cerita disebalik pulang ke kampung dan kami perlukannya tiap bulan.


Hujung bulan jan haritu, seperti mana yang korang semua tahu, kami sekeluarga balik kampung. Biasalah, tiap2 bulan mesti balik kan... kalau tak balik, moral bule jadi down, kualiti kerja jadi merosot sket. Yalah kan, kita ni manusia, bukan robot. Kena ada rehat, rest, and refresh. Charging up balik motivasi dalam diri!

dipendekkan cerita, balik kampung yang lepas takde la lama mana. Balik jasin dulu, then balik palong.

Balik palong, takde cerita apa, My sis-in-law ada orang nak datang merisik. tunggu punya tunggu, tak datang2. Orang dah naik letih, dah macam2 dalam fikiran. Henfon bakal tunang tak terjawab... akhirnya, around 5.30pm... tibalah rombongan yang dinanti-nanti. Mula2 nampak van, pastu keta kecik menyusul, then kereta lagik, dan lagik!!!! oh makk!! banyaknya kereta! Kami bayangkan 1 keluarga, rupanya 1 batalion dibawanya!

panik tak panik, semua masuk dapo. dalam otak kira2 berapa mulut nak bagi makan, mee ade beberapa helai ni nak digoreng. Tak lama datang sorang informer, "ado 30 orang!" umang aiiiii...... ni betul betul punya merisik..! dalam hati aku, ni baru datang merisik...ish ish ish

Orang kat depan borak-borak, bincang-bincang... cheh.. rupanya datang bawak 2 cincin daaa... siap bawak dulang bagai. rupanya rombongan meminang!!! Nak upacara sarung2 cincin semer! calon nya mana calonnya??!!

gambar sekadar hiasan.
*dicuri dari blog sarah al idrus; sarah pulak ambil dari google.

calon tengah berminyak muka, berpeluh ketiak potong tembikai kat dapo. setepek bedak pon nan hadooo jahh! nasib lah.. yg penting jadik. hahaha!

sudahnya, dari merisik, terus bertunang terusss! bulan 12 ijabkabul. Insyaallah. (pssst, kalo nk den sponsor makeup, tarikh confirm cecepat, booking den awal2. den ni populer...hihihi. kang ade org lain book, x dapek den nak nolong).

cincin sudah dijari.
*gambar ihsan google

itu cerita kat palong. Kat jasin pulak, macam biasalah ada mama, abah, dengan ain. Then Lala (nama dia laila) balik hari sabtu. Lala adalah anak sedara aku. Petang sket, cousin aku ayang dengan anaknya Aina balik. ha... barulah meriah sket rumah. Kalo tak... adeh. bunyi cicak pon boleh dengar.

Tapi kan... aku adalah pencinta kedamaian dan suasana yang sunyi macam tu. Tenang je rasa. Kalau ramai budak2, bising2 jerit2... sakit jiwa aku. maunya aku tengking sorang2 kasi diam kang! haha...tapi biasanya aku tak tengking, aku diam je..

suasana pagi di kampung halaman....nyaman!

Bila kat jasin, bangun pagi rasa nyaman je. keluar rumah ade kabus2, tengok-tengok bunga teratai abah dan berbunga. Bunga teratai ni kembang pagi tau. Kalau dah tengahari, dia kuncup balik. ermmm.... cantiknya....nasib aku baik, dapat tengok real depan mata, selama ni tengok kat dlm fb abah jer. hehe

teratai kembang pagi yang abah bela

Abah tebang pokok kelapa. 3 pokok kelapa jadi korban untuk naikkan garage kereta baru. Besar wooo, muat 4 kereta! Pastu abah keringkan kolam. nak kutip ikan keli. Sementara tunggu air kering, kami pergi mandi air panas jasin!!! yooohoooo!!!!

dok bawah pokok kelapa sebelum pokok ni kena tebang

Best! lama dah tak berendam dalam air kan... mmg syiok.

2 beranak ni suka betul jumpa air.

haaa.. tu dia... dah jadik ultraman dah

dipendekkan cerita, bila sekali sekala kita lupakan kerja, enjoy our life, experience new thing, meet new people, dapat meningkatkan motivasi diri dan recharge power kita. Of course lah recharge yang paling berkesan adalah solat yang khusyuk, tapi everyone needs a vacation rite! or at least a break between work :)

ops... terpanjang sudaaaa..

xoxo

Comments

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Product haul review : Stage makeup

cepatnye kita menua (tag dari sarah al-idrus)

Kemas kini gambar passport anak anda

durian pancake : kami dah makan, anda bila lagi?