salute to the nature

salute to the nature

Wednesday, December 30, 2009

adoi la...... adoi....! (ini adalah diari konvensional)

Hari ini adalah superly tired. Kalau yg follow my twitter atau rakan2 facebook ku (oh ya.. facebook ku bukan untuk sebarangan rakan. Saudara dan kenalan sahaja ya) mesti tau yang harini, aku adalah sangat buzy... macam bizzy bee...

mula dengan keluar rumah pukul 12 (lebih kurang le), terus ke destinasi pertama, iaitu ke pandan perdana. Makeup2, buat hair do... amik2 gambar... habis 2 jam lebih kat sana. Confirm sudah style rambut, bunga dan veil color. Selesai satu bab. (nantikan update di blog makeup aku, petite touch untuk melihat trial makeup ini)

Gerak pula ke puchong. Odw, singgah mac-d, makan prosperity burger (pon.. sape yg follow twitter akan tahu bahawa aku craving benda ni semalam..huh...). Time ni dah 5.30 masa kitorang sudah makan. masuk kereta, jalaaaaaannnnnn...


sampai kat Dios Astana Bridal.. ape lagi, beli barangan bridal la.. cari veil aka selendang punya pasal. Setelah di selidiki dan dipikirin sedalamnya, sambil mengambil kira pendapat ramai pihak (phew...) didapati veil color putih dengan manik silver adalah paling COCOK dengan baju pink yang penuh labuci milik client ku di pandan tadi.. kalau pink jugalah veil tu... pink sangat la pulak nanti. top to toe pink...dapat bayang? aku.. tak sanggup nak bayang pon...T_T


dah 6.30 petang... call client lagi satu. nak trial makeup untuk sanding bulan 2 nanti. senang je jumpa condo dia ni.. orangnya pon simple... tapi adoi la..... empunya diri nak makeup yang se 'natural' dan 'lite' yang mungkin. So, itu lah yang aku buat... Tapi lepas tu empunya diri tanya kakaknya. dan...kakaknya pula nak makeup yang tebal, *meaning shading yang tebal (biar nampak betul2 garis shading kat hidung tu), blusher biar nampak merah kat pipi dan tebal, kening nipiskan dan tajamkan, tarik sampai bawah...mm ape lagi ek... itu lah antaranya. serba salah jadinya. adoi... mana satu nak diturutkan? empunya diri aka bakal pengantin atau kakak si pengantin???

*personally i dun like this kind of makeup. coz its look fake! just like the sister said, this makeup doesn't look nice in real, but its look pretty on picture. ahh.. i just dun get it. should we suppose to look pretty ON THAT DAY? i mean, not just in picture rite? suppose to look good on both, picture and real. gosh... i just can't accept the overdone makeup. sorry!

gambar yang terpaksa diletak untuk memeriahkan cerita.
sumber; arkib keluarga

selesai kerja aku. turn hubby pulak. pergi kilang sony hantar baju... dapat bayaran cash O_O bulat mata aku tengok...haha! best job hubby aku kan... satu job pon leh dapt riban... aku? 4, 5 job baru la nak jejak rib...u.... uhuuuu....uhukk!


time ni jam menunjukkan pukul 9.30 malam. terus balik rumah...(tak perlu lah aku cerita yang kitorang singgah esso isi minyak, beli tropicana twister dgn roti krim segala kan... T_T).


Sampai rumah TEPAT pukul 10 malam. terus charge h.set, call mama, check email, buat blog...

lepas ni nak cuci mekap, basuh muka, solat isya'....tgk the nanny :)

(err... ok. entry kali ni betul2 macam diari bertulis yang konvensional itu.)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails