SAHM = menghabiskan duit suami?

calling all stay at home mom (SAHM) here.

Have you been called menghabiskan duit suami / menyusahkan suami/ biarkan suami kerja kuat sorang2, kita senang lenang kat rumah/ ape2 saje gelaran yang menyakitkan hati? Atau, korang sendiri yang rasa macam menyusahkan suami dan menghabiskan duit suami? kalau korang kena gelaran macamtu, atau rasa macam tu, apa yang korang buat?


me? i just ignore what ever fucking shit yang diorg cakap, sbb i tahu what ever yang i buat, i have my own reason, and anybody else yang consider orang luar tak layak nak cakap ape2 or komen apa2 dengan my decision to be stay at home mom.

for those yang mengenali myself, akan tahu yang i berhenti kerja after i married n found out that i pregnant. Be a pregnant mom that time menguatkan lagi azam untuk quit my job and stay at home. dan bila dah melahirkan juwita, i lagi bertekad untuk menjaga sendiri my daughter walaupon masa tu dapat good offer in1 renowned big company. I asked my hubby, for the last time masa tu, is it ok with you if i'm not working anymore and you are the only yang akan bekerja keras? and that time, he said YES. I'm glad for that, coz he support me to become a SAHM. becoz i know not every husband mampu untuk menanggung pendapatan keluarga seorang diri, dan tak semua mommy sanggup meninggalkan kerjaya untuk stay at home.

To become a Stay At Home Mom bukan satu langkah yang kecil. Ia memerlukan satu kekuatan dan ketabahan dalam diri. Sebabnya akan ada mulut2 yang berkata2...

komen yang ni kita boleh senyum je bila kita dengar:

"tak sayang ke tinggalkan kerja bagus?"

"rugi lah duduk rumah jadi suri rumah je... dulu u belajar tinggi kan...rugi je masuk U dulu"

komen macam ni pula, kita boleh dengar sambil senyum pahit:

"tak kesian ke kat suami kerja kuat sorang2?"

"kalau sorang je kerja susah la... tengok, rumah kecik, keta pon kecik. kalau dua2 kerja kan senang sikit. Senang buat loan"

"tengok suami dah makin kurus. dia kerja kuat sangat tu"

"susah lah kalau sorang je kerja."

" tak lama punya dia tahan duduk rumah. nanti bila dah rasa susah tak de duit, pandaila dia mintak nak kerja balik"

personally, what ever orang cakap, i akan senyap je. Biarlah orang nak cakap ape. Yang penting i tahu apa yang i buat. Tapi harini, i nak reveal beberapa alasan kenapa i pilih untuk menjadi stay at home mom (SAHM):

1. i decided to be close with my family, and take care my own child.

pada yang tak tahu, my job sebelum ni adalah interior designer (boleh kata tinggi juga salary, tak campur allowance and commision ye). Tapi kerja ini sangat demand masa dan jiwa raga. Masuk kerja pukul 9, pukul 8 malam belum tentu dapat balik lagi tau. nak2 bila ada submission atau job besar. Harus ada on time kat site, dan attend meeting tanpa mengira waktu. Masa kerja dulu pon, i selalu ade conflik dengan my boss, semuanya sebab i tak suka masa i bersama keluarga terpaksa dikorbankan untuk kerja. My boss in the other hand, nak i commit pada kerja nombor 1, family letak tepi dulu (which is i will never agree sampai bila2 pon)

thats why i decide to quit my job. i choose my family over high pay salary job. Bagi i, apa yang bahagianya dengan duit2 berkepuk tu semua, kalau masa bersama family pon tak cukup.

i nak bila my hubby balik rumah, i ada untuk sambut dia. nanti bila anak i dah sekolah, i ada masa untuk hantar dan ambil dia balik sekolah. i nak my hubby boleh balik lunch tengah hari kat rumah. Dan paling penting, i tak suka rumah i kelam kabut tak terurus sebab i sibuk kerja, then bila balik rumah dah letih, tak sempat nak kemas rumah, nak main dengan anak, nak layan suami bagai...

2. i tak percaya orang lain untuk menjaga anak i

ini i realize lepas i lahirkan Juwita. I tak percaya tangan orang lain untuk mengasuh anak i. Seperti mana i tak percaya kepada susu formula yang menggantikan susu badan, macam tu juga lah i tak percayakan tangan orang lain. I pikir, i ada kudrat, i ada tangan sendiri, i ada susu badan sendiri. Kenapa perlu bagi orang lain, dan orang lain tu bagi susu lembu kat anak kita?

ini adalah pemikiran i sahaja ye. I tak kondem ibu2 lain, dan i tak kondem susu formula pon. Ini hanya pendirian i yang mendorong i untuk menjadi SAHM. Setiap ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya kan... lain orang lain cara dan kaedahnya. Macam yang i cakap tadi, tak semua ibu mampu untuk menjadi SAHM, dan tak semua ibu mampu untuk menjaga sendiri anak, malah tak semua ibu mampu menyusu anak sehingga 2 tahun.

3. timbul perasaan keibuan, dan hilang naluri mengejar kekayaan

sejak lahirnya juwita, naluri keibuanku ini semakin menebal sehinggakan naluri-naluri lain seperti nak kaya, nak naik pangkat, nak kereta besar dan macam2 lagi semua macam dah faded. Keinginanku untuk mengejar gaji besar hilang. Ini susah skit nak terangkan, tapi masa anak dara dulu, memang! dalam hidup ni rasa nk kejar gaji besar, nak pangkat besar, nak beli keta besar, dan segala yang besar-besar belaka. Tapi bila dah jadi ibu, cuma nak satu benda je, nak anak membesar, sihat dan cerdik.

4. SAHM adalah kerja untuk ibu yang paling mulia

betul cakap orang, sebenarnya jadi SAHM ni bukan mudah. malah lagi susah dari working mom. Itu kita cerita lain kali lah ye, tentang apa yang ibu2 SAHM ni buat kat rumah (well, mostly SAHM ni ade kerja sambilan dari rumah ye)

i buat entry ni bukan untuk berdebat atau berbahas ke ape, tapi cuma nak meluahkan rasa hati. Sebab selama ni kita berdiam diri. Tapi bila kita diam, tak bermakna kita bodoh dah tak mengerti. Kita diam sebab kita taknak berdebat dengan orang yang memang takkan paham. Orang yang pemikirannya tegar dan tak boleh diubah.

Kepada SAHM2 yang lain, kita senyum je dengan orang2 macam ni. Saya percaya anda semua pon pernah kena kat batang hidung dengan soalan2 macam ni kan :) yang penting kita kuat walaupon kadang2 tergelecek dan terseliuh juga. Ala... kita pon wanita biasa... cuma pilihan kita yang luar biasa...

habiskan duit suami?
ini adalah satu bentuk kecaman yang maha hebat! ermm.... habiske duit suami? atau duit tu memang hak nafkah untuk kita? adakah kita minta lebih dari yang sepatutnya? atau kita mintak apa yang sememangnya di declare milik kita? adakah SAHM tak boleh mintak duit kat suami sebab kita tak ada duit?

macam yang i bagitahu sebelum ni, rata2 SAHM ada kerja sambilan dirumah. Sebabnya mostly SAHM ada kesedaran untuk mengurangkan beban suami. So, dengan duit itu lah kami beli pakaian anak2, dan sedikit barang keperluan sendiri. Tapi mostly memang barang untuk anak2, dan diri sendiri selalu diketepikan dulu. Dah memang itu sikap ibu. Mana2 pon sama kan.

sangat tidak wajar jika orang cakap SAHM ni senang lenang kat rumah, dan menyusahkan suami. Dan sangat tidak berilmu orang itu jika mempersoalkan SAHM meminta duit dari suami. Ingat, jika isteri bekerja dan mempunyai wang sendiri sekalipon, suami tetap wajib memberi nafkah pada isteri dan anak2. Dan wang isteri adalah untuk keperluan isteri. Hak isteri jika dia nk spend untuk anak or diri sendiri. Well, kebanyakan isteri kat melaysia ni senang hati berkongsi duit gaji untuk melangsaikan hutang dan sewa serta bil2 tiap2 bulan.

Tapi kebanyakan suami lupa bila isteri bergaji besar. Bila i pilih untuk jadi SAHM, i set dalam hati, Well sekarang my hubby tak akan lupa nafkah dan tanggungan dia lagi. Alhamdulillah, hak dan tanggungjawab dia dalam bab ni tak akan terabai. (banyak suami yang isteri bergaji terlupa dan lalai hal ni, lalu menanggung dosa dek kealpaan sendiri)

hari ini, saya berbangga menjadi SAHM. Sebab tak semua ibu sanggup berhenti kerja, tak semua suami redha isterinya tidak bekerja, tak semua suami redha isteri duduk rumah dan tak semua orang akan paham kenapa kita pilih untuk jadi SAHM.

renung2kan dan selamat bermuhasabah diri :)

Comments

zZana said…
"tengok suami dah makin kurus. dia kerja kuat sangat tu" <-- mizi tu dah memng bentuk asal dia mcm tu,,dulu kt maktab mkan sampai 6x sehati pun x bertambahnya lemak dia,,
Sherry said…
dont bother wht other says as you know you are right.

popular posts last week

Hari simen kaki ku dibuka

bon voyage!!

Kemas kini gambar passport anak anda

Road to Melbourne. Episode 6: Rekod Pergerakan Keluar Masuk

TIPS MEMAKAI KOLEKSI SKIRT HITAM (dan tips travel!)

amalan bidaah dalam adat melayu. Ya Allah, tunjukkan lah aku jalan yang benar....