services currently not available



Bila tiba hujan lebat macam sekarang ni (guruh berdentum, kilat sabung menyabung), akan berlaku beberapa perkara di rumah aku.

1. services currently not available. Astro punya hal lah ni. kalau takde cerita best takpe lagi, tak kisah sangat. Tapi tiba tengah tengok citer best giler dan memang tak dan nak tengok ulangan time lain2... memang hangin satu badan jugak. adoila... sampai bile la astro nak biarkan masalah ni terus melanda. Takkan diorang x leh buat apa2 pasal benda ni~

2. banjir. Walaupon aku bukan duduk kat tepi sungai atau parit (teringat parit melana kat johor yang selalu dinaiki air bah bila hujan melanda), fyi, aku duduk di apartment tingkat 14 lagi. Tapi sesungguhnya rumah aku akan dilanda banjir. letih dah mengenangkan banjir ni. air masuk ikut tingkap, mengalir je lalu kat ruang tamu aku, kat bilik uncle wahed yg dulu nya setor, kat dalam master bedroom aku... pendek kata kat mana ade tingkap lah! Ikut nasibla... tang mana air nak masuk. kadang2 tak masuk pulak...

3. angkat baju ampaian. aku akan kerkocoh-kocoh angkat baju diampaian walaupon baju2 tu semer tak kering lagi. geram hokey!!! tapi nak buat macam mana.. bukan salah hujan tu pon. tak de sapa nak dimarahkan. so, geram sendiri je la.

4. line strimik. Haa.... ni aku puji sket. line ni, walaupon ramai dah orang komplen, line asik putus la, line slow la... tp Alhamdulillah kat area aku ni, line strimik ni adalah tip top hokey!!! aku rasa tak perlu lah nak POTONG! POTONG! POTONG! time hujan lebat macam ni pon, aku masih mampu update blog, tengok video kat youtube dan blogwalking merata-rata. syukurrrrrr.....

5. Juwita terkejut kejut. hehehe... kelakau benar aku dengan Juwita nih. sebab ngantuk bebenar, dia tido gak dalam guruh yang berdentum-demtum tu. Tapi kejap kejap dia terkejut... risau gak ingatkan dia nak bangun dan melalak (kalau dia melalak, tak dapat la aku berblog dengan aman), rupanya mengigau aje... pastu sambung tido lagi... hahaha!

taip taip taip, tau tau hujan da berenti. tengok jam da pukul 4.30 petang... erm... kena pikir minum petang lah ni. ade mulut mulut ang perlu di sumbat. hehehe.






ada orang suka hujan. Ada orang tak suka hujan. Hujan memberi pelbagai erti pada tiap individu. Tapi bagi aku, jangan sesekali melihat yang buruk pada sesuatu pemberian tuhan, kerana setiap yang tuhan kurniakan pasti ada hikmah dan keindahannya.






Percayalah, setelah awan kelabu, sinar menunggu.






* sedang mem "plan" vacation untuk hujung bulan ni. ade makeup job kat PD, so ke PD yuk kita!

Comments

s4m said…
haa..tau pn astro 2 ade mslh..so, pengajarannye..psg la satelit sndiri..t eh tgk puas2..haha..just kidding!
pakude said…
kedai mana ade jual setelit sam?

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Product haul review : Stage makeup

cepatnye kita menua (tag dari sarah al-idrus)

Kemas kini gambar passport anak anda

durian pancake : kami dah makan, anda bila lagi?