option2 lain untuk alih perhatian (curious case of Juwita Aisha)

kisah semalam.



aku teruja dengan kak babyfarid yang sedang berusaha nak stop BF Mia. Mia dah 2 tahun 4 bulan kalo x silap. Juwita pulak, hujung bulan ni nak masuk 2 tahun. Azam aku, raya tahun ni Juwita dah tak gayut nenen lagik. Ok. I still have a lot of time. Saje je letak bench mark tu jauh2 sikit. Sebab aku kena expect the unexpected. Buat slow and steady, tak mo la stop on the spot. (ye, aku tau, ade yang berjaya stop BF on the spot. semalaman aje da benti dah... tapi setelah aku pikirin all the course and consequences, aku pilih untuk buat slow and steady aje lah. biar la lama sikit xpe.


Yang penting aku x terkejut, Juwita tak terkejut. Bukan ape, benda ni bukan setakat stop BF aje, tapi bagi aku lebih kepada pertukaran satu fasa dalam kehidupan aku dan Juwita. Banyak benda take part dalam hal ni, especially dari segi emosi, bonding, dan perubahan antara kami berdua. (atau korang boleh cakap je aku tak sanggup nak stop kan BF serta merta. aku x sanggup!). Lagi satu adalah berkenaan dengan perubahan. Perubahan dari segi jadual makan (aku dan juwita), gaya hidup sure berubah (2 tahun kan dah biasa anak bergayut), breast sure bengkak punya kalau stop serta merta ni....


at the same time, aku nak kena ajar dia minum formula milk. The good thing is, Juwita minum juga milo, vitagen, calciyum serta kaum kerabat benda2 tuh. Formula milk saje dia x telan. So, i thought itu pon da cukup bagus pada tahap ini. Kalau dia x minum formula milk pon, at least dia dapat juga sumber kalsium, zat besi, khasiat yang biasa ada dalam susu formula tu kan? (yogurt dan yang seangkatan dengannya pon boleh jadi sumber kalsium dan zat besi kan? kan?)

***
ok. berbalik kepada cerita semalam.


Another good things about Juwita adalah dia makan adalah sangat banyak! Aku tak ada masalah nak suruh dia makan. aku ade masalah nak suruh dia stop makan! kecuali kalau dia x sihat lah, sure x lalu makan punya. Jangan pelik dan tanya kenapa dia still keding ye, sebab aku pon tak tau nape.


Tapi, walaupon dia makan banyak, dia still BF banyak jugak! aku kira, dia akan mintak BF every 4 hours mcm tu (lebih kurang la...). Itu pon dah kurang tau! dulu-dulu 2 or 3 jam sekali T__T. Kalau malam, sebelum tidur adalah wajib, then pagi-pagi. Bangun2 je memang request nenen teruss. Kalau dia tido awal, dia akan mintak nenen in the middle of the night.


Tapi semalam..... (dari tadi semalam, semalam...huhuh)


waktu siang, aku nenen dia 2 kali aje! (biasa 4 jam sekali kan, maknanya siang biasanya 3 atau 4 kali nenen). Tapi semalam 2 kali aje. Sebabnya, tiap kali dia nak nenen, aku bagi dia option lain.


kes 1.

"buuuu, nak nenenennn...."
"juwita haus ea.. nak air ribena tak?"
"hmm! (sambil angguk)" oh, senang aku... gi wat ribena aje...


***
kes 2.
"buu...nenenen..."
"heheheee.... lapa ke... nak vitagen x? sedap tau!"
"hmmm! (angguk2)" phew... lega lagi...
***
kes 3.
"buuu.... nenennn...nak nenenennnn"
"jom bukak peti sejuk nak? kita tengok ape ade kat dalam..."
"hmm! (angguk2 lagi)" kitorang pon gi dapo
"eee tengok! ade yogurt..." aku tunjuk calciyum.
"nak..nak..nak..."
"ok..." so, kali ke 3 mintak nenen, dia makan calciyum.

***
kes 4.
Juwita tengah joget2 lagu barbie connected. Sekali tersadung, jatuh tergolek daaa.... melalak! Ni tak dapek den nak nolong dah...
"nenenen!!!!!"
terus aku sumbat nenen. Kalo dia nangis mmg ubat dia nenen aje, tak kira la jatuh tang mana, sakit tang mana... huk huk huk... adoi la.....



harini punya cerita....


vitagen dah abis, calciyum ade lagi 2 ketul. milo kotak ade, ribena ade. Aku dah bersedia!!!!!!! chaiyok!!!!!!!


budak gediks Juwita aisha... pandai ngelat nih!!!!

* gambar dari ihsan google.

Comments

hushuss said…
bestnya Juwita still nak nenen dr ibu. misti susah nak stop BF kan sbb rasa mcm syg je.

huspa dpt rasa anak bergayut 4 bulan je, lepas tu dia taknak dah.

nanti dpt anak in future, u jadi mentor I leh?
hida said…
itu la pulak masalahnye... bile baby girl.. bergayut lama pulak tu. sangat susah nak putuskan.. very2 the challenging!

kalo nk BF lama boleh la sikit2 sy bg petunjuk, tapi bab nak putus susu ni, sy pon masih berguru nih! hahaha!
Nurulhuda|Adlie said…
comel la hida =) pandai u distract dia dr nenen, hehe
Nurulhuda|Adlie said…
comel la hida =) pandai u distract dia dr nenen, hehe
hida said…
itulah... mmg kena distract je buat masa ni. hati dia masih ade nenen.. hehehe...dia belum bersedia nak let go nenen tuh..

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

Kemas kini gambar passport anak anda

bon voyage!!

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

petshop kat seksyen 9 Shah Alam (tapi cerita premium cat food pulak)

Kenapa aku pilih untuk tidak balik konvo: The day my heart holding back.