salute to the nature

salute to the nature

Thursday, December 11, 2008

raya haji

cuti raya haji kali ni memang agak lama... dapatlah lepaskan lelah dan letih bekerja selama ni. Dapat juga balik kampung kat Batu Pahat, rumah atuk belah abah. Kiranya ini kali pertama Juwita ke sana. Abg syg pula dah kali kedua ke rumah itu.

Makan pon macam-macam ragam juga. Ada nasi tomato, laksa johor, ketupat, dan ada satu jenis makanan tradisi orang bugis.... burasak. Rasanya lemak-lemak masin, sebab masak nya nasi tu dengan santan dan garam, kemudian di bungkus dengan daun pisang dan direbus.

uish.... kenyang betul... banyak betul makan sepanjang cuti ni... adakah berat badanku bertambah?? ntah la.. tak berani lagi nak naik penimbang tu hehehehe

juwita dah 8 bulan. sekarang dah boleh merangkak, duduk, berdiri dan panjat2. dah pandai makan finger food, dah pandai menjerit, panggil abah dan cakap "mey mey mey" bila nak susu. hehe

harini nak keluar beli wallet/purse. harap2 abg syg dapat balik kerja awal harini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails