salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, February 24, 2010

rezeki jangan ditolak. Uncle wahed belanje makan


ni lah dia uncle wahed... engineer muda kowt.. haha!

Gaji pertama kutt.... habis semer orang dibelanjanya. heheee... bagus2, ni ada ciri2 suami mithali nih! wakakaka...

dapat gaji ape uncle wahed buat?

1. belanja parent n adik kat kampung makan pizza

2. bagi saguhati kat parent (waaaaa.!!!! kagum hokey! mmg anak yang mengenang budi!)

3. belanja keluarga kakak makan nandos (kitorang lah tuh.. heheee)

4. sukati dia lah nak buat ape dengan duit yang lebih tu kan... heeeee.. ade aku kisah??!

5. ops lupa... bagi bunga untuk insan tersayang! ahaks! ni ciri2 BF romantik! hubby aku pon x bagi aku bunga tau! bukan senang laki nk bagi pompuan bunga, walaupon dia tau pompuan suka bunga... heheee...

6. again, sukati dia lah nak buat ape dengan duit dia... dengo nye simpan buat wang muka satria neo? wakakaakaa!!


ni nandos kat 1Utama. Peberet hubby la tuh nandos nih. Dulu aku yang perkenalkan nandos kat dia, terus dia suka... mmg makan nandos ni, confirm terbukak segala deria tau! masam pedas meleleh keringat segala... best!

kitorang amik sekor ayam punya... extra hot!


air wajib ada... pedassss!


dah licin!!!!nyum nyum...


Tuesday, February 23, 2010

juwita, jom kita solat!


ngeee.... juwita nih dah nak 2 tahun kan, 1 faberet dia suka buat tiap2 hari adalah solat. Mungkin sebab hari2 pon tengok ibu dan abahnya solat, jadi dia pon terikut sama sekali solat. Cuma kadang2 tu, tiap2 jam pulak ajak solat, baru je solat dah ajak solat lagik!! ish ish ish...



sejuk hati tengok budak2 solat kan? Dia panggil solat ni "annyam" ntah bahasa ape tah... penat betulkan, annyam jugak yg disebut..heheheee



layan lah dia solat ye kawan2....



tinjau dari jauh... tengok ape dia buat tuh... heheee


duduk antara dua sujut... kusyuknye...


sujut lagi... sejuk perut ibu mengandung. ngeee


dah sudah, baca doa.....
tengok kepala dia siap ada bunga malai/ melur.. baru balik dari indian muslim wedding


selesai.... alhamdulillah.... lipat sejadah, simpan ye sayang...


perasan tak sejadah kecik tuh? haa, tu kitorang dapat sebagai favor/ door gift masa majlis nikah one of my client. Family dia indian muslim. very2 unique la the majlis. Its a combination of all culture. Dan paling seronok, boleh tengok almost all races and agama ade dalam majlis dia. malay, indian, chinese.. walaupon majlis tu adalah majlis nikah (which is more to agama islam), semua culture menghormati majlis tersebut. Dan paling manis, familiy2 yang still hindu pon dihormati, dan menghormati... 1 malaysia sangat2 kan?

Sunday, February 21, 2010

update Juwita party bash; ralat dengan tarikh dan lokasi

agak2 nak ubah sikit blog ni kepada journal aka update untuk b'day juwita yang bakal menjelma. tapi takde lah tiap2 hari nak update kan, bila ada perkembangan dan checklist yang terlaksana, akan aku updatekan disini. Like i said before, the preparation itself is part of the celebration actually. it's the most exciting moment to go through, jadi seharusnya lah di kepilkan sekali dalam blog ku ini sebagai tatapan masa hadapan.


oh ya, ingin juga aku nak betulkan sedikit ralat berkenaan tarikh dan tempat/ lokasi b'day Juwita nanti (sebab ada pulak orang yang confius antara RSVP di facebook aku dengan entry aku yang lepas sudah) Maka di sini, aku ingin menerangkan bahawa


b'day party Juwita akan diadakan di rumah kecil kami di Damansara Damai pada 28 march 2010, 3.30 - 5.30pm.


ok, sebelum ni, ada dalam entry aku rasa-rasa macam nak buat kat rumah mak aku kat kesang jaya, jasin. Sebabnya rumah mak aku lagi luas dan dapo pon beso... hihihi... lagipon dekat la dengan parent aku kan., yakni uwan dan atok Juwita.


Tapi, aku terpikir juga nak buat satu small party kat rumah aku (which i don't mention it before on my blog, but i do tells everyone on my facebook. my mistake for that). Ramai juga sedara mara n kawan2 aku yg anaknya sebaya juwita tinggal berdekatan, rakan2 blogger dan forum lagi.... So, maknanya yang confirm sekarang adalah pada 28 march tu kat damansara damai ye kawan-kawan. jangan terkeliru.


Kat rumah mak aku kat kesang jaya, jasin pon insyaallah akan difikirkan juga. In case my parent tak dapat turun PJ pada masa tu... so kena la juga celebrate dengan atok uwannya di sana sekali lagi lepas tuh... (hurmm.... klw gitu kesnye, yg kat jasin ni mmg sangat2 private kami sekeluarga dengan uwan atok sahaja. baca doa selamat dengan sebuah kek aje lah) apepon, tengok dulu macam mana... =)


itu sahaja lah ralatnye... bukan apa, taknak orang confius dan salah paham. heheee...


update di petang ahad.


menulis entry sambil menikmati secawan teh, dan secangkir kopi


hari ini hari ahad, dan aku bekerja! Kalau dah rezeki yang datang mencari-cari, takkan nak menolak pulak kan? Aku bekerja 2 hari seminggu, yakni sabtu dan ahad. Isnin sampai jumaat, aku chotti. hahahaha! silalah cemburu padaku.


takdelah. sebenarnya, dalam kamus aku tak ada istilah cuti. Isnin sampai Jumaat adalah waktu aku bekerja sebagai pengurus rumahtangga (stay at home mom kannn). Sabtu dan ahad adalah waktu aku sebagai seorang jurusolek. Isnin sampai ahad, non stop 24/7, yakni kerja yang tak pernah habis dan selesai, adalah sebagai ibu. Errr.... bila mana pula aku sebagai isteri? oh, hari2 juga aku bekerja (atau itu bukan nya bekerja, tapi adalah tanggungjawab) sebagai isteri kepada suami ku.


my beloved family. xoxo


penat? memang penat. 4 jawatan dalam satu masa. kaki ada 2, tangan ada 2, telinga 2, mata 2, mulut 1, hidung 1, perut 1....otak 1. lengkap semuanya tuhan bagi. Belakangan ini aku kerap 'tertidur'. betul! aku tak tipu, memang tertidur. aku jarang tidur siang (malah x pernah rasanya sebelum ni, kecuali masa aku pregnant dulu, mmg kaki tidur), tapi dah 2 hari berturut2 aku tertidur siang.


Agaknya letih sangat kot... huhuuu... semalam, stew yang aku masak hangus sebahagiannya sebab tertidur masa nenen juwita. Harini, balik dari makeup kat penchala, terus tertidur 3 jam! siap mimpi ngeri lagik!!! bangun2 aku terasa sangat lemah badan... terus buat yoga, solat zohor.. ahhh segar rasanya =)


update petang ahad ni sangat santai kan? dah la tuh, rajin sangat la pulak aku taip dan karang ayat skema macam nih. heheheee.....bohsan!


enjoy your holiday guys! korang esok kerja!!!!! wakakakaka!!!!!!!

Saturday, February 20, 2010

kaus atau sepatu baru sebagai pemangkin diri


Beberapa minggu ni aku terasa macam takde benda dah nak shopping. bag dah dapat, wallet dah dapat, shawl dah dapat... lagi, budget utk b'day juwita dah ada, utk vacation dah ada... semalam plak shopping sakan baju Juwita (online shopping jer)


pastu pikir2 lagi... aku rasa semer benda aku ada... terasa macam dah sampai comfort zone pulak (ni yang tak bagus nye nih... ramai manusia terjerumus dalam comfort zone aka zone selesa nih). Comfort zone/ zon selesa ni adalah semacam katil yang empuk yang super comfy, dalam bilik yang wangi, dengan curtain gelap menutup tingkap, aircond nyaman sejuk, lampu suram2 dan kita atas katil tu sambil dilitupi quilt yang lembut. ohh... sungguh! taknak bangun punya!


Orang berkata lagi, kalau kita nak berjaya kena keluar dari comfort zone. Kena berani tinggalkan keselesaan tu semer dan maju lagi. Cemana nak keluar dari comfort zone kalau dah mmg selesa giler babeng? huhuuu....

aku senang aje... bila aku rasa macam dah selesa, agak2 macam nak sampai comfort zone, aku akan fikirkan apa lagi yang aku nak lepas nih. Aku tetapkan impian aku (biasanya barang2 materialis lah) dan aku setkan mesti nak dapat benda ni dalam bulan sekian-sekian... ha...


sebagai contoh, aku baru je beli beg liz claiborne haritu. then terus rasa macam dah taknak benda lain dah. So, supaya aku tak lalai, aku pon target, next 6 month aku mesti tangkap itu etienne aigner punya beg pulak! hahaha! next year, mesti sambar coach! voleyyy??? hiks.. gediks kan



meh jamu mata jap....



etienne aigner yang sangat mak merah. lately aku nampak beg merah sangat menawan. apakah?


ni coach spring annie handbag. practical! i loike


coach poppy leather pocket hobo. leh sling! suka2


contoh lagi satu, aku biasanya pakai kaus vincci sajork. Dalam koleksen aku cuma ada vinccci, vinnci, vincci, primavera, viss....dan oh ya... nichi, crocs serta asadi. (tapi crocs aku ori hokey, hubby belikan lagi tau) Maka dengan ini, aku menetapkan matlamat terdekat aku kali ini adalah untuk memiliki sepasang sepatu dari charles & keith (c&k). huhuuu... xde la mahai bebeno pon c&k ni kan... tapi sadly, xde sepasang pon dlm gobok aku c&k ni...

hurm... nak ada satu c&k dalam koleksi. sian aku tak de lagi..bohswan dah dengan vincci


erm... c&k ni brand mesia tau! tau dok? tak tau angkat tangan!!! meh aku hempuk dengan kuali.


simple dimple. love it


er... tapi sebelum tu, b'day juwita kena bagi laluan dulu... lepas tu baru boleh shopping balik. yeeeeeha!!!!




inilah alasan aku untuk aku bershopping. Jawapan kepada soalan yang selalu lelaki tanya kat pompuan "kenapa pompuan asik beli kasut, beli beg? 1 tak cukup ka?"

"tak cukup cik abang.... kami shopping as a treat, and as a pleasure. not just becoz we must hav it! =)"

rumah besar tiang seribu, rumah ini syurga aku

tajuk tak menahan kan?

rasanya ada tajuk drama kat tv dulu macam gini... "rumah ini syurga aku" tu cerita bersiri yang touching dan confirm geram dan menangis2 bersama heroin. Mak aku dulu ikut cerita RTM nih. "rumah besar tiang seribu" pulak (ataukah rumah kecil tiang seribu?) pon rasanya tajuk sebuah drama, tak pon adalah tajuk sebuah novel. Sungguh! aku hilang ingatan semenjak 2 menjak ni (sebab selalu sangat tengok taik juwita lah nih T__T)


kisahnya hari ini, tak kena mengena dengan mana-mana drama atau novel pon. Tapi tentang aku dan rumah kecilku, yang kuanggap dunia dan syurgaku.(perghh)



rumah ini syurga aku.
Rumah kecil ini adalah dunia aku
walau sekecil mana pun ia, aku tidak lemas di dalamnya
walau sekangkang kera, aku tak rasa tersiksa
kerna

rumah ini penuh dengan warna
warna-warna keindahan dan sinar-sinar gemerlapan

rumah ini penuh dengan harapan harapan
impian dan kenangan

rumah ini penuh dengan kehangatan
kasih sayang dan perasaan

rumah ini penuh dengan jiwa-jiwa muda
yang segar dan bertenaga

kerana itulah,
rumah ini tidak pernah lesu
tidak pernah layu
tidak pernah kaku

kerana itulah
rumah ini dunia aku
rumah ini syurga aku



~hida; 1.14am, damansara damai yang permai.....



p/s- jiwang plak pepagi buta nih...

Friday, February 19, 2010

i am the party planner! planning untuk b'day juwita sudah bermula!!!!!


yup! saya adalah the party planner untuk b'day Juwita yang ke-2 (yang akan berlangsung pada 28 march nanti). Saya tahu, mesti akan ada yang kata, "eh, awalnya nak buat planning? belum masuk bulan march pon lagi kan?" oh, tidak... tidak.... sebenarnya saya tidak awal, tapi i am on the right timing, and i am already on the track!



kenapa ye kena planning dan preparation kena awal? sebenarnya, apa2 pon benda yang kita nak buat, perlu ada timelines, perancangan yang lengkap, dan paling penting, pengurusan yang betul! Plan awal, tak de la rush2 last minute.

Ramai orang suka buat kerja last minute (which is dun like) i hate last minute job! Ia membuatkan idea yang membuku-buku kebanyakannya tak terlaksana. Last minute job also demand more energy dan increase the stress for the organizer! I am the organizer, and i dun want stress on my baby girl's birthday party!!!!


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

*Birthday parties are like road trips: Getting there is half the fun.

*Deciding on the theme, decorations, and activities makes the days leading up to the event seem like part of the celebration itself.

*It needn't be elaborate -- kids will be happy with a small party as long as they are made to feel special.

*Even a simple party requires planning; the sooner you start organizing, the earlier the excitement begins and the fewer details you'll have to work out on the day itself.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


dapat? heh heh heh.....

tak semua orang mampu nak hired party planner kan, dan tak semua orang mampu nak bayar tempat2 hebat dan arrange party yang grand untuk buat party anak2. Lagipon, bagi saya, small party is more than enough for my 2 years old princess =) The small the better, dengan kehadiran orang2 penting, yang close dengan kita, dengan anak kita, itu lebih bermakna. Paling penting, bila kita organize dan plan sendiri, ada kepuasan di situ!

i'm looking forward to make all the decoration and craft by myself (DIY). can''t wait! now tengah survery2 supplier and gather2 all the materials =) *excited*


To all mommies2 out there, bagi yang merancang untuk plan sendiri party anak2 mereka seperti saya, di sini saya bagi serba sedikit time-line yang boleh korang follow... =)



*Pre-Party Timeline


6 Weeks Before
Choose the theme, draw up the guest list, confirm the date with your child's best friend, and reserve off-site space.
(me: check!)


4 Weeks Before
Write out invitations; get updated class list; and decide on games, activities, and food.


3 Weeks Before
Mail invitations, purchase party goods, start homemade decorations and favors, and arrange for extra help, if needed.


1 to 2 Weeks Before
Purchase crafts supplies and favors, draw up a schedule of activities, make samples of planned crafts, and call guests who have not yet responded.


3 Days Before
Buy food as well as film and batteries for your camera.


1 to 2 Days Before
Bake the cake, decorate your home or be sure off-site supplies are gathered, and prepare make-ahead foods.


*sources: From Martha Stewart Kids, Marthastewart.com

Thursday, February 18, 2010

tips keluarga bahagia dan hati tenang

Entry hari ini tiada gambar hiasan.

harini aku nak buat entry yang berguna dan ilmiah sikit. Bukan bermakna aku ni pandai sangat, tapi kita sama2 kongsi ilmu ciput yang aku dapat ni ye... mostly adalah aku dapat dari Dr' fadzilah Kamsah.

tips hati tenang dan keluarga bahagia



1. menerima pasangan seadanya

Kadang-kadang kita bengang dengan pasangan atas sebab2 yang remeh. contohnya tak kemas barang, bangun lambat, cuai, atau sesat jalan! (ha... jangan tipu! ade je orang bergaduh dalam kereta hokey! sebabnya sesat x jumpa tempat dituju!). Terima saja lah keadaan dan kelemahan pasangan.

bagaimana nak terima kelemahan pasangan? senang aje... ingatlah "aku pon x sempurna mana, aku pon banyak kekurangan. kalau pasangan aku boleh terima aku seadanya, kenapa tidak aku?" haaa... senang kan?



2. sentiasa memaafkan pasangan sebelum masuk tidur.

amalkan maaf bermaafan sesama pasangan sebelum tidur. jangan tidur dalam keadaan marah atau memendam rasa. Nanti bangun tidur x fresh! sebaiknya, lapangkanlah dada, mohonlah kemaafan dari pasangan, dan maafkan lah juga dia. Ingat, tidak ada manusia yang sempurna, semua orang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan =)

sifat memaafkan orang lain ni lah kunci utamanya tau. Orang yang mudah memaafkan, hatinya tenang. sebab dia tak de 'burden' atau tanggungan dalam kepala otak dia. haaa... ape lagi? maafkanlah pasangan.... (aku sentiasa amalkan nih. sebelum tidur, aku mmg dah kosong, takde bengang, xde marah. aku dah maafkan semua orang. Tapi aku x mohon kemaafan dari pasangan aku T___T kena buat ni lain kali!)



3. jangan memendam rasa

kadang-kadang, ade je benda yang kita tak puas hati dengan pasangan, atau pon mungkin ade sesuatu atau perkataan yang menyebabkan pasangan kita terasa hati! jangan pendam dik oii.... hati yang terguris, jika dipendam akan menjadi nanah,makin sakit dari hari kehari.

Oleh itu, jangan pendam. Luka ditangan boleh nampak, boleh la bubuh ubat. Tapi luka dihati, kita tak nampak. Kalau kita tak cakap, macam mana pasangan nak tau, ye tak? Berterus terang lah dengan pasangan secara jujur. Luahkan isi hati sebaiknya



4. hargailah pasangan.

selalulah hargai pasangan. Sekali sekala, puji la dia, bagi dia semangat sikit nak melakukan kerja2 seharian. Ingat tarikh2 penting pasangan. Dan sekali- sekala, apalah salahnya hadiahkan pasangan sesuatu. Buat surprise ke... (orang pompuan sangat suka surprise2 nih), bagi bunga ke (pompuan dan bunga tak dapat dipisahkan). Isteri pon sama, sekali sekala, treat la suami makan special ka, bagi hadiah ka... barulah dia rasa dihargai dan diingati!

Sebenarnya, nak menghargai pasangan tak semestinya mesti bagi benda mahal. Kadang2 ucapan terima kasih dari si dia pon sangat sangat sangat la berharga bagi pasangan.




okeh. cukup la dulu... ada banyak lagi ni sebenarnya, tapi 4 tips ni pon entah korang baca entahkan tidak, ye tak?? heh heh heh... dah nye, kalau masuk melawat blog ni dalam mood blog-marathon, sempat ke baca penuh khusyuk sambil menghayati dan mendalami??? hehehe... fikir- fikirkanlah.......................................

Wednesday, February 17, 2010

ambil mood sebelum menulis entry yang lebih berfaedah



gambar penghias cerita


Cuti raya cina, semua bangsa turut sama bercuti. Maklumlah, 1 malaysia cuti umum kan. Macam biasa, bila cuti panjang sikit, apa lagi, banyaklah jemputan kahwin. ramai yang nak melangsungkan perkahwinan pada waktu-waktu begini. Daku? bagi aku ini adalah punca rezeki!!! makan free, dapat makeup job sudah cukup baik!

ni pengantin lamaaaa... heheee....

Bulan februari ni mmg bulan rezeki aku. Alhamdulillah, tiap2 minggu ada job, tiap2 minggu aku sekeluarga kehulu kehilir serata selangor... aku makeup, hubby aku amik gambar, anak aku bodyguard =) kami kan wonderpet (apa yang penting, kerjasama!) Its a family teamwork babeh! We are the purrfect triplet!

like this photo. taken by my aunt.


Seperti tajuk diatas, i suppose to blog about something more important. I have to blog about 4 makeup job that i had done last weekends (during chinese new year). Saturday i had 2 sessions makeup at gombak, while sunday was a makeup marathon!!! 3 clients, 3 different location, 3 event! What a hectic weekend i had (phew...) i'm glad i can be there on time and did my job well =)


Thanks a lot to my hubby, the most supporting person in my life. He's my back bone (while i'm his ribs heheeee). Without him, i am nothing. I can't even start my business without his support. Bila i makeup, dia yg jaga Juwita. Bila i dah siap makeup, dia amik gamba pengantin. Dia juga yang jadi driver ke rumah pengantin, dan menjadi tukang kritik tegar hasil kerja ku.

ni la dia pengkritik tegar iteww! abaikan aksinya yang ala2 romantika di amore tuh. jangan terpedaya!!!





thanks hubby



a flower for you xoxo





p/s
~~ majlis birthday Juwita yang kedua is confirm pada 28 march bertempat di rumah kami di damansara damai. Saya menghantar jemputan (RSVP) through facebook dan sms. Please reply to those yang belum reply lagi. Again, its just a small party in our small house. Any updates akan diberitahu kemudian. Confirmed guest will receive an invitation card from us. thank you =)



Friday, February 12, 2010

korang pernah sesat?

Harini nak cerita pasal sesat jalan. Bukan ajaran sesat atau haluan sesat, tapi sesat jalan ketika memandu ke destinasi. Atau dengan kata lain, tak sampai pon ke destinasi yang nak dituju.

Sebabnya, dah sampai kat celah bedah mana dah.. sampaikan nak keluar dari tempat tu pon dah tak tau. Blur gila... pastu stress... takut.. serius! memang freak out sangat2 sampai nak nangis.

Last-last confirm call somebody, call mak, then nangis terus!!! T____T. Lepas habis nangis, baru cerita, dah sampai ntah kat mana, tak tau jalan pulang huhuuuu T___T. Of course lah kena pujuk2, tenangkan fikiran...


Letak telefon, ambik nafas...

Dua tiga kali amik nafas, pandang kiri kanan... oh!!!???!!!!! rupanya aku kat sini!!!! Depan mata punyalah besar gila sign board tunjuk arah. dan....aku pon owh!!!!????!!! sekali lagi. Sebabnya.....

punyalah dekat tempat ni dengan rumah aku! bukan celah bedah mana, celah kangkang aje! chisssss!


gitulah. Pengalaman kali pertama aku memandu sendiri balik dari kerja. (pergi kerja pagi tu tak sesat, balik sesat. Sebab dah malam, dan aku rabun ayam. heh heh heh!)

Sampai sekarang, aku sangat susah nak ingat jalan. Aku rasa bukan aku sorang, mostly wanita ada masalah ni. GPS please.......!

Tuesday, February 9, 2010

cerita disebalik pulang ke kampung dan kami perlukannya tiap bulan.


Hujung bulan jan haritu, seperti mana yang korang semua tahu, kami sekeluarga balik kampung. Biasalah, tiap2 bulan mesti balik kan... kalau tak balik, moral bule jadi down, kualiti kerja jadi merosot sket. Yalah kan, kita ni manusia, bukan robot. Kena ada rehat, rest, and refresh. Charging up balik motivasi dalam diri!

dipendekkan cerita, balik kampung yang lepas takde la lama mana. Balik jasin dulu, then balik palong.

Balik palong, takde cerita apa, My sis-in-law ada orang nak datang merisik. tunggu punya tunggu, tak datang2. Orang dah naik letih, dah macam2 dalam fikiran. Henfon bakal tunang tak terjawab... akhirnya, around 5.30pm... tibalah rombongan yang dinanti-nanti. Mula2 nampak van, pastu keta kecik menyusul, then kereta lagik, dan lagik!!!! oh makk!! banyaknya kereta! Kami bayangkan 1 keluarga, rupanya 1 batalion dibawanya!

panik tak panik, semua masuk dapo. dalam otak kira2 berapa mulut nak bagi makan, mee ade beberapa helai ni nak digoreng. Tak lama datang sorang informer, "ado 30 orang!" umang aiiiii...... ni betul betul punya merisik..! dalam hati aku, ni baru datang merisik...ish ish ish

Orang kat depan borak-borak, bincang-bincang... cheh.. rupanya datang bawak 2 cincin daaa... siap bawak dulang bagai. rupanya rombongan meminang!!! Nak upacara sarung2 cincin semer! calon nya mana calonnya??!!

gambar sekadar hiasan.
*dicuri dari blog sarah al idrus; sarah pulak ambil dari google.

calon tengah berminyak muka, berpeluh ketiak potong tembikai kat dapo. setepek bedak pon nan hadooo jahh! nasib lah.. yg penting jadik. hahaha!

sudahnya, dari merisik, terus bertunang terusss! bulan 12 ijabkabul. Insyaallah. (pssst, kalo nk den sponsor makeup, tarikh confirm cecepat, booking den awal2. den ni populer...hihihi. kang ade org lain book, x dapek den nak nolong).

cincin sudah dijari.
*gambar ihsan google

itu cerita kat palong. Kat jasin pulak, macam biasalah ada mama, abah, dengan ain. Then Lala (nama dia laila) balik hari sabtu. Lala adalah anak sedara aku. Petang sket, cousin aku ayang dengan anaknya Aina balik. ha... barulah meriah sket rumah. Kalo tak... adeh. bunyi cicak pon boleh dengar.

Tapi kan... aku adalah pencinta kedamaian dan suasana yang sunyi macam tu. Tenang je rasa. Kalau ramai budak2, bising2 jerit2... sakit jiwa aku. maunya aku tengking sorang2 kasi diam kang! haha...tapi biasanya aku tak tengking, aku diam je..

suasana pagi di kampung halaman....nyaman!

Bila kat jasin, bangun pagi rasa nyaman je. keluar rumah ade kabus2, tengok-tengok bunga teratai abah dan berbunga. Bunga teratai ni kembang pagi tau. Kalau dah tengahari, dia kuncup balik. ermmm.... cantiknya....nasib aku baik, dapat tengok real depan mata, selama ni tengok kat dlm fb abah jer. hehe

teratai kembang pagi yang abah bela

Abah tebang pokok kelapa. 3 pokok kelapa jadi korban untuk naikkan garage kereta baru. Besar wooo, muat 4 kereta! Pastu abah keringkan kolam. nak kutip ikan keli. Sementara tunggu air kering, kami pergi mandi air panas jasin!!! yooohoooo!!!!

dok bawah pokok kelapa sebelum pokok ni kena tebang

Best! lama dah tak berendam dalam air kan... mmg syiok.

2 beranak ni suka betul jumpa air.

haaa.. tu dia... dah jadik ultraman dah

dipendekkan cerita, bila sekali sekala kita lupakan kerja, enjoy our life, experience new thing, meet new people, dapat meningkatkan motivasi diri dan recharge power kita. Of course lah recharge yang paling berkesan adalah solat yang khusyuk, tapi everyone needs a vacation rite! or at least a break between work :)

ops... terpanjang sudaaaa..

xoxo

Sunday, February 7, 2010

lepas gian; aksi dalam bath tub

model of the day




Kalau baby baru lahir, belum leh berdiri, duduk sendiri... memang lah kena mandikan dalam bath tub, ye tak? Tapi sampai bila pulak nak kena mandi dalam bath tub ni? Bila masanya nak stop mandi guna bath tub, dan macam mana nak ajar anak mandi guna shower?

tapi aku sebagai orang dewasa pon sebenarnya sangat suka mandi bath tub, nak-nak kalau jakuzi. phuuhhhh, taknak naik beb! berendam dalam air panas je pon dah heaven dah. pastu letak wangi2an, buih-buih cinta..... aduhai... nikmatnya rasa


kali pertama Juwita dimandikan rasanya di hospital lah. maybe nurse yan comel yang mandikan dia. Masa aku duduk di Pusat Rawatan Al-Ikhwan, makcik yang jaga aku (ya ampunn...lupa nama makcik tu!) yang mandikan Juwita. Bila dah balik rumah mak aku kat jasin, mak aku a.k.a uwan Juwita yang mandikan dia sepanjang tempoh aku berpantang.

Aku sangat tak berani nak mandikan dia time tu. Juwita sangat kecil , dan aku sentiasa takut kot-kot aku terlepas time mandikan dia, dan dia terjatuh ke ape... ish... x konfiden betul aku nak mandikan Juwita sendiri time tu. Bukan tu je, dengan keadaan aku yang pakai bengkung dari bawah breast sampai bawah punggung, dengan jalan pon terkepit-kepit...mana bisa dong nak duduk bersimpuh atau bend on knee mandikan dia dalam bath tub. Kalau mandikan dia kat tub tinggi lain cerita, tapi bath tub aku jenis yg biasa tu kan... yang letak kat lantai tuh... adoi, seriau nak mencangkung.

inilah dia bath tub aku tuh

Jadi, bila tiba masanya aku terpaksa pulang ke rumah hubby (terpaksa ker? hehe... aku yang nak pulang sesangat sebenarnya, tak tahan berjauhan dengan hubby. rindewww!) terpaksalah belajar mandikan sendiri Juwita. Mula-mula memang kekok. Dah la aku ni kidal kan... orang yang ajar aku yang kekok! hahaaha!

Sejak hari tu, akulah yang mandikan Juwita. Kadang2 abahnya pon mandikan jugak la... bila aku letih atau ade kerja lain. Begitulah dari hari ke hari, bulan berganti bulan. Kemudian, tanpa aku sedari..... masa berlalu pergi.... (cheewah!)

aku tak sedar sampai bila, tapi aku perasan sepupu2 Juwita yang lain dah tak melakukan rutin yang sama seperti kami lagi (juwita ada 2 sepupu yang sebaya belah abah, dan ada duapupu sebelah aku). Pupu-pupu Juwita ni dah tak....

1. panaskan air untuk buat mandi
2. mandi air panas
3. dah tak mandi dalam bath tub
4. mandi shower atau kadang2 aku nampak mandi guna gayung air dalam baldi.

Oh, aku macam.... "eh... anak diorang dah leh mandi macam tu. anak aku mandi air panas dalam bath tub lagik...!"

Then aku cubalah mandikan Juwita. Menangis nya dia... atau boleh aku katakan sebagai meraung, macam kena dera! sungguh! aku tak sanggup dengar pon! so, kami pon kembali kepada rutin kami yang asal....

bergaya didalam bath tub kesayangan

sampai lah suatu hari.... (time ni umor Juwita dah setahun ++. Aku gigih betul nak dia stop mandi dalam bath tub. susah wooo nak mandikan dia bila balik kampung! dia nak bath tub kesayangan nye jer tuh... ). aku cakap kat dia... "adek dah besar kan... mana leh mandi dalam tub lagi... cuba tengok baby tu... baby pon dah mandi shower je..." then dia pon tengok kat sepupu2nya dalam bilik air yang sedang gelak ketawa main air sambil bergurau senda. Mungkin dia terasa lah kot, yang dia x dapat nak join main sebab takut kat air shower... lepas tu, surprisingly...

petang tu dia terus nak mandi shower! walaupon ade rengek2 sikit sebab x biasa, tapi dia biasakan diri jugak! gigih tol aku tengok dia... aku nampak muka dia takut, kejap2 nak peluk aku, tapi dia cuba jugak hulur tangan kat shower tu...

gitulah ceritanya, bagaimana aku dismisskan bath tub dalam rutin harian kami. TAPI, bath tub tu tak masuk setor. Aku buat isi kain basah, sebelum nak sidai kat ampaian. Tiap kali aku keluarkan bath tub ni, Juwita mesi excited. Dia akan tunggu sampai habis semua baju aku sidai, lepas tu... haaa...




lepas gian lah!!!!



beberapa lagi aksi model ini di kolam mandi... ahaks!



sayang sangat ko kat bath tub ni ek...

Friday, February 5, 2010

menyusu badan tak datang period? menyusu badan tak mengandung?

(amaran: 15sx. entry kali ini adalah bersifat ilmu pengetahuan untuk orang dewasa)

indahnya pengalaman menyusu anak sendiri

Selalu sangat aku dengar soalan2 begini diutarakan. Biasanya kalau ada ruang untuk aku jawab, akan ku jawab dengan berhemah. Tapi kebanyakan masa, aku hanya bertindak berdiam diri dan mendengar hujah2 doktor doktor tak bertauliah mengutarakan pandapat masing-masing. Kadang-kadang, perkara ini bukan timbul dari persoalan, tapi dengan yakin dan tanpa ragu-ragunya mereka menyatakan perkara ini. Muktamad! seolah-olah mereka adalah pakar sakit puan terkemuka pulak.

Percaya atau tidak, inilah antara 2 mitos yang paling dipercayai oleh kebanyakan ibu-ibu diluar sana. Sampaikan jika kita nak cakap sebaliknya pon dah tak boleh. Ini betul betulll!!! bukan cobaaannnn! nchobaaaannnnn.....(macam pendekar bujang lapok) gitu le...

Maklumat ini aku dapat dari doktor pakar feberet aku, Dr. Kamal Baharin dari Damansara Damai Medical Centre (DDMC). dia yg buat monthly check up aku, dia jugak yg potong potong potong! aku (adoi...!) dan tarik Juwita keluar... haaa....

Mitos 1

Ibu menyusu badan takkan datang period.

hakikat

Boleh je datang period. Bergantung pada hormon badan wanita tersebut. Sebabnya, walaupon wanita masih dalam tempoh menyusukan anak, pengovulan tetap berlaku down there, hokey... bila pengovulan berlaku, keluarlah ovum. Ovum yang tak tersenyawa, akan mati dan luluh bersama-sama selaput rahim (kalau ikut kata wikipedia: Menstruation is the shedding of the uterine lining (endometrium).) Itulah dia darah period.....

Tapi, ada juga BF mommies yang memang tak datang period sepanjang breastfeeding (BF). Kebanyakannya pula akan start period lewat (about 6 to 9 month after confinement period). Its normal. nothing to worries. Semuanya bergantung kepada hormon wanita itu sendiri, dan hormon wanita boleh dipengaruhi oleh berbagai faktor. Bukan semata sebab BF sahaja. Boleh jadi kerana perubahan rutin, keadaan badan yg fatigue, kurang tido, adjustment badan dengan new role, dan banyak lagi lah!

situasi sebenar pada diri aku

Aku tak datang period regularly. Sepanjang aku BF juwita (dah dekat 2 tahun), boleh kira dengan jari je barapa kali aku period. Mungkin ade lah dalam 3 or 4 kali. Tu pon sekejap je. TAPI... still tak boleh kata sebab aku fully BF jadi gitu. Sebabnya, hormon aku mmg tak stabil sejak aku pakai implanon. Jadi aku merumuskan sebenarnya Implanon yang menyebabkan period aku kedaung. haha! bukan menafikan, tapi aku pernah period secara normal sebelum implanon dimasukkan dalam lengan aku ye (which is 1 month after my confinement period)





Mitos 2

Ibu menyusu badan tak lekat punya! a.k.a takkan mengandung

hakikat

seperti yang aku terangkan seperti diatas sane, telur a.k.a ovum still dihasilkan oleh cik ovari di kilangnya (hehee.. penerangan comel dari aku), jadi jika telur itu secara sengaja atau tidak sengaja disenyawakan oleh abang berudu (heh.. comel lagi)....... maka...... confirm lepas tu tak datang period dah. Ramai yang ingat, bila dah datang period baru kene start pakai contraception, which is wrong!!! hello kawan, telur naik dulu lah! bila telur tak tersenyawa, dia mati, then baru uoll datang period. Kalau dah tersenyawa dulu... tak sempat la nak period.

wanita lepas bersalin ni hard to explain lah ye. Even doktor pon susah dah describe hal ni. doktor pon xleh predict bila ovari uoll akan produce itu telur. So.... prevention is better than regret!

situasi sebenar pada diri aku.

oh, aku dah ade prevention. Like i said previously, i use implanon. 2 thumb ups pada ini benda!!! satu kali install, tahan 3 tahun. Tiada kerisauan ngeh ngeh ngeh... Aku start masukkan implanon ni 2 month lepas habis pantang. so, sekarang sudah hampir 2 tahun :) :)


inilah rupanya implanon yang aku pakai. dipasang pada lengan kiri, antara otot biceps dan triceps




hehe....



kenapa tetiba malam2 cerita pasal benda ni semua? ntah la... aku rasa nak berkongsi ilmu sikit malam ni. asyik buat entry tak berfaedah aje... dah laaama tak buat review makeup, tutorial, dan sebagainya kan... start dengan parenting issue dulu la ye...

xoxo



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails