salute to the nature

salute to the nature

Friday, April 30, 2010

hectic. banyak lagi benda tak settle

baru settle satu benda. Semalam selesai kelas personal makeup. Insyaallah lain kali boleh buat lagi. Maaflah dengan keadaaan yang serba kekurangan . Meja makeup tak sampai lagi, cermin, lampu, ... haish! actually aku tak plan nak rush dalam misi dan impian aku yang nih. Iye, aku memang mengimpikan sebuah makeup studio yang lengkap, boleh mekap-mekap orang datang walk in, boleh buat kelas kat situ.. tapi..


macam aku cakap, aku taknak rush. Its my lifetime dream kot... so, slowly i wanna archive it. Tapi... nak taknak aku kena lah ikut perkembangan semasa, ye tak? kalau permintaan banyak, laju..takkan aku still kena drive slow steady 60km sejam? kalau keadaan memaksa aku untuk makai honda civic, takkan aku nak terus bawak kelisa?? kan? kan? kan? heh... penuh maknaaa~~


oh, btw, aku ikut je flow. Kalau ramai request untuk walk in, untuk kelas... aku akan finishkan makeup studio aku cepat sket. Right now... aku rasa benda tu still boleh hold on. Buat sikit2. bila ada budget, tambah lagi, ade budget lagi, tambah lagi... sampai complete. yang penting, finish product aku puas hati... iye dok?


ha, harini suppose balik palong sampai ahad. Tapi hubby super duper buzy. mungkin balik esok.. Ada pro n cont gak la.. the good thing is, i can finish up basuh segala tok nenek baju koto kat dalam batul nuu. Kemas rumah segala! Oh, aku sangat benci kalau kena balik kampung or gi mana2 dengan meniggalkan rumah yang tunggang langgang! Kalau tinggalkan rumah, dah bersih licin, baru tenang hati aku nak bercuti.


Sebut pasal cuti... memang segala kena settle sebelum balik kampung nih. Sebab, balik dari kampung inlaw aku nanti, nak terus pack barang ke kuching plak! pergh... list barang lum buat lagi! aku da start gelabah nih! oh, tuhanku.. berikanlah aku kekuatan~~


yet, as you can see, another entry from me without the picture. Kamera aku dah nazak kawan2... T_T menunggu masa untuk meninggalkan aku... sangat sedih. Aku bagaikan blogger yang tak cukup sifat....


end now.

Wednesday, April 28, 2010

ada kemajuan... nenen

haa! ingat tak post aku yang dulu pasal nak putuskan menyusu badan dan clingy juwita dengan entry aku pasal option2 spya dia x nenen? sejak entry yang 1st tu, aku mmg dah start misi menghentikan juwita nenen. Actually start sebelum dia genab 2 tahun lagi.. sikit-sikit aku kurangkan bilangan kali dia nenen dalam sehari. Asal dia nak nenen aje, aku tanya balik, betulke nak nenen.. aku offer something else macam milo, vitagen, calciyum, dan macam-macam lagilah!


Slowly, dia dapat differentiate beza lapa dengan haus, bila nak minum air masak, bila nak minum air yang bersusu... kalau sebelum tu, asal dia haus je nak nenen, asal lapa je nak nenen... letih mak!


sikit-sikit, dia mula dah kurang nenen waktu siang. Kecuali time nak tidor, wajib lagi kena nenen. Bukan sebab haus, tapi sebab clingy dia masih kuat. Bila nak tido, dia kena gayut. Nenen jadi soothing bagi dia....


Lepas tu, aku mula ajar dia tidur siang tanpa nenen. Aku biar dia main sampai letih, pastu bila nampak dia dah letih, dah menguap, aku suruh dia masuk bilik, letak bantal, pastu aku suruh dia tutup mata. Meraung kau!!!! ade lah 2 ke 3 hari macam tu... x menjadik. last-last aku nenen jugak.


Then aku try cara lain. Still sama, aku suruh masuk bilik, susun bantal, tapi kali ni aku duduk sblh dia, tepuk2 bontot nyanyi2... dia nangis gak, tapi pelan2... bila dia nangis je aku cakap (dengan nada tegas) "ibu ade nih, tutup mata, sleep! stop cry!" susah payah dia tahan nangis sambil mata pejam2... tak sampai 5 minit dia tido! esok aku try lagi, kali kedua ni da tak nangis dah... tepuk2 bontot, nyanyi sket... dah tido. Kuncinya, kena make sure time tu dia betul2 dah letih, ngantok, dan perut dah kenyang. Senang dah pulak nak tidokan dia...


Malam. Ha... ini yang paling belum berjaya sampai sekarang. Kadang-kadang berjaya dia tidur sendiri, kadang-kadang dia insist nak jugak-jugak nenen... kadang2 aku akur, kadang2 aku tegas. so, sebab aku tak disiplin sangat dengan dia time malam, (sebab aku rasa macam kejam plak huhuuu... aku dah tegas masa siang kan.. slow2 lah, satu2 dulu), so sekarang dia kadang2 nenen jugak memalam lah.


Cumanya, sebab jumlah kali nenen dia makin berkurangan, air susu aku pon slowly makin kurang dan mengeringlah. Belum kering sepenuhnya lagi. Aku rasa kalau dia nenen, ade la dapat 4 ke 5 teguk je kot.. hehehe.. thats the good thing about pisahkan susu secara naturally and gradually. Ibu tak menderita bengkak susu :) derita wooo kalau bengkak susu... sampai demam pon bleh. dah la kita menderita emosi dan mental sebab nak kena pisahkan clingy anak lagi...


Anak pon macam paham lah jadiknya (dah 2 tahun kan, dia dah boleh tangkap cause and consequences sikit2 kan) mesti dalam pikiran dia.. "owh, dah tak best lah nenen ibu, dah tak de susu. baik aku minum milo, lagi puas hati" huhuuhuuu....agaknya Juwita pikir gitule.. sebab dia tak demand nenen sangat dah. Maybe sebab dia penah nenen n then tak de pon susu yang keluar, so dia dah pikir gitu. kalau haus, baik mintak air masak aje...


time siang dia memang tak mintak nenen dah! malam pon tak mintak, kecuali kalau dia terjaga time malam. kadang2 aku tepuk2 je, kalau tak jalan, dah meraung, aku bagi lagi nenen buat masa nih. Ade ke tak susu tu tak penting, sebab dia nak buat nyonyot2 jer.. jadi soothing...hahaha!


kesimpulannya, sekarang nih, dalam sehari dia nenen paling banyak pon 2 kali je. mostly sekali aje dia nenen... :) :) :)


sikit je lagi nih! sikit je lagi nak capai misi Juwita Breastfeeds free :) hopefully, time kitorang holiday ke kuching nanti (minggu depan aje O_O) dia dah breastfeeds free :) chaiyok!!!!!



kalau berjaya misi ni, balik dari kuching nak train Juwita diapers free pulak. ooyeah!!!!!

Monday, April 26, 2010

excited + berdebar

diam tak diam, sedar2 rupanya rabu depan lah kitorang akan bercuti ke kuching. Memang excited dan berdebar sungguh!


mood sudah mula. Sekarang sedang mengumpul info-info dan lokasi-lokasi menarik untuk dikunjungi di kuching nanti. Galak meng-blogwalking-kan diri ke blog2 yang ade menulis catatan perjalanan mereka ke kuching. search travel guide online lagi.. Yang pasti, xnak ade masa yang rugi disana.


Lepas ni, nak buat tentative/ planning ahead dari day 1 sampai lah day 6. wow!!!!


later, tulis list barang nak bawak. Me, hubby, juwita.. all 3 bags, mana nak letak baju, mana nak letak extra slipper, diapers, makeup (oh, wajib!), toiletaries... eh, berkampung kot... haha!


1 day before, nak packing all stuff kasi isi dalam itu bag.. hurm.. perlukah bawak laptop???... oh, boleh surve guna hp hubby je kowt... (kan bagus kalau aku ade blackberry atau iphone..) Eh!!! kamera aku rosak belum berganti kau!!!! camana? cemana??? getirrr nih!!!!!


last...mintak tulun blogger2 sekalian.. sapa aje yg pernah gi kuching, atau orang kuching sendiri.. boleh bagi guide tak??

Sunday, April 25, 2010

fasa mengasingkan tidur



sekarang Juwita Aisha sedang memasuki fasa baru (atau aku yang masukkan dia dalam fasa baru). Juwita sekarang aku sedang train untuk tidur berasingan dengan ibu dan abahnya. Dia kena tidur sendiri (mean, kena tidur kat tilam sendiri dah, x leh tidur sama-sama dengan ibu dan abah lagi).


Setakat ni dah seminggu kot kalau tak silap dia dah x tidur sama kami. Tapi biasanya, dalam 5 pagi gitu dia akan terjaga, masuk bilik ibu abah, dan menyelit jugak. sambil tu ngendeng nak nenen! huhuhu!!! sejak Juwita aku "paksa" tidur berasingan, aku "paksa" dia tidur sendiri. WITHOUT NENEN. Well, it's work i must say... at least dalam 5 hari, ade sehari la kantoi... nenen jugak. Sebab time tu dia majuk plak, gagal nak pujuk...huhuuu


Kadang2 rasa kesian laa tengok muka dia bila aku paksa dia tidur sendiri, aku tak bagi dia tidur sama kitorang. Masam je muka dia... kalau dia fasih bercakap, aku gerenti dia mesti tanya kenapa aku buat gitu kat dia...Aku explain tau kat dia kenapa aku buat macam tu.


Memang habit aku kot, kalau ape2 decision aku nak buat, or apa2 yang aku buat melibatkan Juwita, aku akan explain kat dia kenapa aku buat macam tu. Duduk dua-dua, mata ke mata... aku explain pelan2, dengan ayat paling senang. So, at least dia rasa dia di appreciate dan diri dia penting. Aku nak dia paham, apa yang aku buat, its all for her good, its not about me, not becoz she did something bad ke hape... and no, its definitely not a punishment.


Tapi at the same time, x bleh la kesian2 sangat kan... kena tegas sket dalam certain things macam ni... x bleh tunduk sangat pada air mata mengada-ngada dia tu. yela, sampai bila plak dia nak tidur dgn kitorang, katil tu dari luas besar, jadi sempit berhimpit jadinya, sebab juwita ni tidur terbongkang! bepusing-pusing siap somersault semer! haaa... mana tahan dek oii...


meh tengok kronology Juwita aisha merajuk......


1. muka ketat. tengah tahan diri dari nangis. jelingan tajam tanda protes


2. da tak bleh tahan da... awan berarak mendung, guruh mula berbunyi...muka makin ketat, xbleh kontrol


3. hujan membasahi bumi... nangis aka melalak. mintak dipujuk nih.


4. lepas pujuk kejap terus jadi macam ni. magik tak? hehehe... pandai berlakon nih. hug2 sikit, cakap sayang2 sket... dah jalan...



Lagipon, ibu dengan abahnya ni nak la jugak private time together kan.. x bleh ade juwita.. hik hik hik.. kang dia tinjau ke, tiba2 terjaga ke tengah malam... haa... tak ke naya... T___T nanti dia tiru....(ops~~~) eh, ade ye kes macam ni... budak2 parenting cari.com mesti penah baca kes macam ni kan?? kan?? tak caye tanya diorang... oh, bahaya.. bahaya!

budak manja nie...


herm... ade lagi satu benda aku tengah train dia. Aku ajar dia duduk seat belakang dalam keta. Sebelum ni, juwita dalam keta akan pangku dengan aku kat seat depan T__T


huhuhuuu... cukup lah! da beso la anak ibu nih....

Friday, April 23, 2010

tuna puff pastry & nescafe di pagi sabtu


setelah dipaksa oleh aku, hubby pon merajinkan dirinya untuk mengambil gambar tuna puff yang aku buat last week. Ingat tak entry aku yg lepas, aku ade buat tuna puff for breakfast, tapi x leh amik gamba sbb kamera aku dah ngong ngeng... haha! so, hari sabtu haritu, aku buat sekali lagi. Kali ni, aku suruh hubby keluarkan kamera gabaknya tu... :)




inti tuna tu senang je nak buat. Guna tuna can in water tu 1 tin, campur mayonis dalam 2 ke 3 sudu, garam sket, pastu bawang besar yang dipotong halus. tu je. mudah sangat!


kulit puff tu, kalau nak senang, beli je puff pastry jenama kawan tu, yang 4 segi tu ha... ade je kat tesco, murah plak tu.


pastu, lepas letak inti kat tengah pastry, kelim lah tepi dia.. tekan2 dgn garfu sikit kasi melekat n ade rupa cantik sket eh... oh, lupa, pastry tu, boleh jgk nak leperkan kasi lebar sikit guna penggelek.. biar banyak sket inti leh letak dalam hehehe



option untuk inti lain, boleh guna sadin (kalau guna sadin, kena jadikan sambal sadin dulu lah..), boleh juga guna ayam (mushroom chicken filling. ala, yang putih2 sket tu), dan, kalau nak jadikan dessert, boleh letak inti apple, so jadi apple strudel. Kalau nak buat inti apple, guna epal hijau key.. pastu masak dgn guna dan butter sampai apple tu lembut dan kuah pekat likat melekat. haaa... best! best! meleleh air lioq wa cakap luu... kalau nak jadikan apple strudel, pastry tu lipat 2 segi je, jgn lipat 3 segi plak... nanti orang confius.. heh heh heh...


inilah dia sarapan kami sabtu lepas. oh, baruku tahu, wahed kurang gemar pastry rupanya, especially kalau croissant, memang dia x suka langsung! heh heh heh...ade aku kisah? :P hubby ku suka aper!

Thursday, April 22, 2010

new wish list

i think right now, i should update my wishlist. Did you guys know what is wish list? It's something that i wrote on the left side of my blog, where i list down everything that on my wish right now. It can be anything; from my dream shoes, handbag, more makeups, to something bigger like kitchen cabinet, organized wardrobe, or even my goal and target in life i.e to open makeup studio, breastfeed until 2 years, and so on...


i notice a lot of bloggers (ladies, i must say) have their own wishlist on their blog. Some people (man, it is) questioned about the purpose of putting the wishlist on blog. I said, like i care! i take my wishlist seriously as my target. So, i dun taking care about what others will think about it. My wishlist is my commitment and my resolution, and i read it everyday whenever i open my blog. Yep, you read it right. I read it every single day, and slowly, i will try to get or archive whatever i wrote there, one by one...


i edit my wishlist quite often before. any wishes that come true, i will change the font color to red, and few days or week later, i will remove it from my wishlist, to give space for new wishlist to come. :) :) That's how it work, man...


and, ya... i make some HUGE changes on my wishlist. i remove everything that i already archive, and i also remove things that i don't adore anymore. I have some new wishes listed :)


chaiyok!






do you have a wishlist on your blog as well? do share with me ya... most of the times, i enjoy reading others blogger's wishes... its some kind of heart to heart sharing, which i love it :)


belajar anakku... belajar...ilmu itu pelita hidup


Juwita ni, something yang i notice since she's a baby lagi, dia sangat suka dengn buku. Maybe sebab masa pregnant dulu, my best friend is book. i read a book every single time i was at home. So, juwita pon dah ikut perangai tu. Dia memang sangat suka pada buku. It's either she would read it, or she would color it (dia cakap "kis kis".. which is lukis lukis).


And i, as a mother is very glad that she love to learn. well, ibu mana tak gembira kalau anak nya suka belajar, suka baca buku... kan? Her 1st book ever adalah "bathe one baby". Juwita sangat suka buku ni. Masa tu, Juwita ada satu buku ni aje. So, dia bawak buku ni kemana sahaja. Hari-hari, tiap masa akan mintak ibunya bacakan. sampai ibunya ni hafal dah semua ayat-ayat cerita buku ni.



Makin Juwita besar, makin banyak koleksi buku dia ada. Ibunya ni sangat suka belikan buku. Lepas tu, bila dia start pandai pegang pensil dan start conteng buku ibu, ibu pon belikan Juwita pensil warna dan buku mewarna. Ibu lukiskan love, star, tree, car, rabbit, dan macam2 lagi. Suka gile Juwita. Bila ibu abis lukis, Juwita akan teka apa yang ibu lukis tu :) :)


Masa b'day juwita pon, ibu hadiahkan buku. Banyak buku ibu belikan. Ada buku mewarna barbie, sebab ibu tau, Juwita suka sangat kat barbie.


Ibu suka belikan buku dan alatulis untuk Juwita, sebab ibu suka anak ibu belajar. Ibu suka tengok anak ibu suka membaca, menulis, melukis. Ingatlah Juwita, ilmu itu sangat penting. Satu hari nanti Juwita pasti akan sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan. Kalau orang cakap, wang lebih penting, ibu kata ilmu tetap paling penting. Sebab tanpa ilmu, kita takkan pandai cari wang. Dengan ilmu kita dihormati. Dengan ilmu kita dipandang tinggi.




Abah pon nampak minat Juwita ni tau. Sebab tu abah bagi hadiah yang paling tak ternilai untuk Juwita. Abah belikan meja dan kerusi belajar untuk Juwita. Dan sebab abah kenal Juwita, abah tau minat Juwita, abah belikan warna PINK. Ingat senang ke nak tengok abah beli barang pink??? susah tau tak! Tapi kali ni abah belikan pink. special untuk juwita. :) :) see? abah loves you!



Ibu dan abah sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk kamu, Juwita sayang~~ we love you soo much! Walaupun abah sibuk, jarang dapat main dengan Juwita, tapi ibu percaya, abah sagat sayang pada Juwita. Kami nak Juwita berjaya, dan jadi orang yang berguna kelak.

boleh jadi macam tok long juwita....


Cuma ibu harap, abah dapatlah luangkan lebih masa untuk Juwita. Sebab kadang2 bila abah keluar kerja, Juwita akan masuk bilik kerja abah. Juwita tanya mana abah. Bila petang, dengar bunyi pintu dibuka, Juwita excited cakap "babah! babah!" tapi rupanya bukan abah yang balik, tapi uncle wahed... hehe..... boleh ke abah?...

Wednesday, April 21, 2010

rancangan favourite aku kat TB astro

dalam banyak2 channel kat astro (aku tak amik package movie dengan sport ye), aku paling suka channel AFC 703. Asia food channel. Hari2 aku memang mengadap channel ni aje. Tapi selang seli lah kan dengan anak aku.


Aku selalunya akan tengok petang. Anak aku concurs pagi. Time petang, memang berturut-turutlah citer favourite aku. dari 4.30 pateng lagi...


04:30pmExcellent Chef Series - Ah Jiao
05:00pmNew Scandinavian Cooking with Andreas Viestad 2
05:30pmChef at Home 2
06:00pmIron Chef
TIME (SG)TV LISTINGNIGHT
07:00pmSaturday Cooks
07:30pmLicence To Grill 2

cuba tengok tv guide tu. Aku amik dari website AFC sendiri... dari 4.30, chef ah jiao, dia ajar masak style chinese, korean macam tu. Pastuh, Scandinavian cooking, my all time favourite. Suka sangat yang ni, sangat-sangat inspiring dalam menyediakan makanan yang healthy dan fresh. After that, Chef at home. pon favourite jugak. Suka chef Micheal smith. Well, sapa tak suka tengok lelaki masak kan... hikhikhik.. cara dia masak, home cooking yang healthy, sedap, dan creative, again, very inspiring to me (sebagai tukang masak kat rumah ni)


Oh, teringat pulak dengan quote yang chef micheal smith ni guna dalam chef at home; "my secret recipe, cooking without a recipe"


lepas tu, ade iron chef. Kadang2 aku tengok, kadang2 malas... hahahah! bukan fav. aku ni.. biasa2 je. TAPI... lepas tu... ha...


saturday cook dan diikuti dengan licent to grill. Saturday cook tu best. aku suka semua chef2 yang masak dalam rancangan ni. hidup lah rancangan ni, kadang2 diorang buat lawak, funny... then compete one another (in a good way lah), diorang kongsi tips, petua2 sesama mereka... ade chef chinese, italian, france, asian... semua kongsi cerita dan petua. best! paling aku suka, chef italian dia... paling tak tahan ade satu siri haritu, diorang lawan masak indian curry. Yang si chef italian tu boleh plak guna olive oil kan... langsung kena tegur kat chef indian tuh! wakakaka... tapi nampak lah diorang semer humble, dan open to learn something & heard others opinion... sangat professional diorang nih...


licent to grill pulak, chef tu kerja dia grilling aje.. segala benda dia boleh grill. tiap hari, lain2 marinate yang dia ajar... siap dia ajar temperature dan api ape untuk jenis2 benda yang nak di grill tu. complete lah! pendek kata, dia ni mmg expert bab grilling ni.


Kesimpulannya, petang2 memang time aku dengan TV lah... lepas siap kerja2 rumah, kerja2 lain... hehe..


Tadi aku cakap pagi aku tak merasa nak tengok tv kan. sebabnya Juwita punya time tu. dia dari Little einstein, tigger n pooh, word world, mickey mouse club house, handy manny, agent oso... dan macam2 lagilah! penat aku nak list down kan... semua dia nak tengok! (sambil makan nasik plak tuh T__T)


***tak rajinlah nak google gambar chef tu semer... update in a hurry. sorry :P

Tuesday, April 20, 2010

takde topik, takde gambar, kamera tak de

1. kerja melambak. Dari job menaip ke job tampal menampal. Kalau ade rezeki, pasni masuk job buat mockup model pulak.


2. banyak perkara berlaku, tapi tak dapat di record kan. Kamera takde... rugi! rugi! banyak event ingat dalam hati je la...


3. blank. bila pandang blog ni, takde idea nak tulis ape. sebab gambar takde, xde topik. (aku biasanya menulis dari gambar. bila tengok gambar dalam folder, baru ade idea nak tulis pasal ape.


4. malas nak log in. boleh gitu kan??? sebabnya akaun personal blog aku dengan akaun blog makeup aku lain-lain... so, bila nak update, kena sign out dan login lain... pastu kena sign out balik, login lain lagi... adoi....


5. sejak ade dvd player yg cambest, aku macam malas nak online dah. Macam bosan je internet ni lately. semua samaaaa je. Aku nak beli shawl, 20 blog aku masuk, 15 blog jual benda sama.... ada yang sama dengan aku nampak kat carboot sale shah alam pulak tuh... few blogspot je yg jual benda rare, which i found interesting. yg lain bosan! bukak blog tu, shawl camtu, bukak blog sane shawl tu jugak...LOL!


6. wahed donlod muvie best2. siut je. dah donlod, dia bagi aku plak tu. TERpaksa lah tengok. wakakaka! dah la senang nak mampos nak tengok. copy dalam pendrive, cucuk kat dvd player, dah boleh tengok. cemana la tak tertengok dibuatnya... hehehe


dah. bosan. nak sambung tampal inlay. Juwita hari ni memekak je... nyanyi nyanyi katenya... heheeheee. bagusla.. at least x kaco ibu wat keje...

Friday, April 16, 2010

dugaaannya nak buat sarapan pagi nih!

letih + sakit hati pagi ni. pagi-pagi lagi dah bengang.... adoi la...


1st, plannya harini nak buat tuna puff. maka aku pon menjalankan lah misi muliia aku tu. senang kacang goreng je buat tuna puff ni. Actually at 1st aku nak buat sardine puff, tapi rupanya sardine dah abis. nak buat apple strudle, rupanya hubby aku beli apple merah.... nak buat inti apple kena apple hijau ye.. so, option terakhir buat tuna puff je la.


er, aku tak buat guna prata tau. Aku perasan banyak kat online orang ajar buat puff instant guna prata, which i dun like lah... aku guna puff pastry. Serius, lagi sedap dari guna prata. cubalah. Kalau x reti buat puff pastry (a bit tricky nak buat dia sebab kena uli dengan cepat, dan guna butter yang sejuk. make sure adunan tak jadi panas sebab tangan kita uli-uli... erm... kalau tak, x jadik la pastry tu berlapis-lapis dan flacky kat luar.. ade tekniknya untuk dapatkan puff pastry yang bila dimasak jadi berlapis-lapis gitu), beli je lah kat tesco ke mana jenama kawan tuh.... senang cerita. confirm jadik sama macam beli kat delifrance tu ha....


so, selesai buat tuna puff. Bermulalah time2 aku menyirap... mula-mula nak masak air. water heater aku dah tak nyala!!!! adoi la... ! tak bleh masak air panas. end up minum air fresh oren twister jer... nib baik ade air instant gitu. Pastu, kengkononnya nak amik gambo lah puff pastry aku tuh... so aku amik kamera, tuko bateri baru... n then guess what....


kamera aku kata change the batery!!!! WTH!!!! apakah???? aku baru masuk bateri baru woi.. ape ke jadahnya suruh aku tuko bateri lain plak? pastu cuba bateri lain, pon mcm tu gak... tak sempat nak amik gambo dah padam kamera aku tu... huhuhuhhuuuuuu...... aku nak kamera baruuuuu~~~~~~~


lepas report kat hubby, hubby cakap, "nape barang2 letrik kita semua merajuk nih?" huh? aku tanya ape lagi yg rosak?


"tuuu kipas dalam bilik saya tu pon dah taknak hidup" haah laa.... ish... kalau nak rosak, rosak sesama plak ye benda2 ni semer... adoi....



pstt..... tetiba otak creative aku terpikir macam2 plak.... haritu kan keluar surat kabar ade orang nampak UFO kat tempat aku. hahaha! + dengan aku baru lepas tengok citer "the forth kind", boleh aku terpikir yang ade alien encounter kat sini kan...! hahaha! boleh bagitau steven speilberg nih!!!! wakakaka!


~~~~


p/s- jangan tanya gambar tuna puff aku. kamera rosak tak bleh amik gambar. kamera henfon aku macam taik.



pergh... dah citer kat korang lega siut otak aku... haha

Thursday, April 15, 2010

kitchen cabinet & dining area


dalam rumah aku yang super comel ni (serius, rumah aku sangat comel hokey), most area aku rasa dah complete dah...


master bedroom : bed & mattress, side table, so-called walk in closet, body length mirror, penyangkut2 telekung & sejadah, makeup storage. boleh la kate complete sudah, cuma kalau nak improve, i would lOVE if i can rearrange my walk-in closet tu, supaya lebih organize and more compartment inside it. sebab baju bajan aku dengan hubby dah nak melimpah ruah dah (shopping baju seluar sebulan sekali kowt... T__T). tambah pulak dengan juwita yang semakin banyak koleksen baju... sendat dah closet tuh!


living area : aku suka area nih. paling complete kat dalam rumah nih. ada sofa, coffee table, TV & entertainment cabinet, side table, carpet, and last but not least our new baby, 42" HDMI plasma TV with HDMI player & astro decorder. haha! kalau agak2 nak tambah lagi benda kat area ni, aku rasa nak tambah audio system / home theatre lah wakakaka! oh ya, tapi yang akan diusahakan dalam jangka masa terdekat ni, adalah aromatheraphy oil set with flower n candles. :) biar romantic sket ruang nih... haha!


reading n education area : ruang juwita main2, lukis2, conteng2, aku baca buku, buat kerja2... haha! ade ruang kosong untuk menjalar wat kerja, then ade meja dengan kerusi belaja juwita. PINK COLOR tau!!!! wakakaka! hadiah b'day dari abah tersayang :). ade book shelf kat area ni... ok lah... cukup.


2 area yang aku perlukan makeover adalah:

1. dining area

2. kitchen


dining area: ade mirror, 4 seater dining table, downlight. boring giler dowh.... nak upgrade lah area nih.

my house is studio type apartment, so lebih kurang mcm gini le... living n dining area are connected. so, need to devide them visually... dalam konteks design lah, tanpa buat any partitions


kitchen : perlukan serious makeover!!!!! tak tau nak cakap per lagi... kadang2 naik menyampah aku tengok kitchen aku tuh... dengan shelving x cukup, rack & compartment x de, working top pon limited.... kadang2 give up rasa bila nak buat benda2 yang lain macam sket... bila nak baking ke, prepare foods... semua sangat susah. kalau lah dapat kitchen macam ni, memang heaven lah aku :) :) :)

nak kitchen yang comel dan complete macam nih. serius, aku tak suka kitchen besar2, what we need in kitchen is functionality, not the size...


off topic sat. aku pernah jumpa banyak kali key, kitchen orang bapak punya luas, besar... tapi actually not functioning well... compartment tak cukup, working area x munasabah locationnya... wet n dry area (preparing & assembling area) jauh giler... owh! buang duit je buat kitchen macam tu. i'm lucky sebab dulu study interior architecture. so i know design that function :) tapi kesian kat orang2 yang senang2 kena tipu kat ah leong tukang kabinet T__T


kesimpulan: perlu lawatan ke ikea lagi!!


haha... perlu ke aku cakap yang almost 80% of the furniture inside my house were came from IKEA? hahaaha! boleh jadi showroom ikea rumah aku... T___T

Tuesday, April 13, 2010

motip?

untuk kesekian kalinya aku meng-update blog aku hari ni. Walaupon banyak lagi kerja aku (aku kena taip benda2 pasal gasket. buat katalog. sumpah, aku tak paham ape yang aku taip wahahaha!), tapi demi suami tercinta (echeeehh) aku buat la jugak...


motip entry kali nih? tak de motip. aku terasa nak tulis something, nak share something, tapi aku tak de motip. Tak de isi nak cerita. haha.. voley???


Aku taknak la entry aku jadi tread sampah. Sebabnya aku bukan kejar ape ape pon. Aku tak kejar traffik, tak kejar sesen dua duit nuffnang, aku tak kejar ape2. Tapi aku suka bila orang baca blog aku, aku puas dapat menulis. Tapi kenapa aku letak nuffnang add?


haha... jangan salah sangka. Aku tak kejar pon hasil duit nuffnang tu. Aku rasa, kalau ade rezeki, ade la... xde pon x kisah. sebab bukan tu motip aku. Aku sebenarnya join nuffnang, at the 1st place sebab aku dulu teringin nak join aktiviti2, contest2 yang dianjurkan nuffnang. Dulu aku selalu baca redmummy.com, pink stelleto, miu plus size kitten, beautiful nara... macam best plak aku tengok diorang, selalu di invite oleh nuffnang untuk attend event ape2... then macam best plak.. aku tengok orang join contest2 dari nuffnang...


sebab tu lah aku join nuffnang. aku suka join event2, contest semer. hahaha! 1st event yang aku dijemput oleh nuffnang adalah nuffnang friso family day out. wawawa! seronok gile bile dapat invitation tu tau! excited giler! then, dapat jumpa otai2 nuffnang, macam red mummy, pink steletto, dan beberapa lagi nama yang besar2.. hehehe...


tapi lately, aku adalah sangat malas gile nak join ape2 contest atau event. haha! ape2 je la..... nuffnang project alpha dah masuk season 2 dah... pon aku x follow dah. tertinggal ketapi jauh gile. season 1 dulu kemainnya aku ikut satu-satu, kau... haha!

bile dah booking barulah lega rasanya

phew.... semalam rasa lega sesangat. akhirnya selesai kerja mem-booking2-an hotel segala. As planned, akhirnya booked tune hotel juga (setelah survey punyalah lama, dan punyalah banyak hotel dah diambil consideration, short listed, called satu-satu.... akhirnya tune hotel jugak! hahaha!)


ade few hotel yang sampai top 5 short listed.... tapi at last, booked tune hotel jugak. bukan sebab ape, kami mencari budget hotel yang paling affordable dan yang penting selesa untuk tidur dan mandi. Aku ulangi disini, untuk mandi dan tidur ya. So, basically, memang takkan amik hotel2 yang mewah, atau dengan kata lain 4 atau 5 bintang lah, sebab purposes hanya untuk mandi, rehat dan tidur. Rest of the time, kami akan ronda-ronda dan jalan2 sampai kejang kaki kat kuching kan~~ha~~


Kalau boleh taknak waste money soo much for hotel and stay. tak perlu bermewah-mewahan untuk itu. Banyak lagi aktiviti lain yang nak buat kat sana, (which is might be akan guna duit jugak kan...) dan paling penting, boleh save the money to something else... let say, nak naik bot ke, masuk muzeum ke, panjat gunung ke... shopping, makan... baik spent kat benda2 macam tu kan? hehe... yang penting, ade bilik yang fully acondition, shower yang best untuk mandi, katil yang empuk untuk tidur lepas letih ronda2 dan shopping, dan bilik yang selamat dengan security 24 hours, kan?


hopefully segalanya berjalan lancar. oh ya... kena buat check list barang2 supaya tak de yang tertinggal atau terlupa. Dan, perlu bincang jugak transportation nak ke LCCT nanti... kena plan dengan mama dan abah sekali lah kan... cemana nanti... sape hantar... dan sebagainya...


......



sangat berdebar2 okeh.... sebab kejadian yang dulu tu, semestinya aku jadik extra phobia dan semacam cuak dan takut. takut kejadian akan berulang kembali. ya allah... mintak dijauhkan la... jangan la ade masalah kali ni... semua, tolong remind me ya. remind me everytime, remind me everything!

Monday, April 12, 2010

roti sadin + sosej ayam + teh tarik


asyik cerita pasal makanan je aku rasa entry aku sejak 2 menjak nih. hahaha! aku nak buat key lime pie tak terbuat-buat... sungguh pemalas aku ni ha... nak beli groceries kat jusco yang sekangkang kera dari rumah tu pon punyalah malas (bukan malas ape, aku xde keta la... jalan kaki memang la boleh, tapi balik naik bukit kau!!!! panjat tangga lagik.x daya aku...bile laaaaa keta hubby nak kuar nie.. hik hik hik)


harini nak cerita ceriti pasal roti feberet aku. roti sardin kedai mak aku. Sebenarnya aku agi suka roti floss, tapi sejak akhir2 ni, diorang jarang buat roti floss... orang jasn kurang gemar la pulal. So, tak banyak buat floss bun tu. Lagipon, guna floss bbq tu aku kurang suka. Aku lagi suka kalau guna floss yg natural tu..entah ape perisa tah, tapi x de kaler punya. memang sedap giler lah!


kedua feberet baru roti sadin. roti ni, akak roti yang buat. Akak tu kat kedai kek memang tugas dia buat roti je, dia x buat kek, deco kek apetah lagi. memang tak buat. Dia buat roti jer... TAPI... inti sadin memang mak aku yang masak siap-siap dari rumah. hahaha! kiranya ni secret recipe mak aku lah ni.. hahaha!


pastu, aku makan pulak dengan sosej yang dah rebus ni. Aku cilok kat dapo... diorang nak buat roti sosej dengan pizza bun dengan sosej tu. hahaha! minum plak dengan teh tarik. Teh ni tak tarik2 pon, nama je teh tarik... tulis kat pakaging dia... haha... 3 in 1 kau! (teh tarik pon voleh jadik 3 in 1 kan? hebat betul manusia nih... dah tak payah tarik dah... tapi nama tetap teh tarik wakakakaka!)





kedai kek dan roti mak aku ni, kalau pagi2 memang top lah! orang nak bekfast... pekerja-pekerja minum pukul 10...time tu memang roti2 semua panas2 lagi, baru keluar oven! kalau hari sabtu plak, ramai student2 yang lepak pagi2 tu, bekfast kat situ sementara tunggu kelas tusyen diorang start... masyukkkk mak aku... hahaha! tu pasal la baru beli 2 bijik keta! ops...hehehe....


kalau kek, aku suka blackforest dengan kek blueberry mak aku. kalau 2 jenis kek ni, memang la mak aku yang buat. Jarang k.yang yang buat. K. yang ni tukang kek n deco kat kedai... kalau tempah kek kat dia lah... tapi special untuk kek blueberry, black forest, atau ape2 kek fondant, semua mak aku yang buat...


gambar kek bluberri dengan black forest mak aku takde dalam simpanan plak... fondant pon fondant lah... ni kek mak aku buat untuk wedding aunty ain


haa... sedikit info tentang black forest cake, ade orang gune kek span biasa sebagai kek dia... tapi sebenarnya salah ye... black forest kek, ade kek dia sendiri. x pakai kek span. adunan dia lain.. haha... anf then, of coz la guna fresh cream kan.. mana ada guna buttercream. lagi lah salah. wakakaka!


oklah, dah banyak melencong. Aku tengah menunggu hidayah dan sinar untuk mendapat kerajinan membuat key lime pie aku tu...




herm.... ini budak 2 ekor tu... juwita sudah rindu sama dia..... adoi... dah sebut2 tau... kakak lalala...kakak aa ainaa.... ha... cemana tu????


p/s:kedai mak aku, kat jasin, melaka. kat bandar baru jasin II. hehehe... orang melaka tau la kan...Kedai Kek Kesang

Saturday, April 10, 2010

the biggest loser dah berapa banyak season dah, korang tak belaja ape-ape ke?

pagi-pagi sabtu ni terasa nak cerita pasal nak kurus/ berdiet. Orang kita panggil diet lah... sebab dalam pahaman diorang, kalau nk kurus wajib berdiet. Betullah tu... cuma bukan diet semata, kena exercise. Diulangi, KENA/ WAJIB EXERCISE! Tu yang aku cakap tuh, citer the biggest loser tuh dah berapa banyak season dah... siap dah ada the biggest loser asia... stil... orang kita... taknak ambil ikhtibar langsung! ade je alasan2 yang boleh diberi.


Ala... diorang boleh la... ade jurulatih pro... diorang bolehla... diorang duduk situ, makan kena jaga, kena paksa senaman.... eh, hello! pokok pangkalnya diri kau dengan kepala hotak kau sendiri tau??? tapi kat rumah ni banyak dugaan... makanan sedap2, nak senaman pon x sempat... nak kena kemas rumah, jaga anak, kerja lagi... balik rumah dah letih..... mana ada masa....


kalo ko sendiri dah pikir gitu, jangan mimipila nak kurus...


ada satu lagi pemikiran orang-orang gini. Bila jumpa orang yang da kurus (termasuk aku sendiri. aku selalu kena tanya soalan gini), mereka akan tanya, "apa rahsia ko ha...? apa yg ko makan ha? ko jangan cakap ko senaman. mesti ko ade makan ape2 kan?" aku pon jadi terkedu....


aku nak jawab aku senaman 30 minit sehari, jaga makan, aktifkan diri. tapi bile diorang kate macam tu, aku pon tak tau nak cakap ape dah.... diorang nak jugak dengar aku cakap atleast 1 atau 2 produk slimming. adoi!!!!! pantang nenek moyang aku makan slimming pill. Aku memang tak makan produk apa-apa!!!!! kenapa diorang mesti nak percaya dekat produk2 gitu? sampai tak percaya pada senaman dan jaga makan?????


oh, ye, kadang-kadang aku jawab jugak. "rahsia kurus aku... ko tak patut tanya ape yg aku makan. patutnya ko tanya aku, ape yang aku tak makan... hahaha!" pastu diorang tercengang lagi... "oh yeah.... ko tak makan nasik eh???" hahahaha!!!!!!!!


dah berapa season dah the biggest loser, tk de menda ke yang korang belaja ha? pengajaran paling penting dalam citer tuh (kalo korang tak belaja ape2 la..) adalah..


to lose weight is not about to change your size, its a changing of lifestyle to change your life overall.

Friday, April 9, 2010

vendor kek birthday juwita



dah lama utang entry nih. Janji dengan kak pah (che'pah cute cakes) nak pomot sikit bisness dia. The thing is, kek dia adalah sangat sedap! Kalau sapa yang datang b'day Juwita haritu mesti setuju cakap aku. Ni pon, kak iena yang cakap. Dia lah yang beria-ia tanya kat mana tempah, sebab memang sedap!

ni kak iena yang dok cakap sedap sedap sedap tuh... haha! inteprem akak kat sini ha... hahah!


Tapi kalau korang tengok b'day kek Juwita tu, korang nampak cream dia x rata sangat kan.. hehee... tu bukan salah chepah tu. Salah aku.... dah la musim cuaca panas2 gile gini kan, aku dok gatal tangan order fresh cream pulak. pastu collect kek pukul 12 tengh hari kan.... naik kancil uncle wahed tuh... hahahah! tu le akibatnya...


Ntah la... aku yang gatal mintak fresh cream. Aku tau fresh cream memang susah nak handle time panas-panas gini. Mak aku kat kedai dia pon, kalau nak buat kek yang guna fresh cream, dia buat dalam bilik aircond yang sejuk gile. hahaa....


kek aku tu dah la tinggi. Aku yang mintak gitu. aku dapat bayangkan kesukaran chepah tu nak menggodel kek akuh... hahaha! Tapi apapon, anak aku suka gile kek tu, sebab ada banayak 'faiii' dia cakap (flower la tuh), dengan ade princess barbie dia. Siap x potong kepala princess tu, bawak balik, buat dia belek 3 hari 3 malam dalam peti sejuk tu, sebelum aku paksa dia ngap! hahaha!

macam aku cakap, kek ni aku mintak buat tinggi. 3 layer. bukan layer rendah2 tau, memang tinggi punya! tengok, layer dia fresh cream dengan stoberi filling.


kek yang kena tinggal kepala je, untuk juwita tatap hari-hari


Kek dia aku tempah biasa je, kek span stoberi. Tapi aku mintak strawberry filling dgn fresh cream. kat luar tu, bunga BC (buttercream). Pastu ade edible picture yang aku send gambo... letih wooo cari gambo kat internet... yg tu yang budak kecik ni berkenan... sebab sama dengan citer princess kat cd dia...princess and the pauper.


lain kali, aku memang tak teragak-agak nak order kat chepah lagi, sebab aku dah tau kualiti kek dia. Dia jaga elok. kek span dia fresh, baru. Ade ye, orang x jujur or maybe sebab banyak sangat order kot, dia buat kek tu dah lama... x la lama sampai basi, tapi kita boleh tau la kalau kek tu dah 3 ke 4 hari... Hello~~ mak aku pon ade kedai kek la. Aku tau kek tu fresh ke dah lama hokey~~~


so, sesapa nak order kat akak ni boleh la masuk blog dia... http://chepahcutecakes.blogspot.com/ akak ni expert buat ben10, mickey mouse... katun2... figurine, fondant..cuppies... korang tengok sendiri lah! memang cantik2 hasil kerja dia... hehee... dia buat kelas deco kek jugak tau! kot-kot ade yang minat nak belaja kan... hehee... akak ni duduk kat sri damansara...


lagi satu, akak ni baik hati tau.. haritu sebab dia takut aku tak puas hati dengan kek juwita tu, dia bagi diskaun. aku tak cakap pulak aku x puas hati. bagi aku ok je la... sebab untuk anak aku kan, asal dia suka dah la. lain la kalau kek untuk aku, memang la aku particular sangat. lagipon aku memang dah expect jadi mcm tu kot.... sebab fresh cream ni mmg hard to handle la time panas2 gitu... so aku x letak harapan tinggi. hehe... Tapi chepah bagi aku diskaun pulak... terkejut aku. heheheee....


oklah ek... penat la tulis pasal kek. terasa gemuk pulak. haha! daa...




iklan selingan budak kecik ni makan....dengan penuh nikmatnye. siap buat thumb up!

Wednesday, April 7, 2010

cotton cheese cake mama


mama nak lumba buat cotton cheese cake dengan aku. hahaha! aku pernah buat cotton cheese cake 2 kali. kali pertama = jadik. kali kedua = x jadik! wakakaka....


So, mama nak lawan lah tu... tak aci tau... mama pergi kelas, of course lah dapat tips tips rahasia dari yang pakar kan... chiess... Eh, tapi aku pon dah tau dah ape rahasia-rahasia nak hasilkan light cotton cheese cake yang tak mendap tuh...hehehe... tapi xleh laa post kat ini kan... rahsia kerajaan tuh... hehehehe... kalau nak tau kena tanya private...


So, ni versi mama. menjadik! bravo bravoo!


light cotton cheesecake mama... nampak gayanya mama lah menang nih... huhuu


beberapa ulas yang sempat disnap... yang lain dah selamat kena telan... maklumlah kan, light-cotton... tak terasa la pulak dah makan sebuku kek! wakakaka! patutla aku makin buncit... T__T


1 thing aku nak bagi tau kat sini. unbake cheese cake adalah sangat senang nak buat hokey! cheese tart laaaaagilah. orang tak sekolah pon boleh buat! wakakaka! Tapi baked cheese cake, perlukan sedikit studi dan teknik. light cotton cheesecake... kena berguru woi!!!


berburu ke padang datar
dapat rusa berbelang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi


woit! dah la tuh... nak buat sit up + yoga + lap dance supaya kekenduran perutku hilang. hahaha! (mana 6 pax aku pergi nih.....)

looooong break

lama dah tak update blog. ade seminggu agaknye..


mula-mula strimik rosak. hubby ku sangkakan modem yang rosak. Dah tukar moden pon gitu juga rupanya... call strimik beberapa kali, rupanya line yang problem. And they took 1 week to send the technician to fix it! what da..! apakah!!?? itu pon sebab we all update kat diorang sekali lagi. kalau diam je la... memang tak akan ter baiki lah line strimik blok aku ni.


pastu, hari jumaat lepas balik kampung sampai ahad. Sebenarnya hari kamis tu dah rasa x sedap badan. Demam batuk batuk... sampai umah mama pon x buat ape la kan, sebab demam, aku makan dan tidur aje. (tapi sempat juga singgah kat jusco kejar sales! haha! tu yang aku rembat levis selai tuh) balik tu terus makin parah demamku. x larat nak bangun katil.. malam tu suppose nak makan pizza, terus cancell gara2 aku yang x larat nak bangun. huhuuuu.... sian mereka2 yang terlebih excited nak makan pizza. sorry semua... bukan kupinta untuk demam. dah memang demam kan... huhuhuuuu...


hari ahad tu, x dan aku nak singgah palong. hubby pergi bawak juwita aje. dapat lah aku berehat sepenuhnya tanpa juwita melese-lese.... petang tu hubby balik jasin balik, malam tu kami balik damansara. sambung demam kat sini. ahaks! Juwita start demam pulak.


Hari senin, bawak juwita gi klinik kanak-kanak, demam + batuk + selemo + tekak da merah. dapat la 3 macam ubat. antibiotik tu yg penting. doktor suruh makan 3 hari, kalau x kebah, datang lagi buat check darah O_0 owh... sangat seram hokey! harap2 viral2 demam biasa je...


semalam, juwita dah sembuh demam. alhamdulillah..... lega rasa hati. tinggal selemo + batuk je... suara dia pon dah rock.


sedang aku menulis ni, posmen telah mengetuk pintu rumah aku. Ada parcel! :) :) :) hehe.. mmg tunggu dari semalam. Adalah kain pasang dan kain kebaya (untuk raya, ahaks! gedik gile ok... dah beli kain raya) percaya ke tak, aku dah ade shopping list untuk raya kau!!!! hahaha! kain dah ade, henbeg dah ade... nak cari kasut plak nih.. wakakakaka! malas nak last minit macam selalu. bosan! teringin jugak nak baju raya bertempah berjahit... asyik beli pasang siap je... metrojaya pon dah bosan tengok aku, sebosan aku tengok design2 baju dia yg makin bosan tuh...


da, nak gi tengok kain...


daaa....



xoxo



(xde gambar harini sebab aku malas. entry ni entry tangkap muat. kerja orang malas)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails