salute to the nature

salute to the nature

Thursday, November 26, 2009

10 things i hate about you

macam tajuk filem kan? tapi kali ni bukan nak buat sinopsis tentang filem hollywood "10 things i hate about you" tu. Ini betul-betuuul...bukan cobaannn!!!!! nchobaaannnnnn........ (dialog cerita pendekar bujang lapuk) pon bukan jugak ye... saje je selingan.

ceritanya adalah tentang 10 perkara yang aku tak suka/ benci/ hate/ menyampah, tapi aku terpaksa deal dengan benda tu selagi.... er... selagi aku hidup la kot... mmm...


tangga ke 10

bunyi bising! especially budak2 main buat bising. aku tak suka betul! aku adalah orang yg sangat appreciate pada ketenteraman dan kesunyian... (sunyi kat sini bermaksud tak bising hokey, bukan sunyi tak de teman or somtin')

tangga ke 9

bau busuk! hidung aku adalah super sensitif. aku dapat bau somtin' smelly walaupon bau tu ala2 je. sebab tu aku tak suka bau busuk, especially sampah. Bau deodorant pon aku tak suka sbb nanti comfirm campur dengan bau ketiak hangit... hasilnya adalah super busuk!!



tangga ke 8

aku tak suka nyamuk! kerana nyamuk lah aku kena denggi awal tahun dulu, dan kerana nyamuk juga aku nyaris2 nak kena denggi lagi sekali haritu... kerana nyamuk jugalah anak dara aku dah berparut pipinya! chiss!



tangga ke 7

orang kacau barang2 aku. Ni aku paling anti sekali. sejak kecik, aku mmg paling benci orang yang usik2 barang aku. kat asrama dulu, barang aku semua dalam locker, sbb aku tak nak orang usik dan pegang2 barang aku.hehe... yang paling aku benci, dah la orang usik belonging aku, then tak letak kat tempat dia balik! ishh... tak suka barang aku berubah2 tempat tau!



tangga ke 6

bersepah. sangat tak suka rumah bersepah. pening kepala tengok dan memikirkannya. please la... dah amik barang tu, susun n letak la balik kat tempat dia balik kan.. common sence la kan... takkan tu pon nak kena ajar, ye tak?



ke 5

connection internet lembab macam siput! berjanggut tunggu loading :(



ke 4

orang ganggu masa makan aku, especially time breakfast dan supper. 2 time ni macam "me time" bagi aku. So, aku nk time ni aku enjoy the food all by myself. tanpa gangguan sesiapa, even Juwita pon jgn kaco...



ke 3

tidurku terganggu. Tapi yang ni aku dah redhaa sejak Juwita lahir ke dunia ni. Aku redha seorang ibu mmg susah nak dapat tidur yang secukupnya 6 jam setiap malam... huhuhuuu... terima je...



ke 2

pemikiran manusia2 yang suka mempolitikkan segala perkara. benci orang macam nih! (malas nak elaborate lebih, sebab tak suka memikirkannya pon)



pertama paling tak suka!!! ialah....

jenis2 manusia yang tak menghargai masa dan komitment orang lain. Dia pikir diri diaaa je.. kalau beratur tunggu que, orang2 ni tak segan silu potong line dengan pelbagai kaedah dan cara. Manusia jenis ni akan sanggup buat apa sahaja asalkan diri sendiri lepas, orang lain sangkut takpe. kalau makan buffet kat hotel, orang2 ni akan ambil sebanyak yang boleh dalam pinggan diorang, sampai bergunung2... yang penting dia dapat semua dan dapat paling banyak. habis ke tak tu belakang kira. orang lain dapat ke tak tu lagi lah takde dalam pemikiran diorang pon.

Aku dah banyak kali jumpa manusia2 macam ni, kat hotel time ambil makanan, time nak naik keta kabel, time nak naik bas, nak naik tren, masuk lif... sungguh! aku tak suka orang2 nih! tak perlu lah sebut spesifik kot.. yang pasti, diorang ni bukan orang local.. tourist maa.... cakap omputih pon tak fasih kot... toktok sungguh!!! kiasu!



dah la, penat. baru balik dari jasin ni... benda ni dah lama dalam draft, tapi harini edit balik... post la kan... buat peringatan dan panduan semua heheheee....




daily family muzakarah; lesson of the day:

1. ilmu itu cahaya. cahaya takkan sampai pada hati yang gelap. So, kalau senang nak terima ilmu, terang2kan lah hati

2. bengang jangan simpan dalam hati. nanti hati jadi busuk. tarik nafas.... lepaskan.....

2 comments:

Sherry said...

nice list almost same with me... only number 4 different... time commitment important!!

yeah about that.. I won a prize org pinay tapi prize x bagi pun :( work so hard for the contest as earning most points and I did!!

Anonymous said...

miley cyrus nude [url=http://crystal-liu.com/forums/index.php?showuser=1113]miley cyrus nude[/url] miley cyrus sex tape [url=http://forum.ondertitel.com/index.php?showuser=74503]miley cyrus sex tape[/url] miley cyrus nude [url=http://stabilo.forumsunlimited.com/index.php?showuser=799]miley cyrus nude[/url] miley cyrus nude [url=http://ragga-jungle.com/user/15036-vebsterd]miley cyrus nude[/url] kim kardashian nude [url=http://forums.quark.com/members/vebsterd.aspx]kim kardashian nude[/url]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails