyusul sebentar sahaja lagi



Comments

mokh said…
macam ni blogger..rajin update blog...tak sabar nak tunggu hari ke lima lak :P

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....