salute to the nature

salute to the nature

Thursday, November 26, 2009

10 things i hate about you

macam tajuk filem kan? tapi kali ni bukan nak buat sinopsis tentang filem hollywood "10 things i hate about you" tu. Ini betul-betuuul...bukan cobaannn!!!!! nchobaaannnnnn........ (dialog cerita pendekar bujang lapuk) pon bukan jugak ye... saje je selingan.

ceritanya adalah tentang 10 perkara yang aku tak suka/ benci/ hate/ menyampah, tapi aku terpaksa deal dengan benda tu selagi.... er... selagi aku hidup la kot... mmm...


tangga ke 10

bunyi bising! especially budak2 main buat bising. aku tak suka betul! aku adalah orang yg sangat appreciate pada ketenteraman dan kesunyian... (sunyi kat sini bermaksud tak bising hokey, bukan sunyi tak de teman or somtin')

tangga ke 9

bau busuk! hidung aku adalah super sensitif. aku dapat bau somtin' smelly walaupon bau tu ala2 je. sebab tu aku tak suka bau busuk, especially sampah. Bau deodorant pon aku tak suka sbb nanti comfirm campur dengan bau ketiak hangit... hasilnya adalah super busuk!!



tangga ke 8

aku tak suka nyamuk! kerana nyamuk lah aku kena denggi awal tahun dulu, dan kerana nyamuk juga aku nyaris2 nak kena denggi lagi sekali haritu... kerana nyamuk jugalah anak dara aku dah berparut pipinya! chiss!



tangga ke 7

orang kacau barang2 aku. Ni aku paling anti sekali. sejak kecik, aku mmg paling benci orang yang usik2 barang aku. kat asrama dulu, barang aku semua dalam locker, sbb aku tak nak orang usik dan pegang2 barang aku.hehe... yang paling aku benci, dah la orang usik belonging aku, then tak letak kat tempat dia balik! ishh... tak suka barang aku berubah2 tempat tau!



tangga ke 6

bersepah. sangat tak suka rumah bersepah. pening kepala tengok dan memikirkannya. please la... dah amik barang tu, susun n letak la balik kat tempat dia balik kan.. common sence la kan... takkan tu pon nak kena ajar, ye tak?



ke 5

connection internet lembab macam siput! berjanggut tunggu loading :(



ke 4

orang ganggu masa makan aku, especially time breakfast dan supper. 2 time ni macam "me time" bagi aku. So, aku nk time ni aku enjoy the food all by myself. tanpa gangguan sesiapa, even Juwita pon jgn kaco...



ke 3

tidurku terganggu. Tapi yang ni aku dah redhaa sejak Juwita lahir ke dunia ni. Aku redha seorang ibu mmg susah nak dapat tidur yang secukupnya 6 jam setiap malam... huhuhuuu... terima je...



ke 2

pemikiran manusia2 yang suka mempolitikkan segala perkara. benci orang macam nih! (malas nak elaborate lebih, sebab tak suka memikirkannya pon)



pertama paling tak suka!!! ialah....

jenis2 manusia yang tak menghargai masa dan komitment orang lain. Dia pikir diri diaaa je.. kalau beratur tunggu que, orang2 ni tak segan silu potong line dengan pelbagai kaedah dan cara. Manusia jenis ni akan sanggup buat apa sahaja asalkan diri sendiri lepas, orang lain sangkut takpe. kalau makan buffet kat hotel, orang2 ni akan ambil sebanyak yang boleh dalam pinggan diorang, sampai bergunung2... yang penting dia dapat semua dan dapat paling banyak. habis ke tak tu belakang kira. orang lain dapat ke tak tu lagi lah takde dalam pemikiran diorang pon.

Aku dah banyak kali jumpa manusia2 macam ni, kat hotel time ambil makanan, time nak naik keta kabel, time nak naik bas, nak naik tren, masuk lif... sungguh! aku tak suka orang2 nih! tak perlu lah sebut spesifik kot.. yang pasti, diorang ni bukan orang local.. tourist maa.... cakap omputih pon tak fasih kot... toktok sungguh!!! kiasu!



dah la, penat. baru balik dari jasin ni... benda ni dah lama dalam draft, tapi harini edit balik... post la kan... buat peringatan dan panduan semua heheheee....




daily family muzakarah; lesson of the day:

1. ilmu itu cahaya. cahaya takkan sampai pada hati yang gelap. So, kalau senang nak terima ilmu, terang2kan lah hati

2. bengang jangan simpan dalam hati. nanti hati jadi busuk. tarik nafas.... lepaskan.....

Tuesday, November 24, 2009

blue is pretty, but its soooo boy-ish!

last sunday, me and juwita had a fun day window shopping. We were looking for her new sweatshirt.... and there's some pieces that cought our eyes!

"mummy.... i look like a boy... sooo not me lah..."

it's nice isn't it? but it's blue!!! blue is no-no for her. she will look like boy... mmmm.... what to do... get the pink one lah...! hehe... luckily this pattern got pink! with a lil bit girlish details of course! nice!

booooring! mom, please take this blue shirt off of me! i want to korek hidung! gatal la...

Monday, November 23, 2009

win a chanel lipgloss from miu!

the picture to judge
the caption:
super duper lustrous lip glass, soo in love with it, so much till i bring her to bed!

1st time i enter the contest from miu (plus size kitten). She loves having contest and giveaway, just my time is not enough to take part on it (or i just lazy todo it haha). this time, i want to try my luck!

So this is my try, me posing on a bed, with my lovely favourite lip gloss...

the contest require only 1 picture to qualify. but i cannot choose which 1 is best... so i just put the second picture here...

me with my fav lip gloss. revlon super lustrous lipglass in pearl plum

jom join giveaway! sape tak suka mekap kan...

gambar adalah dari ehsan abg google


korang... jom la join giveaway mekap mekap anjuran petite touch.

sempena petite touch tengah lapang schedule nih, bolehlah nak selitkan sesi mekap percuma bersama2 sesapa yang berminat :)
agak2 ade tak eh org yg berminat nak mekap nih? ala...saja2 pon takpe.. tak semestinya bila ada function je kan? tapi kalau ade function pon ape salahnya, lagi baguss! kot2 ade yang nk gi hi-tea ke, dinner ke, party ke, bolehla request...

nak tau lebih lanjut, jenguk ke
petite touch eh...


*mmmm.... petite touch rasa2 kan... macam nak buat kelas grooming... tp tak tau lagi bile...

apakah ertinya kebahagiaan?

Apakah erti kebahagiaan bagi anda? adakah...

mempunyai rumah besar?


my dream surburban villa, beside the lake with my own organic farm. just like martha stewart's

mampu memiliki kereta mewah?


my hubby's dream car. honda civic

mempunyai gaji dan jawatan yang besar?


mempunyai isteri yang cantik atau suami yang kacak?


dapat beli apa sahaja yang diingini?


jadi kaya dan ternama?


*dapat beli seluruh koleksi MAC dan bobbi brown? (oh... ini antara impianku)

ini adalah super duper tempting! i can't resist!!!

mmm..... ape eh... cuba korang pikir-pikirkan. apa sebenarnya yang korang nak dalam hidup ini.
cuba korang tutup mata dan bayangkan sekarang (lepas habis baca perenggan ni lah baru tutup mata ye. kang tak nampak pulak... T_T), bila korang dah dapat apa yang korang nak sangat dalam hidup ni, then lepas tu apa?

Konon lah ye, dah dapat kereta besar, rumah besar, suami hensem, kerja bagus, gaji besar, keluarga berkembang or apa2 yang korang inginkan.... then... lepas tu apa? korang rasa akan bahagiakah anda pada masa itu?
bila dah dapat semua tu, lepas tu nak buat apa? apa lagi yang korang nak kejar? apa lagi yang korang nak archieve?

apa erti kebahagiaan bagi anda?


bila pikir dalam2, kalau i dapat kumpul seluruh *koleksi MAC dan Bobbi Brown, maybe i akan happy dan bahagia dalam 6 or 7 bulan, or maybe setahun dua i akan happy... tapi lepas tu? dapat happy ke seumur hidup? tak kan? kita akan bosan bila benda tu dah senang sangat kita dapat. bila kita dah bosan dengan makeup2 tu semua, kita mula cari kebahagiaan pada benda lain pula.

begitulah manusia. hidup dalam mencari, dan mencari, dan mengejar.....
benda yang boleh buat kita bahagia...

*er... MAC dan Bobbi Brown tu hanya contoh ok. I still want that MAC and bobbi brown. thats consider as a pelaburan for me hokey.... ngee...



daily family muzakarah; lesson of the day:

1. bersederhana lah dalam kehidupan. buat baik "berpada-pada", buat jahat jangan sekali-kali pon!. Ingat, buat baik pon kena berpada pada je... terlebih baik pon akan memakan diri

2. cari keseimbangan dalam hidup (balance in life)



*all picture are from google image. thank you

Sunday, November 22, 2009

cepatnye kita menua (tag dari sarah al-idrus)

dari meja pena.
(feeling2 penulis terkemuka)

lately suka pulak hangout kat blog cik adik sarah al-idrus nih. kadang2 tinggalkan komen, kadang2 baca2 saje. Dia ni rajin pulak tu tag2 reader dia. Ni second time kalau tak silap i buat tag dari dia. 1st time dulu pasal ape eh... tak ingat dah... hehe....

topik yang di tag kali ni adalah cepatnya kita menua. Kena letak gambar2 lamaaa..... yang confirm lah kan lain dari muka kita sekarang ni. Ada orang macam ugly betty, or ugly duckling; dulu ala2 comot, now dah lawaaaa, comey.... tapi ade pulak orang, dengan alasan dah kahwin dan anak berderet2, so dah tembun sikit (kadang2 tembun banyak).

Ade juga orang yang mengalami transformasi yang besar. Dulu free hair, sekarang dah ayu bertudung. Dulu 3G (gemuk, gempal, gebu) sekarang selim melimm. macam2 kan! yang paling penting semua orang akan semakin tua... dan semakin matang! itu yang penting.


so, untuk menyedapkan lagi cerita ni, terpaksalah i letak gambar2 lama i yang ala2 budak mentah dan comot... hehehee.... sekarang pon comot jugak, tapi depan hubby je la i comot... (comot lain tuh) since, i dah aktif ber "facebook" ni, tu la yang dapat banyak gambar2 lama i, sebab my dad rajin scan gambar2 lama, then post kat facebook! haha!


haha! mula dgn gambar ni dulu. tgk my mom,muda lawo...me pulak, yg baby tu la. umor sebaya juwita sekarang.muka pon lebih kurang kan!

ni raya tahun bilaa..... pakai spek lagi. muka pon macam pinggan hehee... time ni tak banyak gambar i, sbb i paling takut kamera.hehe...kurang confident diri

haaa! gambar ni lagila.... i was bigger than my mom! maluu.... (dah 2 kali gambar ni keluar kat blog ni...kalau rajin cari la yek)

oh, ni dah kurus sket... ingat lagi, ni time raya. baju tu baju konvo. so, maknanya ni tahun i convo hehe

raya lagi. time ni dah kerja... dah tunang kot... takpon, tengah couple. lupa ingatan lagi lah!


ok, cukup gambar lama. Now compare dengan my pic sekarang....

i tengah feeling feeling ala2 nur amina nur kasih (wakakaka!)

raya haritu....

kat bazaar maeps! jual kimono. sape nak beli?!

kat dangabay, family holiday. dengan my mom... i dah jadi kecil theehehee...

phew.... banyak dah gambar lama nih! terbongkar sudah segala rahsia 'besar' ku itew! Kalau tengok gambar2 tu, notice kan yg my bro n my lil sis pon dah semakin besar n matang. My lil sis dulu comel kecik je, sekarang dah anak dara dah.... tapi jadi anak dara lasak! haha! my bro 2 orang tu, hehe.... dah besar sekarang... sorang kat aussie ( check post sebelum2 ni), sorang lagi kat UTP, final year.

me? sekarang dah jadi ibu muda, yang glam da vass! haha! takde lah.... i just took 1 step ahead to archieve what i want. And that's what makes who i am right now.



daily family muzakarah; lesson of the day:

1. to be succesful, all you need is 1 step ahead
2. all successful people solat 5 waktu T_T

(from now on, my blog will have segment for "daily family muzakarah; lesson of the day" at the bottom of every post. this lesson was taken from our family muzakarah during breakfast.)

sebagaimana muzakarah ini membina diri saya dan keluarga, diharap dapat memberi inspirasi dan pedoman kepada anda semua juga. (^_^)

Friday, November 20, 2009

meet me halfway

1.32a.m.

tengah nak tido, pasang mp3 kat h.set, dan lagu ni mmg ada dalam playlist. mmm best! Terus bangun, then buat blog. hehehe... giloss!

as usual, black eyed peas sentiasa tidak mengecewakan :)

deep la meaning lagu nih... tak caye cuba baca lirik. mmg gile2 punya feeling cinta lah

video clip dia pon, mmg best. very2 the conceptual. malas la nak describe panjang2, biar korang dengar dan tengok sendiri je la hehe.... i nak sambung tido dulu....

eh... nak layan lagu ni dulu atas katil....

mmmm...

hubby.... cepat lah pulang~~

rindu~~



Song lyrics | Meet Me Halfway lyrics

Wednesday, November 18, 2009

i want MAC mineralize blusher!

sekarang fulus tengah sengkek. poket money tak dapat lagi hehehe~ dalam maybank memang sedih, ade rm3 je.. sebab dah habis beli topup, then... tak ingat beli ape... hehe!

kenape la bulan ni slow sangat. Mana dia orang2 yg selalu beli dnhans, limina plus, lasindah cafe semua? diorang pon sengkek agaknya... ish ish ish

anyway, walaupon duit takde, tapi keinginan shopping dan mekap tak boleh hilang beb! ni tengah tunggu MAC mineralize blusher nih!

nak beli 3 color...

Love Thing

ConjureUp (ni color terkini nih!)

hand finish

mmmmm..... nak berangan dulu lah.... ntah bila dapat beli nye... hehehee...

eh, superdupernatural pon cantik shade coral dia.... love joy pulak brownish... seswai buat bronzer

takde issue

belakangan ni, tak ade issue atau cerita nak tulis (atau taip). Semua macam biasa biasa sahaja, tak ada yang luar biasa pulak. Ada juga keluar outing satu famili, tapi tu semua cerita biasa lah kan... semua dah pernah blog dulu2.

Kalau window shopping, mestilah ke the curve, ikea, ikano.... bla bla bla... makan mesti la kat waroeng penyet, tak pon mac-d, nandos...mmmm (bosan) tak de ape nak citer pon kan~

sebab tu lah, dalam minggu-minggu ni jarang sangat update. (bukan malas ye.. hehe)

oh ya, last 2 week, saya demam. teruk juga, dengan sakit kepala yg berdenyut-denyut, pergi klinik. suspected denggi (again!) uh... harap2 sgt bukan denggi masa tu. tak sanggup rasanya nk melalui saat2 bersama denggi macam dulu. Alhamdulillah badan ni mampu lawan viral tu. Sebab doc kata masih terlalu awal utk detect virus tu dlm darah. Even platlet pon belum drop. Cuma sbb dulu sy pernah kena denggi, so, tanda2 awal dan simptom2 tu semua kita dah tau, tu kita detect simptom tu ada! atas nasihat doc, sy makan banyak buah sitrus, vit c dan minum banyak air. alhamdulillah viral tu dapat ditewaskan.

oh, btw, sebelum sy demam,my hubby demam dulu, serentak dengan my doter. Both of them demam kat kampung. Semua gara2 memancing ikan keli di kolam belakang rumah hehe... sampai ke maghrib tu... dengan hujan renyai2 lagi...harusss la datang sakit.

habis bab kesihatan diri... (macam buat laporan pulak. oh ya...blog ni my parent pon baca, so perlu update status ok)

terkini, saya dah ada akaun facebook. my hubby pon mmg ade akaun facebook. Dia bukak akaun semata untuk main mafia war dan terkini, farmville ye... Saya, bukak facebook sebab terpengaruh dengan my sis, Ain. Tengok dia main farmville macam syok je, hehehee... tapi akaun facebook sy ni hanya untuk family je. Kalau tgk list friend sy pon, semua cousin2, uncle2, dgn aunty2 je... my father pon ade facebook,as well as all my siblings. :) haruss la sy pon kena ade satu juga... just to update my status, instead just by twitter and blog.

berita paling terkini, malam ni sy masak lasagna. yumm! kenyang2... kenyang dengan cheese! hehe... juwita tak nak cuba pon! mesti dalam hati dia, ntah ape2 benda tah ni! hehehe... jadi, dia makan roti krim coklat je.

sekian laporan dari damansara.

xoxo

Tuesday, November 17, 2009

SAHM = menghabiskan duit suami?

calling all stay at home mom (SAHM) here.

Have you been called menghabiskan duit suami / menyusahkan suami/ biarkan suami kerja kuat sorang2, kita senang lenang kat rumah/ ape2 saje gelaran yang menyakitkan hati? Atau, korang sendiri yang rasa macam menyusahkan suami dan menghabiskan duit suami? kalau korang kena gelaran macamtu, atau rasa macam tu, apa yang korang buat?


me? i just ignore what ever fucking shit yang diorg cakap, sbb i tahu what ever yang i buat, i have my own reason, and anybody else yang consider orang luar tak layak nak cakap ape2 or komen apa2 dengan my decision to be stay at home mom.

for those yang mengenali myself, akan tahu yang i berhenti kerja after i married n found out that i pregnant. Be a pregnant mom that time menguatkan lagi azam untuk quit my job and stay at home. dan bila dah melahirkan juwita, i lagi bertekad untuk menjaga sendiri my daughter walaupon masa tu dapat good offer in1 renowned big company. I asked my hubby, for the last time masa tu, is it ok with you if i'm not working anymore and you are the only yang akan bekerja keras? and that time, he said YES. I'm glad for that, coz he support me to become a SAHM. becoz i know not every husband mampu untuk menanggung pendapatan keluarga seorang diri, dan tak semua mommy sanggup meninggalkan kerjaya untuk stay at home.

To become a Stay At Home Mom bukan satu langkah yang kecil. Ia memerlukan satu kekuatan dan ketabahan dalam diri. Sebabnya akan ada mulut2 yang berkata2...

komen yang ni kita boleh senyum je bila kita dengar:

"tak sayang ke tinggalkan kerja bagus?"

"rugi lah duduk rumah jadi suri rumah je... dulu u belajar tinggi kan...rugi je masuk U dulu"

komen macam ni pula, kita boleh dengar sambil senyum pahit:

"tak kesian ke kat suami kerja kuat sorang2?"

"kalau sorang je kerja susah la... tengok, rumah kecik, keta pon kecik. kalau dua2 kerja kan senang sikit. Senang buat loan"

"tengok suami dah makin kurus. dia kerja kuat sangat tu"

"susah lah kalau sorang je kerja."

" tak lama punya dia tahan duduk rumah. nanti bila dah rasa susah tak de duit, pandaila dia mintak nak kerja balik"

personally, what ever orang cakap, i akan senyap je. Biarlah orang nak cakap ape. Yang penting i tahu apa yang i buat. Tapi harini, i nak reveal beberapa alasan kenapa i pilih untuk menjadi stay at home mom (SAHM):

1. i decided to be close with my family, and take care my own child.

pada yang tak tahu, my job sebelum ni adalah interior designer (boleh kata tinggi juga salary, tak campur allowance and commision ye). Tapi kerja ini sangat demand masa dan jiwa raga. Masuk kerja pukul 9, pukul 8 malam belum tentu dapat balik lagi tau. nak2 bila ada submission atau job besar. Harus ada on time kat site, dan attend meeting tanpa mengira waktu. Masa kerja dulu pon, i selalu ade conflik dengan my boss, semuanya sebab i tak suka masa i bersama keluarga terpaksa dikorbankan untuk kerja. My boss in the other hand, nak i commit pada kerja nombor 1, family letak tepi dulu (which is i will never agree sampai bila2 pon)

thats why i decide to quit my job. i choose my family over high pay salary job. Bagi i, apa yang bahagianya dengan duit2 berkepuk tu semua, kalau masa bersama family pon tak cukup.

i nak bila my hubby balik rumah, i ada untuk sambut dia. nanti bila anak i dah sekolah, i ada masa untuk hantar dan ambil dia balik sekolah. i nak my hubby boleh balik lunch tengah hari kat rumah. Dan paling penting, i tak suka rumah i kelam kabut tak terurus sebab i sibuk kerja, then bila balik rumah dah letih, tak sempat nak kemas rumah, nak main dengan anak, nak layan suami bagai...

2. i tak percaya orang lain untuk menjaga anak i

ini i realize lepas i lahirkan Juwita. I tak percaya tangan orang lain untuk mengasuh anak i. Seperti mana i tak percaya kepada susu formula yang menggantikan susu badan, macam tu juga lah i tak percayakan tangan orang lain. I pikir, i ada kudrat, i ada tangan sendiri, i ada susu badan sendiri. Kenapa perlu bagi orang lain, dan orang lain tu bagi susu lembu kat anak kita?

ini adalah pemikiran i sahaja ye. I tak kondem ibu2 lain, dan i tak kondem susu formula pon. Ini hanya pendirian i yang mendorong i untuk menjadi SAHM. Setiap ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya kan... lain orang lain cara dan kaedahnya. Macam yang i cakap tadi, tak semua ibu mampu untuk menjadi SAHM, dan tak semua ibu mampu untuk menjaga sendiri anak, malah tak semua ibu mampu menyusu anak sehingga 2 tahun.

3. timbul perasaan keibuan, dan hilang naluri mengejar kekayaan

sejak lahirnya juwita, naluri keibuanku ini semakin menebal sehinggakan naluri-naluri lain seperti nak kaya, nak naik pangkat, nak kereta besar dan macam2 lagi semua macam dah faded. Keinginanku untuk mengejar gaji besar hilang. Ini susah skit nak terangkan, tapi masa anak dara dulu, memang! dalam hidup ni rasa nk kejar gaji besar, nak pangkat besar, nak beli keta besar, dan segala yang besar-besar belaka. Tapi bila dah jadi ibu, cuma nak satu benda je, nak anak membesar, sihat dan cerdik.

4. SAHM adalah kerja untuk ibu yang paling mulia

betul cakap orang, sebenarnya jadi SAHM ni bukan mudah. malah lagi susah dari working mom. Itu kita cerita lain kali lah ye, tentang apa yang ibu2 SAHM ni buat kat rumah (well, mostly SAHM ni ade kerja sambilan dari rumah ye)

i buat entry ni bukan untuk berdebat atau berbahas ke ape, tapi cuma nak meluahkan rasa hati. Sebab selama ni kita berdiam diri. Tapi bila kita diam, tak bermakna kita bodoh dah tak mengerti. Kita diam sebab kita taknak berdebat dengan orang yang memang takkan paham. Orang yang pemikirannya tegar dan tak boleh diubah.

Kepada SAHM2 yang lain, kita senyum je dengan orang2 macam ni. Saya percaya anda semua pon pernah kena kat batang hidung dengan soalan2 macam ni kan :) yang penting kita kuat walaupon kadang2 tergelecek dan terseliuh juga. Ala... kita pon wanita biasa... cuma pilihan kita yang luar biasa...

habiskan duit suami?
ini adalah satu bentuk kecaman yang maha hebat! ermm.... habiske duit suami? atau duit tu memang hak nafkah untuk kita? adakah kita minta lebih dari yang sepatutnya? atau kita mintak apa yang sememangnya di declare milik kita? adakah SAHM tak boleh mintak duit kat suami sebab kita tak ada duit?

macam yang i bagitahu sebelum ni, rata2 SAHM ada kerja sambilan dirumah. Sebabnya mostly SAHM ada kesedaran untuk mengurangkan beban suami. So, dengan duit itu lah kami beli pakaian anak2, dan sedikit barang keperluan sendiri. Tapi mostly memang barang untuk anak2, dan diri sendiri selalu diketepikan dulu. Dah memang itu sikap ibu. Mana2 pon sama kan.

sangat tidak wajar jika orang cakap SAHM ni senang lenang kat rumah, dan menyusahkan suami. Dan sangat tidak berilmu orang itu jika mempersoalkan SAHM meminta duit dari suami. Ingat, jika isteri bekerja dan mempunyai wang sendiri sekalipon, suami tetap wajib memberi nafkah pada isteri dan anak2. Dan wang isteri adalah untuk keperluan isteri. Hak isteri jika dia nk spend untuk anak or diri sendiri. Well, kebanyakan isteri kat melaysia ni senang hati berkongsi duit gaji untuk melangsaikan hutang dan sewa serta bil2 tiap2 bulan.

Tapi kebanyakan suami lupa bila isteri bergaji besar. Bila i pilih untuk jadi SAHM, i set dalam hati, Well sekarang my hubby tak akan lupa nafkah dan tanggungan dia lagi. Alhamdulillah, hak dan tanggungjawab dia dalam bab ni tak akan terabai. (banyak suami yang isteri bergaji terlupa dan lalai hal ni, lalu menanggung dosa dek kealpaan sendiri)

hari ini, saya berbangga menjadi SAHM. Sebab tak semua ibu sanggup berhenti kerja, tak semua suami redha isterinya tidak bekerja, tak semua suami redha isteri duduk rumah dan tak semua orang akan paham kenapa kita pilih untuk jadi SAHM.

renung2kan dan selamat bermuhasabah diri :)

Friday, November 13, 2009

tulip from aussie

oh, NO NO NO... im not going to aussie, (^_^)

but my bro is studying there... and NOOO you all wrong again ^_^'

he's not posted me a tulip from there! hell no!!


but last 2 weeks we chat using ym, he told his stories, while i told mine. We talked about weather, food, and even about tree and flowers! haaha! so, he told about his visit to tulip farm (obviously about few month ago, during spring. Now autumn ady, almost winter. see how time goes by....)

my chat with my bro... ni tgh citer pasal ladang ceri ^_^. cambest kerja ladang kat sana

All this while, i tought that tulip and windmill can only be found at netherland! Can u imagine how excited i was when i got all those picture? OMG... they are all sooo pretty! and importantly, now i can put my dream destination to travel is australia instead of netherland! haha... ^_^"


enjoy this beautiful creation...


yellow tulip

dual color tulip!

my fav! purple tulip :)

classic! white tulip. another my fav

ops ngee... happy couple... my bro n his gf, kelly. pink tulip kat belakang tu pon cantik

see... ade kincir angin... tp sbg hiasan je la kot...

Thursday, November 12, 2009

juwita's good time at genting

kecik je mata dia time angin sejuk bertiup... hehehe...

last sunday our family went to genting. Actually the main reason we went there was to bring ain (my sis, the PMR candidates, who want to go genting since her 1st time at genting loooong time ago was so call not so good trip) what am i sayin'? gee.... merepek sudah....

Back to story, 5 people in a car (yes! we drove there yall!) We planned to ride a bus, but when we reach 1 utama, the earliest trip was full, and the next bus was at 10.30... so we changed plan!

the driver cum banker (he's support the travel and food) = my hubby aka bro in law
the follower cum mummy = me myself
little happiness = Juwita Aisha the pumpkin
for a reason = ain the lil sis (which is not so little)
bidan terjun = dek ya the cousin

Becoz hubby did not bring his DSLR, we only manage to capture very few picture. Well thats becoz the battery was 'kong' after a few shot and this 'penin-penin' mommy did not bring any extra battery! (ntah ape yg dipikirkan).

yang ada hanyalah gambar juwita si pumpkin ni aje... oh well... she really havin' a great time there! just look at the picture.. that tells everything

bersiap sedia untuk main... amik gambar dulu

"mmm abah... gaya apa lagi kena buat ni.... adik dah tak sabar...."

mmmm budak kecik ni memang suka tempat2 macam ni. banyak permainan, luas, dan paling penting, sejuk!! hahahaa! seperti dunia ana yg punya laa... (cakap seperti gaya p.ramlee slang arab).


weeeeee!! gembiranya dia~

senyum.... sampai telinga! hihihii!

juwita also played the astro fighter, tea cup, caterpillar monorail, matahari, double deck carousel and many more games on outdoor park!. of course la she played together-gether with her mommy and daddy :) All this game is under family rides. We also went to dinosaurland to ride a boat :)

She tried the kiddie rides, the busy bugs as well, which is game for children 76cm to 122cm... hehe... the 1st round... she scared! and i was worried too. mana la tau dia tiba2 terjun dari benda tu kan... tapi rupanya dia duduk elok je... hehe.. she manage to finished the rides, which is i did not expect it! (ibu nya ni ready je kat pintu keluar tu, kot2 kena sambut dia melompat ke hape kan... hehehee)

n...her mommy? the only challenging game i played was the pirate ship! But i had a great time there, just like Juwita. I hope my sis had a great time too :) she even tried the flying coaster!

best la kan, sekali sekala ada family outing macam ni... hehe... lain kali gi tempat lain plak la.

Tp i suka gi genting sebab dia sejuk! leh tak nak naik genting, duduk hotel semalam, then esoknya checkout balik... tak payah main. pon dah seronok kan? tak de la letih kan? kalau main kat park ni letih la... hehe... letih kejar juwita ^_^

Tuesday, November 10, 2009

sarapan sedap. alaa... kadang2 tukar menu unhealthy x gemuk punya

hari2 telan nestle fitnesse dengan susu low fat, lama2 muka boleh jadi macam lembu. redhaaa je makan kan. So, sesekali rasa-rasakan lah lidah yang sedia melayu ni dengan nasi lemak (alaa.. kalau makan cereal dengan roti hari2 pong, takkan jadi putih punya aku ni ha...)

Haha, sebenarnya bukan apa, propa je lebih. Sebenarnya situasi ini berada di kampung halaman. So, jangan demand lebih2 ye, makan je apa yang ada depan mata, asalkan tahu limit dan moderation.

sarapan at my mom's cake house.

Ni kat kedai dan cafe kek dan roti my mom kat jasin. Datang pagi2, then kebulur. Apa lagi, beli la nasi lemak simpang. best woo... sambal dia memang menggigit. percaya tak harganya 50 sen je sebungkus... hehe... kat damansara jangan harap la nak dapat makan 50sen... nan hadooo!

oh, sungguh kusyuk sekali aku makan... minum pulak air panas... phew... meleleh peluh beb!

mmmm kenyang nye sarapan nasi lemak. Tapi dalam sejam lebih lepas tu, perut dah mintak diisi lagi... ayoo ini lah masalahnya makan nasi pagi2. Memang confirm tak tahan lama kenyangnya...

tinjau2 kat dapo, ooooo semerbak bau roti2 fresh. Yang tengah bakar lagi, yang tengah uli, yang tunggu kembang....ish2 confirm, lepas tu melahap roti pulak. my fav is floss bun! yumm!

ni mexican bun in the making. alaa....roti rotiboy dgn paparoti tu laa...

roti sosej. nama glemer takde.... low profile je dia ni, tapi selalu sold out hehee

donut. tengah tunggu dia kembang bagai dipam pam. dah kembang nanti, mandikan dia dalam minyak panas. dah sejuk, golek2 dalam gula...last sekali kita ngap dia! muahahaha!

roti dah masak tak dapat pulak nak upload kat sini. tertinggal kat jasin dah gambar tu... huhuhuuu.

ok, sapa ek sini orang melaka? hehe ade ke... kalau uoll nak datang menyinggah kedai kek mak aku ni, ia terletak di bandar baru jasin III. Belakang pejabat pendaftaran dan bank rakyat. (bank rakyat ke eh...hehe tak ingat pulak...). Nama kedai ni Kedai Kek Kesang.

Nama pon kedai kek kan, biasalah, ade jual kek fresh2 dan ade juga roti2 fresh... tempahan juga diterima. Yelah, nak buat hantaran ke, door gift ke, menu hi tea ke... ye tak? hehe. Papepon, yang penting semua fresh dan halal gitew...!

dah la... bye3... lapa la citer pasal roti ni....

mari memasak ayam

INI ADALAH ENRTY PALING BANYAK GAMBAR SETAKAT INI....

orang dok request buat tutorial mekap, tapi mood rasa nak masak pulak dulu... hubby lapo...


ok. tak payah cerita panjang, mari kita mula memasak untuk family tersayang :)

(1st time ni buat tutorial memasak. hihihi... saje je tukar mood sket. Asyik citer mekap je kan. mekap shopping, mekap shopping... ha kali ni masak pulak)

resepi ini adalah sumber reserch dari martha stewart living, dan diubahsuai mengikut citarasa sendiri

menu : roast chicken with herbs and roots vege

ingredient:

A
1/2 chicken
salt and pepper
butter
thyme
rosemery
garlic 1 ketul besar
lemon/ grapefruit

B (the vege)
carrot 1 pcs
leek 1 batang
salery 1 batang
yellow onion 1 big size
potato 1 big size
fresh button mushroom 1 bungkus
salt and pepper
butter

step by step method

1. mula2, kita prepare vege dulu. semua vege tu kita potong-potong, then gaulkan dengan salt dan pepper. kemudian, letak dalam tray, dan taburkan button mushroom yg telah di slice. Kemudian, taburkan butter yang dipotong dadu. bakar dulu selama 15 minit. vege ni kiranya kita masak halfway lah ye.

mix of roots vege + salt n pepper.

button mushroom yang best ni kat atas root vege.

letak butter atas vege

2. sementara menunggu vege, kita prepare ayam. Ayam yg telah dibuang lemak dan dicuci bersih, dilapkan dengan tisu serbaguna sehingga kering (jangan ade air menitis-nitis). Season with salt and pepper on both side and inside the skin as well.

ayam dilap sampai kering.

3. 15 minit berlalu, keluarkan vege dari oven. Potong bawang putih secara melintang dan susun diatas vege. letak thyme dan rosemery diatas vege dengan rata.

letak herbs

thyme dan rosemery mengambil tempat diatas vege

susun rata bawang putih. tgk, mcm tu tau potong bawang putih tu... tak perlu buang kulit.

Susun ayam diatas vege dan herbs tu semua. biar semua ayam rata dan tak bertindih. Letak butter diatas ayam dan didalam kulit ayam. Potong grapefruit dan letakkan berselang seli dengan ayam. bakar selama 25 minit (lebih kurang la ya. pandai2 check bila dah masak). Sekali sekala, curahkan kuah ayam kat tray tu keatas ayam2 tadi.

susun ayam diatas vege dan herbs

meletak butter

ayam dah siap sedia nak masuk oven. tinggal nak letak grapefruit je lagi

4. bila dah masak, keluarkan dari oven. Tutup dengan aluminium foil dan biar dia rest dalam 10 ke 15 minit. Ini utk stabilkan ayam tu supaya jusnya tak terkeluar.

sedia untuk di hidang. :)

ni tak sempat dihidang. dah kena sambar dek ayah helang dan baby helang hihihi....

nyum....

Friday, November 6, 2009

aku kembali sambil menyusu dikhalayak ramai

lama betul bercuti kali ni~pheww.. ni pon, sebab hubby demam, so, balik harini. Kalau ikutkan plan asal, sabtu ni baru balik tau... letih sgt la perjalanan harini. Mana taknya, sampai pudu! then naik lrt, monorel, komuter... segala public transport kitorg naik. haha... memang letih giler. Dah la dengan bawak beg, dukung juwita lagik... time naik komuter paling mencabar, coz mmg time tgh pack, macam sardin dalam komuter tu. Nasib baik la ibu juwita ni dukung juwita, dapat la belas kasihan dan timbang rasa orang ramai, dapat la ibu dan juwita duduk :)

kitorg sempat melakukan aksi public breastfeeding lagi dalam train tadi. haha~~ dalam keadaan train yg pack macam sardin, budak comel ni request benda paling mencabar ni kan... nasib baik ibu muda ni dah prepare mentally and physically huhu~~

ha... benda ni ade orang tak berani buat. ade orang segan, malu, tak biasa, dan macam2 alasan la kan. Tapi breastfeeding in public actually quite easy. There's no such things as nampak kolot dan memalukan.

this is what we need to breastfeeding in public:

1. confident in what you're doing
2. the right way and technique
3. the right handy little helper


confident in what you're doing
ni paling penting. kalau nk Breastfeeding baby, tak boleh ade perasaan segan. I mean, bukan tak segan langsung ya. perlu ade segan la jugak. Tapi kita kena confident dengan apa yg kita nk buat. Kalau tak, mmg nampak sangat pelik dan canggung sangat2. Bila dah pelik dan canggung, confirm la menarik perhatian orang nak tengok kan. So, lagi la malu jadinya kan... huhu... so, just relax, and buat macam pro je...

the right way and technique
haa... yg ni perlukan sedikit practice dan pengalaman. practice make perfect kan. So, time kat rumah tu, bawak2 la belajar breastfeeding baby dengan cara berhemah, walaupon kita lagi selesa main bukak je macam tu kan... huhu. sekali sekala try kat rumah, macam mana nk breastfeed tanpa expose banyak... dan paling penting, tak expose nipple huhu~~

pada ibu2, time paling mencabar adalah ketika nak bagi nipple kat baby kan.. kalau kat tempat tertutup, confirm mmg terdedah la kan... tak payah citer la... tp ni kat public, kalau terdedah, confirm buat orang lain tak senang duduk. hehe ha... macam ne, macam ne.. tu la pasal, penting juga benda nombor 3 ni ha...

the right-handy-little helper
ade orang selesa pakai nursing top, or nursing dress, or nursing shirt. baju2 ni semua mmg bagi kemudahan pada ibu2 utk breastfeed kat public. ade opening kat bahagian tu utk ibu2 buka bila diperlukan. breastfeeding mummies tau la ni...

ade lagi satu benda yg famous ibu2 suka guna, iaitu nursing cover or nursing poncho. Yg ni, dipakai bila baby nak nenen je. Bila baby nk, ibu pon sarung la... so, dalam cover or poncho tu, ibu boleh sesuka hati bukak2 sana sini... heh heh heh...

kalau tak de 2 benda diatas, boleh aje kalau ade kain napkin or baby blanket, buat cover bahagian2 badan ibu yang berisiko terdedah ketika penyusuan. Me, i dun hav nursing cover or nursing top. I just bring along juwita's blanket all the time, so that i can use it whenever i need it :) boleh je kalau ade confident n know the right way to do it kan...

kalau x cukup confident n skill lagi, bawak la handy helper secukupnya hehehe... yang penting, kita tak biar baby kita lapa n mengamuk n menangis nak susu...but still, kita dengan tegarnya malu tak nak bagi nenen... aku lagi segan kalau baby nangis cakap nak nen nak nen (tapi ibu tu buat bodo dek segan and tak tau how to breastfeed in public). Ade ye ibu yg cenggini! kesian baby tu..

sebagai ibu zaman sekarang, kita mesti maju ke depan, dan bersedia untuk belajar. Kita bukan hidup zaman dulu2, dimana mak2 duduk rumah jaga anak sajork. kita keluar kerja, naik lrt (dulu mana ade lrt), kita gi shopping complex...dan masa yang sama, kita juga tau yang the best milk to our baby is our milk kan? dan sesungguhnya, semua ibu nak bagi yang terbaik untuk anaknya. :) takpe, boleh belajar. hidup ini satu pelajaran.

owh btw, banyak juga ibu yg ade breastpump sekarang. lagi senang. Time jalan, bawak EBM je. tak payah nenen depan public. EBM tahan 3 jam dalam suhu bilik. kalau jalan lama n jauh, kena bawa beg susu la... taknak susu rosak... yang sedia gantung ni tak rosak2 ye tak hehe...

ikut la keselesaan masing2. Apa cara dan kaedah sekalipon. Yang penting, baby dapat ape yang selayaknya dia dapat dari ibu nya... kan?

Monday, November 2, 2009

laporan rasmi dari kampung

secara sahnya, kami sekeluarga outstation, yakni balik kampung dari hari jumaat lalu. sampailah petang tadi, kami duduk di palong (rumah my parent in-law). Now, dah berada di jasin, kampung halaman ku la pulak.

kebiasaan kami balik memang macam ni. panjang dan mesti balik kedua-dua belah kampung. Senang kan, dua-dua puas hati. Lagipon bukannya jauh melaka dengan n9.

Masa nk bertolak Jumaat haritu, bergasak lah aku packing laptop season ni masuk dalam backback. (laptop ni pemberian hubby, dulu hubby punya). Konon2nya dapatlah aku berblogging dan online walau dimana jua anda berada (cheewah). Tapi hampeh... kat palong rupanya wireless router dah di bawa pulang oleh bro in-law ku, kuciwa la sket...

Sampai2 jasin pula, ingatkan tercapailah hasrat ku nk online dengan hati gumbira, tup-tup, wireless connection problem la plak! sapa2 kat sini pandai nak tengok2kan dari jauh... bila connect tu, dia tulis "limited or no connectivity", hape maknanya... ha... tok nujum, sila jawab!

so, dengan hati tak berapa gumbira, aku terpaksa guna komputer tua abah aku ni. nk guna laptop mak aku, ishh... tak rasi lah! semua serba tak kena... komputer abah aku ni pulak, ok lah... cuma bila nk upload gambar ke, nak post ape2 ke... susah sket. sebabnya, bukan komputer kita kan. Fail-fail kita semua kat lappy kita, password2 semua save kat lappy kita... susah..susah...

tapi, kugagahkan jua mempost kan satu entry malam ini, supaya blogku tidak menjadi sarang hantu. maklumlah, musim halloween nih kan. blog2 orang pon, mintak maaflah, memang hilang daya nak baca, sebab tak selesa la.. korang yang biasa online dan blogging ni pon paham kan... situasi aku ni. Tak kan la aku nk ubah setting komputer orang sesuka hati, semata untuk kesenangan dan keselesaan aku kan...

cukup lah dulu laporan dari kampung ni. Juwita asyik terjaga ni. Biasalah, bila tidur tempat baru, dia kurang enak sih.. kalau tidur hotel je dia lena sampai pagi... huhuhuuu...

esok akan kucuba membuat entry yang lebih mencabar... seperti post gambar ke, video ke... (ish, mampuke) aku tak ingat password lah.. mmmm jap, teringat somtin'... bawak ke tidak eh, cable camera... aduyai... harap2 abah ade card reader..

mencabarnye buat blog dikampung halaman!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails