salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, January 19, 2010

2010 wedding expo

my dream wedding....
i dream of a white wedding! (boleh ke dream lagi? hahaha!)

last week punya cerita lagi. Like i told you all on my previous post, we went to midvalley to attend this wedding expo, tapi alang2 dah sampai, singgah chocolate expo dulu. erm, ape nak cerita ek... (cerita dah basi biasanya mmg mcm ni... the excitement dah pudar).

conceptual image. idea nih! idea...!
tu kalau nyalakan candles nye tu laaaagi nampak sangat niceeee~

conceptual idea lagi

gini lah, expo ni actually macam meant for chinese bride to be la plak. Korang pernah tak lalu kat ss2 PJ? alaa... yg banyak gile kedai2 bridal kiri kanan depan belakang korang tu... haa... mcm tu la kat dalam hall ni. macam semua kedai kat situ, pindah masuk dalam satu hall. Masing2 taknak kalah tau! Dengan deco, conceptual image, miniature, moke up model, table setting... tiap2 vendor bawa image yang unik2 dan sangat2 lah menarik! serius, terasa macam nak buat satu lagi reception ala2 inggeris je bila masuk hall ni.. huhuuu....


nampak macam real kan? sebenarnya ni miniature aka moke up model sahaja tau!

So, apa yang malay bride to be boleh dapat kat dalam ni? dapat cuci mate? hahaha.... ade benda yang menarik bagi aku. photography dan hardcover book package yang sangat2 lah menarik! bila aku tengok kerja2 diorang ni, aku terasa berbeza dengan hasil kerja fotografi dan hardcover album yang selalu aku tengok untuk wedding2 malay ni. Hasil kerja diorang sangat artistic, conceptual dan mmg unik! sebabnya, mereka sangat2 bersaing antara satu sama lain, dan mereka bersaing dari segi kualiti dan seni!

tapi kita? bersaing dari segi pakage dan harga. Itu pon betul.. tak salah bersaing dari segi harga dan pakage2 menarik, tapi secara tak langsung nilai seni dan kualiti jatuh nombor 3. Taknak la macam tu kan.... (saya x kata semua macam ni ye..ade juga jurufoto malay yang menjaga kualiti dan sentiasa mencipta idea2 baru untuk setiap hasil kerja mereka)


i love the color...

oklah, tak nak cerita panjang. biar gambar2 ni semua "do the talking" lah ye

layan album wedding diorang

oh, suka yang ni...

lagi...
i like the way they edit the picure
. and it look marbelous!

suka yang ni jugak

yang menarik:

masa nak masuk as usual dapat goodies bag (eh, masuk chocolate exhibition goodies bag pon xde..), then dapat card perfume. Card tu boleh bawa pergi kaunter perfume (ralph lauren kalau x silap) untuk redeem perfume vial for FREE! haha! itu yang paling best sekali! aku paling suka kalau dapat free gift nih...


kerana mereka ter lepas pandang kat aku, aku telah mendapat 2 kupon redeem (haha! best2..) sebenarnya tiap sorang leh redeem 1 kali je. so, aku pon pergi la kaunter kat dalam jusco. Inilah perbualan antara aku dan SA kat kaunter perfume tu


"excuse me, i want to redeem a perfume vial"


"ok, u fill up the form 1st ya..."


" btw, can i redeem for my friend...?"
sambil tunjuk kupon lagi satu.


"oh, cannot la dear... ur friend kena redeem sendiri"


"oh, takpe lah. i ask her to redeem sendiri lah later"
terus aku isi form. dalam kepala hotak, aku pikir cemana la aku nak dapatkan vial lagi satu ni. tak baik buang2 kupon, rugi woo!
tak lama tu SA tu datang balik.

"dear, vial untuk perfume for woman dah takde la.. stock belum sampai lagi. so i bagi vial for men sahaja ye..."

"er... ok2. nvr mind"


"kawan u tu, suruh dia redeem cepat. mine is completely out of stock. This is the last. ask her to try at metrojaya. sana ada 1 kaunter. u all boleh redeem 2 tempat aje, either here or metrojaya. Ask her to try there lah!"

wallah!!!! aku dah dapat penyelesaian bagi permasalahan aku! SA tu sendiri yang bagi solution. Ape lagi, terus aku berjalan dengan pantas ke metrojaya. Korang jangan lupa, aku bawa Juwita time tu hokey, i'm not alone... korang bayangkan le aku terkedek2 berlari2 anak dari jusco ke metrojaya...

sampai2 metrojaya, aku pon redeem lagi satu vial. ayat SA tu sama je..


"i only have vial for men lah. woman's vial takde stock. but u dun hav to worry, i give u all the nice2 smell only"

takpe la kak... janji aku dapat 2 vial. ngeh ngeh ngeh....


tapi sampai2 rumah baru terngiang2 kata2 amoi yg bagi card kupon tu


"u boleh redeem perfume vial for free. its a new fragrance from ralph lauren for woman".
even kat kupon tu pon gambar perfume for woman tu. siap dia sembur dengan perfume tu lah...ermmm.... something fishy kan

ape2 lah! janji aku dapat 2 vial. lagipon perfume for man tu serius best bau dia! aku dapat ralph lauren blue dengan silver! :) :) :) bagi hubby try nanti

baju pengantin yang very the simple yet elegance. tapi veil tu macam over la plak...
less is more ladies... less is more

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails