rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

tajuk tak menahan kan?

rasanya ada tajuk drama kat tv dulu macam gini... "rumah ini syurga aku" tu cerita bersiri yang touching dan confirm geram dan menangis2 bersama heroin. Mak aku dulu ikut cerita RTM nih. "rumah besar tiang seribu" pulak (ataukah rumah kecil tiang seribu?) pon rasanya tajuk sebuah drama, tak pon adalah tajuk sebuah novel. Sungguh! aku hilang ingatan semenjak 2 menjak ni (sebab selalu sangat tengok taik juwita lah nih T__T)


kisahnya hari ini, tak kena mengena dengan mana-mana drama atau novel pon. Tapi tentang aku dan rumah kecilku, yang kuanggap dunia dan syurgaku.(perghh)



rumah ini syurga aku.
Rumah kecil ini adalah dunia aku
walau sekecil mana pun ia, aku tidak lemas di dalamnya
walau sekangkang kera, aku tak rasa tersiksa
kerna

rumah ini penuh dengan warna
warna-warna keindahan dan sinar-sinar gemerlapan

rumah ini penuh dengan harapan harapan
impian dan kenangan

rumah ini penuh dengan kehangatan
kasih sayang dan perasaan

rumah ini penuh dengan jiwa-jiwa muda
yang segar dan bertenaga

kerana itulah,
rumah ini tidak pernah lesu
tidak pernah layu
tidak pernah kaku

kerana itulah
rumah ini dunia aku
rumah ini syurga aku



~hida; 1.14am, damansara damai yang permai.....



p/s- jiwang plak pepagi buta nih...

Comments

wuuhu!!harmoni je..

naseb baik bukan 'rumahku medan peperangan'..XD..xde kan??

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Product haul review : Stage makeup

cepatnye kita menua (tag dari sarah al-idrus)

Kemas kini gambar passport anak anda

durian pancake : kami dah makan, anda bila lagi?