salute to the nature

salute to the nature

Sunday, February 21, 2010

update di petang ahad.


menulis entry sambil menikmati secawan teh, dan secangkir kopi


hari ini hari ahad, dan aku bekerja! Kalau dah rezeki yang datang mencari-cari, takkan nak menolak pulak kan? Aku bekerja 2 hari seminggu, yakni sabtu dan ahad. Isnin sampai jumaat, aku chotti. hahahaha! silalah cemburu padaku.


takdelah. sebenarnya, dalam kamus aku tak ada istilah cuti. Isnin sampai Jumaat adalah waktu aku bekerja sebagai pengurus rumahtangga (stay at home mom kannn). Sabtu dan ahad adalah waktu aku sebagai seorang jurusolek. Isnin sampai ahad, non stop 24/7, yakni kerja yang tak pernah habis dan selesai, adalah sebagai ibu. Errr.... bila mana pula aku sebagai isteri? oh, hari2 juga aku bekerja (atau itu bukan nya bekerja, tapi adalah tanggungjawab) sebagai isteri kepada suami ku.


my beloved family. xoxo


penat? memang penat. 4 jawatan dalam satu masa. kaki ada 2, tangan ada 2, telinga 2, mata 2, mulut 1, hidung 1, perut 1....otak 1. lengkap semuanya tuhan bagi. Belakangan ini aku kerap 'tertidur'. betul! aku tak tipu, memang tertidur. aku jarang tidur siang (malah x pernah rasanya sebelum ni, kecuali masa aku pregnant dulu, mmg kaki tidur), tapi dah 2 hari berturut2 aku tertidur siang.


Agaknya letih sangat kot... huhuuu... semalam, stew yang aku masak hangus sebahagiannya sebab tertidur masa nenen juwita. Harini, balik dari makeup kat penchala, terus tertidur 3 jam! siap mimpi ngeri lagik!!! bangun2 aku terasa sangat lemah badan... terus buat yoga, solat zohor.. ahhh segar rasanya =)


update petang ahad ni sangat santai kan? dah la tuh, rajin sangat la pulak aku taip dan karang ayat skema macam nih. heheheee.....bohsan!


enjoy your holiday guys! korang esok kerja!!!!! wakakakaka!!!!!!!

1 comment:

Sherry said...

esok monday start work again

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails