day 2 : heritage walk, perahu tambang, mee kolok, kek lapis dayang salhah, ikan terubuk, midin

Seperti tajuk di atas, hari ke-2 kami adalah penuh dan panjang. Sekali lagi, maaf atas kelewatan membuat entry ini. Sibuk dengan renovation office hubby. Makeup studio pon dah 50% complete :) :) :)


selepas sarapan di bilik hotel, kami keluar dengan berbekalkan buku tour guides dan map kuching. Hubby dan Juwita siap dengan back pack sorang satu hokey~~


Heritage walk.

heritage walk ni senang je nak ikut. ade dalam map tourist bandar kuching tu. ikut je route dia, dari satu tempat ke satu tempat yang lain... Start dari pek kong temple (sorry lupa nama full temple ni. we all tak masuk pon temple ni, just amik gambar dari luar aje), then dia bawak ke muzeum heritage cina, ade market street, indian street, Charles brooke memorial, banyaklah lagi. kalau tak silap semuanya ade 12 or 15 mark dalam map tu... ade gak tempat yang kami skip ( hehehe...) yang temple2, tokong semer kitorang skip la...

depan pek kong temple

charles brooke memorial


kalau jalan through waterfront pulak, akan nampak bangunan DUN, Astana, dan Fort Margherita. hmm... kalau time malam lagi cantik bangunan ni semer. glowing dengan lampu-lampu, except fort margherita tu memang naturally white color, bila malam memang nampak white without any lighting :) :) marvelous sangat!



lalu kat market street memang paling best. This time, kami lalu cuci mata je dulu. Plan nye, nanti nak balik baru singgah sekali lagi beli survenir ape yang patut. Serius, memang rambang mata tengok craft2 kat situ... Sebab memikirkan nak jalan banyak tempat lagi la kitorang x beli pape lagi...

sampai tengah hari, kami balik hotel rehat dulu, later keluar cari makan, and sambung lagi next aktiviti.

hubby dan juwita... the prisoner

ibu dan juwita, the styler

perahu tambang



Kalau dah sampai Kuching, tak sah kalau tak cuba perahu tambang. Antara kenderaan awam utama kot kat sini. ye lah, jambatan ade, tapi bukan dekat dengan bandar kuching, nak-nak yang naik public transport, memang naik perahu seberang sungai tu untuk ke bandar.
Mama takut naik perahu... itulah 1st and last dia naik tuh, pergi dan balik dari seberang.

dalam perahu


Aku, hubby dan Juwita mintak pakcik tu menyusuri sepanjang sungai tu... Bayar lah pakcik tu RM10.. hehehe... kalau nak seberang murah je, 40sen sorang.



mee kolok




lunch aku tengah hari tu. Sepanjang kat Kuching, ade 3, 4 kali kot aku makan mee kolok. Tu je kot yang menarik kat tekak aku ni (selain seafood kat Topspot la) yumm yumm... sedapnye mee kolok... dah teringat-ingat nih! mana la nak cari kat damansara nih.... -_-"


kek lapis dayang salhah


Bila dah seberang sungai, sampai kat kawasan kampung. Jalan depan sikit sampai la kat kampung Gersik. Kat sinilah syurga kek lapis (echecheehhh). Jalan sikit nampak kedai kek lapis, jalan sikit lagi kilang kek lapis, jalan lagi kilang kek lapis.. Eh, kilang aku maksudkan, tempat pembuatan lah ye.. bukan kilang2 macam production besar-besaran gitu, ini home made punya. kilang di rumah... paling femes Dayang Salhah la ye.



Ade juga few names lagi, which i don't remember lah, my mama ingat lah.. dia siap berguru kot kat sana, tengok orang tu buat dari A sampai Z. haha! Semua kilang kek lapis dia nak terjah kauu!!!
Kat dayang salhah boleh rasa sample. Banyak gile sample, warna warni macam open house raya pulak. masuk situ, duduk, makan sample sampai kenyang, balik! wakakaka! semua aku rasa... siut je.. sampai bloated!

sampel kek lapis dayang salhah

mama rasa kek lapis... haha!


ikan terubuk.

Kalau kek lapis merata-rata, begitu jugalah dengan ikan terubuk. Cuma tak lah merata-rata macam kek lapis. Keluar-dari dayang Salhah ni pon ade satu port ikan terubuk. Mat's ikan terubuk nama dia... Senang, sekali harung je, lepas beli kek lapis, beli terus ikan terubuk.


mama pilih ikan terubuk

Korang tak payah susah-susah pikir cemana nak bawak balik, diorang expert hal-hal ni. Kalau korang beli, terus diorang packing elok-elok, bungkus beberapa layer, siap buatkan pemegang lagi haahaa... kalau dayang salhah tu, terus dia tampal sticker FRAGILE. Ade marker pen kat situ, tulis la nama korang. Kang masuk cargo kang bercampur-campur pulak dengan orang lain punya. Trust me, semua yang balik dari Kuching CONFIRM ade kotak kek lapis dan ikan terubuk. Cuma jumlah kotak dan saiz je lain-lain. ahaks!


makan kat seberang waterfront


Naik perahu tambang seberang sungai, makan kat foodcourt sana. Huh! wajib buat nih!!! wajib! wajib! kalau tak buat jangan ngaku ko dah sampai kuching! wakakaka! Kat sini unversal sikit menu dia (universal kah?) dari nasi kerabu, sampai lamp chop ade... so, aku tak makan mee kolok malam tu. heehee... :)


midin belacan :) faveret aku dan hubby!
hubby makan lamb chop

ayam penyet


lepas makan, naik la perahu balik bandar. dah malam wei! letih sudahhhh... masuk bilik tidur laa...


bersambung ke next entry untuk aktiviti hari ke-3. sekian buat masa ini, saya Hida ber keudara dari Shah alam.

Comments

Sherry said…
wow so nice hehe..

oh ya I need help in contest, need referral points can help ? me giving away the leather bracelet as token of appreciation. :D
Unknown said…
Hi Hida!

Nice food review in Kuching. We are from LIBUR Travel magazine, would like to ask if we could use one of your pictures, (Mee Kolok) for our special issue of LIBUR (December), focusing on fine & dine places all over Malaysia.

In return, we will credit your name and your blogspot adress in the article.

Feel free to browse our facebook/majalahlibur for more information about the magazine. Thanks!

For questions, email khairi@karangkraf.com

hida said…
Hi Khairi, sure no problem. I agree with the trade off. Tq for reading my blog. It is an honor for me

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....