salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, April 21, 2010

rancangan favourite aku kat TB astro

dalam banyak2 channel kat astro (aku tak amik package movie dengan sport ye), aku paling suka channel AFC 703. Asia food channel. Hari2 aku memang mengadap channel ni aje. Tapi selang seli lah kan dengan anak aku.


Aku selalunya akan tengok petang. Anak aku concurs pagi. Time petang, memang berturut-turutlah citer favourite aku. dari 4.30 pateng lagi...


04:30pmExcellent Chef Series - Ah Jiao
05:00pmNew Scandinavian Cooking with Andreas Viestad 2
05:30pmChef at Home 2
06:00pmIron Chef
TIME (SG)TV LISTINGNIGHT
07:00pmSaturday Cooks
07:30pmLicence To Grill 2

cuba tengok tv guide tu. Aku amik dari website AFC sendiri... dari 4.30, chef ah jiao, dia ajar masak style chinese, korean macam tu. Pastuh, Scandinavian cooking, my all time favourite. Suka sangat yang ni, sangat-sangat inspiring dalam menyediakan makanan yang healthy dan fresh. After that, Chef at home. pon favourite jugak. Suka chef Micheal smith. Well, sapa tak suka tengok lelaki masak kan... hikhikhik.. cara dia masak, home cooking yang healthy, sedap, dan creative, again, very inspiring to me (sebagai tukang masak kat rumah ni)


Oh, teringat pulak dengan quote yang chef micheal smith ni guna dalam chef at home; "my secret recipe, cooking without a recipe"


lepas tu, ade iron chef. Kadang2 aku tengok, kadang2 malas... hahahah! bukan fav. aku ni.. biasa2 je. TAPI... lepas tu... ha...


saturday cook dan diikuti dengan licent to grill. Saturday cook tu best. aku suka semua chef2 yang masak dalam rancangan ni. hidup lah rancangan ni, kadang2 diorang buat lawak, funny... then compete one another (in a good way lah), diorang kongsi tips, petua2 sesama mereka... ade chef chinese, italian, france, asian... semua kongsi cerita dan petua. best! paling aku suka, chef italian dia... paling tak tahan ade satu siri haritu, diorang lawan masak indian curry. Yang si chef italian tu boleh plak guna olive oil kan... langsung kena tegur kat chef indian tuh! wakakaka... tapi nampak lah diorang semer humble, dan open to learn something & heard others opinion... sangat professional diorang nih...


licent to grill pulak, chef tu kerja dia grilling aje.. segala benda dia boleh grill. tiap hari, lain2 marinate yang dia ajar... siap dia ajar temperature dan api ape untuk jenis2 benda yang nak di grill tu. complete lah! pendek kata, dia ni mmg expert bab grilling ni.


Kesimpulannya, petang2 memang time aku dengan TV lah... lepas siap kerja2 rumah, kerja2 lain... hehe..


Tadi aku cakap pagi aku tak merasa nak tengok tv kan. sebabnya Juwita punya time tu. dia dari Little einstein, tigger n pooh, word world, mickey mouse club house, handy manny, agent oso... dan macam2 lagilah! penat aku nak list down kan... semua dia nak tengok! (sambil makan nasik plak tuh T__T)


***tak rajinlah nak google gambar chef tu semer... update in a hurry. sorry :P

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails