bapak borek anak rintik


itu bidalan orang kita. orang2 lama. Aku sendiri sebenarnya tak tau ape tu borek dan apa tu rintik! hahaha! Tapi ku paham la maksudnya perbidalan itew yer...


gitulah budak2 umur dari setahun lebih sampai 3 tahun, dia tengok kita. I mean betul-betul tengok! dan dia akan tiru! Jadi umur ni sangat2 lah kritikal, perangai mak pak kena lah jaga... cara kita bercakap, cara kita menegur, perbuatan harian, rutin kehidupan.... semualah dia akan copycat! dah berapa kali kan aku cerita pasal benda nih...


Usia macam Juwita ni sebenarnya adalah usia paling penting dan mudah untuk dibentuk. Jika nilai2 murni dan rutin yang baik diterapkan dalam keluarga, senang aje dia nak ikut dan tiru. Dah lepas tahap ni, kanak2 dah berakal, dia dah boleh protes dan mambantah. Lebih2 lagi jika disuruh buat benda yang dia tengok parent dia pon tak buat... huhuuuu.... susahlah kan... so, sebelum suruh anak buat baik, kita buat lah baik dulu.. heheee


Aku ni bukanlah pandai sangat. Anak pon baru satu kan... orang kata tak banyak mana pon lagi pengalaman aku sebagai seorang ibu. Tapi sedikit pengalaman tu lah aku nak kongsi... sebab bagi aku, jadi ibu ni fun! sangat-sangat fun! memang lah ada stress sikit bila kita letih dan anak mula demanding lebih-lebih... tapi bila kita tahu macam mana nak kawal situasi tu dengan betul, resultnya tidak menghampakan! :)


Macam yang aku cakap, aku buat pendidikan dirumah ni fun. Aku set dalam otak, akulah role model dia yang utama. Apa yang aku buat dia akan tiru. baik aku, baiklah dia... huhuuu...


bila nak start train Juwita gosok gigi, aku beli toothbrush, dan ajak dia gosok gigi dgn aku. Bila dia tgk abah dan ibu gosok gigi, dia pon nak jugak! senang kan? tak payah paksa2...


bila dia tengok abah dengan ibu solat, maka dia pon nak jugak! sekarang dia dah ada sejadah kecik, lagi lah dia suka! dia nampak solat ni adalah rutin harian... jadi dia ikut dengan suka hati (sebelum dia paham erti sebenar solat and all that lah... that we will teach her later)


bila nak ajar dia tak buat sepah, aku selalu akan kemas barang aku lepas guna depan2 dia. So sekarang, kalau dia nak nenen, aku akan cakap...

"sebelum nenen kena buat ape?..."
"mash... mash..." (maknanya kemas)...

so dia kemas dulu mainan masak2 dia tu, then baru datang balik mintak nenen. Tak payah nak membebel2 rumah bersepah ke hapa... kemas aje... nanti dia akan follow


ni mainan masak2 dia... kalau tengah main mmg bersepah lah...


Mainan kesukaan dia sekarang nih mainan masak2. Mungkin sebab dia selalu tengok aku masak agaknya... huhuuu... lagipon aku selalu buka channel AFC... heheee...

tengah potong ayam... ngeee


siap pakai apron hokey...mata tengah sakit pon nak masak jugak! pastu suruh ibu makan... huhuuu


lagi satu juwita suka ikut adalah lipat baju, sidai kain, sapu sampah... kadang2 ade ibu2 yang marah anak dia mengendeng macam tu. kacau orang nak buat kerja katanya. Bagi aku, budak tu ikut apa yang kita buat, which is good. Dia ada intention nak tolong kita buat kerja. Puji je lah

"pandainyeeeeeeeee juwita... baiknyeeeeeeee tolong ibu.... veryyyyy gooooodddddd"

sure dia senyum lebar kembang kempis hidung. Suka lah tu! budak2 sangat suka diappreciate dan dipuji sebegitu rupa... heh heh... kalau ditegah, hanya memberi perspektif yang negatif kat anak tu... sebab dia tak paham...

Apapon, yang penting dalam mendidik anak kena kreatif dan dalam keadaan yang fun. Bagi aku lah... aku bukan jenis yang garang... jarang marah. kalau marah pon, aku akan ubah nada aku cakap dengan dia... bila nada suara aku dah lain, dia tahu lah aku marah, confirm dia akan tutup muka dengan tangan, pastu dah teresak2... kih kih kih! kememeh la Juwita nih...


Rasanya ibu2 kat luar sana lagi banyak tip2 dalam mendidik anak kan? share share lah meh! kita saling tukar pandangan...


walau macam mana pon gaya didikan parent tu, tak ada parent especially ibu yang nak anak dia jahat. mesti nak anak dia berjaya, baik, soleh.... bla bla bla... kan???

Comments

Sherry said…
so cute!! hehe... play masak
hushuss said…
anggun, good info dlm post u kali ni. byk jugak yg huspa dpt. kena praktikkan dgn anak nanti.

yg gosok gigi tu mmg betul. klu kita tak gosok gigi, punya payah nak gosok gigi, tp klu kita gosok gigi, nak je join. hahhaa...
Sherry said…
mata sakit.. hope she get well soon.

Popular posts from this blog

Barangkali ada hidden jewel di Batang Kali.

Dari Klang kami ke Redang

Membeli belah barang dapur untuk seminggu. RM100 Cukup kah?