menyusu badan tak datang period? menyusu badan tak mengandung?

(amaran: 15sx. entry kali ini adalah bersifat ilmu pengetahuan untuk orang dewasa)

indahnya pengalaman menyusu anak sendiri

Selalu sangat aku dengar soalan2 begini diutarakan. Biasanya kalau ada ruang untuk aku jawab, akan ku jawab dengan berhemah. Tapi kebanyakan masa, aku hanya bertindak berdiam diri dan mendengar hujah2 doktor doktor tak bertauliah mengutarakan pandapat masing-masing. Kadang-kadang, perkara ini bukan timbul dari persoalan, tapi dengan yakin dan tanpa ragu-ragunya mereka menyatakan perkara ini. Muktamad! seolah-olah mereka adalah pakar sakit puan terkemuka pulak.

Percaya atau tidak, inilah antara 2 mitos yang paling dipercayai oleh kebanyakan ibu-ibu diluar sana. Sampaikan jika kita nak cakap sebaliknya pon dah tak boleh. Ini betul betulll!!! bukan cobaaannnn! nchobaaaannnnn.....(macam pendekar bujang lapok) gitu le...

Maklumat ini aku dapat dari doktor pakar feberet aku, Dr. Kamal Baharin dari Damansara Damai Medical Centre (DDMC). dia yg buat monthly check up aku, dia jugak yg potong potong potong! aku (adoi...!) dan tarik Juwita keluar... haaa....

Mitos 1

Ibu menyusu badan takkan datang period.

hakikat

Boleh je datang period. Bergantung pada hormon badan wanita tersebut. Sebabnya, walaupon wanita masih dalam tempoh menyusukan anak, pengovulan tetap berlaku down there, hokey... bila pengovulan berlaku, keluarlah ovum. Ovum yang tak tersenyawa, akan mati dan luluh bersama-sama selaput rahim (kalau ikut kata wikipedia: Menstruation is the shedding of the uterine lining (endometrium).) Itulah dia darah period.....

Tapi, ada juga BF mommies yang memang tak datang period sepanjang breastfeeding (BF). Kebanyakannya pula akan start period lewat (about 6 to 9 month after confinement period). Its normal. nothing to worries. Semuanya bergantung kepada hormon wanita itu sendiri, dan hormon wanita boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor. Bukan semata sebab BF sahaja. Boleh jadi kerana perubahan rutin, keadaan badan yg fatigue, kurang tido, adjustment badan dengan new role, dan banyak lagi lah!

situasi sebenar pada diri aku

Aku tak datang period regularly. Sepanjang aku BF juwita (dah dekat 2 tahun), boleh kira dengan jari je barapa kali aku period. Mungkin ade lah dalam 3 or 4 kali. Tu pon sekejap je. TAPI... still tak boleh kata sebab aku fully BF jadi gitu. Sebabnya, hormon aku mmg tak stabil sejak aku pakai implanon. Jadi aku merumuskan sebenarnya Implanon yang menyebabkan period aku kedaung. haha! bukan menafikan, tapi aku pernah period secara normal sebelum implanon dimasukkan dalam lengan aku ye (which is 1 month after my confinement period)





Mitos 2

Ibu menyusu badan tak lekat punya! a.k.a takkan mengandung

hakikat

seperti yang aku terangkan seperti diatas sane, telur a.k.a ovum still dihasilkan oleh cik ovari di kilangnya (hehee.. penerangan comel dari aku), jadi jika telur itu secara sengaja atau tidak sengaja disenyawakan oleh abang berudu (heh.. comel lagi)....... maka...... confirm lepas tu tak datang period dah. Ramai yang ingat, bila dah datang period baru kene start pakai contraception, which is wrong!!! hello kawan, telur naik dulu lah! bila telur tak tersenyawa, dia mati, then baru uoll datang period. Kalau dah tersenyawa dulu... tak sempat la nak period.

wanita lepas bersalin ni hard to explain lah ye. Even doktor pon susah dah describe hal ni. doktor pon xleh predict bila ovari uoll akan produce itu telur. So.... prevention is better than regret!

situasi sebenar pada diri aku.

oh, aku dah ade prevention. Like i said previously, i use implanon. 2 thumb ups pada ini benda!!! satu kali install, tahan 3 tahun. Tiada kerisauan ngeh ngeh ngeh... Aku start masukkan implanon ni 2 month lepas habis pantang. so, sekarang sudah hampir 2 tahun :) :)


inilah rupanya implanon yang aku pakai. dipasang pada lengan kiri, antara otot biceps dan triceps




hehe....



kenapa tetiba malam2 cerita pasal benda ni semua? ntah la... aku rasa nak berkongsi ilmu sikit malam ni. asyik buat entry tak berfaedah aje... dah laaama tak buat review makeup, tutorial, dan sebagainya kan... start dengan parenting issue dulu la ye...

xoxo



Comments

Munix™ said…
walaupun ku segan nk membaca, tapi aku rasa ok je.. hee
pakude said…
pergh...mengalahkan doktor..den yg amik bio 2 tahun pun tak tahu..hihi
Sherry said…
implant tu x pernah dengar
ibu wawa said…
bagus topic ni... thanks sbb kongsi info.
hida said…
implanon tu 1 jenis perancang kehamilan, insert kat lengan, tahan 3 tahun. lepas 3 tahun baru boleh pregnant balik. now ada yang lagi baru, just patch kat montot. tp yg tu x pernah cuba lagi. dapat brousher kat klinik dr. kamal dulu...
Anonymous said…
Hi i nak ask kat mana u buat impant tu and how much does it cost?. Thx

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Product haul review : Stage makeup

cepatnye kita menua (tag dari sarah al-idrus)

Kemas kini gambar passport anak anda

durian pancake : kami dah makan, anda bila lagi?