salute to the nature

salute to the nature

Sunday, February 7, 2010

lepas gian; aksi dalam bath tub

model of the day




Kalau baby baru lahir, belum leh berdiri, duduk sendiri... memang lah kena mandikan dalam bath tub, ye tak? Tapi sampai bila pulak nak kena mandi dalam bath tub ni? Bila masanya nak stop mandi guna bath tub, dan macam mana nak ajar anak mandi guna shower?

tapi aku sebagai orang dewasa pon sebenarnya sangat suka mandi bath tub, nak-nak kalau jakuzi. phuuhhhh, taknak naik beb! berendam dalam air panas je pon dah heaven dah. pastu letak wangi2an, buih-buih cinta..... aduhai... nikmatnya rasa


kali pertama Juwita dimandikan rasanya di hospital lah. maybe nurse yan comel yang mandikan dia. Masa aku duduk di Pusat Rawatan Al-Ikhwan, makcik yang jaga aku (ya ampunn...lupa nama makcik tu!) yang mandikan Juwita. Bila dah balik rumah mak aku kat jasin, mak aku a.k.a uwan Juwita yang mandikan dia sepanjang tempoh aku berpantang.

Aku sangat tak berani nak mandikan dia time tu. Juwita sangat kecil , dan aku sentiasa takut kot-kot aku terlepas time mandikan dia, dan dia terjatuh ke ape... ish... x konfiden betul aku nak mandikan Juwita sendiri time tu. Bukan tu je, dengan keadaan aku yang pakai bengkung dari bawah breast sampai bawah punggung, dengan jalan pon terkepit-kepit...mana bisa dong nak duduk bersimpuh atau bend on knee mandikan dia dalam bath tub. Kalau mandikan dia kat tub tinggi lain cerita, tapi bath tub aku jenis yg biasa tu kan... yang letak kat lantai tuh... adoi, seriau nak mencangkung.

inilah dia bath tub aku tuh

Jadi, bila tiba masanya aku terpaksa pulang ke rumah hubby (terpaksa ker? hehe... aku yang nak pulang sesangat sebenarnya, tak tahan berjauhan dengan hubby. rindewww!) terpaksalah belajar mandikan sendiri Juwita. Mula-mula memang kekok. Dah la aku ni kidal kan... orang yang ajar aku yang kekok! hahaaha!

Sejak hari tu, akulah yang mandikan Juwita. Kadang2 abahnya pon mandikan jugak la... bila aku letih atau ade kerja lain. Begitulah dari hari ke hari, bulan berganti bulan. Kemudian, tanpa aku sedari..... masa berlalu pergi.... (cheewah!)

aku tak sedar sampai bila, tapi aku perasan sepupu2 Juwita yang lain dah tak melakukan rutin yang sama seperti kami lagi (juwita ada 2 sepupu yang sebaya belah abah, dan ada duapupu sebelah aku). Pupu-pupu Juwita ni dah tak....

1. panaskan air untuk buat mandi
2. mandi air panas
3. dah tak mandi dalam bath tub
4. mandi shower atau kadang2 aku nampak mandi guna gayung air dalam baldi.

Oh, aku macam.... "eh... anak diorang dah leh mandi macam tu. anak aku mandi air panas dalam bath tub lagik...!"

Then aku cubalah mandikan Juwita. Menangis nya dia... atau boleh aku katakan sebagai meraung, macam kena dera! sungguh! aku tak sanggup dengar pon! so, kami pon kembali kepada rutin kami yang asal....

bergaya didalam bath tub kesayangan

sampai lah suatu hari.... (time ni umor Juwita dah setahun ++. Aku gigih betul nak dia stop mandi dalam bath tub. susah wooo nak mandikan dia bila balik kampung! dia nak bath tub kesayangan nye jer tuh... ). aku cakap kat dia... "adek dah besar kan... mana leh mandi dalam tub lagi... cuba tengok baby tu... baby pon dah mandi shower je..." then dia pon tengok kat sepupu2nya dalam bilik air yang sedang gelak ketawa main air sambil bergurau senda. Mungkin dia terasa lah kot, yang dia x dapat nak join main sebab takut kat air shower... lepas tu, surprisingly...

petang tu dia terus nak mandi shower! walaupon ade rengek2 sikit sebab x biasa, tapi dia biasakan diri jugak! gigih tol aku tengok dia... aku nampak muka dia takut, kejap2 nak peluk aku, tapi dia cuba jugak hulur tangan kat shower tu...

gitulah ceritanya, bagaimana aku dismisskan bath tub dalam rutin harian kami. TAPI, bath tub tu tak masuk setor. Aku buat isi kain basah, sebelum nak sidai kat ampaian. Tiap kali aku keluarkan bath tub ni, Juwita mesi excited. Dia akan tunggu sampai habis semua baju aku sidai, lepas tu... haaa...




lepas gian lah!!!!



beberapa lagi aksi model ini di kolam mandi... ahaks!



sayang sangat ko kat bath tub ni ek...

4 comments:

Eyriqazz said...

seksi rambutnya..

anggun said...

seksi ye? seksa nak jaga..

Mybabah said...

Salam. Sempat tunjuk "peace" lagi...

Anonymous said...

i definitely adore your writing kind, very useful,
don't quit and keep writing due to the fact it just that is worth to follow it,
excited to look into a lot more of your own writing, kind regards :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails