day 1 : flight ke kuching, check in tune hotel, sunset di waterfront


maaf kerana lama tidak update. Secara jujurnya, kemalasan telah melanda diriku. Tambah pula dengan aku mula sibuk basuh baju yang tak habis-habis (sampai laa ni pon, masih ada lagi segunung baju yang belum basuh, dengan segunung lagi yang dah basuh tapi belum lipat T__T). Aku juga telah mula ke pejabat (wah wah wah!!!) Kadang okey, aku ulangi, kadang-kadang, aku akan ke office cum showroom hubby. At the same time, aku nak settlekan makeup studio aku yang belum siap-siap tu... -_-" banyak lagi nak kena buaat... budget ciputt... ! waaaa!!!!


ok. Kembali kepada cerita holiday kami ke kuching. Sebelum apa2, aku nak bagi pesanan penaja sikit. Semua cerita-ceriti ni aku kongsi disini sebagai kenangan kami sekeluarga, serta buat tatapan pembaca-pembaca blog aku. Bukan bermaksud untuk menunjuk-nunjuk atau apa, tapi diharap dapat menjadi panduan atau guides kepada orang lain yang ingin atau akan pergi bercuti ke sana (diharap begitulah yee). Ingat ye blogger2 dan reader2 sekalian... :)


ok. ini adalah tentative kami pada hari pertama (5hb may 2010)


penerbangan ke kuching.

9.30am : gerak dari rumah ke shah alam. switch kereta dengan kawan hubby, Pet, (sebab kereta diorang lagi besar n nak bawak extra driver lagi) terus shoot ke LCCT. Mama dan abah gerak dari jasin ke lcct pukul 8.30 O_o'


kenit ni bawak princess barbie dia...


2 beranak ni, makan oreo dengan air milo dalam flght... juwita gaduh lapaaa


flight ada sikit delay, about 15 minutes... sampai kuching around 2++. pendaratan pon tak berapa smooth lah.. heh heh heh... tp ok lagi...


Tune Hotel



amik teksi terus ke bandar kuching, check in di Tune Hotel. 1 of the best thing about tune hotel kuching is, dia hotel budget yang terletak betul-betul depan waterfront! Hotel memang banyak kat kuching. Budget hotel pon banyak gile.. tapi depan waterfront tak banyak yang murah. Hot spot kot... bagus tune hotel buat kat situ hehehe... hotel budget yang lain, ade tapi ke tengah2 bandar sikit... a bit far from waterfront, but still under walking distance lah kan.

tune hotel ni, satu benda, kalau korang plan awal holiday korang, booking tune dalam 6 bulan sebelum, murah giler!!!! tapi aku booking haritu pon sebulan sebelum, time tu takde pulak promotion... so, total 6 malam dengan 2 bilik queen size adalah RM700++ not bad lah.. murah lagi, compare to other hotels around.

lepas check in terus ke katil

Tune hotel kuching ni sebelah hilton. betul-betul depan waterfront. power shower dia memang best. katil, ala... kalau hotel tu, mestilah best katil dia, ye tak? hehehe...


aktiviti petang - waterfront

lepas check in, mandi semua, terus keluar cari makan. Of course lah ke waterfront kan... benda 1st aku makan kat kuching, laksa sarawak... (hurm... sadly said lah, that's wasn't the best laksa sarawak that i ate. Pernah makan yang lagi sedap, tapi kat laksa shack O_o kechiwa hokey~~

mama dan abah


teh c peng kot nama dia... 3 layer teh tarik


Later, we all menyusuri waterfront sampai hujung, tunggu sunset. Kami jalan kaki ye.. tengok je dulu perahu tambang tu semer... sabar...sabar... :)


depan bangunan DUN



tunggu sunset depan water front... nak tengok pemandangan cenggini ha...soo breathtaking!


dah penat, baru balik. rehat kat hotel, malam mama dengan abah tak keluar. aku dengan hubby pi parkson kat bangunan sebelah stock up apa2 yang patut. Mama nak kettle lah, selipar lah, hanger lah...berkampung kot! wakakaka.. Juwita dah selamat tidur dah time nih. legaaa ibunya ni ha...


malam tu, bungkus je makan untuk mama abah. aku pon kenyang lagi. hubby makan maggee kat bilik. haha! sebab letih kot dengan flight siang tu, kami tidur awal... oh ya... i hit my red flag lor~~~~ juwita kan dah stop nenen, lagi pulak implanon aku dah mencecah 2 tahun... itu le pasal... ( that's the 1st time i hit my REAL red flag after mengandung + 2 tahun BF key! sebelum ni ala2 nak taknak je dia keluar... i mean x seperti masa anak dara dulu hehehe)


esok nya lebih bermakna.... tunggu je la....

Comments

sarah-al-idrus said…
juwita comel wat rmbut cmtuuuuuuu..heee kak hida nampak muda kan.huhuk.jeles, padahal dh anak 1
hida said…
hehehe.... kelaka la rambut dia
Sherry said…
tune hotel nice?? toilet is it see through? that day at LCCT saw sample hotel and toilet is see through??
Sherry said…
nice pics hehe. I want go.. but... hmm.. maybe when enough money but now no.

check out giveaway mine at http://mymomsbest.us

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.