salute to the nature

salute to the nature

Tuesday, January 27, 2009

holiday @ lumut n pangkor (day 1) part 2

part 2 dah sampai!!! hahaha... mula2 memang malas je nak letak gambar2 ni... tp sbb ada request so terpaksalah memenuhi permintaan orang ramai... ye tak..

pic. of juwita : kat jeti lumut : look out her weird hairdo! haha : funny hair

ok... dah cerita haritu kan... memula gi jeti lepas hantar mama gi hospital tgk wan chik, lepas tu petangnya kami ke teluk batik... malam tu makan ikan bakar.

"ibu... boringla duduk dalam keta ni je"
juwita with her funny face : sibuk nak keluar : merajuk la tu

overall, kat teluk batik memang seronok walaupon sekejap sbb kami main lompat-lompat!!! hahaha! ala-ala america next top model gitew.. amik gambar ala2 melompat sambil bergaya cun! tapi tak cun pon... punyalah penat melompat nak dapatkan shot terbaik...

jumpin' jumpin'!!! : penat oooo

lupa pulak nak pesan kat fotographer supaya mencangkung, supaya dapat view cantik sket... aisyehh..... picture yg sy ambil cantik sket ghopa nya...

another jumpin' : this time i took the shot : kan lawa tuuu... hehe

hubby as usual... dgn dslr nya kehulur kehilir.... chiyokk!!!

pic of hubby : find a great shot : @jetty lumut
okeh... cukup la dulu ye... tamat la hari pertama di lumut. Gambar makan ikan bakar malam tu tak de yang best lar... gelap la shot nye...

nantikan hari kedua kami di lumut!!! selepas abah, dan 2 jejaka pulang kami sekeluarga naik feri ke pangkor!!! hoyeh!

mari mengenali diri dan teman rapat

ok, ni sesi mengenali diri dan teman rapat... sejauh mana anda mengenali diri anda sendiri dan teman rapat anda (might be your husband, wife, bestfriend, housemate...)

nama penuh anda
-noor hidayah mohd halim

umur anda
-25 tahun, tahun ini

5 perkara yg anda sukai (bukan makanan)
-suka shopping
-suka baju cantik dan bergaya
-suka make up
-suka masak masakan baru especially western (tp selalu tak de masa sesuai, bahan takde, lg pon takde org mkn, bla bla bla...)
-suka membaca, especially majalah wanita, fashion, actually suka jgk baca novel dan buku resepi

5 perkara yang tak disukai (bukan makanan)
- tak suka orang buat sepah dan letak barang merata-rata
- tak suka bau busuk especially bau sampah
- tak suka orang usik barang atau guna barang saya tanpa kebenaran
- tak suka cakap benda yang sama berulang kali, dan tak suka orang tanya benda sama banyak kali. tak ngombey betul org tuh! huh...
- tak suka baju kelawar (menyampah tengok)
- tak suka baju besar sbb nampak badan gemuk
- tak suka gemuk

impian 5 tahun lagi
- surirumah yang berjaya dalam perniagaan online (online boutique petite four ada byk koleksi dan ada peminat tersendiri) dan masa yg sama, rumah nak lebih terurus dan lengkap segala perabot dan keperluan. Ada kebun hidroponik sendiri di halaman rumah yg tanam tomato, salad, sawi, kubis... bestnye... Then, nak joint kelas belajar make up dan grooming. Kalau boleh nak sambung belajar (tp macam mustahil je....)

impian 10 tahun lagi
- keluarga semakin besar, ada anak 3 kot (hehehe), ada rumah selesa sket, perabot lengkap, especially kitchen cabinet siap ada convection oven dan segala bahan memasak complete (macam kitchen martha stewart atau nigella lawson), bilik tidor yg besar katil empuk..... bisness internet makin menjadi-jadi. Memang ibu bekerja dari rumah yang berjaya lah! silap2 boleh keluar magazine lagik! hahaha....

impian 15 tahun lagi
anak dah besar2... agaknya yang kecil sekali pon dah lepas susu dan dah boleh main sendiri ( betul ke kiraan aku ni...), duit simpanan pon dah ada sket... nak bukak life boutique somewhere! so peminat2 fashion petite four boleh dapatkan koleksi kat butik petite four kat butik... mmm tp lokasi tak dapat bayang lagi kat mana... masih samar2 lagi impian ni... hehe.. yg pasti, rumah pon dah selesa dengan 3 atau 4 anak yang comel2 dan cemerlang dalam hidupnya... juwita dah 15 tahun dah masuk asrama (sedihnya kena lepaskan dia pergi....)

impian kepada teman rapat/pasangan
perniagaan semakin maju, dah buka kedai sendiri yang dijaga oleh pekerja (pekerja ada 4 atau 5 org), ada cawangan/showroom di tempat berasingan. Kerja2 print pon semua pekerja yang buat dah... hubby just monitor je dari jauh n melawat kadang2. boleh pergi bercuti somewhere, bila2 nak. n have a lot of quality time with family.

orang yang di tagged
-my hubby, mokhtarmizi b yaacob

7 perkara yg anda tahu tentang orang yg anda tagged
- seorang yang sederhana tetapi bercita-cita tinggi
- sentiasa perlukan sokongan dan dorongan orang terapat dalam melakukan sesuatu, jika tidak, semangatnya mudah pudar.
- bila hendakkan sesuatu, tidak ada sesiapa yang mampu mengubah dan mempengaruhinya
- mempunyai jiwa kekeluargaan yang kuat dan sentiasa ringan tulang membantu keluarga terutama ibu bapa dan adik beradiknya
- mempunyai minat yang berubah-ubah
- not an organise person. barangnya bersepah-sepah sana sini, like to keep something that i already call junk!, selalu hilang barang sbb barang dia bersepah dan lupa letak mana...
- sentiasa harap orang lain jaga barang dia... so , i become personal assistant n secretary to him :P

daaa.... xoxo

Saturday, January 24, 2009

holiday @ lumut n pangkor (day 1) part 1

last week punya cerita (baru harini rajin nak letak) punya lah pemalas semenjak 2 menjak ni... baju pon tak berlipat, dah basuh tak sidai-sidai... letih aje memanjang. mulut pecah pulak tu, badan panas je rasa... rasa macam demam... panas kat dalam.

oklah, ni ade sikit snap shot masa kat lumut n pangkor. guna nixon coolpix hokey....

takde cerita sgt hari pertama ni... hubby demam, melawat wan chik kat hospital (tak dpt jumpa pon), melawat rumah ghoput (ghafur ok nama dia... pronounce ghoput sbb org n9), then snap2 gambar kat jeti lumut... tu jer...

mlmnye mkn ikan bakar, sblm tu pergi teluk batik tgk sunset... nak mandi tak sempat pulak sbb dah lewat kan... budak2 laki tu ada program pancing ikan mlm tu... dapat la anak ikan... hihihi

sampai2 terus amik gambar....: my hubby

budak2 ni tido lagi : mentang2 la bilik aircond : bestnye tido kan...(bilik kami tak on aircond)

awal2 lagi dah keluar jalan2 : juwita dgn usu ain

hubby demam : tu pasal tak bukak aircond : sabo je la... : asal holiday je mesti dia demam

bekfes pagi tu : telur separuh masak + roti + kek buah : haha...

more picture coming soon! tgh pilih2 ni mana satu nak letak... ada gambar kat jeti, kat teluk batik... tungguu.....

Wednesday, January 21, 2009

camwhore with newbies!

yoohoo!!! since my hubby bought a new nicon coolpix, so now me and my little pumpkin, Juwita become a camwhore (theehehe...) we snap almost everytime and everywhere!

here some of the picture taken. midnite window shoppin' a day before we went to perak! lookin' for a jacket/ sweater....

"how do i look ibu..."
1st try... : a very nice knitted sweater : with butterfly n flower detailing : cute!


"i feel very macho"
second one : pink jacket : very classy n hansome! : comey anak ibu ni...



finally, we choose yg knitted sweater : sbb ibu rasa juwita look more girly on this piece. (yg jacket tu nampak juwita mcm dah besar pulak... tak nampak mcm baby.. hikhik)

lagipon Juwita smile on that sweater kan... masa pakai jacket tak smile pon... haha... cerdik anak ibu nih...

next nak cerita pasal pergi perak pulak... another snap with new nikon coolpix....daa

Thursday, January 15, 2009

macam-macam berlaku semenjak 2 menjak ni

seperti tajuk, tak banyak sangat explanation nak diberi... antara yang berlaku dalam sekitar 2 minggu ni...

1. kami sekeluarga balik kampung jasin (detail ada kat blog fotoharian.blogspot.com). malas nak tulis sekali lagi

2. hubby beli kamera baru! hape??!!! biar benar... macam-macam lah alasan nye... dulu masa nak beli sgt DSLR tu pon mcm tu la jgk. macam2 alasan. cakap la apepon, tak makan punya... tgh banyak duit la tu... jangan lupa beli baju Juwita pulak..

3. esok nak pergi bercuti ke utara semenanjung. tak sabar rasanya!!! dah lama tak bercuti sekeluarga. Ialah, kalau ikutkan, honeymoon pon tak pergi lagi.... bilalah dapat pergi honeymoon agaknya....

4. harini Juwita jatuh buaian. bercampur2 perasaan ada... sedih, marah, kesian...risau pon ada... ialah, mesti sakit kepala dia tu. kot2 jadi apa2 nanti.. bukan nak pikir buruk. Tapi kalau jatuh terhantuk kepala, mestilah bahaya kan.. harap tak jadi apa2lah... pernah terbaca antara sbb ADHD (hyperactive) adalah kecederaan otak. dan faktornya adalah kerap terhantuk atau jatuh ketika kecil. mmmm itu lah yg nak dielakkan tu... sian anak ibu... nanti biar ibu je yg jaga adik syg ye.... ibu tak percaya orang lain dah...

5. semalam letih sgt sampai tidur awal. Lupa nak basuh baju. So, harini basuh baju dengan jayanya... hihihi.

oklah. cukup dulu. nak masak lunch pulak. hubby baru balik beli sotong. nampaknya tgh hari ni makan sotong. (not my favourite actually. suka mkn sotong goreng tepung kat umbai jer, yg lain semua geli).

Nasib baik ada blog ni... boleh la luah apa yg nak diluah.. suka duka sedih gembira... kalau tak pendam sorang2 je kan.. tak happy la kalau benda gembira pon tak boleh kongsi... hubby pon banyak keluar jumpa client. kadang2 tu keluar pagi sampai malam2 baru balik... macam orang gila kita kat rumah ni... cakap dgn tv, dgn pokok, dgn blog, dgn juwita.... kadang2 letih juga layan juwita ni... tgk laptop ni pon dah muak dah... ialah kan... kita nk bercakap dgn orang...

terpikir jugak kalau ada baby car seat maybe senang sikit kot nak keluar kemana2. boleh bawak juwita keluar window shopping. takde la terperok dalam rumah kenit ni je... serious. boleh gila beb!!!

macam mana la agaknya perasaan repunzel yang terkurung atas menara tu kan... tunggu pureta raja selamatkan dia... mmmm mesti boring....

Tuesday, January 13, 2009

blogshop baru dah launching

oklah. dipendekkan cerita, sebelum ni dah ada website jualan anggunjelita.com

so now dah ada anak kecik yang baru!!! butik petite four. yg ni khas untuk menjual pakaian wanita.
-kimono top
-kimono inspired
-dress
-little dress
-cardi
-shirt
dan macam macam lagilah!

kalau boleh mmg nak upload dan update everyday. baju pon ada banyak koleksi. Tp nak menggayakannya tu takes time jugakkan. hihihi... sikit2lah. biar berdikit-dikit asalkan bergerak, daripada tak bergerak langsung. kan?

buttonlink untuk ke butik ni dah ada kat sebelah tepi kiri ni, so tak payah letak banyak2 la kan.. hehehe.

so, lepas ni leh la tgk2 koleksi pakaian pulak. jamu-jamu mata. mana-mana yang berkenan tu boleh sambar selai dua. hihi...

ok. daa... jangan lupa shopping dgn sy ye... sambil2 tu masuk sekali la kat anggunjelita.com

xoxo

Thursday, January 8, 2009

all about breastfeeding (part 2)


oleh kerana ini topik hangat malah ada yg mempertahankan alasan ibu2 yg tidak menyusu badan ni.. sy buat part 2 la...

ini link dari tread di cari.com.my yang membincangkan secara exclusive berkenaan ibu bekerja yang menyusu badan secara exclusive. ini diharap dapat membuka minda segelintir orang yang masih didalam tempurung (lack of awareness and knowledge) terutama bagi bapa2 yang selama ini tak support wife yang nak breastfeed baby.


http://mforum4.cari.com.my/viewthread.php?tid=392968&extra=page%3D1

ini antara pengalaman2 dan cerita-cerita ibu2 bekerja yang exclusive breastfeeding ni...

bb nura br masuk 3 bln..memang bf sepenuhnyer..pegi keja kena bangun pagi2 seawal 5 pg untuk pam susu. campur stok pam masa balik keja cukuplah untuk bb sepanjang dok rumah pengasuh. mula2 tu pengasuh (kakak ipar) bising gaklah dier ckp susahlah, leceh, tak pernah jaga budak bagi susu badan..nura pekakkan je telinga.

nura rase sbb kurangnyer kesedaran mengenai kebaikan susu ibu nie. thankslah kawan2 kat forum nie sbb kat sinilah nura belajar segalanyer ttg bf nie.. biar pun pengasuh marah2 sampai kat office nura mesti bukak forum baca kebaikan susu ibu nie bg kekuatan nak menyusukan anak nura.


to me, breastfeeding lagi senang dari formula milk...
me salute to working mommies yg sanggup pump and simpan ebm for the baby ...kalau myself, i pon lom sure i can do the same thing...
me start working when my baby is 1year 3months. So skang nih, me balik keje baru my son breastfeed. Bile me keje, dia dok minum ribena or glukos...formula milk dia reject...dulu nak jgk la minum susu kotak, sekarang nih, hmmm....

yup i agree with most of you
breastfeeding lagi mudah dari bagi fm to babies
regretfully, all my first 3 kids were fm fed

my 1st one(doter) -only bf for 3 weeks
my 2nd one (son) -bf till 8 mos(not fully bf,campur fm gak)
my 3rd one (son) - bf till 4 mos(not fully)
my 4th one (doter) - STILL FULLY BF UNTIL NOW(almost 14 mos)

the main reason is : LACK OF AWARENESS

dulu-dulu, memang tak tahu langsung yang bila naik keje boleh pam & simpan susu
memang ada beli pam susu mulai anak ke 2 dulu tapi tujuan utama hanyalah nak release engorgement semata-mata
dan juga, disangkakan susu yang diperah/pam mestilah diberi terus kepada baby serta-merta

tapi syukur alhamdulillah
b4 preggie my last doter, dapat duk sebilik dgn sorang member
yg fully bf baby dia
so dapat tgk dia duk pam susu kat ofis every 4 hours
she fully bf her baby (direct & expressed) for 4 mos
and started to exclusively pumping for another 10 mos
then she intro me to few good websites and i started to dig more and more info on bf

semoga sy dapat terus menyusukan si kecil alysha for another 10 mos to complete my 2 year breastfeeding journey

ya...
sy pun setkan target satu-satu
sbb 1st time fully bf
memula dulu set nk bf 6 mos pertama
bila dah sukses
set another one till setahun etc
dulu memula bf
mmg tak konfiden lsg
leh bf without campur fm
tapi lelama dah jadi cam rutin
kalo ter skip one session,
mesti rasa macam ada yg x complete


Malay pun..

lucky join this forum....n ade bod ni.... dpt ilmu ttg breastfed,ebm etc.....

Idol2 ku sume otai2 itu... semasa baby still dlm perut dh niat nk bf baby till 2 year.. mudah2an cukuplah susu utk babyku Qisya...

malay ni pun hubby act x support... baru mlm tadi malay ckp ngan dia malay order pump avent kat my sis(slalunye malay perah pakai tangan je)... dia soh cancel!!! Alasan dia... ala.. Qisya nk isap susu pn tgl lg brape bln je kan?(dia budget 6bln je) ku jawab, akan ku bayar gune duit gajiku sendiri..(dlm hati malay ckp, malay akan bg BF jgk kat Qisya insyaallah smp 2 thn...)

w'pun hubby malay tak support.. tapi malay slalu mendapat semangat dr idol2 ku di bod nih!!!


thx to all otai2.. yg menjadi sumber inspirasi malay...

ok.. cukup dulu... think about it.

the important of breastfeeding


sebahagian artikel ini diambil dari sumber-sumber internet dan expert berkaitan penyusuan badan dan benefitnya kepada ibu dan baby. Secara peribadi sy menyokong penyusuan badan.

Malah di malaysia juga sekarang, kempen2 penyusuan badan giat dijalankan terutamanya daripada badan-badan dan persatuan bebas yang menyokong kuat penyusuan badan ini. laman-laman web seperti susuibu.com banyak membantu ibu-ibu dalam memberi kaunseling, konsultansi, khidmat nasihat, serta sokongan moral kepada ibu-ibu yang memilih untuk menyusu badan.

Badan kerajaan iaitu jabatan kesihatan juga mula memperkenalkan penyusuan badan kepada ibu. Sasaran mereka ialah ibu-ibu yang melahirkan anak di general hospital. Ibu-ibu disuruh untuk menyusukan sendiri anak mereka tanpa bantuan susu formula. Persoalannya sejauh mana kesedaran ibu-ibu di luar sana tentang kepentingan penyusuan badan ini?

Pokok pangkalnya kesedaran itu yang penting. Kebanyakan ibu di Malaysia kurang pemahaman tentang penyusuan badan. Antara faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kekurangan ilmu dan salah tanggapan masyarakat tentang penyusuan badan.

Antara situasi yang biasa kita lihat dan dengar sendiri adalah...
Ibu-ibu biasa menyusu badan ketika dalam pantang sahaja. Kemudian baby akan diajar menyusu botol dengan susu formula. Alasannya, senang bila masuk kerja nanti nak letak anak kat babysitter.

Itu adalah alasan lapuk!!!

Alasan-alasan lain yang dah biasa kita dengar adalah
1. susu tak banyak
2. nipple masuk kedalam, nipple sakit
3. anak takmau susu badan
4. baby tak kenyang, asyik nangis.
5. baby colic sbb tak puas menyusu
6. susah sbb nak kerja
7. leceh nak bawak berjalan
8. nanti breast tak lawa. nak jaga badan.
9. malu nak susu badan. anak susu cap gantung.
10. nanti anak tak cukup zat.

kesiannya pada baby tu sbb ibunya mempunyai pemikiran dan tanggapan yang salah tentang penyusuan badan...

ini pula antara alasan ibu-ibu yang memilih memberi anaknya susu formula.
1. susu formula ni bagus. ada DHA, AAA, dan segala haprak ABCDE siap ada immunofortis lagik
2. lebih convenient. senang nak tinggal anak kat mak, pengasuh atau dimana-mana pon.
3. baby lebih kenyang. tidur lama, tak banyak meragam
4. baby sihat. berat badan naik. (sebenarnya gemuk)
5. kurang letih sbb boleh gilir-gilir dgn husband bg anak susu.
6. saya mampu membeli susu yang termahal dan terbaik untuk baby
7. saya wanita moden dan berkerjaya.
8. baby dah besar, tak cukup zat kalau beri susu badan sahaja.

jika anda membaca artikel sy ini dan anda terasa hati, maknanya anda tergolong dalam orang-orang yang kurang ilmu tentang penyusuan badan.

Tahukah anda susu yang terbaik di dunia ini ada pada diri anda?
Tidakkah anda terkilan jika tidak dapat memberikan susu anda sendiri kepada anak anda?

Ini ada sedikit info untuk yang tidak mengetahuinya lagi...
1. susu ibu adalah yang terbaik. tidak ada susu formula yg dapat menandinginya.
2. susu ibu yang dipam/diperah boleh tahan selama 3 jam dalam suhu bilik.
3. susu ibu yang disimpan dalam chiller tahan selama 3 hari
4. susu ibu yang di frozen secara betul tahan selama 3 tahun.
5. ada banyak pam susu ibu dipasaran yang beroperasi secara manual, bateri, serta elektrik bergantung kepada kemampuan.
6. susu ibu akan lebih banyak jika kerap di stimulate, dengan cara kerap memberi baby menyusu dan kerap mengepam susu.
7. penghasilan susu ibu adalah dengan stimulasi pada breast dan mind setting ibu itu sendiri.
8. org yang nipple termasuk boleh menyusu anak
9. susu ibu mudah dihadam, oleh itu baby cepat lapar semula. ini bukan bermakna baby tak cukup zat atau tak puas. Average baby menyusu adalah setiap 2 hingga 4 jam sekali.
10. sebab utama nipple crack dan sakit adalah teknik menyusu yang salah.
11. zat dan khasiat pada susu ibu sentiasa menepati usia baby tersebut. oleh itu tidak ada istilah baby kurang zat jika menyusu badan.

antara artis dan selebriti yang memilih untuk menyusu badan adalah...
1. Angelina Jolie
2. christina Auguilera
3. posh beckham
4. gwen stefani
5. nely furtado
dan ramai lagi....!


Walau apa pun, pilihan ditangan anda. Buatlah pilihan yang bijak untuk diri anda dan baby anda sendiri. Pilihlah untuk menyusukan anak anda selama mungkin kerana itulah keajaibannya seorang wanita dan ibu. tidak ada yang lebih membanggakan selain dapat memberi susu kepada anak sendiri.

Monday, January 5, 2009

BBQ rumah jack (part 2)

pic. of juwita : with ibu : kat pintu masuk rumah jack

hihi... cepat je part 2 dah masuk. tak sabar nak letak gambar Juwita pula...

pic. of juwita : kat ruang tamu : borak2

actually haritu kami org 1st yg sampai. kalau u all baca blog abah juwita (fotoharian.blogspot.com, link ada kat blog list sy) mesti korg tahu pasal ni. So, sementara tunggu orang lain sampai kitorg borak2 n ambil gambar.... heheh... biasalah... abah juwita kan suka ambil gambar... macam atuk jasin dia jgk. suka ambil gambar...

pic. of juwita : smiling to camera : with ibu and aunty effa

more juwita : borak2 : minum air bandung laici : best!

Juwita hari tu baik je. Tak meragam. Siap tido lagik kat umah Jack!! amboi... buat mcm rumah sendirik yerk... Tp ape pon, as usuall Juwita mmg taknak kat orang lain. Agah2 je la...

masa juwita tido : ibu lepak dgn member kat dapo : yg kiri tu la wife zick

mmm... itu lah wife zick. notice the dark color inai on her finger? pengantin baru taww... effa pulak bile lagik... dah kempunan nak mkn nasik minyak nih.. heh heh

nak tgk lagik? ha...leh masuk ke blog abah juwita pulak... fotoharian.blogspot.com

BBQ rumah Jack

what : BBQ kat rumah jack
when : 3/1/09 last saturday

where : rumah jack (damansara damai je)


review : best jgk bbq ni. dapat jumpa ramai member2 lama masa kat mrsm serting dulu. lebih kurang mcm mini reunion la... tp budak pompuan ada 3 org jer x-mrsm serting (me, effa, hawe) then ada wife jack (yg dah preggy 2 month!), wife herwan (pon preggy jgk!! 4 month), n lagi sorang ada wife zick (ha.. ni pengantin baru. ada inai penuh lagik!) hahaha.... bgs2...

member2 lama : kerumun makanan : lapo gamaknye

food : the food was good!! ada ayam, udang, kambing, kerang, potato.... semuanya dipanggang dgn kuah marinate yg best! lagi ada keropok ikan, ada jajan2 mcm kekacang, dan mcm2 lagilah!! tak mkn semua pon... tgk2 je ape yg ade... nampak jgk ada limau mandarin.. ingat nak cekau 2 ke 3 bijik tp lupalah!! heh heh.. erm...

ikan bakar : cencaru kenit2

udang bakar dgn marinated sauce : nyum2. i makan 2 ok...

ayam bakar yang menggiurkan : i mkn 2 jgk...

mlm tu juwita mkn mash potato. abah lenyekkan kentang panggang tu then letak butter. Juwita mkn dgn bestnya.... hehe... sbnrnya dia nak mkn kacang... tp juwita mana leh mkn kacang sayang... lum ada gigi lagi... hihihi....

overall :
mmg best mlm tu. Tapi kami balik awal... yela... Juwita pon dah letih. tak elok la balik lewat sgt. org lain bujang2 takpe lagik!!

nantikan part 2 BBQ di rumah jack untuk gambar2 Juwita dan ibunya pula!!! heh heh... gile glamer

Friday, January 2, 2009

gambar 2008 lagik!!!

ok. this is the last 1... after this dah takde lagi gambar dari tahun lepas...

makan nombor 1 : gigit-gigit

@ ikea : trying a funny hat with a bunch of fruit above it : sooo cute

dalam bilik di jasin : smiling : lepas nenen : nak gi jalan2

ok that's all. now, lets start a new year with a new hope,
new commitment,
new resolution,
new experience
and new picture to share to all!!!

hope this year going to be better than the last. hope everyone have a great time last year. and hope this year is a year of luck and prosperity!!! (that's remind me of prosperity burger... need to grab the double prosperity burger after this...haaaha)

picture on wedding of abg mal (abg uder)

chandeliar kat dalam khemah. mmmm a touch of elegance : with simplicity

ni pula gambar2 snap shop kat wedding abg mal. byk sbnrnya tp tak sempat nak cekup semua. cukupla buat cuci mata je...

pic. of me : with juwita

turn abah pula : pic of juwita : with abah

overall wedding ni best. makan pon sedap. ada lagu-lagu keroncong sepanjang malam, ape lagi bertambah berkeroncong la perut ini heh heh. Aziz Desa sebagai hos pon boleh tahan, baju hijau lagik... hehehe... klako pulak nengoknya. macam pokok pisang berjalan pon ade gak hehhehheh...

highlight : cupcake mlm tu besh... sooo cute, sooo adorable. i makan 4 hokey....

oh ya... air pon besh... sama kaler dgn baju aziz desa hijooo

juwita secara tak disangka memakai baju mengikut tema malam itu... adorable purple. i likey....! xoxo

another picture taken on 2008

this 1 was taken before we went to wedding at rumah uder (abg mal's wed)

strange pose : actually tgh pegang tudung : tak sempat pin : heh...

baru betul : tp tak juga : juwita nak tgk ibu ajer : pandang kamera la juwita...

susah juga nak pose bersama satu keluarga. hubby selalu jadi fotographer aje....

picture from 2008 christmas @ ikano

pic. of me and Juwita : at ikano : chrismas decor

unfortunately tak banyak gambar yang cantik... so cannot share to all. takpe la. 1 just enough though

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails